Saturday, January 24, 2009

Seandainya mereka tahu...

Saya ingin berkongsi sebuah cerita dengan rakan-rakan blogger yang melawat blog saya. Cerita ini mungkin lain sedikit dari postingan-postingan saya sebelum ini. Cerita ini saya dengar dari saudara perempuan saya yang bekerja di kedai barang-barang kemas.

Lisa (bukan nama sebenar) memberitahu saya, sepanjang dia bekerja di kedai itu, ada dua peristiwa yang dia tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini.

Dia meneruskan ceritanya itu dengan memberitahu saya bahawa ada sekeluarga ini, ibu, ayah dan dua orang anaknya yang berusia diantara 5-7 tahun datang ke kedai emasnya hanya untuk menggadai seutas rantai yang nipis.

"oh...itu perkara biasalah..kalau sudah terdesak..." kata saya. "Bukan semua orang hidup senang-lenang!"

"Saya geram dengan budak-budak itu...." kata Lisa sambil merenung jauh.

Lisa menceritakan lagi bahawa apa yang membuat dia terkilan dan agak geram ialah dimana anak kecil itu menangis meminta ibubapa mereka membawanya untuk makan makanan segera.
Wang gadaian yang diterima hanyalah RM50 ringgit sahaja.

"huh.."..teruk tu...RM50 ringgit sahaja? Makanan segera franchise barat tu bukanlah murah...kalau satu keluarga macam tu...sekejap jer habis" .. kata saya

Lisa cuma mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju.

Kemudian Lisa menceritakan lagi sebuah kisah yang lain pula. Keluarga ini juga datang menggadai emas mereka yang sedikit. Lisa bertanyakan kepada orang itu " mengapa kamu mahu menggadai rantai ini...."
(Iyalah...barang kemas gadaian itu cuma bernilai RM100 sahaja..bukanlah banyak mana pun..oleh itu Lisa bertanyakan orang itu)

Orang itu menjawab.."Saya mau buat parti harijadi untuk anak saya"

Huh..???? terkeluar kata-kata itu dari saya.

Lisa menggeleng-gelengkan kepalanya tanda cukup hairan dan memberitahu saya pendapatnya..katanya lagi, ada sesetengah ibubapa sanggup membuat apa sahaja demi kegembiraan anak-anak mereka. Walaupun terpaksa menggadai emas.

"tidak bolehkah kalau tidak mengadakan jamuan harijadi.." kata Lisa

"..perlukah diadakan majlis sebegitu kalau tidak mampu..? tambahnya lagi.

Saya tak tahu pula nak menjawab soalan Lisa itu. Saya juga memberitahu Lisa bahawa gaji purata kami tidaklah setinggi mana..masih ada lagi yang bergajian RM300 ringgit. Percaya atau tidak..terpulanglah..kata saya. Kalau duit setakat Rm50-RM100 boleh terus kebulur tu kalau tak betul2 jimat dan ikat perut. Harga makanan pula tidak ada tarif yang berpatutan. Mahal benar kalau makan diluar.

Harga makanan yang keterlaluan, kos sara diri yang tinggi membuat kebanyakkan penduduk seperti kami merasa amat payah. Tidak tahu pula bagaimana dengan yang punya keluarga..anak 5, 6 orang..aduhai...

Saya masih ingat semasa berforum dengan seorang forumer dari Semenanjung, dia memberitahu saya kalau RM1..masih boleh dapat 3 ketul kuih...
Saya terus ketawa....hahaha ...saya memberitahunya..kalau di KK...jangan harap dapat sebanyak itu...harga seketul kuih antara 60-80sen seketul..
"Wuissh..mahalnya.." kata forumer itu...'kalau begitu....loaded arr orang KK nie..."

Huhuhuhu....seandainya mereka tahu.....

(..saya masih belum dapat membalas kunjungan kawan-kawan....sibuk "tung-'tung' chang" arr...
jangan lupa bagi komentar...jangan lupa tulis pesanan di shoutbox..salam syg buat semua)

Friday, January 23, 2009

Pesanan..

Minta maaf semua..saya berada di sebuah kawasan yang mempunyai akses internet yang lemah. Bila saya pulang nanti, saya akan melawat blog kawan-kawan. Jangan lupa menulis sedikit pesanan untuk saya di shoutbox sekiranya kamu membaca blog ini supaya saya tahu kawan-kawan ada melawat saya. Terimakasih semua..saya akan melawat kamu di lain masa.
Salam sejahtera..

Wednesday, January 21, 2009

Kita tidak sempurna yang disangka..

Semasa membalas kunjungan ke beberapa penulis blog baru-baru ini saya telah terbaca tentang artikel mereka mengenai OKU-Orang Kurang Upaya ini. Semalam saya terbaca lagi di blog sahabat saya 'Budiawan' dan ini membuat saya teringatkan kembali email-email yang saya terima mengenai keistimewaan OKU ini.

Pernah saya terbaca mengenai seorang gadis yang dilahirkan tanpa kedua belah tangannya namun dia berjaya mendapatkan ijazah di sebuah pengajian tinggi dan menjalani rutin hidup seperti biasa...seorang lelaki yang bermain alat muzik dengan hanya menggunakan kakinya sahaja dan seorang budak perempuan berusia 9 tahun yang dilahirkan buta tetapi pandai pula mengubah lagu dan bermain muzik dengan begitu baik sekali serta olahragawan OKU yang menyertai pra-olimpik di arena antarabangsa. Bukankah ini adalah antara perkara-perkara yang seringkali kita dengar mengenai mereka?

Kadang-kadang bila saya terkenangkan mereka ini, banyak yang bermain di minda saya..mereka yang kurang upaya ini boleh hidup lebih "sempurna". Mengapa mereka boleh hidup dengan penuh kedamaian di hati, kecekalan yang sekuat besi dan penuh rasa kesyukuran? Mengapa mereka lebih tahu menghargai kehidupan?

Kita yang sempurna ni lain pula ceritanya. Bukankah kita yang lebih sempurna sepatutnya lebih kuat..lebih cekal..dan mampu melindungi mereka yang lemah? Mengapa pula kita menjadi semakin kejam?

Seringkali kita mendengar tentang ketamakan manusia, kezaliman dan kes-kes yang mencabar rasional minda kita seperti pembunuhan kanak-kanak, pembuangan bayi dan lain-lain perilaku yang bersifat kebinatangan. Bukankah semua ketidakwarasan ini dilakukan oleh mereka yang dilahirkan sempurna, tiada cacat celanya? Sakitkah kita ini?

Yang pasti, semua ini telah membuat saya insaf..semua ini telah membuka mata dan hati saya yang "buta". Kini saya tahu..didalam kelemahan seseorang disitulah terletaknya kekuatan sebenarnya..dan didalam kekuatan seseorang disitulah letaknya kelemahannya yang maha...

Thursday, January 15, 2009

Masih adakah lagi mereka ini?

Semasa memandu melintasi kawasan Donggongon, Penampang,
saya ternampak sebuah motosikal terdampar di tengah-tengah jalan.
Ada sebuah lori yang agak besar dihadapan saya..jadi agak sukarlah
untuk saya mengetahui apakah yang telah terjadi. Saya pun membuat
sedikit belokan untuk memotong lori itu.

"Mungkin ada kemalangan.." kata saya dalam hati. Saya memandu
secara perlahan (..takut terlanggar orang yang berkumpul disitu..) dan
ternampak ada seorang lelaki dalam usia 40an itu sedang cuba menaikkan
motornya yang telah rosak. Mungkin juga dia cedera..saya kurang pasti.

Aaaaa....ini baru mao sorita arr..

Saya cukup menyampah...selalunya bila ada kejadian sebegitu..
maka banyaklah penonton dan kereta pula akan dipandu dengan
TERLALU PERLAHAN untuk 'menyibuk' sehingga menjadi masalah
kepada kelancaran lalu-lintas. ( Tinguk-tinguk misti mao..tapi itu kurita
misti kasi jalan mah....haiya..susah oo ini maciem)

Saya juga hairan dan terkilan sebab dalam ramai-ramai yang menyaksikan
kejadian itu sebentar tadi..hanya satu orang sahaja yang tampil memberikan
bantuan.. Apa sudah jadi dengan masyarakat penyayang dan prihatin kita?

Saya teringat pula cerita yang disampaikan oleh seorang pastor di gereja
beberapa tahun yang lalu. Semasa perjalanannya kesebuah tempat yang
agak jauh dari bandar, keretanya rosak dan tersadai di tepi jalan.
Dia melambai-lambaikan tangan ke arah kereta-kereta yang melalui
jalan itu malangnya tidak ada seorangpun yang berhenti menghulurkan
bantuan. Beliau berasa agak pasrah dan kecewa kerana bukan tidak ada
orang melalui kawasan itu tetapi orang tidak mahu menghulurkan bantuan.

Syukurlah, beberapa jam kemudian datang seorang penduduk kampung
yang secara kebetulan berbasikal ke jalan yang sama. Hanya dialah yang
menolongnya. Dalam cerita ini, secara kesimpulannya, dia memberitahu kami
....seseorang yang baik itu bukan dinilai dari wang ringgit, kekayaan ataupun
warna kulit..tetapi di hati kitalah terletaknya kekayaan itu. Harta..wang
dan tanah akan lupus ditelan zaman..tetapi hati yang baik, iklas, suka menolong
dan tiada hasad dengki..adalah harta kita yang kekal. Harta yang tak
mungkin dapat di curi dan diambil dari kita..sebab ia kekal selamanya.

Saya cukup bersetuju...sebab saya tahu ..sesiapa yang memiliki "harta hati"
ini maka tidak akan timbulnya persengketaan..tiadalah jurang "kau..kau.."
dan "aku..aku"...Dihatinya ada keamanan..dihatinya ada kedamaian..dihatinya
penuh kemaafan..

(..teringat pada 'Atuk'....sobsobsob...)

Thursday, January 8, 2009

Apa kata anda?

Pagi itu bukanlah seperti pagi-pagi sebelumnya. Pagi itu, kerana amat
terperanjat, saya telah hampir menekan 'break' kereta. Kamu nak tahu...saya
telah menyaksikan sebuah kereta pancuan empat roda melanggar seekor
anjing yang berjalan menyeberangi lorong itu. ..LORONG PERUMAHAN!!!

Anjing itu tidak mati tapi ia jalan terkial-kial..mungkin mati juga
nanti sebab telah digilis. Saya cukup hairan dengan cara pemanduan pemandu itu...
bukankah itu lorong kawasan perumahan? Bukahkah kita sepatutnya
memandu dengan lebih perlahan bila berada di kawasan yang sebegitu?

Sebagai seorang yang menyayangi binatang, saya memang agak geram
dengan pemandu itu. Kalaulah saya lelaki, berbadan tegap macam HULK..
mahu saja saya ganyang pemandu tu..tapi apa nak buat..saya hanya mampu
menjadi pemerhati sahaja..nak maki pun saya takut..nanti si-pemandu turun
dari kereta..habislah riwayat saya..tak dapatlah saya ber"blogging" lagi.


Saya meneruskan pemanduan saya selepas itu dan berfikir mengenai
kejadian itu. Fikiran saya berbelah bahagi pula. Saya tahu..kebanyakkan
dari kita mungkin akan memberi reaksi sepertimana yang saya sebutkan
diatas tapi
bila fikir-fikir balik... saya rasa orang yang memelihara
anjing itu patut juga dipersalahkan...mengapa tidak? Bukankah dia
(penjaga haiwan) sepatutnya
bersikap lebih bertanggung-jawab
keatas binatang peliharaannya?


Telah banyak kali akhbar-akhbar tempatan menyiarkan
kisah anjing-anjing menyerang pejalan kaki..anjing-anjing berkeliaran dan
sebagainya..selalunya bila seseorang itu diserang, barulah tindakan diambil..
anjing-anjing liar dan anjing yang mencederakan orang lain akan dihapuskan
sebagai balasan penyerangan yang berlaku. Dapatkah ini menyelesaikan apa-apa
masalah? Bolehkah kita jamin perkara sebegitu tidak akan berlaku lagi
dimasa akan datang?

Bagaimana pula dengan penjaga haiwan berkenaan? Bolehkah pihak-pihak
tertentu mengenakan tindakan yang berat serta kompaun yang mahal keatas
mereka yang tidak menjaga haiwan mereka dan menyebabkan kecederaan
keatas orang lain? Kalau boleh..buat sekali "rewind"ing...kasi ulang tayang..biarlah
kali ini yang menjadi mangsa si-pemelihara binatang itu..dikejar dan digigit oleh
anjing orang lain pula..barulah mereka faham bagaimana trauma orang yang
mengalami episod itu!

Ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Bagaimana pula dengan pendapat
kamu mengenai hal ini? Komen sikit!


Friday, January 2, 2009

Mencari 'NUR'

Ada sesuatu memori yang seringkali terlintas di fikiran saya apabila
terlihat kanak-kanak sekolah..tak kira dimana sahaja saya pergi, saya selalu
teringatkan dia. Saya mempunyai ramai sahabat tetapi hanya seorang
sahabat inilah yang selalu membuat saya terkenangkannya.

Masih jelas diingatan saya, petang itu..saya mencari Nur dirumahnya.
Ibu Nur menyambut saya dengan wajah yang cukup ceria. Ada
sesuatu yang dia katakan pada saya.." Selalulah datang sini..kawanlah dengan
anak makcik..dia tak ada kawan.."
Ibu Nur mengatakan kepada saya dengan perasaan yang begitu mengharap.

Saya cuma mengangguk-anggukkan kepala tanda berjanji dengan ibu Nur.
Nur pun cukup suka kalau saya datang bertandang kerumahnya.
Selalunya kami akan membaca buku cerita bersama-sama atau saya
melukis untuknya. Nur suka benar lukisan saya.

Saya rindukan sahabat saya Nur...sebenarnya Nur adalah gadis istimewa.
Dia dilahirkan kerdil. Ketinggiannya tidak mencecah 3 kaki. Saya masih ingat..
rambut Nur hanya setakat bahu sahaja..dan Nur selalu pakai baju kurung.
Nur seorang yang pintar, berbudi bahasa dan suaranya cukup lunak.
Hari ini saya terkenangkan Nur..terkenangkan dia di tahun yang baru..
dimanakah dia? sihatkah dia? masihkah dia ingat pada saya?

Kali terakhir saya terserempak dengan Nur ialah di perhentian sebuah bas.
Pada mulanya saya tidak perasan pun akan Nur...saya hanya menoleh kebawah
dan mendapati dia menarik-narik baju kurung sekolah menengah saya.

Saya agak terperanjat dan terus membongkokkan badan saya supaya
dapat bersemuka dengan Nur dan berbual. Sebenarnya saya berasa agak
terkilan masa itu, hati saya sedikit hiba...saya berperasaan begitu kerana
saya sihat..saya semakin tinggi dan tidak ada cacat celanya..tapi disini, sahabat
saya terpaksa menarik-narik hujung kain saya untuk menarik perhatian saya
... tersentuh perasaan saya.

Bagaimanakah perasaan dia? Mungkin juga Nur sedih dan sendirian...
mungkin juga dia sangka saya sudah melupakannya..hakikat sebenarnya,
saya tidak pernah melupakan Nur...saya selalu terkenangkan Nur sampai
ke hari ini.

(Nur...Selamat Tahun Baru! Saya mengharapkan yang terbaik untuk kamu tahun ini.
Ingatlah persahabatan kita...hubungilah saya)