Friday, September 12, 2008

JIRAN

Malam itu saya benar-benar terjaga dari tidur. Bukan sebab panas atau hendak kebilik air, tetapi saya terdengar tangisan perempuan sebelah rumah.

Perempuan itu masih muda dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil. saya tidaklah berapa mengenali perempuan itu, cuma apabila kami bertembung diwaktu pagi, kami akan berbalas senyuman..dan kalau bercakap pun hanya sekadar "hi" sahaja.
Malu jugakan kalau kita nak berkawan, orang tu diam-diam sahaja tak banyak cakap pula. Biasalah tu kalau tinggal di bandar. Semua dengan hal masing-masing.

Tapi malam itu, saya terduduk diatas katil. Saya tidak dapat meneruskan tidur saya..hati saya turut hiba. Sebenarnya, hari sebelumnya, kawasan kejiranan kami dikejutkan dengan kemalangan maut yang menimpa suaminya. Suratkhabar tempatan pun ada menyiarkan kemalangan yang dahsyat itu.

Saya terdengar tangisannya. Tangisan yang akan merobek hati sesiapa yang mendengarnya. Saya berasa cukup serba salah..ingin saja saya mengetuk pintu rumahnya tapi dah hampir pukul 3pagi. Saya hanya mampu berdoa.

Pagi itu saya ada melawatnya. Nasib baiklah dia melayan saya dan mempelawa saya masuk kedalam rumahnya. Saya rasa itulah pengalaman pertama saya menghadapi situasi sebegitu. Lidah saya terkelu..tidak dapat mengucapkan sepatah katapun padanya. Saya duduk dilantai dengannya bukan kerana dia tak mempunyai sofa tetapi sofanya dipenuhi dengan pakaian dan mainan anak-anak.

Perempuan itu memulakan cerita.."Saya sudah melihat mayatnya di hospital".."Jangan bimbang" katanya lagi. Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala. Saya dapat merasakan kedukaan yang dialaminya pada masa itu. Perempuan itu memang cekal, kalaulah saya, mungkin sudah berfikir kearah yang negatif.

Memang benarlah kata orang tu, kadang-kadang apabila seseorang itu melalui trauma sebegini, adalah lebih baik kita mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa. Cukup sahaja kalau memahami..dan melalui bersama saat-saat kesedihannya.
Dia menceritakan lagi, dengan nada suara kemarahan dan kekesalan yang amat. Dia kesal suaminya meninggal akibat memandu dalam keadaan mabuk. Kereta pacuan 4 rodanya terbalik dan melanggar sempadan penghadang jalan. Banyak yang diceritakan pada saya. (Biarlah ianya menjadi rahsia )

Saya berharap sesiapa yang membaca ini, sekiranya anda seorang pemandu, ingatlah..jangan sesekali memandu didalam keadaan yang mabuk. Pandulah dengan cermat dan berhemah. Ingatlah pada orang yang tersayang.

No comments: