Thursday, June 3, 2010

Bezanya kita...

Beberapa bulan yang lalu semasa saya "blog buzzing', saya ter..singgah ke sebuah blog yang membahaskan perbezaan sikap diantara perempuan dan lelaki ketika makan tengahari. Dari cara mengambil piring sehinggalah ke episod duduk dan menjamu selera.
Saya ketawa sambil membacanya kerana ternyata memang ada kebenarannya. (Topik ditulis oleh seorang blogger Sabahan)

Saya pula selalu mendapat kritikan daripada kawan-kawan lelaki, saudara mara dan abang-abang saya mengenai hal ini. Disini saya hanya mengutarakan 6 perbezaan sahaja. (Hanya pendapat saya sahaja..) Mari semua...

Yang ku tahu.... perempuan itu...SEBELUM/SEMASA/SELEPAS MEMANDU

1. Sebelum memandu keluar...mula sekali pandang kiri..kemudian pandang kanan lagi...kemudian pandang sekali lagi sebelum membelok..motosikal yang mara dari jauh pun 'dipersilakan' berlalu dulu. Maklumlah..bukankah kita disarankan agar menjadi pemandu yang berhemah?

2. Selalu kelihatan memandu di lorong yang perlahan. Hmmm...bukankah "PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.." hehehe...walaupun diprotes secara diam-diam oleh penumpang yang dibawanya.

3. Nampak lampu "Oren"...slow..sloow....sloooow....BERHENTI!

4. Bila mencari tempat letak kereta...hmmm..."tu tak cukup ruang..." "Buka pintu pun susah.."
tidak apalah....cari lagi sampai dapat..pelan-pelan. Ahhhh...bukankah perempuan itu lebih bersabar dari lelaki?

5. Bila dapat ruang kosong...pandu perlahan..kasi betul betul..ngam ngam..Puas hati...okey! Dapat keluar? Okay....check ini...check itu...barang semua ada. Kuncikan kereta...tit..tit..bunyinya..atau secara 'manual'.. biasalah. .. Perempuan dikatakan mempunyai sikap sangat prihatin walaupun kepada perkara yang paling remeh temeh.

6. Bila selesai 'shopping' ...segalanya OKAY! What a good'ay!

Yang ku tahu...Lelaki itu ...SEBELUM/SEMASA/SELEPAS MEMANDU...

1. Sebelum memandu keluar...mula sekali pandang kiri..kemudian pandang kanan lagi...kemudian pandang sekali lagi..dan kemudian...terpandang 'pompuan' cun...mata terus melekat. Hati terus tertanya-tanya... sebelum membelok..motosikal yang mara dari jauh pun 'tidak ternampak..'

(maklumlah..matanya diselubungi gambaran sumandak yang lawa itu..dan Zoooommm....membawa aksi seperti di gelanggang F1).

"sowey laa bro....harga saham sangat penting saat ni....slogan "Gaya..Mutu ..Keunggulan....TETAP!!!"

2. Selalu kelihatan memandu di lorong yang laju...walaupun diprotes oleh penumpang sebelah yang kelihatan seperti akan diserang sakit jantung dengan tangannya yang memegang 'handle' di atas.

3. Nampak lampu "oren" ..laju...semakin laju...dan ZOOOOOOOOM!

4. Bila mencari tempat letak kereta...lebih mempraktikkan sikap 'menyondol' bagaikan 'bulldozer'..biarpun tahu ruang itu hanya cukup-cukup untuk dilalui oleh orang yang mempunyai bentuk badan seorang model yang ada pemasalahan diet yang terlampau. Anda keluar selamba sahaja..

Penumpang-penumpang anda pula memaksa diri untuk mengecutkan perut dan menghentikan nafas bagaikan seorang olahragawan yang cuba membuat kuak kupu-kupu di kolam renang. Yang membezakannya...aksi mereka tidak mendapat apa-apa pingat!

5. Hmmm...dapat keluar...dapat landing...PUAS HATI Beb!

6. Bila selesai shopping.....anda mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah disenaraikan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Maklumlah..ternampak pula kereta dicalar dan digaris..huhu.. NOT A GOOD'AY! hehehe

(to Beck the bandagedknee..thank you for the idea...Regards)

18 comments:

Puan Saiman said...

kahkahkahkahkahakah......wooo...gua terhibur.....ketawa indak abis2 ni...kahkahkahkahkahakhakh.....(sambil tekan perut...err bukan lapar, tapi tahan ketawa...)kahkahkahkahkah.

Memang ada kebenaran.... jangan pula ada yang terasa kan dan bukan semua kak sis 'wink2'...

'hugs'...

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong said...

tak setuju (bahagian perempuan) yg no 2 dan no 6,,,

klau d semenanjung,,,
bawa mcm semut masih ddk kat kanan,,,

slps shopping mestilah senyum,,,
hubby or boyfriend yg bayarkan,,,

HoneyBUZZin said...

Honey to Puan Saiman - Hi sis...itu semua cuma pendapat saya sendiri dan mereka yang saya kenali yang mempunyai sikap begitu. Bukan semua yang begitu..tapi selalunya begitulah...
Aikksss.........
Glad that u enjoyed reading this post. Thanks ya sis...
HUGS..

HoneyBUZZin said...

Honey to 9W2OCC SHAM - Hi bro...Honey sangat teruja sebab rasanya memang first time bro beri komentari...
hehehe..dan penuh perasaan lak tu..

No 2:-
KL jangan ceritalah bro..bawa 120km/sj pun macam 50km/sj. Semuanya laju-laju belaka. Honey pernah drive KL satu kali jak..itupun member sengaja 'jatuh sakit'.
Tension betul ooo...

No 6:-
hehehe..apa salahnya boyfriend atau huby yg bayar? Untuk girlfriend, itu instalment namanya...untuk isteri..itu investment namanya..
Senyum TETAPPP!!!

Hehehe...

Relevan said...

Ni..perbezaan setara pemanduan antara Lelaki dan perempuan yer..

Nak dikira perempuan lagi ganas corak pemanduannya..hehe!

HoneyBUZZin said...

Honey to Bro Relevan - hehe...contoh?

Nerzhul said...

hati-hatilah memandu

BuDakHutaN said...

kenapa yang tak baik semua kena lelaki... hehehe tak aci la kak... ahaks

Lee said...

Hi Honeybuzz, very interesting thoughts. Love your lively sense of humour.
You stay easy and have a pleasant weekend, Lee.

HoneyBUZZin said...

Honey to Nerzul - Betul! Pandu Cermat Jiwa selamat!

HoneyBUZZin said...

Honey to Budak Hutan - hehe...sebab aku pompuan :)

(Pandangan sy sahaja..sebab semua yg sy kenal..memandu laju..dan mempunya1 sikap begitu..)

HoneyBUZZin said...

Honey to Uncle Lee - hehe...
You have a nice day too Sir!

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong said...

apa2 pun,,,

UTAMAKAN KESELAMATAN DARI KECEPATAN,,,

Happy blogging sis,,,

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

seronoknya aku yeh yeh

Ned Pungawon said...

i know where u read that.. hahaha... it's written by a friend of mine when they went lunch together with the rest of our friends... hahaha.. very funny kan... ;))

HoneyBUZZin said...

Honey to 9W2OCC SHAM - Betul tu..saya setuju. Apa-apapun utamakan keselamatan dulu. Thank you for your comments.

HoneyBUZZin said...

Honey to B.R.U.T.A.L.S.O.L.O - hehehe...ni nampak macam join pihak abang honey nih...
Ini tak boleh jadi.....

HoneyBUZZin said...

Honey to Ned - hahaha..yabah...sooo funny oooo...