Tuesday, October 8, 2013

RM75!

Hari itu saya benar-benar bengang! Bukan bengang pasal apa-apapun. Bukan pasal naik harga minyak atau kenaikan harga makanan, mahupun ke 'PALUI an' sesetengah 'Ahemm' yang menyumbang kepada kenaikan darah tinggi di kalangan orang seperti saya dan anda. Anda tentu sedia maklum apa yang saya maksudkan..let me save my breath.

Saya ada satu pertanyaan buat rakan-rakan semua "Berapakah harga untuk membaiki zip beg tangan?"

AHA! Inilah yang membengangkan saya tempohari.

Saya masih ingat lagi tengahari itu, tujuan saya ke kompleks Karamunsing ialah untuk menggantikan semula zip yang telah rosak di sebuah kedai jahit di tingkat bawah bangunan lama itu.

"Encik...minta pasang balik zip.." kata saya kepada lelaki yang berkulit gelap yang sedang duduk diatas kerusi itu. Saya pun kurang pasti apa bangsa lelaki tersebut kerana wajahnya tidak memberikan saya gambaran bahawa dia orang tempatan.

"Boleh.." jawabnya. Di kedainya itu kelihatan seorang perempuan awal 20an dan dua orang lelaki yang juga tidak menampakkan ciri ciri orang tempatan.

"Berapa ya?" tanya saya sebelum keluar dari kedainya.

"75" jawabnya.

Pada mulanya saya menyangka dia mengatakan RM7.50. Untuk mendapatkan kepastian sekali lagi, saya bertanyakan kepadanya semula. Lelaki yang berkulit hitam (sabahans..u know what I'm talking about) itupun memberitahu saya bahawa harga untuk menukar zip itu ialah RM75.

APAA!!!??? jawab saya penuh kebingungan dan kebangangan.

Saya terus mengambil beg yang rosak zipnya itu dan serta merta keluar dari kedainya.

Hah! Ini baru saja satu cerita...belum lagi cerita sahabat saya mengenai harga sarapan pagi mee sup kepala ikan di Kolombong yang mencecah hampir RM95 (katanya..ikan yang mahal). Ataupun bubur ayam yang berharga RM6 di fohsang atau durian D24 yang dibungkus 2-3 ulas berharga mencecah RM20 keatas.

Hah! Gila ke apa?

Anda tentu tahu apa kata si-PALUI!



Buzzzzzzzzzzzzzzz out!