Thursday, November 12, 2009

..DARI DIARI SEORANG POLIS- Kasihnya Pati (Bah 2)

............................. "Patiiiiiiiiiiii.....tunggu! Saya takut!

Tidak dapat dibayangkan betapa takutnya Kak Huda masa itu. Berlari dan mengejar seseorang tanpa tahu dimana arah tujunya. Apa tidaknya..kelibat perempuan tua itu tidak kelihatan langsung. Cahaya mentari semakin malap. Sedikit sahaja desiran angin cukup menaikkan bulu roma sesiapapun...ditambah-tambah lagi jika anda keseorangan dan sedang mengejar seseorang yang kesihatan mentalnya cukup diragui! Entah-entah bila anda menoleh, ada pula sepasang tangan terus menjerut leher anda...erkkkkkkkk.....dan...ish...

Sebenarnya bukan begitu jadinya. Selepas ini anda tentu terperanjat dengan apa yang saya tulis disini.

Perempuan yang sakit mental itu berpusing arah dan berjalan gegas kearah Kak Huda. Tanpa berlengah lagi, dia terus memimpin tangan Kak Huda bagaikan seorang ibu memimpin anaknya yang sesat kembali keluar dari hutan dengan selamat.

Saya tercengang-cengang juga apabila mendengar pengakhirannya yang begini. Kata Kak Huda lagi, semasa di dalam kereta peronda, perempuan yang dikatakan sakit mental itu bertanyakan kepadanya, mengapa dia memanggilnya PATI..

"Saya memanggil kamu begitu kerana kamu adalah orang yang lebih tua dari saya"
kata Kak Huda.(PATI-Bahasa Ibunda India yang bermaksud atuk, nenek)

Dengan perasaan sebak, perempuan India yang dianggap gila itu memberitahu kepasrahan hatinya. Katanya kepada Kak Huda..
"......mengapa anak-anak saya, cucu-cucu saya tidak pernah memanggil saya
sebegitu..dan kamu, seorang yang berlainan bangsa dari saya memanggil saya
dengan panggilan (hormat) itu.."


Disaat itulah saya tersedar, dan cukup bersetuju dengan Kak Huda bahawa perempuan itu sebenarnya bukan gila. Tetapi jiwanya menderita kerana dia tidak pernah dipedulikan, dikasihi dan dilindungi sepatutnya. Saya rasa kasihnya Pati bukan terletak pada wang ringgit atau keperluan harta benda tetapi cukuplah hanya sekadar perhatian dan kasih sayang dari darah dagingnya sendiri. Tetapi adakah yang peduli di luar sana?

Semoga cerita ini memberikan teladan kepada kita semua. Janganlah sesekali kita membenci tangan yang menyuap kita. Janganlah sesekali....

16 comments:

learnenglish said...

Kehidupan yang dibina belum tentu akan kekal kebahagiannya jika tanpa usaha bersama dalam membimbing ke arah yang hendak dituju. Oleh itu, kita sebagai insan sementara dalam dunia yang sementara hendaklah sama-sama mengemudi kehidupan itu dengan jalan yang terbaik. Hormat menghormati membawa kehidupan diberkati...

Angel said...

wah. menyentuh perasaan o ni cerita.

Uncle Lee said...

Hi Honeybuzzin, just dropped by say hello. Sorry unable to comment on your posting as my bahasa is very jurassic....might get mistaken for marriage proposal, ha ha.
Have a nice day....hope nothing serious seeing the word, 'polis' here.
Best regards, Lee.

mizlan said...

wah!memang xdisangka penyudah ceritanya...bestlah Honeybuzz pengalaman ni.

HoneyBUZZin said...

Angel - Hi there! Welcome to my blog. Please feel free to comment anytime. 3 Cheers!

HoneyBUZZin said...

Uncle Lee - It's great to have you drop by..hehe..uncle Lee, no worry about the word 'POLIS". I'd met a police officer recently, we shared many great stories. This was one of it.
Don't worry...you take care sir. Have a blessed weekend! Cheers..

HoneyBUZZin said...

Bro Mizlan - wah..Honey teruja sangat sebab first time bro bagi komentar. Dalam kesibukan memancing-mancing nih...sempat pula bro bertandang di blog ini.
Cerita ini berdasarkan pengalaman seorang pegawai polis yang mempunyai sikap yang patut kita puji.
Honey harap bro Mizlan akan sentiasa terhibur dengan penulisan blog ini. Kalau ada apa-apa kesilapan dan kekurangan dari segi olahan bahasa...jangan segan2 beritahu Honey k.
Regards

HoneyBUZZin said...

Learnenglish - Terimakasih kerana sudi memberikan komentari di sini. Honey cukup bersetuju...kehidupan kita di dunia ini cuma sementara sahaja. Alangkah baiknya sekiranya semua orang hidup hormat menghormati tanpa rasa megah sesama sendiri...dan seperti kata anda....kehidupan sebegini diberkati..

Sang Cerpenis bercerita said...

mungkin dia hnya stress karena tidak diperhatikan oleh keluarganya.

rahma said...

i like this entry... so sweeettt.... btw keep up a good writing ya honey ^-^v

Seti@wan Dirgant@Ra said...

Kisah yang menyentuh dan membuat saya terenyuh membacanya.

HoneyBUZZin said...

Sang Cerpenis bercerita - Hi Fan...memang begitulah...kasian...

HoneyBUZZin said...

Sis Rahma - Thank you for the compliment...cuma mengasah bakat kampung ja...huhu

HoneyBUZZin said...

Cikgu Setiawan - Terimakasih kerana sudi memberikan komentari di blog Honey. Biarpun sibuk tapi cikgu mampir melawat...thank you!

kakve_santi said...

saya screening dulu,,,

naik-turun
naik-turun

HoneyBUZZin said...

kakve_santi - Thank you for visiting this page. I hope you enjoyed the write-outs. Regards