Saturday, February 28, 2009

Bila sidia cemburu...

Saya ingin menulis sesuatu yang baru hari ini. Perkara ini terjadi sebentar tadi kerana saya sendiri mengalami perasaan sebegitu. Mungkin juga ada ramai kawan-kawan yang tidak begitu memahami perasaan kekasih mereka..tapi marilah kita membongkar rahsia ini dan sama-sama belajar tentang perihal ini. Saya ingin mendapatkan pendapat dan keluhan dari kedua dua pihak blogger lelaki ataupun perempuan berkenaan perkara ini. Mari semua...

Ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Sekiranya ada salah dan silap atau menyinggung mana-mana pihak dengan penulisan saya...saya ingin meminta maaf.

PADA PENDAPAT SAYA...
1. Seorang perempuan itu akan cemburu apabila......
Kekasihnya menjeling-jeling kearah perempuan lain semasa berjalan dengannya.
Ingat! pantang betul ni...... (yalah, kekasih anda disebelah..buat apa pandang-pandang orang
lain?)

2. Seorang perempuan itu akan cemburu apabila....
Anda ber'chatting' dengan perempuan lain selain dirinya. Memang kelihatan agak mementingkan diri tetapi begitulah hakikatnya. Kalau sekadar 'chatting' biasa tidak apa...tapi kalau selalu ber'chatting' dengan orang yang sama..ini tentu menimbulkan perasaan curiga dan pra-sangka. Tau-taulah..lelaki ni..kadang-kadang 'chatting'nya boleh mengubah arah angin..

3. Seorang perempuan itu akan cemburu apabila....
Anda menulis bukan-bukan di shoutbox seorang perempuan lain...seperti perkataan 'I miss
u'...rindu...animation love2...dan sebagainya. Kalau si perempuan menulis begitu di shoutbox
lelaki lain..anda tentu 'gigit jari'!

4. Seorang perempuan itu akan cemburu apabila...
Dia tidak dapat menalifon anda walaupun sudah berkali-kali. Telefon anda hanya ada deringan 'engaged' saja... Bila ditanya..anda hanya akan menjawab kawan telefon...pelanggan telefon...tapi kalau hari Ahad pun begitu..tentu tidak salah dia berperasaan begitu kan?

wa...saya rasa kalau tulis satu hari satu malam pun memang tidak habis... tapi saya rasa memang tidak salah seorang perempuan tu berasa cemburu...kerana kata orang...cemburu tu tandanya sayang. Anda tentu akan memberitahu saya..jangan sampai terlalu cemburu kerana mungkin akan merosakkan perhubungan..tetapi bagi saya pula....kalau tiada muzik masakan punggung bergoyang? Aikkkkk....anda tentu ada cerita sendiri. Hmmm...

Wednesday, February 25, 2009

Bila mereka bercinta.....

Inilah tempat kekasih itu bertenggek....saya heran jugak...dia pandai oooo. Macam tau tau saya mao ambil gambar derang...terus tia nampak derang. Aiyaa...binatang sekarang pun lebih pandai dari kita. IQ tinggi...uhuk uhuk.
(misti mao baca dari entry - SAYA..penghalang cinta mereka..baru bole faham arr..)

Tuesday, February 24, 2009

Saya...penghalang cinta mereka....

SAYA...adalah penghalang cinta mereka. Saya terpaksa mengakui kebenaran ini...saya jahat. Saya tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Saya tidak dapat mengawal perasaan. Setiap hari mereka bersama....saya nampak mereka. Terlalu setia diantara satu sama lain. Tidak mungkin pasangan setia itu mudah beralih kasih pada yang lain. Mereka seolah-olah diciptakan untuk satu sama lain.

Mungkin selama ini kawan-kawan tidak menyangka saya adalah orang yang seperti itu.....tapi hari ini saya ingin berterus terang kepada semua...Hari ini 24hb Februari...tarikh yang bersejarah..yang akan membuat saya kehilangan ramai kawan blogger...uhuk uhuk...

Mungkin selepas saya menulis ini, saya bertekad untuk mencuci kereta...melepaskan 'tension'...
Saya geram sangat...arrrrrrrrrgggggggghhhhhhh.....Kalau mereka ini tidak menyusahkan saya mustahil saya akan bersikap jahat sebegitu.

Pasangan kekasih yang membuat saya marah sebenarnya merupakan dua ekor burung pipit. Setiap hari mereka akan tidur bertenggek diatas paip dimana kereta saya diletakkan. (Laaaa.....buat suspen jer....) Saya tidak kisah sangat kalau pasangan kekasih ni tidur disana. Perkara yang membuatkan saya marah ialah pabila dia 'berak' pulak...habislahbumbung kereta saya.

Pernah beberapa kali saya menghalau mereka dengan memukul-mukul bahagian paip itu dengan payung. Mereka terbang dari situ. Keesokkan harinya, mereka datang semula. Bertenggek disana dan 'berak' lagi....

Bayangkanlah..saya terpaksa mencuci kereta setiap kali atas gara-gara pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta ini. Saya juga menggunakan cara meletakkan suratkhabar diatas bumbung kereta tetapi......arrrggggghhhhh.....mengapa ini harus berlaku kepada saya...? Sob sob sob...sungguhlah menyusahkan...

Cuci kereta la jawabnya...pindah tempat lain...jauh pulak nak berjalan...Sob sob sob. Macamana yer nak 'settle' problem ini? Anda tentu lebih berpengalaman dari saya.

Friday, February 20, 2009

Hanya 7 perkara ...



Saya menerima tag ini dari Fanny, sahabat Indo yang saya kenali semasa blogwalk. Glad to know you Fanny..happy reading arr...maaf, lambat saya kasi posting.
1. Jenis 'Karpet'..
Saya paling 'boring' berkawan dengan orang yang jenis karpet ni(carpet)..sungguhlah membosankan. Bila dia susah..kita tolong dia...tapi semakin kita tolong dia..dia semakin mengambil kesempatan diatas kebaikan diri kita...time inilah kita rasa dia pijak-pijak kepala kita. Kalau dapat kawan ini maciem..bagus hidup satu urang.
2. Jenis 'mengampu'...
Spesies jenis ini termasuk dalam senarai orang yang saya akan hindari. Jenis ini sukar untuk dipercayai kerana mereka adalah golongan yang 'tikam' kawan. Bahasanya lebih manis dari 'madu'. Selain dari pandai mengampu, orang jenis ini ternyata tidak mempunyai personaliti yang menyenangkan. Dia mengampu...dia juga yang mengutuk, cukup bahaya dari penyakit AIDS!
3. Jenis 'kedekut'..
Jenis ini juga saya tidak berapa sukalah. Hahaha....mana tahan kita saja yang bayar? Dia cuma cakap.."tengkiu..tengkiu...". Bila 'time' pembayaran bil makanan..dia pura-pura pi tandasla...pi kedai sebelah la dan macam-macam gaya 'angkat kaki'. Susah ooo. Manada one-way trafik bila berkawan ni... Hari ni kamu belanja..esok, lusa, saya punya turn belanjala..bukankah begitu cara berkawan?..balik-balik saya saturang saja yang kasi settle itu bil...bank pun boleh bangkrap!
4. Jenis 'mata merah'..
Spesies ini memang memeningkan kepala. Suka ber'mata merah'! Dengki sahaja . Asal seseorang itu sukses darinya..dia tidak suka. 'Palui' betul jenis orang yang sebegini! Buat apa dengki mendengki...berusahalah! Peluang yang baik bukannya jatuh dari pokok! Mesti mao rajin berusaha maa..haiyaa...
5. Jenis 'sempurna'
Huhu...Jenis inilah yang akan membuat tekanan darah saya naik dan 'vomit blood'. Susah kalau dapat boypren atau laki macam ini..sebab dia akan selalu melihat kita dengan serba serbi kekurangan! Spesies jenis ini patut ditempatkan di planet lain...sebab planet yang kita tinggal ini tidak sesuai untuk mereka yang sangat sempurna ini.
6. Jenis 'Radio24'
Hoho....saya paling tidak suka berkawan dengan orang yang cakap terus menerus tanpa noktah. Dia saja yang cakap...kita hanya boleh jadi pendengar saja. Boringla kalu gitu...kalu sia mao dingar urang bercerita siaran terus menerus...bagus lagi sia 'on' itu radio. 'Urgggghhh...
7. Jenis 'kura-kura'
Jenis ini hanya akan dapat kita lihat sewaktu berada di jalanraya. Saya paling malasla bila bertembung dengan jenis spesies ini. Adakah patut dia memandu dengan kelajuan 5okm sejam di lorong yang laju? kadang-kadang pelik jugak....di lorong yang laju...orang pandu perlahan..di lorong perlahan...orang pandu laju pulak! Aikkk....ini memang dapat lesen kopi o kaw-kaw ni....ahakkss...men buyuk!
......saya rasa cukuplah setakat 7 perkara sahaja..sebab saya juga tidak sesempurna yang disangka! Salam buat Fanny. Adios!

Wednesday, February 18, 2009

Menipu, ditipu dan tertipu...

Hampir setiap hari saya terpaksa membuang kad-kad jemputan dari 'along'
yang terselit dicelah-celah cermin kereta saya. Semakin hari, semakin banyak
pula kad-kad mereka. Kalau dikumpul memang boleh jadi seguni. Semacam ada satu pertandingan pula diantara mereka untuk mendapatkan pelanggan. Uhuk! uhuk!

Cerita 'along' tidak pernah habis..begitu juga dengan cerita-cerita penipuan
lain seperti kes penipuan nombor ekor, skim cepat kaya,(pyramid), peraduan
gores dan menang, kes 'filter air'..dan bermacam-macam lagi. Kita memang
sudah maklum bahawa semua ini adalah kes penipuan dan seperti biasalah..
kalau ada yang menipu..ada pula yang ditipu dan tertipu.

Tapi cerita saya kali ini mungkin berlainan pula dari yang ada tersenarai
diatas. Jangan pergi kemana-mana..baca sehingga habis...anda tentu terperanjat!

Begini ceritanya.

Beberapa tahun yang lalu, ibu kepada sahabat baik saya mengalami sejenis
penyakit mata yang sukar diubati. Saudara mara sebelah pihak ibunya, telah memperkenalkannya dengan seorang dukun. Kawan saya marah juga sebab
dia tidak percaya akan hal dukun-dukun ni sebab baginya lebih baik berjumpa
dengan pakar mata..kalau sah tidak ada perawatan untuk penyakit matanya
yang ganjil, barulah dicuba rawatan tradisional yang diiktiraf dan juga
bersertakan doa..katanya kepada saya.

Dipendekkan cerita..pada hari ibunya ditemani oleh adik iparnya ke tempat
si-dukun.. si dukun 'auta' ni memberitahu ibunya bahawa ada 'sesuatu' yang
tidak baik pada dirinya. Hanya ada satu cara sahaja untuk membuat
perawatan 'pemulihan' matanya itu.

Anda nak tahu....si dukun 'bedebah' itu memberitahu bahawa penyakit
mata seperti itu hanya boleh diubati selepas menjalankan upacara meniduri
adik ipar sahabat saya yang cantik itu!

Aha!..ini memang jelas kes menipu! Saya tidak tahu mahu tergelak atau tidak?

Lagi satu..Masihkah anda ingat akan paparan cerita anak-anak muda kita yang
tertipu dalam mencari pekerjaan di rantau orang gara gara agen-agen yang tidak berperikemanusiaan itu? Saya tidak pernah melupakan kes itu
kerana saya faham masalah rumit sebegini hanya akan dapat diselesaikan dengan
kerjasama dua hala dari pihak yang berkuasa.

Liputan cerita ini pernah disiarkan di akhbar 'Daily Express' dan juga
pernah dipaparkan didalam blog seorang blogger - San (piasau) dan para
blogger yang lain seperti Wel yang amat prihatin dan kesal akan kejadian
tersebut.

Saya sungguh mengharapkan kita tidak akan melupakan kejadian penipuan
sebegitu dan terus menerus menjadikan blog kita sebagai satu saluran penyebaran
maklumat yang baik. Akhir kata dari saya...berhati-hatilah...

Jangan sekali kita menipu..jangan mudah kita ditipu..jangan pula mudah tertipu.

Saturday, February 14, 2009

Cinta Berlainan Bangsa

Mereka ditakdirkan bertemu...ditakdirkan bercinta..dan ditakdirkan bersama. Masing-masing saling menyinta..masing masing tidak dapat melupakan kasih yang telah terjalin. Bagaikan pungguk merindui bulan...pasrah kalau tidak ketemu...tidur tak lena, makan pula tidak kenyang.
Begitu hebatnya kalau sedang bercinta. Setiap saat terasa bagaikan berkurun lamanya. Perasaan hebat yang lebih kuat dari angin di padang pasir..tidak mudah goyah. Cinta yang begitu mendalam.

"Saya meminta restu ibu untuk mengahwini perempuan itu"..kata si pria. Terdiam sejenak. Dunia bagaikan berhenti berpusing pada paksinya. Tapi selepas perbincangan, ibu si pria akur akan kehendak puteranya.

Segalanya terjadi, bukan lagi satu mimpi. Dua budaya, dua adat dan dua bangsa bertembung. Satu sejarah telah tercipta. Puteri yang telah menawan hatinya adalah seorang gadis melayu.

Pada hari kebahgiaan mereka, sanak saudara dua bangsa ini tidak lagi berasa kekok. Para pengunjung dan sanak saudara dua bangsa ini mengambil peluang merenjis air mawar keatas pasangan raja sehari. Suasana begitu meriah sekali dengan nyanyian bersertakan paluan kompang yang kuat.

Pada hari itu, dua keluarga dan dua bangsa bergabung atas kejayaan cinta sang pria dan jelita. Kali ini 'mereka' benar-benar dapat melihat menjangkaui perbatasan bahasa, adat dan budaya. Adanya keikhlasan dan saling hormat menghormati diantara mereka. Adanya gelak ketawa..adanya senyuman...adanya kedamaian.

Berjayakah mereka menyatukan 'mereka' semua?

Sudah tentu!

Si pria itu adalah abang saya sendiri.

Wednesday, February 11, 2009

Saya bukan "ALONG".....

Saya masih ingat akan sebuah iklan yang agak lucu dimana seorang lelaki
tionghua memainkan peranan sebagai peminjam wang - "ALONG".
Dengan ketrampilannya yang menyerupai 'ALONG'.., gelang emas,
rantai emas besar-besar..muka gangster..huhu..meminjam wang dan
segalanya, katanya tidak menjadi masalah. Lepas tu, lampu dipadamkan.
Aahh...bukan "along" yang cekik darah rupanya...

"Saya bukan "Along"..saya cuma mau tolong!!"
katanya.. wakakakaka. Buat suspen jer!

Hari ini saya bukan mahu cerita pasal "Along" tapi satu topik yang saya
paling malas mau cerita..tapi mau cerita jugalah..sebab kadang-kadang
tidak tahu hendak berbuat apa-apa.

Tengahari tadi sewaktu saya ke pejabat pos dengan Ju__, saya menerima
sebuah panggilan. Panggilan sebeginilah yang paling boring sekali kalau dapat.
"Mau mintak tolong..pinjam wang" katanya.
"Berapa banyak?" saya bertanya kepadanya. "_____ringgit" katanya.

Saya sekarang didalam dilema. Macam dalam filem animasi, selalunya ada babak
dimana mereka akan membuang satu demi satu kelopak bunga..dan
dikatanya..."He loves me.." dan dibuangnya sehelai kelopak bunga, dan
dikatanya lagi.."he loves me not"

Nah..serupalah dalam kes saya..tapi minda saya pula yang berpusing ligat.
' tolong '.. 'tak nak tolong' ..' tolong' .. 'tak nak tolong'...saya berfikir pula.
..laaaa....nanti kesian pulak kalau tak tolong..hmmm...kalau tolong,
dia bayarke? Macam-macamla dalam fikiran ini.

Dua minggu yang lalu saya juga menghadapi masalah sebegini dengan
seorang kawan yang lain. Sama juga kesnya...minta pinjam wang! Dijanjinya
akan melangsaikan hutang dalam masa dua hari. Aikkk...dua hari?..
mengapa mesti bersusah payah meminjam kalau dapat melangsaikan
wang sebegitu cepat? Saya tak berikan pinjaman padanya. Baru-baru ini
saya mendapat cerita bahawa si-kawan ini 'songlap' duit pengurusnya,
pelanggannya dan kawan-kawannya yang lain..Nah pa saya bilang!

Saya bukanlah kedekut..atau tidak mahu membantu rakan-rakan
yang ternyata susah. Tapi biarlah benar-benar susah dan mestilah
mengikut kemampuan saya juga. Bab 'pinjam meminjam' ni saya tidak
berapa sukalah...sebab perkara begini akan menyebabkan kita
kehilangan kawan. Kalau si-peminjam memulangkan wang kita..ok,
kalau tidak KO!

Pernahkah kawan-kawan mengalami dilema yang sama seperti saya?
Saya ingin tahu bagaimana kamu mengatasi masalah itu! Saya percaya, kamu
tentu ada cerita sendiri!

(*ALONG* - nama panggilan yang digunakan oleh masyarakat tempatan kepada
si peminjam wang yang mengenakan kadar faedah yang tinggi )







Saturday, February 7, 2009

Cerita kita berbeza..

Saya ingin memulakan postingan hari ini mengenai sebuah cerita yang pernah saya baca dari sebuah artikel mengenai seorang kelasi laut yang pernah terdampar di sebuah pulau yang jauh dan tidak berpenghuni. Bayangkanlah...sekiranya itu yang terjadi pada diri saya...mungkin perkara pertama yang akan saya lakukan ialah menangis sekuat hati saya. Apa tidaknya..tidak ada seorangpun di pulau yang tidak berpenghuni, tiada pula tempat berteduh dan tiada pula makanan dan lain-lain keperluan asas. Tentu panik..apa bukan?

Tapi lain pula cerita kelasi ini. Kelasi yang terdampar di pulau ini tahu bahawa dia perlu berbuat sesuatu diatas musibah yang menimpanya. Dia tahu untuk 'hidup' dia perlu melakukan sesuatu. Perkara pertama yang dilakukannya ialah mendirikan tempat berteduh sementara dan mencari makanan di pulau itu. Setiap pagi juga si kelasi akan pergi ke tepi laut dan menghidupkan unggunan api dan mengharapkan sebuah kapal akan nampak isyarat asap itu. Dia membuat perkara yang sama setiap hari, malangnya bulan demi bulan dan tahun bergantian tidak ada seorangpun yang datang menyelamatkannya. Dipendekkan cerita, si-kelasi itu terpaksa tunduk menyerah kalah pada nasib buruk yang menimpa dirinya.

Pada suatu petang, semasa hujan lebat dan petir sabung menyabung, pondok yang didirikan oleh si kelasi telah terbakar disambar petir. Si kelasi terlalu pasrah...dia langsung terduduk diatas pasir pantai lalu menangis sekuat hatinya.."Oh tuhan...mengapa kau perlakukan aku sebegini..""Satu-satunya tempat tinggalku..kau biarkan ia musnah juga..".."lebih baik sahaja aku mati..." katanya.

Apa yang dia tidak tahu, keesokkan paginya sebuah kapal datang berlabuh di tempatnya.

"Kami nampak kepulan asap yang tebal di pulau ini".."setahu kami, pulau ini tidak berpenghuni..oleh itu kami tahu adanya seseorang terkandas disini"

Nah..tu dia!

Cerita diatas sedikit sebanyak telah mengubah cara saya berfikir apabila menandatangi sesuatu masalah itu. Terus terang saya katakan disini bahawa saya juga ada menghadapi beberapa masalah di tempat kerja. Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dimana rata-rata pekerjanya adalah lelaki. Saya yang 'lone ranger' di sana. Anda tentu dapat memahami cabaran yang saya hadapi apabila berdepan dengan mereka.

Contoh yang ternyata...saya tak bolehlah pakai 'mini skirt'..tak boleh pakai pakaian yang menyeksakan 'mata' mereka...(uhuk-uhuk..) kedua, adalah perihal bab tandas ..dapatkah anda bayangkan stress yang saya hadapi setiap kali masuk dalam tandas...air kencing bersepah-sepah.....sungguh menyeksakan! alahai..
Maka terpaksalah saya membuat sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut..susah betul mao perah otak atasi masalah spesis 'dominant' ini...sungguh memeningkan kepala. Ahakss!

Apa yang nyata, masalah tetap ada..cuma cerita kita yang berbeza.

Monday, February 2, 2009

Binatang mempunyai perasaan...?

Pagi ini sebaik sahaja saya meletakkan kereta di lot meletak kereta, kawan baru
saya Alice (nama samaran), yang tinggal berdekatan pejabat saya terus menyapa
saya dan memberitahu bahawa ada seekor anak anjing terjatuh kedalam parit yang berhampiran.

Saya dan beberapa orang yang berada disana terus berjalan ke arah anak anjing
itu tetapi kami dapati memang agak sukar untuk menolongnya kerana anak
anjing itu menyelinap masuk kedalam bahagian parit yang tertutup.

" Alaa.....macamana nak tolong anak anjing itu?" kata saya kepada En Tan,
mekanik yang bekerja berhampiran.

"Susah betul ni, kalau anak anjing itu masuk kedalam bahagian parit yang
tertutup.." kata Encik Tan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Saya cuba juga mau ambil tapi ia gigit tangan saya.." kata Alice yang turut
sama dalam misi menyelamatkan anak anjing itu. (huhu...)

Anjing betina yang berbulu hitam putih itu tidak berhenti menyalak pada
setiap kenderaan yang berlalu. "Kasihan betul...dari semalam lagi ia
tidak pernah meninggalkan kawasan dimana anaknya terjatuh.." kata yang
lain-lain pula.

Saya berfikir-fikir pula sebentar tadi..peristiwa ini membuatkan saya
teringat akan komen yang ditinggalkan Tanakvagu mengenai sebuah blog
yang dia lawati yang menceritakan mengenai seekor anjing yang
menyalak dan menangis ditengah-tengah jalan dimana bangkai kawannya
tersadai disitu. Saya juga ada membaca mengenai cerita sebegini dan berasa
amat hairan dengan perkara yang saya kira luarbiasa ini.

Begitu juga dengan kisah benar ini yang berlaku di sebuah negara barat, dimana
sebuah akhbar melaporkan bahawa adanya kejadian seekor binatang yang
menangis dan berdegil untuk berjalan apabila dibawa ke tempat penyembelihan.
Oleh kerana fenomena yang agak membingungkan ini, beberapa pekerja di kilang
tersebut dikatakan meletakkan jawatan kerana tidak sanggup menyembelih
haiwan yang seolah olah punya perasaan itu.

Saya semakin bingung pula. Seperti kejadian pagi tadi, sifat keibuan anjing
betina itu sungguh mengharukan sesiapa sahaja. Benarkah binatang mempunyai
perasaan? Saya benar-benar kurang pasti. Saya sangka selama ini kita yang
diberikan akal untuk berfikir dan perasaan untuk menyayangi...tetapi mengapa
lain pula jadinya? Anda tentu faham maksud saya...


Binatang membunuh untuk makan, tapi manusia bisa membunuh tanpa alasan. - Tikno

.....sering org guna bila marah pada org lain " perangai mcm binatang"..tapi rasanya ayat td tdk begitu sesuai lagi digunakan sebab ibu anjing menunggu anaknya dan mungkin mengharapkan bantuan dari pihak lain untuk menyelamatkan anaknya. Tapi MANUSIA PULA BUANG ANAK DALAM LONGKANG DENGAN HARAPAN TIADA ORANG AKAN MELIHAT ANAKNYA...:(
- DL Sumunie