Wednesday, December 10, 2008

"Atuk"..tapi bukan datuk saya!

Budak perempuan itu mungkin baru berusia 10tahun. Saya melihat dia menolong bapanya menjual "Char Kuey Teow" di satu sudut bersebelahan dengan penjual nasi. Yalah..sekarangkan musim cuti sekolah..jadi tidak hairanlah kalau ternampak budak-budak berusia lingkungan 10-12 tahun menolong keluarga mereka di restoran atau di gerai-gerai menjual makanan.

Semua ini membuatkan saya terkenangkan kembali akan satu masa yang lalu dimana saya menolong 'Atuk' di kedainya yang kecil dengan menjual suratkhabar. Sebenarnya, 'atuk' yang saya panggil tu bukanlah datuk saya..tapi datuk Ita, sahabat zaman sekolah rendah saya.
Terkenang pula pada Ita. Hmm..tak taulah dimana agaknya dia sekarang? ..sebab sejak Ita berpindah ke tempat lain, kami telah putus hubungan.

Dulu tu, memang seronoklah berpeluang bekerja dengan 'Atuk'. Ita dan saya akan menolong 'atuk' di kedai setiap hari minggu. Walaupun Ita dan saya berlainan bangsa, tapi kami sangat akrab. Persahabatan baik diantara kami selalu menjadi perbualan orang-orang yang singgah di kedai 'atuk'.

Iyalah..orang selalu tertanya-tanya..'anak siapa pulak ni'....atau "..yang ini cucu jugak ker?" tanya pelanggan yang datang ke kedai atuk tu. 'Atuk' cuma tersengih-sengih jer... kadang-kadang 'atuk' jawab juga..'iya..iya..cucu aku'..katanya. Memang atuk sayang saya juga sebab apa-apa saja barangan yang dibelinya untuk Ita, dia beli juga untuk saya.

Saya sayang pada 'atuk' biarpun 'atuk' bukan sebangsa saya. Saya berpendapat kalau mahu mengekalkan keharmonian yang sebenar dikalangan apa-apa bangsa sekalipun, sebenarnya tidaklah sesukar mana. Saya hairan mengapa selalu perkauman itu dipertikaikan? Saya berbangsa Cina dan atuk berbangsa Melayu. Biarpun begitu realitinya, 'atuk' tak seganpun mengatakan kepada orang lain saya cucunya. Bagi saya tidak ada masalah pun...
Itulah yang buat saya terkenangkan orang yang bernama 'atuk' ini.

Tapi 'Atuk' dah lama pergi meninggalkan kami kerana sakit tua. Tapi saya tak dapat melupakan 'atuk'...sebab sikap 'atuk' yang agak terbuka itu telah merapatkan satu jurang dua bangsa yang berlainan. Saya dan dia! ... 'Atuk' melihat saya dengan 'mata' yang mengenal erti kedamaian. Saya masih tertanya-tanya, sejauh manakah kita mengenali erti kedamaian yang sebenar?
'Atuk' lebih duluan mengetahui ini dari kita.

..sampai hari ini saya masih tidak tahu nama 'atuk' yang sebenarnya....I'm sorry cos wasn't around to be by your side when u left us :(

17 comments:

GC said...

mencari kedamaian bukan satu perkara yang mudah, mungkin kedamaian tiada di sini, mungkin kedamaian hanya akan kita kecapi apabila kita keluar nanti.

:)

Sogoh said...

Hmm...bagus juga cerita ko honey...hehe mau ikut sedih pun ada hah!..betul kata c greg tu...kita hanya mampu berdoa pada Tuhan..segalanya pasti disediakan kelak...hu : )

Mujos said...

sometime saya pun tertanya-tanya..mcm mana rupa datuk saya.. sebab sebelum saya dilahirkan datuk saya sudah tidak ada...so, bagi mereka yg masi ada datuk..sayangila mereka....selagi berkesempatan

Haris said...

Honey, kedamaian ada di hati kita.

Kedamaian akan diperoleh jika kita berjiwa tenang, berpikiran bersih, pikiran dan dan tindakan kita terkontrol.

Nice reading Honey

Medusa said...

hmm.. may he R.I.P hun.. :) still his memories stick wif u.. :) the the laughter, the memories.. the happiness :) hmm.. keep it save! :) xoxox bless be hun! :)

Unknown said...

Always pray for him... :)

exploe said...

atuk ada sebuah ikon, atuk adalah Pintu gerbangnya, kita tidak perlu lagi mencari tau kemana atuk pergi selamanya, Atuk Akan hidup dan ada bersama kita, jika kita turut meneruskan apa yang atuk lakukan selama ini.

Marii. hidupkan kembali perjuangan yang telah dia lakukan selama ini

salam

berita hangat dan sehat selalu

lusia said...

Hi Friend,My Blog walking.I gave u A smile.Hope you'll do the same.thanks.
http://www.onlinebusinesscourse.blogspot.com/
http://www.softwareonlinehelper.blogspot.com/
http://www.indianstamilmasalas.blogspot.com/

Tikno said...

Dear Honey,
Cerita yang punya kesan mendalam bagi saya.
I felt touched while reading this.

Andrik McVean said...

mmm..memang susah mau mencari kedamaian...sometimes we feed up with life. Just like me almost feed up with my life.life is really suxxx

ReNo said...

cerita ini mengingatkan sy kepada arwah datu saya (+ Gidong, + Tapayas, + Aling, ++) memang dia sorg datu yg sgt baik... mendidik dan mengajar semua anak dan cucunya mengenai kebaikan dan tidak sesekali melakukan perkara sebaliknya. Percaya dan mematuhi ajaran Tuhan serta menghormati ke2 ibubapa...

Sy paham perasaan Honey terhadap 'atuk' dan semoga dia bersemadi dengan tenang... Ita? tiada khabar berita? mesti seronok kan klu bjumpa semula dan bercerita kenangn masa kecil2 dulu kan? hmmm

1 lg, perpaduan dan kedamaian antara pelbagai kaum adalah sesuatu yang perlukan kesedaran dari kecil dan diterap seawal mungkin...susah tatapi kenapa pula mustahil kan?

p/s: I miss my 'Tama'

BuDakHutaN said...

Setiap perjalanan yang ditempuh pasti akan ada noktah dan koma...
Di pertengahan jalan kadangkala kita akan jumpa manisan yang terlalu manis dan membuatkan kita gembira menempuhi perjalanan yang panjang....
Di pertengahan jalan juga kita mungkin akan jatuh , bangun sendiri atau dibangunkan tidak menjadi persoalan kerana bagaimana kita dapat menjalani kehidupan seterusnya selepas kejatuhan itu adalah lebih penting...

kerana mungkin kita akan jumpa lagi manisan...

kerana mungkin kita terjumpa lagi lubang atau halangan...tapi kita sudah pernah jatuh dan itu merupakan pengalaman yang paling berharga...

wah...panjang plak kata2 aku... hehehe

Belle Edwin said...

e..nice story...may his soul R.I.P..

Femin Susan said...

How awesome! Thanks for sharing!
Wishing you in advance "A Merry X'Mas and A Happy New Year''

Scooter Manado said...

Tuhan Membuat Segala Sesuatu Indah pada Waktunya

Willie a.k.a Reptoz said...

Dulu saya selalu tolong atuk saya kutip buah koko. Masa tu buah koko masih berharga tinggi.

HoneyBUZZin said...

Terimakasih semua kerana memberi respon yang baik di artikel ini. Saya memang sayangkan 'atuk' sebab atuk memang baik orangnya.