Saturday, November 27, 2010

Bukan salah pandangan.. - Cerita seorang mangsa kemalangan

Tiga hari yang lalu saya telah menemui Erik di Kuala Lumpur. Saya agak terperanjat apabila diberitahu oleh Erik bagaimana dia telah mengalami kemalangan di lebuhraya Karak dua minggu yang lalu.

"heyyy......u ok?" tanya saya sewaktu menemuinya di sebuah restoran yang berkonsepkan kesenian Ming Dynasty yang bersebelahan dengan Hotel Mid Valley.

"Saya okay sekarang..." katanya. Saya nampak wajahnya agak pucat.

"Seminggu saya terlantar di hospital....dan hospital itu..hospital lama...bukan seperti hospital Queen Elezebeth..agak mengerikan jugalah bila berada di sana.." tambahnya lagi.

"Apa yang berlaku..?" tanya saya lagi sambil makan. "Kak..malam itu saya menghantar seorang sahabat pulang ke Pahang." "Bertiga kami ke sana..dan saya pula yang memandu..." "waktu itu dah masuk tengah malam.." katanya. Saya nampak wajahnya berkerut sedikit dan ada pula ketakutan dalam nadanya.

"Teruskan..teruskan..." kata saya lagi biarpun terasa bulu roma mula mengembang.

"Semasa saya melalui jalan dimana terjadinya kemalangan ngeri bas express yang pernah disiarkan di akhbar tidak berapa lama dulu...tiba-tiba, seluruh cermin hadapan kereta saya seolah-olah ditutup dengan kain putih. Segala-galanya putih...tidak ternampak visual apa-apapun dihadapan jalan.." katanya dengan nada ketakutan.

"Sahabat perempuan saya yang duduk di belakang mengalami cedera parah..saya dan sahabat saya yang duduk di hadapan cedera juga tetapi kerana kereta ini mempunyai ciri-ciri keselamatan...kami terselamatlah...Kereta kami itu berpusing-pusing 360 darjah pusingan sebelum terbalik..."

Terbeliak terus mata saya. Terpaku saat itu, sebab saya tidak pernah menduga akan perkara-perkara sedemikian. Banyak juga cerita X-files yang saya tulis berkenaan dengan alam yang lain tetapi tidaklah pula yang saya ketahui seperti yang diceritakan oleh pemuda yang berusia 22 tahun itu.

Pengalaman yang diceritakan oleh Erik ini amat menggusarkan perasaan saya. Saya juga adalah seorang pemandu jalanraya..dan kadang-kadang saya terpaksa memandu melalui jalan-jalan berbukit yang tidak begitu terang...dan untuk sampai ke rumah, saya terpaksa melalui sebuah jalan yang berbengkang bengkok yang gelap.

Saya hanya menyangka..berhati-hati semasa memandu...adakalanya, orang berkata.."kita memandu dengan berhati-hati..orang lain pula lalai..tetapi kalau ada pula makhluk-makhluk begini yang menjadi penunggu di jalan..bagaimana pula?

Sahabat saya dengan rakan-rakannya sungguh bernasib baik kerana terselamat dari kemalangan ngeri itu tetapi mereka diberitahu oleh orang-orang kampung disana, malam sebelumnya..dan ditempat yang sama, 4 orang maut. Mereka ini yang terselamat bagaikan "pembayaran" kata mereka.

hah!...percaya atau tidak....saya tidak ada jawapan untuk itu!

Sunday, October 10, 2010

BILA CIKGU BERCERITA - Segalanya bermula disini (BAH 2)

"Murid-murid pun 'tension' juga.." katanya. "Apa tidaknya....bila balik dari sekolah, batang hidung makbapak tak nampak pula! Tidak merasa pula mereka kasih sayang, bimbingan akhlak pula menjadi tandatanya." "Itulah sebabnya, pelajar zaman sekarang biadap...haa...salah siapa?" tanyanya kepada saya.

"..belum lagi masuk bab kerja sekolah yang bertimbun-timbun ... buku kerja bukan main banyak...sampai hujung tahun pun masih ada yang tidak siap!.."Kesian juga mereka!

"Betul! Betul! Betul!.." kata saya bersetuju sambil mengangguk-anggukkan kepala bagaikan burung belatuk mematuk dahan pokok.

"Kadang-kadang guru pun ada yang menjadi mangsa, cikgu..." kata saya.

"Betul!" kata lelaki tinggi dan kurus itu.

"Dulu, kelas saya cuma mempunyai 35 orang, sekarang sampai 55 orang sekelas pun ada.." tambahnya. "Cucu saya tidak pula suka belajar sekarang..."

"Aikkk..mengapa cikgu..?" tanya saya lagi kepadanya.

"Bila cikgu suka berkata 'awak bodoh!' "memang tak pandai"...maka musnahlah semangatnya.. " katanya lagi.

"Tapi susah juga.. bila cikgu suruh menyiapkan latihan sekolah, tidak pula dibuatnya. Kecewa juga cikgu yang mengajar...Sekarang, guru pun tidak boleh merotan ..silap haribulan keluar masuk mahkamah....macamana pula dapat mengajar dengan baik?" dan pelajar pula ada yang pandai tunjuk perasaan..kereta beribu-ribu kepunyaan cikgu menjadi sasaran pula! tambahnya lagi.

"..inipun sebab musabab mengapa cikgu sekarang pun macam hilang semangat nak mengajar..mengapa tidak..marah tak boleh..nah...dibiarkan sajalah!

"Ada juga cikgu-cikgu yang dihantar ke pendalaman untuk mengajar..rasanya mereka patut diberi semangat dan insentif yang lebih berpatutan dan menariklah cikgu.." kata saya. "..kemudahan asas pun, ada yang tidak seberapa..." kata saya lagi.

"Memanglah patut diberi pujian"..kata cikgu lagi. Selepas itu kami berpindah ke topik lain pula. Hmm..seronok juga dapat berbual dengan bekas guru besar.

Saya rasa segalanya bermula disini. Bermula dari mana?

Hanya satu perkataan sahaja.. - SIKAP!

Hmmm....tepuk dada, tanyalah selera!

BILA CIKGU BERCERITA - Segalanya bermula disini (BAH 1)

Saya memanggilnya "cikgu" apabila mengetahui beliau adalah seorang guru besar yang pernah mengajar di sebuah sekolah di Melaka. Pesara yang berumur hampir 70 tahun itu memang seorang yang peramah.

Dari jauh, saya memang nampak karisma seorang guru. Tebakan saya mengenainya begitu tepat sekali apabila ditanya mengenai pekerjaannya, dia langsung memberitahu saya dengan bahasa Inggeris yang fasih bahawa dia adalah bekas seorang guru besar yang pernah mengajar di sebuah sekolah di Melaka. Dari segi percakapannya yang tegas dan penuh berhemah itu, membuatkan saya teringat akan guru-guru yang pernah mengajar saya di zaman bangku sekolah.

Sebenarnya telah lama saya ingin membuka entri begini tetapi saya rasa tidak berkelayakan mempersoalkan kredibiliti seorang guru tetapi hari ini saya bertanyakan kepadanya kerana saya berasa beliau tentu tahu kenapa dan mengapa terjadinya perbezaan guru dulu dan sekarang dan segala satu masalah yang begitu memeningkan kepala.

"Dulu....you start work after the last bell rings!" kata cikgu veteran yang berkopiah putih dan berbaju batik itu.

Saya terpinga -pinga juga sebentar. (Hehehe...mungkin minda belum begitu dapat menjana dengan baik gara-gara kurang tidur kelmarin).

"OOooooo...." kata saya sambil melopong dan mengangguk-anggukan kepala tanda faham akan maksudnya.

"Sekarang...semuanya wang...wang...wang....." katanya lagi. "Dulu kami hanya bekerja bergajikan beberapa ringgit..kenaikan gaji pula berapa sahaja..tetapi sekarang lain ... zaman telah berubah..."

"Dulu, kita diamanahkan untuk membimbing anak-anak murid kita.."..walaupun prestasi sekolah tidaklah begitu baik musim itu, tetapi cikgu-cikgu bersepakat membuat sesuatu dan atas gigih dan usaha dari semua, yakni cikgu dan ibubapa..dapat juga melihat kejayaan 2-3 orang pelajar mendapat 5A...

"Alhamdulillah...." katanya sambil menadah kedua-dua belah tangan dan berkata lagi "...inipun satu kejayaan dari tidak mendapat apa-apa.." tambahnya lagi.

"tapi sekarang zaman telah berubah...." Dulu, saya sendiri meluangkan masa mengajar anak lelaki saya pelajaran matematik...sekarang ibubapa sibuk pula bekerja...anak-anak pula ditinggalkan dan dijaga oleh orang gaji.." katanya lagi.

"Kadang - kadang bila ibubapa balik dari kerja..anak pula dah masuk tidur...bila anak ke sekolah, ibubapa belum lagi bangun..mana dapat bersua muka.... hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja dapat bersua muka..itupun kalau ibubapa zaman moden ni tidak pergi "OutStation" pula.."

"Betul! Betul! Betul!" kata saya. Rancak pula kami bercerita.

"Tapi...susah juga! .. ibubapa sekarang terpaksa bekerja...barang-barang semakin mahal..rumah, makan, sekolah, kelas tambahan ini itu semuanya perlu berbayar pula.." katanya.

"Dulu, pekerjaan pun tidak begitu banyak, sekarang zaman IT pula..yang tua-tua macam saya baru terhegeh-hegeh nak belajar...".."Kalau tak belajar, ketinggalan pula.." katanya sambil ketawa.


.......................bersambung

Monday, October 4, 2010

Gendang gendut tali kecapi......

Sejak kebelakangan ini, saya memang agak sibuk. Teringat juga akan blog ini dan rakan-rakan semua yang selalu singgah dan membaca. Hari ini, saya membawakan sebuah cerita yang lain pula..yang kadang-kadang kita tidak berapa ambil kisah akannya. Maklumlah..zaman sekarang zaman.."Not my problem..". Tapi benarkah begitu?

"dik...ko belum tau lagi kelmarin ada satu sumandak ni...pelik betul dia ooo..." kata kakak angkat saya yang menjalankan perniagaan di sebuah cafe di ibukota.
"Apa yang pelik sangat ni kak..? kata saya sambil meneguk secawan Milo panas.

Kakak saya pun menceritakan kepada saya betapa anehnya perilaku perempuan cantik, cukup seksi dan ramping itu ketika makan malam ala buffet di tempatnya itu.
Semua orang beratur mengambil lauk masing-masing, cuma perempuan itu sahaja yang memotong barisan dan mengambil lauk.

"Oooo...itu biasalah kak.." kata saya sambil tersenyum-senyum.
"Orang di zaman sekarang sudah begitu kurang mengenali erti peradaban" ...tambah saya lagi.

Tetapi ini bukan perkara pelik yang ingin disampaikan oleh kakak. Kakak memberitahu bagaimana perempuan itu mengambil lauk ayam kari dengan menaikkan senduk setinggi 16cm dan kemudian menuangnya ke atas nasi di piringnya. Terlopong saya seketika...
Kakak pun berjalan ke arah perempuan itu dan mengajarnya bagaimana meletakkan lauk di atas piring dengan cara yang betul.

"Ehhh..kak...mana ada orang kita yang makan begitu..?" walaupun kadang-kadang ada di kalangan kita yang kurang bersopan..tapi bila sampai sesi makan minum ni, selain datang lambat, tidaklah pula orang kita makan 'gelojoh' dan errrkkkk....begitu..? kata saya dengan penuh kehairanan.

Kakak lantas ketawa. Kakak menceritakan kepada saya bagaimana, kuah kari di atas piring perempuan itu tumpah sepanjang lantai di premis itu dan orang sekeliling hanya memandangnya dengan mengeleng-gelengkan kepala sahaja. Kakak memerhatikannya sepanjang malam itu dan memberitahu saya, perempuan pelik itu juga berselera besar..dia telah memakan tiga piring penuh nasi dan lauk, sepiring besar buah-buahan segar dan beberapa gelas minuman...dan dia tidak pula membazir. "Licin piringnya..." tambah kakak lagi.

"arhahaha..." gelak saya seketika. "Baguslah begitu..."...ada sesetengah orang itu, bila makan ala-buffet' di luar, selalu sahaja membazir. Makanan yang diambil dengan begitu banyak tidak pula dihabiskan"..tambah saya lagi. "Sekurang-kurangnya...perempuan itu tidak membazirkan makanan..biarpun perilakunya bagaikan orang yang betul-betul kebuluran..!" tambah saya lagi.

Saya ketawa kecil pabila mengenangkan kisah yang disampaikan oleh kakak itu. Siapa sangka perempuan cantik, seksi, ramping dan mengancam itu membuatkan para lelaki yang pada mulanya ingin mencuba nasib....(pok-pok..dapatlah dijadikan buah hati...maklumlah..kan cantik orangnya..) kini rasa terancam pula! hehehe...

Aaaaaaaahhhh......................gendang gendut tali kecapi.....rasa-rasanya malam itu, mereka yang hadir dan makan, tidak kenyang perut pula rupanya!

Wednesday, September 8, 2010

July 16, 1990 - Sebuah Kisah Benar (Bah 2)

..."Mama.." ...airmata saya semakin deras mengalir. "Saya tidak jumpa adik..''..."Saya tidak jumpa adik.."

"Dia sudah mati.." ..Dia sudah mati..' kata mama sambil meratap kuat.

Kami hanya mampu berpelukan dan meratap nasib malang yang menimpa kami. Mama kehilangan seorang anak, dan saya seorang adik. Gegaran yang kuat membuatkan saya terlepas genggaman dengan adik yang berbadan kecil itu. Kegagalan menjaga adik dengan baik membuatkan saya tidak dapat memaafkan diri ini..dan kesengsaraan ini begitu sukar untuk dilalui. Cukup pedih saya rasa. Mengapa adik harus mati...mengapa tidak saya...

.......................................

Sebak terus saya rasa apabila rakan filipina saya ini menceritakan kisahnya kepada saya beberapa minggu yang lalu. Dari matanya, saya nampak akan kesengsaraan itu...dan kesedihan yang maha. Saya nampak dia menahan tangisan dari mengalir ke pipinya yang gebu. Saya menyentuh tangannya..

Tidak dapat saya bayangkan betapa sukarnya untuk perempuan yang berumur awal 30an itu melalui tragedi seperti ini. Mana mungkin dia dapat melupakan kejadian sebegitu.

"Kamu sangat bernasib baik" katanya kepada saya. "..tempat yang kamu tinggal ini tidak ada musibah sebegini.."

Saya hanya mampu mengangguk - anggukkan kepala tanda setuju biarpun pernah suatu ketika, empat belas tahun yang lalu, kejadian angin kuat 'Greg' pernah melanda ditempat kita. Kita juga tahu banyak kerosakan harta benda dan nyawa terkorban waktu itu. Terumbu-terumbu karang yang cantik di kepulauan Tunku Abdul Rahman juga banyak yang musnah dan rosak akibat fenomena itu.

Seperkara lagi, sebelum saya mengakhiri cerita ini, Grace memberitahu saya bahawa adik dan dua sahabatnya, sebenarnya terselamat dari bencana alam itu. Biarpun cedera, mereka dirawat dan pulih sepenuhnya beberapa minggu kemudian.

Bandar Baguio yang rosak teruk akibat gempa bumi itu telahpun di bangunkan semula tahun demi tahun secara berperingkat..dan adik lelakinya dan sahabat-sahabat Grace masih lagi bermaustatin di Filipina sehingga ke hari ini.

sekian.......

Monday, September 6, 2010

July 16, 1990 - Sebuah Kisah Benar (Bah 1)

Saya masih ingat, 16hb Julai, tahun itu, di Bandar Bagio, Philipina, saya, adik dan dua orang sahabat telah pergi menonton wayang. Kami membeli empat tiket di barisan tempat duduk ekonomi untuk menonton 'Magunaw Man Ang Mundo'.

Baru sahaja beberapa minit melabuhkan punggung di kerusi panggung itu, tetiba kedengaran bunyi yang cukup kuat..membingitkan dan seolah-olah menuju kearah kami semua dan kemudian dengan gegaran yang kuat dan ....segalanya malap.

Saya terus kebingungan. Selepas itu kedengaran pula suara orang menjerit-jerit..jeritan yang menakutkan dan dahsyat..dan dalam cahaya yang samar-samar itu, saya nampak orang yang duduk di bahagian atas tingkat satu yang condong sekarang, terjatuh ke lantai paras kami.

Ramai yang menangis dan meraung-raung. Saya juga menangis...anda tidak dapat membayangkan betapa takutnya perasaan saya ketika itu. Saya menangis teresak-esak. Adik dan sahabat-sahabat saya entah dimana.

Kawasan panggung yang sesak dan debu konkrit yang tebal membuat saya begitu sukar untuk bernafas. Kemudian saya terdengar suara orang menjerit kuat " jangan panik, jangan tolak...kalau kita bertolak-tolakan..kita semua akan mati.." katanya berulang-ulang kali.

Selepas berjaya berjalan keluar dari panggung wayang itu, saya amat terperanjat kerana kawasan di luar penuh dengan asap runtuhan bangunan. Mayat pula bergelimpangan. Saya seakan tidak tahu apa erti takut lagi...saya berjalan bagaikan mayat yang hidup. Di saat itu saya juga tidak tahu samada saya masih hidup atau telah mati..dan tempat itu kelihatan begitu dahsyat dengan mayat bergelimpangan disini sana dan darah......

Baru saya sedar bahawa tempat tanah tumpah darah saya ini telah dilanda gempa bumi yang dahsyat. Dengan gencangan sekuat 7.5 skala richter, bangunan-bangunan yang terdapat di tempat kami ini bagaikan kotak mancis yang telah dipijak ranap. Segalanya telah musnah dalam sekelip mata sahaja.

Saya berjalan pulang. Hari itu saya rasakan masa berlalu begitu panjang. Saya meratap sepanjang jalan...sekejap teresak...sekejap mengelap airmata di baju saya yang berlumuran darah. Saya menangis lagi apabila mengenangkan nasib adik dan dua sahabat saya yang entahkan hidup ataupun mati di kala itu.

Saya rasa itulah kali pertama saya menangis sepanjang jalan dan seolah-olah musibah yang menimpa ini tiada berpenghujung. Dimana-mana sahaja kedengaran orang meraung dan meratap kuat...Yang tidak pernah mengenali Tuhan pun sujud di lantai debu, memandang ke langit dan menangis.

Setibanya saya sampai ke jalan menuju ke rumah papan keluarga kami, saya nampak mama sedang duduk di bawah sepohon pokok.
Saya berkata kepadanya.......


..........bersambung....

Wednesday, September 1, 2010

Masih bernilaikah kenangan ini?

Kadang-kala saya pergi ke pasar besar Kota Kinabalu. Ramai orang berjualan..bermacam - macam gaya peniaga yang pernah saya temui dan kenali secara spontan tetapi ada seorang pakcik tua berbangsa melayu yang seringkali mendapat perhatian saya.

Pakcik itu mengingatkan saya kepada atuk. (entri ..Atuk, tapi bukan datuk saya!) Saya nampak sikap 'kekitaan' yang sama pada atuk dan ada pula dalam dirinya.

Pertama kali saya singgah di kedainya...dia berkata .."nak....cari apa nak..?" katanya lembut kepada saya. Dan pada hari-hari seterusnya, segalanya menjadi sejarah. Selalu sahaja saya akan singgah di gerainya biarpun cuma membeli seringgit dua bahan darinya.

"pakcik...." kata saya kepadanya yang sedang membongkok dan menyusun sayur-sayur kampung untuk dijual. Di kepalanya ada memakai songkok.

"..ya nak(anak) ?" katanya penuh santun.

" Saya beli dua ikat daun pisang aa..." kata saya sambil mengambil daun pisang yang ada di dalam karung plastik itu lantas menghulurkan dua ringgit kepadanya.

Sebenarnya, banyak gerai yang menjual bahan yang saya perlukan tetapi setiap kali saya ke pasar, dialah yang saya cari dahulu...biarpun terpaksa berjalan agak jauh untuk sampai ke gerainya tetapi saya tidak kisah kerana saya senang hati dengan layanannya yang ramah dan kata-katanya yang tidak membezakan akan dia dan saya.

Zaman berubah begitu cepat sekali. Dulu, iklan-iklan yang menonjolkan 'kekitaan' seringkali terpampang di televisyen. Saya masih ingat iklan dua sahabat zaman kanak-kanak yang berbeza agama bertemu semula sebagai jiran sebelah rumah...

Saya masih ingat, perempuan melayu itu memanggil sahabatnya yang bersari, "kakak" semasa mereka bersama-sama memasak kari di dapur...

Saya masih ingat, cerita Kak Uda tentang kisah Pati (nenek) - (Dari Diari Seorang Polis - Kasihnya pati...)

Saya masih ingat, sewaktu bangku sekolah rendah kami memujuk Siti yang menangis apabila jualan nasi lemaknya di ketahui pihak kantin sekolah...

Saya masih ingat akan Yatie yang terlantar sakit di hospital dan bukan main kepalang gembiranya apabila melihat kami membawakannya majalah hiburan dan mainan...

Saya masih ingat betapa kami menghalau monyet-monyet liar yang datang mencuri di kelas kami.....dan bermain bersama-sama di bawah pokok sena yang tua..dan menyelitkan kad-kad ucapan sambutan perayaan di celah-celah buku latihan ... dan hadiah harijadi yang tidak seberapa...dan...dan...dan...

Saya masih ingat akan itu....


Monday, August 23, 2010

Dia buat jugak....

Ada beberapa perkara yang saya ingin berkongsi dengan semua. Saya berpendapat anda tentu pernah melaluinya..mungkin bukan semua tetapi mungkin salah satu dari apa yang ingin saya sampaikan disini.

DIA BUAT JUGAK...
Saya paling tidak suka dengan orang yang membuka kasut dengan selamba di dalam pesawat. Bau yang datang dari kasutnya itu boleh sahaja membunuh selera sesiapa sahaja..malang sekali sekiranya ianya dilakukan sebelum makanan dihidang...Aiyaaaaa....kalau protes...tidak berani pula...Siapa sangka yang memberi ketidakselesaan itu adalah seorang lelaki berkemeja kemas, berjam mahal dan berkasut kulit berjenama?

DIA BUAT JUGAK...
Beberapa bulan yang lalu, sewaktu sedang menunggu makanan yang dipesan, saya terperanjat apabila ternampak sebuah keluarga yang duduk beberapa meja dari saya mengepit kuku. Selepas ibunya yang berbadan gempal mengepit kuku, dia memberikan pengepit kuku itu kepada anak-anaknya...lengkap satu pusingan. Ingin juga saya protes.....tidak berpelajarankah mereka itu...? Jangan salah sangka..anak-anaknya berpakaian seragam sekolah menengah..
Bila makanan telah sampai...........hilang terus selera saya. Tauke kedai tidak pula berbuat apa-apa..mungkin terlalu sibuk mengira duit!

DIA BUAT JUGAK...
Kita dilarang membuang sampah. Beberapa hari lalu sewaktu di lampu isyarat, saya nampak lelaki itu. Dengan selambanya, cik abang kita membuka pintu keretanya dan....PTuuiiiii di jalanraya. Jikalau membuang sampah kita didenda.....kalau PTUiiii......ada apa-apa tindakan ka bos?

DIA BUAT JUGAK...
Kita 'parking' kita bayar juga..yang hairannya, tauke yang buka kedai pembikinan kereta aksesori semacam berada di zon tidak berbayar. Kereta lima enam biji di lot letak kereta. Bila di perhati betul-betul..tidak ada pula kertas 'cukai'...berjam-jam pula lamanya.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya juga.."Dia ni ada 'connection' ngan mafia mana-mana ka?..sampai si pemberi notis pun seakan takut dengannya atau......dah bagi 'makan' awal2..

DIA BUAT JUGAK...
Bila masuk kedai kasut, penjual memandang kasut kita...Bila masuk kedai baju, penjual memandang baju kita, Bila masuk kedai barang kemas, mereka mengadili segalanya.....
tapi dikatanya.."welcome'....mengapa ya, kita semacam terasa tidak di 'welcome'...kadang-kadang saya malas pula..Terus pula saya bertanya "Boleh saya melihat barang-barang disini?"
Terpaku terus kawan kita.
Selalu juga saya berperasan, sekiranya saya memakai pakaian mahal, mereka menyambut saya dengan ramah..tetapi jikalau saya memakai seluar jean dan berkemeja T..mereka tidak menyambut pula. Anda jangan salah sangka...dua corak layanan yang berbeza..di satu kedai yang sama. Sakittttt!

Banyak lagi yang saya boleh tulis disini......bermacam-macam ragam...tetapi mereka buat jugak! Dia buat jugak! Haiyaaaaaaaaaaaaaa...................

Tuesday, August 17, 2010

Syurga di matanya....

Banyak cerita yang telah saya tulis. Ramai juga yang selalu tertanya-tanya, "betulkah cerita ini...?" dan sebagainya. Sebenarnya, kebanyakkan cerita yang disampaikan disini adalah kisah benar, samada melalui pengalaman saya sendiri ataupun kisah-kisah yang diceritakan oleh rakan-rakan lain. Saya pernah menulis cerita ...Bila makcik bercerita lagi - Putih matanya, Dari Diari Seorang Polis - Kasihnya Pati, Disebalik kata-katanya dan lain lain lagi yang saya kira amat menyentuh perasaan.


Tetapi ada sebuah lagi kisah yang ingin saya sampaikan disini hari ini. Cerita yang diceritakan oleh rakan baik saya dari laman fesbuk. Sebuah kisah yang paling menyentuh perasaan...

Saya juga bersembang dan bertanyakan banyak perkara kepada sahabat saya itu.


Katanya.."Perempuan itu doktor sebenarnya.." "kesilapan menggunakan ubatan yang salah telah menyebabkan matanya buta seketika (buta seketika..?)


Pada mulanya saya tidak berapa faham..."betul-betul tidak nampak..?"

"Iya...." kata Lia.

"Berapa lama?" tanya saya lagi.

"Mungkin ada beberapa bulan.." " Tidak berapa pasti...." katanya lagi.

Apa yang paling menyentuh perasaan ialah bila Lia menceritakan kepada saya bahawa setiap malam, doktor perempuan itu akan memanggil anaknya yang berusia lingkungan 12tahun ke arahnya.

Si ibu yang hilang penglihatan sementara itu hanya mampu menyentuh seluruh raut wajah anaknya itu dengan linangan airmata. Kemudian dia memeluknya lama. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan suasana ketika itu. Mungkin baginya dengan berbuat begitu dia dapat mengekalkan imej wajah anak kesayangannya dari semakin pudar.

Katanya selalu " Adalah mukjizat bagiku, kalau aku dapat melihat semula..,Bagiku, dapat melihatnya semula adalah syurga.."

Sedih pula saya rasa. Kadang-kadang saya berpendapat kita ini seakan tidak begitu menghargai apa yang ada di depan kita. Kalau doktor dapat merasakan syurga apabila dia dapat menggunakan deria penglihatannya semula..betapa pula kita melihat "syurga' setiap hari.

Kata sahabat saya lagi, ".... kita dikurniakan sepasang mata yang membolehkan kita melihat birunya langit, putihnya awan, serinya bunga dan cantiknya anak-anak kecil..mengapa kita masih tidak gembira? " Beringatlah selalu betapa kita bertuah mempunyai mata yang dapat melihat segala keindahan kehidupan ini..."

Hmmmm....saya cukup setuju sekali.

(Dari cerita yang disampaikan oleh sahabat saya itu, selepas menjalani beberapa ujian perubatan, doktor malang itu kini dapat melihat semula...)

Sunday, August 8, 2010

Dunia Erik - Bah 2

Saya hanya memandangnya dengan mata terkebil-kebil. Sikit pun tidak terjangkau oleh saya bahawa Erik pernah melalui saat-saat yang begitu genting dan mencemaskan di dalam hidupnya.

"Saya tidak kenal orang itu.." katanya. "Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi apabila saya tersedar, saya telah pun berada di hospital" tambahnya lagi.

Erik, belia muda dari tempat kita sebenarnya telah dirompak sewaktu berjalan pulang dari kolejnya. Pukulan yang kuat dari belakang telah menyebabkannya pengsan di situ. Mereka yang kebetulan berlalu di situ telah membawanya ke hospital.

"Inipun bukan sekali saya dirompak tetapi sudah dua kali.." tambahnya lagi.

Saya hanya mampu memandangnya ...rasa kasihan pula padanya. Tetapi beginilah kehidupan. Mana ada perjalanan hidup yang lancar? Kalau hidup di bawah 'ketiak' ibubapa, bila masa pula kita nak belajar tentang kehidupan? Bila masa pula kita boleh hidup berdikari?

Kita pernah belajar pepatah ini bahawa sekiranya ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Seperti Erik, dia sama seperti kita. Tetapi apa yang berbeza diantara seorang individu dan individu yang lain yang saya nampak disini adalah semangat! Saya cukup kagum dengan semangatnya. Saya rasa untuk hidup, pintar dan rajin sahaja tidak mencukupi, berpengetahuan juga tidak memberikan apa-apa jaminan tetapi gabungan kesemua ini dan semangat yang kuat pasti akan membawa seseorang itu mencapai tahap gemilang dalam hidupnya.

Hari ini, segala penat lelahnya, setiap kedukaan yang dilaluinya telah membuahkan hasil. Dia kini telah berjaya membuka sebuah studio di Kuala Lumpur. Erik, baru berusia 22 tahun!

"..Untuk hidup, janganlah memberikan ikan sahaja...ajar pula bagaimana untuk memancing". Hmmm...anda tentu faham maksud saya!

Monday, August 2, 2010

Dunia Erik - Bah 1

Mengapa Erik? Anda tentu tertanya-tanya! Sebenarnya sudah agak lama saya ingin menulis cerita mengenainya. Tetapi setiap kali itu juga, saya berasa begitu sukar untuk membuat olahan ini. Tapi saya mesti menulis mengenainya kerana saya ingin memberitahu dunia bahawa orang-orang yang berasal dari tempat kita ada yang mempunyai semangat yang tinggi, semangat yang tidak tahu erti kalah atau putus asa.

Saya sebenarnya berasa sedikit muak apabila membaca cerita cerita yang disampaikan oleh media yang saya kira tidak begitu baik mengenai belia-belia kita yang terkandas di tempat orang. Biarpun memang ada kesahihan cerita cerita sebegitu tetapi saya berpendapat, dimana-mana sahaja, tidak mengira apa bangsa sekalipun, atau dari daerah mana asalnya mereka, ada cerita cerita yang sebegitu yang kita tidak pernah tahu kerana ia tidak pernah diketengahkan.

Ini sudah pasti dan oleh sebab inilah, maka saya membawakan cerita Erik. Belia muda dari Negeri Di Bawah Bayu. Sekaligus memberitahu semua, bukan semua dari tempat kita yang terkandas..bukan semua yang tertewas...kerana ada yang memperolehi kejayaan.

Dan inilah ceritanya. Erik yang saya kenali masa itu hanya berusia 16 tahun dan masih belajar. Demi menampung keinginannya untuk mempelajari bidang muzik, dia telah bekerja sambilan sebagai seorang pelayan di sebuah restoren untuk menampung yuran pembelajarannya itu.

Dia tidak berasal dari keluarga yang berada ataupun berkemampuan tetapi dia tahu, untuk mencapai apa-apa matlamat dalam hidup, dia perlu bekerja keras, dia perlu berdikari. Bak kata pepatah "Usaha itu tangga kejayaan"...dan kejayaan itu tidak akan datang bergolek ke kaki kita.

Nasibnya bertambah baik apabila media THE STAR menawarkan kepadanya untuk melanjutkan pelajaran di sebuah kolej di Kuala Lumpur. Inilah peluang yang dinanti-nanti dan tidak akan di sia-siakan olehnya. (maaf, saya tidak ingat program apa yang ditawarkan oleh The Star)

Dan pada hari yang ditetapkan, buat pertama kalinya, Erik telah pergi ke kota metropolitan itu. Koceknya yang hanya terkandung beberapa ratus pemberian ayahnya, beg lama yang dipegangnya dan baju lusuh yang dipakainya tidak sedikitpun melemahkan semangatnya kerana semangat yang ada padanya masa itu adalah semangat yang jitu..semangat yang cukup hebat! Semangat yang tidak mengenal erti SUSAH!

Maka di tempat asing itulah bermulanya satu marathon kehidupan...dalam usia semuda 18 tahun, hanya satu perkataan sahaja yang ada dalam jiwanya -KEJAYAAN.
Rutinnya setiap hari - belajar, (8-5pm) menjadi pemuzik sambilan setiap Jumaat hingga Ahad dan dari jam 9malam hingga 12malam. Katanya pula, dia juga memberi kelas tambahan dari pukul 6 malam sehingga 8 malam. Rutin yang cukup padat!

Pernah sekali saya bertanyakan kepadanya "Tidak terfikirkah untuk bergembira seketika..maksud saya keluar dengar rakan-rakan..." ..kamu hanya bekerja sahaja...."

"Tidak ada peluang sebegitu....saya hanya ingat mahu mengubah nasib saya.." katanya sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Hanya dua kejadian sahaja yang menimpa saya sewaktu berada di Kuala Lumpur" katanya sambil memandang jauh. "Kalau bukan kerana mereka yang menolong saya, saya mungkin telah mati...

bersambung........................

Sunday, July 18, 2010

Budi Bahasa BUKAN lagi Budaya Kita!

Adakah patut saya menulis begitu? Memang tidak patut! Bukankah ini slogan yang begitu ditekankan sejak akhir-akhir ini? Memang Benar!

Pada mulanya, saya juga berasa sedikit janggal, bukankah orang-orang kita kaya dengan budi bahasa tetapi dari pengiklanan yang dipamerkan di rangkaian media...saya rasa budi bahasa bukan lagi setakat mempraktikkan penggunaan beberapa ayat seperti "Terimakasih", "sila", "tumpang lalu" dan lain lain yang banyak diajar di buku-buku moral atau pengertian tatabahasa. Tetapi lebih kepada sikap! Sikap orang kita yang semakin lama semakin tidak lagi mempraktikkan nilai-nilai tersebut!

Semalam, sewaktu saya berbaris di barisan kedua untuk menempah makanan di sebuah restoran yang menjual makanan segera di sebuah pusat membeli belah, saya tersentak apabila seorang gadis berusia lingkungan belasan tahun terus memotong barisan kami dan tidak mempedulikan dua gadis melayu bertudung yang berdiri dihadapan kaunter penempahan makanan tersebut.

Dua gadis melayu itu hanya mampu berbisik bisik sesama mereka dan memandangnya dengan geram. Saya terdengar juga mereka berkata "Bodoh.." tapi hanya setakat mampu berkata demikian dan protes diam-diam.

Terus naik kemarahan saya. Saya berjalan kehadapan dan berkata dengan gadis bebal yang tidak mempunyai ciri-ciri "budi bahasa" itu.

"Alo....Boleh kamu beratur di belakang" kata saya dengan nada yang tinggi dan serius.

"Ini..(sambil jari menunjukkan kedua gadis melayu itu) ..mereka datang duluan...kata saya lagi.

Dan saya terus memberitahu kedua gadis itu .."Silakan" sambil tangan mempelawa mereka maju ke hadapan.

Mereka yang bekerja di restoran itu hanya mampu memandang sahaja dan mungkin agak terkejut dengan gelajat saya. ("Huh! kau ingat apa?...semua orang bodoh ka? atau takut...dengan orang biadap macam itu...?"..sorilah kawan...salah orang arr...)

Apalagi, gadis biadap itu tidak mampu protes pun kerana saya memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam...dan ditambah lagi dengan ketinggian 5'5 saya itu. (hehehe...kin takut).

Ini cuma satu contoh sahaja bagaimana masyarakat kita ini sudah begitu kurang berbudi bahasa. Tidak percaya, sila rujuk ke blog kawan kita ANGELBEAR http://charity1313.blogspot.com/
dan gambar ini yang diambil dari laman facebooknya.

Diatas adalah gambar contoh seorang yang boleh dikategorikan dalam bahagian.."kurang pendidikan sivik.."

Rakan blogger saya ANGELBEAR cuba menolak troli melalui tempat yang sempit itu tetapi gadis itu langsung tidak mengendahkannya atau memberi ruang untuknya berlalu. Huh! sungguh tidak berprihatin sekali!

Begitu juga dengan seorang kanak-kanak yang baru berusia 6tahun. Saya menemuinya di sebuah salun kecantikkan. Bapanya juga berada di sana. Anda tahu, budak hingusan ini memanggil saya "Moi...!!" dan rakan lelaki saya "pondan.."? Benar-benar kurang ajar! Yang hairannya, bapanya hanya mampu berkata "..Derekkkkkk......." Saya pula tidak mahu berkata apa-apa kerana saya tidak mahu menyusahkan rakan saya yang membuka salun kecantikan itu.

Inilah contoh yang terbaik bagaimana gagalnya fungsi ibubapa dalam mendidik anak-anak. Saya percaya, guru-guru di sekolahnya pasti pening kepala dengan gelagat kurang ajarnya itu. Nak dipukul..takut pula kena saman. Maklumlah..zaman sekarang zaman saman menyaman dan menuding jari kesalahan orang lain. Kesalahan sendiri sikit pun tidak nampak!

Hah! ini baru tiga cerita..belum lagi yang lain-lain. Perlukah saya menghuraikan satu persatu..saya rasa tidak perlu lagi kerana saya percaya anda tentu pernah mengalaminya. Sakit Hati? Jangan! TEGUR SAHAJA!

Buzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzing Out!

Monday, July 12, 2010

Tokey atau Tokek?

Dua bulan yang lalu semasa saya sedang berYM dengan seorang cikgu yang bekerja di Kinabatangan, dia telah menanyakan kepada saya samada saya tahu akan hal 'tokek' ini.

"Apaitu..?" tanya saya melalui laman sembang itu.

Dia pun memberitahu saya bahawa tokek itu adalah sejenis cicak yang agak besar saiznya berbanding dengan cicak rumah dan dikatakan agak bernilai harganya di pasaran. Pada mulanya saya tidak begitu percaya. Cicak rumah atau nama saintifiknya Hemidactylus Frenatus adalah reptilia kecil yang membuat saya berasa sedikit gemuruh apabila ternampak akan ia. Tetapi lain pula dengan 'tokek' yang dikatakan berbintik-bintik dan sedikit besar saiznya dari cicak rumah. Binatang ini dikatakan adalah ubat bagi penyakit AIDS dan lain-lain penyakit yang sukar diubati. Saya ragu-ragu juga dengan kenyataan ini.

Tetapi ini bukanlah apa yang ingin saya sampaikan hari ini tetapi sebuah kisah lucu...kisah benar dan lucu yang diceritakan oleh sahabat saya sewaktu berkunjung ke pejabatnya.

"betulka cerita ini sis...?" tanya saya kepada Lyn yang berambut pendek keperangan itu.

Lyn pun menceritakan kepada saya akan kisah seorang lelaki dari sebuah kampung pendalaman yang membawa beberapa ekor tokek yang beratnya sekitar 250gm-300gm ke Kota Kinabalu untuk dijual. Lelaki dari kampung pendalaman itu dikatakan pergi bersama seorang rakan yang menjadi orang tengah dalam urusan jualbeli tokek itu.

"..bos...ini ada RM250,000(dua ratus lima puluh ribu)..."."saya mao beli itu tokek la..' kata lelaki cina kepada si-beliau kita ini.

"satu juta la tokey...untuk tiga ekor..." kata orang kampung itu.

"Ko kira dulu ini duit..." katanya lagi dan meletakkan bungkusan wang yang berbalut itu di atas meja. Lelaki cina itu benar-benar berhasrat untuk membeli binatang itu.

Pujuk punya pujuk, si-beliau kita tetap dengan pendiriannya. Di matanya mungkin hanya bayangan satu juta. Rakan yang menjadi orang tengah pun pening kepala. Dipujuknya si-beliau kita...katanya sambil mengetap gigi " ..terima sajalah...terima saja.."

Tapi si empunya tokek ini tetap tidak mahu. Aiseyman....bayangkanlah kalau anda ada disana, bukan setakat suku juta, Harga RM5,000 untuk kesemua cicak itu pun mungkin akan membuat senyuman sampai ke telinga. (hahaha)

Dipendekkan cerita, pertemuan diantara dua penjuru (hehehe) di Kampung Air itu berakhir dengan kegagalan. Si polan ini minta RM250ribu, si polan itu pula tidak setuju. Maka pulanglah orang kampung kita ke kampungnya yang mengambil masa kira-kira sepuluh jam perjalanan itu bersama rakannya yang juga orang tengah.

Keesokkan harinya...dua dari tiga ekor tokeknya mati di dalam sangkar. "Duiiii......" kata si kawan kita itu sambil menampar dahi .."napala sia tia jual ...yang tinggal ini berapalah yang sia dapat..?" katanya dengan begitu menyesal sekali.

"hahahahaha" bermatian kami ketawa selepas mendengar pengakhiran cerita ini dan saya masih ketawa sampai hari ini! Memang benarlah kata pepatah "Orang yang tamak selalu rugi!"

Tuesday, July 6, 2010

Mistik - Bah 2

Saya mendengar dengan penuh minat dan sesekali menoleh kearahnya. Banyak juga soalan yang saya ajukan kepadanya. Lelaki yang gempal itu pula tidak lokek berkongsi cerita. Dia bukan sahaja bercerita dengan saya tetapi dengan kakak-kakak yang seksi di pusat rawatan reflexologi tersebut.

"Mao tanya...macamana hubungan saya sama ini orang..." tanya gadis lingkungan 16tahun itu kepadanya. Dia langsung menghulurkan sekeping kertas yang tertulis namanya dan nama kekasihnya itu.

Lelaki yang berkulit gelap itu memberitahu..."masa sekarang ko teda masalah..tapi bila sudah kawin..anak satu dua urang..baru ada sikit masalah moi.." katanya.

Apalagi, kawan muda kita yang pada mulanya kelihatan ceria tiba-tiba bertukar angin. Dia menjadi agak sugul pula. Di renungnya lantai yang bersih itu. (aiyaa...manada hidup tanpa masalah?)

Saya pula tersenyum-senyum kambing...pening! Kemudian lelaki itu memberitahu saya, di koleksi simpanannya itu ada seketul batu sungai yang mempunyai kesan semacam tapak kaki manusia yang kecil dan gambaran muka seseorang di atasnya.

"mungkinkah juga hakisan terjadi ke atas batu tersebut dan menyebabkan kesan sebegitu dan tapak kaki pula bukanlah sesuatu yang luar biasa.." kata saya berhujah.

"tidak.." katanya lagi. "..di batu itu juga ada lakaran anak panah seolah-olah menunjukkan sesuatu arah.." katanya lagi.

Terus terbayang di minda saya bahawa berkemungkinan besar batu ini satu objek pemujaan. Cukup aneh! Pemuda itu terus memberitahu saya bahawa selalunya, ramai yang kehilangan barang atau kehilangan apa-apapun akan mengunjunginya untuk mendapatkan perkhidmatan dan lain -lain perubatan secara tradisional. Batu aneh tersebut pula dikatakan dapat menunjukkan arah penemuan "barang' yang hilang itu. Bukan semua penemuan berjaya katanya lagi.

Hmmm...begitu pula. Inilah kali pertama saya mendengar cerita sebegini. Saya tidak tahu pula adanya benda-benda unik sebegitu. Anda pula bagaimana? Pernah dengar yang lebih aneh dari ini?

Bah...mari kita berkongsi cerita.

Monday, July 5, 2010

Mistik

Hari ini saya berkunjung ke pusat rawatan reflexology lagi. Bukannya sengaja saya ke sana tetapi dua bulan yang lalu saya terjatuh dan menyebabkan urat kaki kanan saya terkehel teruk. Sudah beberapa kali saya mendapatkan rawatan dari 'uncle singseh' dan di pusat rawatan ini, tetapi kaki saya masih terasa sedikit sakit.

Hari ini, di pusat rawatan itu, saya berasa bertuah sekali kerana dapat berkenalan dengan seorang jejaka, pencari bahan 'mistik' untuk rancangan yang diterbitkan oleh sebuah saluran TV di negara kita. Pada mulanya saya tidak mengenali dia, tetapi cerita punya cerita maka terceritalah beberapa cerita 'mistik' yang mungkin tidak pernah kita dengar.

Kata lelaki gempal itu, (maaf, saya lupa namanya) memberitahu, di Kinabatangan, Sabah pernah terjadi buaya membaham beberapa orang.

"ada budak, orang tua...ada sampai empat lima orang yang mati dibaham buaya...." katanya kepada saya yang sedang duduk bersebelahan dengannya.

Lalu dia pun menceritakan kepada saya bagaimana penduduk tempatan yang bermaustatin di kampung pendalaman itu pernah mendengar suara-suara aneh setiap malam di tempat dimana bangkai buaya yang besar itu terdampar. Dia mengatakan kepada saya, suara-suara 'mistik' malam itu merupakan roh-roh mereka yang tidak pergi dengan aman. Perkara ini menyebabkan penduduk kampung disitu berasa seram sejuk dan tidak 'selesa'.

Dikatakan lagi, pernah beberapa orang yang mahir dalam bidang 'mistik' ini cuba memberikan 'kedamaian' kepada roh-roh yang tidak aman ini tetapi gagal. Wah..! cukup aneh!

Percaya atau tidak...hanya anda saja yang tahu.

Salam Sejahtera.

Saturday, July 3, 2010

Diantara guna-guna, Ilmu pengasih dan Bola

"moi...sia mao tutup uda kadai.." kata Cik Lyn, empunya salun kecantikan di Asia City itu. "Bah..ok la...terpaksalah sia pi lain tampat.." kata saya sedikit kecewa. Jalan punya jalan maka ter'landing'lah saya di sebuah kedai kecantikan yang lain. Rambut separas bahu saya di cuci dan di urus kering seperti stail minah yang kerja di Zoo.

Aiseyman.....bah beginilah akibatnya sekiranya rambut kita diuruskan oleh mereka -mereka yang masih belajar untuk menguruskan rambut pelanggan. Sekarang, rambut saya kelihatan seperti Albert Einstein..langsung tidak menaikkan keghairahan..macam orang yang baru keluar dari wad sakit jiwa!

Selepas 'kajian' dibuat keatas rambut saya, saya singgah pula di sebuah kedai yang memberikan khidmat mengurut kaki. Bah..apalagi!..saya pun 'jamming' di sana untuk mendapatkan perkhidmatan mereka. Kami saling bercerita dan dari situlah maka tersentuhlah topik guna-guna dan ilmu pengasih. Saya bertanyakan banyak perkara kepada empunya pusat rawatan kecantikan itu.

"Hmm..memang ada ka ilmu pengasih ni..?.."untuk apalah...?"

"Ada bah moi.....ilmu ni selalunya kasi urang suka sama kita..." .."atau urang bikin kita suka sama dia..."katanya.

"Jadi........ada 'expiry date' ka..manalah tau..hari ini kita bikin urang sayang kita..esok, lusa..itu 'magik' hilang power..apa macam..?" tanya saya dengan bodoh.

Tersenyum senyum perempuan seksi itu sambil memberitahu saya beberapa perkara yang lain yang mana saya kurang ingat. (Malas arr beri perhatian)

"Ko mao ka minyak pengasih moi..." katanya kepada saya. "Saya ada..." katanya lagi.

"Ooohh..tia payahlah...bikin apa juga..." kata saya selamba seperti tidak begitu peduli. Sebenarnya di hati saya, teringin benar mahu melihat 'barang' itu. Benarkah wujud benda seperti itu?

Pendapat sayalah, sekiranya saya diberi peluang untuk menggunakan benda seperti itu, saya memilih untuk TIDAK menggunakannya. Mengapa tidak?

Bukankah cinta itu tidak boleh dipaksa? Apalah guna menggunakan ilmu sebegitu untuk memikat 'sayang' kita? Bahagiakah kita selamanya? Maklumlah..semua kasih sayang, segala cinta bukan dari hati yang ikhlas tetapi telah 'di pugai' !

Biarlah cinta itu datang dengan sendirinya..begitu juga dengan kasih sayang..begitu juga dengan keikhlasan di hati. Janganlah kita menggunakan taktik yang kotor sebegitu untuk memikat si dia. Segala perbuatan kita umpama sebiji bola yang ditendang pergi. Seperti musim demam bola sekarang, tidak payahpun pakai guna-guna untuk menonton pertandingan yang masyhur itu..setiap hari berteriak-teriak abang bujang sebelah rumah.

Bola yang ditendang akan pusing balik kepada kita. Ahhh...anda tentu faham maksud saya!

Saturday, June 26, 2010

Khianat - Siri ke-2

Sebenarnya, majikan saya adalah sahabat saya. Walaupun pada mulanya saya tidak begitu memahaminya tetapi beberapa bulan bekerja bersamanya, barulah saya menyedari betapa baiknya hati majikan perempuan saya itu. Saya rasa memang sukar untuk menemui seseorang yang mempunyai ciri-ciri sebegitu terutama sekali ciri kesabaran, pemaaf dan sanggup membantu sesiapa yang memerlukan bantuan.

Telah banyak juga cerita-cerita yang pernah diceritakan oleh majikan saya. Cerita-cerita kehidupan yang mempunyai makna yang begitu mendalam, tentang kehidupan, tentang kepayahan dan kekuatan minda untuk menghadapi saat-saat yang memerlukan keputusan yang mustahak.

Dulu, majikan saya mempunyai seorang rakan niaga yang juga sahabat baiknya. Mereka berdua bagaikan adik beradik. Saya pernah mendengar cerita dari seseorang bahawa rakan niaganya yang hidup begitu susah pada suatu masa dahulu di bantu oleh suami majikan saya sehinggalah mereka dapat berdiri di kaki sendiri, mempunyai syarikat sendiri, kereta dan rumah. Kejayaan demi kejayaan itu di kecapi oleh mereka selepas bekerja dengan tekun dan dibantu oleh suami majikan saya yang begitu prihatin. Mengapa tidak..? segala apa projek pun diberikan kepada mereka!

Persahabatan yang begitu akrab dan baik, dan diatas dasar kepercayaan dan perjanjian mulut, majikan saya dan suaminya berpakat dengan sahabat dan isterinya itu untuk memulakan perniagaan kongsi bersama-sama.

Biasalah dunia perniagaan ini, mana mungkin akan terus berjaya semalaman. Tidak apalah kalau sama-sama melalui rintangan perniagaan ini tetapi seperti kata pepatah " sekali air bah...."
segalanya berubah..

Sebuah persahabatan yang berusia hampir sepuluh tahun musnah dipukul badai taufan 'wang'. Wang....sesuatu yang kita gunakan sehari-hari tetapi cukup luar biasa sekiranya menjadi hamba kepadanya. Rakan perniagaan yang di beri kepercayaan penuh melangkah pergi dengan seribu satu alasan ini dan itu, persetujuan dimungkari...persahabatan yang dianggap penting dan berharga selama ini rupanya tidak mempunyai apa-apa nilai.

Rakan niaga yang dianggap sebagai adik beradik itu meninggalkan majikan saya yang telahpun menggadai rumah, segala wang simpanan dan lain-lain demi perniagaan itu.

Sedih juga saya melihat kepasrahan hati majikan perempuan saya. Saya tidak mungkin dapat menggambarkan kepayahan yang dilaluinya itu kerana saya bukanlah sahabat terbaiknya. Saya cuma seorang sahabat yang begitu banyak kekurangan dari segi sikap dan penilaian. Berpeluang bekerja bersamanya telah membuka minda saya agar lebih berhati-hati akan sikap manusia yang bukan manusia ini. Manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, manusia yang mengutamakan wang dari segalanya. Mereka ini bagaikan kacang lupakan kulit.

Peristiwa yang terjadi kepada majikan saya ini telah mengajar saya satu perkara yang sangat penting, yang mana tidak mungkin dapat kita pelajari dari buku buku teks..dunia penuh pancaroba, penuh persaingan dan tipu helah...dan didalam kesilapan sebegini, barulah kita menyedari betapa palsunya dunia yang kita duduki...rakan dan saudara juga mula menjadi tanda tanya kepada kita...siapakah kita dimata mereka? Satu pengajaran yang cukup mahal!

Silapnya dimana? Perlukah kita membenci orang sedemikian? Anda tentu lebih memahami ini semua...

Monday, June 14, 2010

Kopi bukan teh...

Entri saya kali ini agak berbeza dengan entri entri yang pernah saya kemukakan di blog ini.Saya ingin berkongsi dengan semua akan informasi mengenai KOPI dan definasinya. Maklumlah..kopi kopi yang diberi namanya pun memang dari negara barat, jadi agak sukar juga untuk kita membuat perbandingan diantara definasi ini dan itu.

Kita selalu berasa teragak-agak untuk menikmati kopi-kopi lain selain dari Kopi O atau Kopi Susu yang biasa kita pesan dari pelayan. Tetapi jangan bimbang, mari kita 'buzzing' untuk mengetahui maksudnya yang sebenar.

Mari semua...

Black Coffee - Sekiranya anda memasuki sebuah hotel atau cafe, jangan hairan sekiranya mereka menanyakan kepada anda "Encik mahupun kopi encik *black*? Memang terasa sedikit janggal pada mulanya bila ditanyakan soalan bodoh yang begitu, tetapi apa yang dimaksudkan disini adalah "anda mahu kopi hitam ..., sebab sesetengah orang suka kopi dengan campuran susu.

White Coffee - Minuman ini mempunyai kandungan susu yang lebih banyak dari larutan kopi. "White" yang dimaksudkan disini adalah susu. Saya pun heran, napa bukan Milk Coffee ka? Tidaklah orang terpinga-pinga beruk!

Cappucino - Adalah campuran 50% larutan kopi dan 50% larutan susu. Selalunya, taburan serbuk koko sebagai perhiasan diletakkan diatas buih yang terkandung dalam minuman ini .
Ada kelas!

Latte - Ianya disediakan di dalam sebiji gelas yang tinggi sedikit dari cawan kopi biasa. Anda boleh melihat ada tiga lapisan yang membezakan kandungan tersebut. Lapisan susu dan larutan kopi di selang seli. Minuman hebat ini kemudiannya dihiaskan dengan cecair cikolet.

Expresso - Kopi pekat yang disediakan di dalam cawan yang agak kecil saiznya dari cawan kopi bersaiz biasa. Untuk mereka yang mahu berjaga siang, maklumlah tidak cukup tidur gara-gara bola..minuman ini dengan kandungan kafeinnya yang tinggi ber'kemungkinan' besar dapat membantu anda!

Local Coffee - Kopi tempatan - ni yang malas mao cerita ni....bila di tanya 'Kopi Tenom' adakah?..derang bilang teda...derang bagi pula Nescafe.

Kopi O - Ini adalah slang biasa yang kita gunakan...sama maksudnya dengan "black coffee"

Saya harap anda semua telah mendapat manfaat dari entri ini. Untuk yang 'kaki kopi'....anda tidak perlu lagi segan-segan untuk memasuki tempat - tempat esklusif yang menghidangkan beberapa jenis minuman kopi yang telah disenaraikan di atas.

Hmmmm...saya pasti anda boleh!


9W20CC SHAM -
.....minum kopi dapat membantu jantung...

Thursday, June 3, 2010

Bezanya kita...

Beberapa bulan yang lalu semasa saya "blog buzzing', saya ter..singgah ke sebuah blog yang membahaskan perbezaan sikap diantara perempuan dan lelaki ketika makan tengahari. Dari cara mengambil piring sehinggalah ke episod duduk dan menjamu selera.
Saya ketawa sambil membacanya kerana ternyata memang ada kebenarannya. (Topik ditulis oleh seorang blogger Sabahan)

Saya pula selalu mendapat kritikan daripada kawan-kawan lelaki, saudara mara dan abang-abang saya mengenai hal ini. Disini saya hanya mengutarakan 6 perbezaan sahaja. (Hanya pendapat saya sahaja..) Mari semua...

Yang ku tahu.... perempuan itu...SEBELUM/SEMASA/SELEPAS MEMANDU

1. Sebelum memandu keluar...mula sekali pandang kiri..kemudian pandang kanan lagi...kemudian pandang sekali lagi sebelum membelok..motosikal yang mara dari jauh pun 'dipersilakan' berlalu dulu. Maklumlah..bukankah kita disarankan agar menjadi pemandu yang berhemah?

2. Selalu kelihatan memandu di lorong yang perlahan. Hmmm...bukankah "PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.." hehehe...walaupun diprotes secara diam-diam oleh penumpang yang dibawanya.

3. Nampak lampu "Oren"...slow..sloow....sloooow....BERHENTI!

4. Bila mencari tempat letak kereta...hmmm..."tu tak cukup ruang..." "Buka pintu pun susah.."
tidak apalah....cari lagi sampai dapat..pelan-pelan. Ahhhh...bukankah perempuan itu lebih bersabar dari lelaki?

5. Bila dapat ruang kosong...pandu perlahan..kasi betul betul..ngam ngam..Puas hati...okey! Dapat keluar? Okay....check ini...check itu...barang semua ada. Kuncikan kereta...tit..tit..bunyinya..atau secara 'manual'.. biasalah. .. Perempuan dikatakan mempunyai sikap sangat prihatin walaupun kepada perkara yang paling remeh temeh.

6. Bila selesai 'shopping' ...segalanya OKAY! What a good'ay!

Yang ku tahu...Lelaki itu ...SEBELUM/SEMASA/SELEPAS MEMANDU...

1. Sebelum memandu keluar...mula sekali pandang kiri..kemudian pandang kanan lagi...kemudian pandang sekali lagi..dan kemudian...terpandang 'pompuan' cun...mata terus melekat. Hati terus tertanya-tanya... sebelum membelok..motosikal yang mara dari jauh pun 'tidak ternampak..'

(maklumlah..matanya diselubungi gambaran sumandak yang lawa itu..dan Zoooommm....membawa aksi seperti di gelanggang F1).

"sowey laa bro....harga saham sangat penting saat ni....slogan "Gaya..Mutu ..Keunggulan....TETAP!!!"

2. Selalu kelihatan memandu di lorong yang laju...walaupun diprotes oleh penumpang sebelah yang kelihatan seperti akan diserang sakit jantung dengan tangannya yang memegang 'handle' di atas.

3. Nampak lampu "oren" ..laju...semakin laju...dan ZOOOOOOOOM!

4. Bila mencari tempat letak kereta...lebih mempraktikkan sikap 'menyondol' bagaikan 'bulldozer'..biarpun tahu ruang itu hanya cukup-cukup untuk dilalui oleh orang yang mempunyai bentuk badan seorang model yang ada pemasalahan diet yang terlampau. Anda keluar selamba sahaja..

Penumpang-penumpang anda pula memaksa diri untuk mengecutkan perut dan menghentikan nafas bagaikan seorang olahragawan yang cuba membuat kuak kupu-kupu di kolam renang. Yang membezakannya...aksi mereka tidak mendapat apa-apa pingat!

5. Hmmm...dapat keluar...dapat landing...PUAS HATI Beb!

6. Bila selesai shopping.....anda mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah disenaraikan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Maklumlah..ternampak pula kereta dicalar dan digaris..huhu.. NOT A GOOD'AY! hehehe

(to Beck the bandagedknee..thank you for the idea...Regards)

Thursday, May 27, 2010

Singseh...ohhhh singseh...


Amaran - Diminta sesiapa yang telah makan, belum makan dan mahu makan supaya tidak membaca entri ini. Segala yang ditulis ini adalah benar, tiada yang tidak benar kecuali yang benar-benar belaka sahaja. Harap maklum!

Beberapa malam yang lalu, saya telah menemani abang ke pusat perubatan singseh di Likas berdekatan dengan sekolah St Agnes. Sebaik sahaja tiba disana, kami nampak beberapa orang lelaki sedang membuat senaman "taichi'.

Abang yang berjalan terhenjut-henjut itu, memasuki bilik singseh yang sedia terbuka. Pada mulanya kami sangka tiada orang, rupanya ada pula seorang wanita dalam lingkungan usia lewat 40-an dan anak remajanya berada disitu.

"kami sudah siap...duduklah' katanya peramah sambil memandang lutut abang yang berbalut kain putih itu. Kemudian dia menoleh kepada singseh yang sedang mengambil ubat itu lalu berkata "...ini ubat teda binatang arr...?

Singseh tua itu cuma tersenyum kambing sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"..Ada binatangkah makcik..?' tanya saya dengan agak bodoh.

"..Dulu, sia ada pi satu singseh..' .." dia mintak sia rebus ini daun-daun dan minum.." katanya lagi.

"Saya ambil sikit-sikit tabur atas air panaslah..lepas itu sia nampak ada satu barang, panjang, kering..sia liat butul butul, aiya...ini cicak kering, dua ekor, dan sia nampak lagi..apa ini barang .....rupanya ada lipas kering dua ekor lagi.." katanya dengan penuh perasaan.
"..terus sia inda jadi rebus lagi ...kalau sia rebus..bah..kambang terus itu cicak sama lipas.."katanya dengan geli.

Bah! Apalagi! riuh rendah kami ketawa.

Ini baru ubat yang dicampurkan cicak dan lipas....belum lagi kala jengking, semut, biawak, belalang dan beberapa makanan yang dianggap begitu 'eksotik' di negara jiran seperti yang didokumentasikan di media elektronik atau rancangan ala-pertandingan FEAR FACTOR yang pernah kita tontoni.

Saya tidak berani mencuba makanan sebegini..mahu melihatnya pun saya terasa pening bagaikan mabuk laut...anda pula bagaimana? Pernah mencuba? Mari kita bercerita...
PS. - Picture sia google arr...bluebison.net

Friday, May 14, 2010

Kisah TIDAK BENAR...

Pagi itu, saya tiba agak lewat ke pejabat. Walaupun kereta Ferrari yang saya pandu agak laju...saya tetap lewat tiba. Maklumlah, jalan-jalan di Kota Kinabalu semakin sesak setiap hari...Terutama jalan dari Jalan Penampang kearah pusat bandar Kota-Kinabalu.

(Kereta Ferrari yang saya beli baru-baru ini selepas memenangi hadiah berupa beberapa juta USD seperti yang dimaklumkan oleh pesanan emel..hehehe...)

Setibanya saya di pejabat, saya ternampak jambangan bunga ini di atas meja. Hati saya terus berdebar-debar .."gerangan siapakah yang memberikan jambangan bunga ini...?"..hehehe maklumlah, zaman IT sekarang, jarang sudah ada lelaki yang begitu romantik..paling-paling pun hantar kad ucapan via emel..

(Bunga yang saya terima pagi itu.....)

Rupa-rupanya bukan jambangan bunga yang cantik itu sahaja tetapi di tepinya ada pula sebuah bungkusan lain dan sekeping surat.


Kali ini, hati saya mulai tidak keruan. Saya membukanya perlahan-lahan dan penuh teliti..hmmm...Didalam bungkusan itu ada sehelai baju gaun berwarna biru yang cantik dan sebotol minyak wangi berjenama NinaRicci yang tersimpan cantik didalam sebuah kotak yang kecil.

..dan di dalam sampul surat itu terkandung sekeping tiket penerbangan ke Kota Singa.



..dan juga jemputan kad ini yang mengatakan:-

'Dear Ms 'Honeybuzz', I would be very happy if you would honour me with your lovely presence to a dinner date. Date: May 22nd, 2010. Venue: Singapore Raffles Hotel
Time 7.15PM. Dress formal. Attached a same day return Air Ticket, last flight 11.00pm.

'Honeybuzz...I have selected the enclosed evening cocktail dress specially for you. As well a L'air du tempe, Nina Ricci perfume to go with it.

The above with my compliments. In anticipation, As Always, Lee.

"Ohhh.....rupa-rupanya Uncle Lee, blogger yang saya kenali di blog ini..http://moonlightnightsstarryskies.blogspot.com/

Dia rupanya....! wahhh....saya cukup teruja! (hahaha......)

Dipendekkan cerita yang panjang, (hehe) pada hari yang ditetapkan saya telah menemuinya dan memakai baju gaun yang bergemerlipan itu. Terasa pula bagaikan seorang artis Hollywood yang sedang menempa nama.

Saya membawa sekali pembantu peribadi saya, Mr Bad Pitt untuk menemuinya malam itu. Lee sudah sedia menyambut saya dengan memakai pakaian Tudexo berwarna kelabu dan memegang sekuntum bunga mawar yang cantik. Wow.....saya memang sedang bermimpi.

"Honey.." katanya sambil mengambil tangan kanan saya sambil menciumnya lembut. Kalaulah saya sebatang lilin, saya mungkin akan cair terus...sentuhan itu lebih panas dari api dapur gas.
Dia juga menjeling-jeling kearah pembantu peribadi saya yang sememangnya agak kacak. Dari reaksinya itu, saya dapat merasakan betapa Lee tidak begitu selesa dengan kehadiran Bad Pitt, pembantu peribadi saya yang kacak dan macho itu. Untuk pengetahuan semua, saya telah mengupah pembantu peribadi saya itu selepas memenangi hadiah wang yang berjuta itu..maklumlah...dunia semakin kejam...susah juga 'low profile' kalau sudah kaya-raya)




(Mr Bad Pitt)

..dan maaf ya, saya tidak berhasrat untuk memaparkan gambarnya begitu besar, manalah tahu, ada pula yang jatuh hati kepadanya. Lebih parah lagi kalau sampai mandi pun tak basah....

Secara terus terang malam itu, pada mulanya saya agak hairan juga mengapa meja-meja lain kosong belaka, rupa-rupanya Lee telah sedia menempah seluruh 'ballroom' itu untuk kami berdua. Dan selepas makan, dia mempelawa saya untuk menari pula. Malam itu Lee tidak nampak dua bulan, Lee hanya perasan dua biji mata kepunyaan Mr Bad Pitt sedang mengawasi pergerakkannya. (Hahaha)

Lee yang kelihatan cukup segak malam itu, seakan tidak dapat melepaskan pandangannya dari saya. Saya hanya melirik kearahnya sekali sekala.... Banyak juga persoalan yang bermain di fikiran saya....seperti..hmmmm......

Malam yang indah itu terasa begitu cepat berlalu apabila saya diberikan tanda isyarat tangan oleh Mr Bad Pitt bahawa masa tidak begitu mengizinkan lagi untuk terus berada disana. Penerbangan saya adalah pada pukul 11 malam.

Lee, sememangnya seorang budiawan telah menghantar saya ke pintu kereta 'Limousine' sewa saya malam itu dan memberitahu saya betapa dia begitu teruja mengenali saya.

Lee,
Saya sungguh gembira bertemu dengan saudara. Terimakasih kerana melayan saya bagaikan seorang puteri malam itu. Saya berharap kita akan terus menjadi sahabat yang baik. Akhir kata, salam sayang dari saya.

-Honeybuzz.

(Hehehe..)

Tuesday, May 11, 2010

Saya dan H1N1...

Minggu ini adalah minggu yang ketiga saya berasa kurang sihat. Musim batuk-batuk dan bersin! Sudah dua kali saya menemui doktor itu.

"hmmm...tekak dalaman kelihatan merah ya..." "Cuba batuk sekejap...hmmm....tarik nafas...hembus nafas...." dan si doktor kita pun mencatat sesuatu di sekeping kertas.
Selepas itu dia pun memeriksa telinga saya, hidung saya yang basah dan ...ahhh...iyalah...tanda-tanda orang sakit. (Kalau tidak sakit buat apa pi jumpa doktor kan?)

"ubat ini...ambil 2 kali sehari selepas makan....yang ini, bila perlu sahaja dan beberapa ayat 'rewind' yang biasa kita dengar dimana-mana klinik.

"Semuanya RM150.00..." kata misi yang tersenyum panjang itu. Teringat pula lagu iklan tu..."Senyum seindah suria..membawa cahaya..."
Saya menjeling-jeling juga kearah ubat-ubatan itu..hmmm...doktor bagi ubat yang mahal! Tidak apalah, bisik hati saya.

Kelmarin, saya terpaksa pergi 'review' lagi. Saya hairan benar, mengapa saya masih tidak sihat.
Ubat pun hampir habis saya makan tetapi saya masih juga tidak sihat.

"Saya dijangkiti H1N1 ka Doktor?" tanya saya sedikit risau.

"Ohh..tidaklah...." lepas itu dia pun memulakan sekali lagi 'rewinding episode' minggu sebelumnya. Diperiksa ini dan itu....dan dia mengatakan ini kepada saya "...kamu demam ya..."
Seperti biasa saya cuma mengangguk-anggukkan kepala seperti seorang pelajar darjah satu yang mendengar dengan teliti penjelasan cikgunya.

Bila saya berada didalam kereta, Hannah bertanyakan kepada saya..." Jadi....?"

"..doktor cakap demam..."

"..Tidak tanya napa tidak baik...?' kata Hannah, rakan sekolej saya dari semenanjung.

"..dia tukar antibiotik lain.." kata saya tidak berpuas hati.

"Kau cuba tengok muka aku betul-betul...." kata saya.

"Napa?....

"Kau tengok jer..." kata saya mendengus macam karabau (kerbau)Tamparuli...

"Nothing arr...." kata Hannah

"Dia 'charge' aku RM170.00 kali ni..".. Pasal batuk-batuk, sakit tekak dan demam...sengsara poket aku tau!" kata saya meradang. "Muka aku ni ada cap Bank Negara ka?"

Hannah cuma tersenyum panjang......

(Napa p klinik mahal betul arrr...? Bukan tidak mao pi klinik/hospital kerajaan..kadang-kadang beratur ambil nombor pun lama betul ooo....kalau ada kecemasan..apa macam itu arr...hmmm..)

Sunday, May 9, 2010

Bila hati berkata.....

Ketenangan alam.....

Sudah beberapa ketika saya tidak menegurnya. Saya berasa cukup malas melayan karenah orang yang suka berprasangka buruk, irihati dan dengki.

Tapi hari ini, dia telah meminta maaf dengan saya.

"Tunggu dulu..." katanya kepada saya.

"..napa? kata saya memandangnya penuh tanda tanya.

"Selamat Hari Jadi" (5.5.2010) katanya sambil menghulurkan bungkusan kecil berupa hadiah kepada saya.
"Saya minta maaf" katanya. Saya nampak keikhlasan dalam nadanya.

Saya tidak perlu berkata-kata lagi. Saya terus memeluknya.

Sebenarnya saya adalah seorang yang suka berkawan. Saya cintakan kedamaian. Mungkin kerana sewaktu kecil, kami telah dibimbing oleh mama dan papa yang selalu menekankan betapa pentingnya erti kedamaian itu.

Dulu, semasa abang memberitahu kami bahawa dia ingin menikahi seorang gadis berketurunan melayu, mama dan papa tidak membantah. Walaupun terdapat banyak persoalan seperti..."bagaimana pula persepsi masyarakat...", ".. bolehkah abang diterima oleh keluarga yang berbangsa asing dari kami..?" " ...dan bolehkah masyarakat menerima seorang muallaf seperti abang?" "... Bolehkah abang membiasakan diri dengan adat dan budaya mereka..." "..pemakanannya pula bagaimana.." "...bahagiakah mereka nanti...." dan seribu satu persoalan yang membuat mama dan papa begitu sukar untuk melelapkan mata di waktu malam.

Saya gembira hari ini. Pesanan mama dan papa...pesanan 'atuk' (sila baca - http://honeybuzzin.blogspot.com/2008/12/atuktapi-bukan-datuk-saya.html ) yang paling berharga dalam hidup saya.

Kadang-kadang kita dibenci tanpa sebab..kadang-kadang kita mungkin tidak dihargai...dan kadang-kadang kita mungkin dipandang serong oleh mereka mereka yang suka mencari masalah. Saya faham benar akan perasaan itu.

Dulu, saya berasa cukup geram dan kecil hati juga. Sukar untuk saya menahan kesabaran ini. Seringkali juga saya memujuk diri ini untuk tidak berkata apa-apa...diam, bertenang dan menjauhi orang seperti dia adalah solusi yang terbaik.

Bagi saya berdiam diri bukan bermakna salah...tetapi saya fikir lebih baik orang yang suka mencari masalah dengan kita dibiarkan begitu sahaja. Dengarlah kata hati kita....mungkin payah untuk kita mengapai awan yang tinggi, tapi tidak mustahil akan dapat menyulam pelangi di hati.

Saturday, May 8, 2010

Majalah Humor Pertama Sabah?

Saya tidak percaya pada mulanya, tetapi sahabat saya telah memperkenalkan majalah itu kepada saya.

"wah...this is very nice!...betulkah majalah kita ini..." kata saya sambil membelek-belek majalah yang cantik itu.

Saya cuba membaca majalah itu...tetapi....adesshhhh....semuanya ditulis pula dalam bahasa ibunda KadazanDusun.

"Aishhh...macamana juga sia mao baca ini..." kata saya penuh kecewa kepada rakan saya yang tinggi lampai dan agak tampan itu. (hehehe..jan ko perasan arr..)

"...nantila....majalah ini cuma edisi percubaan sahaja.."katanya sambil tersenyum kambing.

Saya tidak membelinya kerana saya tidak faham sepatah pun artikel yang ditulis di dalam majalah itu. Lukisan-lukisan kartunnya juga sangat mantap dan patut diberi pujian. Saya sungguh berharap pihak penerbit dapat menterjemahkannya ke dalam Bahasa Malaysia dan sekaligus menaikkan semula semangat 'suka membaca' dikalangan penduduk Negeri dibawah Bayu ini. (Baca sambil ketawa...hehehe...maklumlah..majalah humor...)

Saya rasa inilah hadiah yang terbaik bagi penduduk di Negeri kita.

Akhir kata, Salam sejahtera dan Selamat Hari Kaamatan 2010.

Buzzzzzzzzzzzing Out

(State Library...u need to see this "The very first humor magazine in KadazanDusun Etnic Language"...What an achievement! Bravo guys)

Thursday, April 22, 2010

SAYA BETUL!

"..saya bingung...cukup bingung memikirkan ini...dan saya ingin bertanyakan kepada kamu, pernahkah kamu merasakan susah benar untuk membuat sesuatu keputusan terutama melibatkan soal kerja..?

Diatas adalah soalan yang dikemukan oleh Megan semasa kami berhubungan melalui telefon petang kelmarin. Apa tidaknya...fikir saya. Ada ramai rakan-rakan blogger yang saya kunjungi mengalami situasi yang sebegitu. Dilema untuk berhenti kerja.

"kenapa ni..?" tanya saya kepadanya.

Megan menceritakan kepada saya betapa susah hatinya apabila dia ingin mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Katanya, "....Penat saya memikirkannya...saya 'malas' dengan situasi kerja disini..tapi saya teringat pula, kalau saya berhenti kerja, banyak pula bil-bil yang terpaksa saya bayar dan tanggungjawab lain yang masih perlu saya pikul..

"ya' kata saya kepadanya. Saya juga pernah mengalami situasi begitu. Saya masih ingat pagi itu sewaktu tiba di perkarangan letak kereta di tempat kerja dulu, saya tidak keluar dari kereta.
Lama saya duduk didalamnya.

Kaki saya terasa begitu berat sekali untuk melangkah keluar dari kereta. Ingin sahaja saya pulang..tetapi saya memikirkan akan tanggungjawab di pejabat dan betapa perlunya menyelesaikan beberapa perkara penting yang memerlukan pemerhatian saya.

Tetapi nasib menyebelahi saya pagi itu kerana seorang sahabat menawarkan pekerjaan kepada saya dengan insentif yang menarik lagi. Apalagi, pagi itu juga saya telah memberikan surat notis sebulan berhenti kerja.

Saya tidak pernah menyesal dengan mengambil keputusan sedemikian. Kadang-kala bukan kerana kerja mencabar yang melemahkan semangat kita, sikap majikan yang kurang prihatin, terlalu sempurna, dan mempunyai sikap "SAYA BETUL" mungkin menjadi punca masalah seseorang pekerja patah semangat untuk bekerja dibawah pengurusannya.

Hmmm......anda tentu pernah mengalami ini semua!

Saturday, April 17, 2010

Sehijau tanah seberang...

Saya pura-pura tidak begitu memerhatikan dia. Perempuan yang berambut kasar kerinting dan diikat itu kelihatan sekali sekala mengesat airmata. "Ting" bunyi lif terbuka, dan kami keluar dari situ.

Saya tidak dapat melupakan wajah itu. Wajah yang begitu sedih dan sukar untuk digambarkan. Apakah kesedihan atau malang yang menghantui hidup perempuan yang ketinggiannya 5 kaki itu? Hmmm....*mengeluh*

Dalam satu minggu sahaja saya telah diketemukan bukan sahaja dengan satu perempuan yang menangis tetapi dua sekaligus. Satu lagi semasa saya menjemput Lis (bukan nama sebenar) datang ke rumah saya.

Saya hanya mendengar cerita Lis. Dia juga tidak dapat menahan sebakan. Saya sebenarnya hanya mengenali Lis di sebuah salun kecantikan dua tahun yang lalu. Lis sudahpun berumahtangga dan mempunyai beberapa orang anak yang masih kecil. Dan hari itu saya terperanjat melihatnya berbadan dua lagi. " Anak kembar" kata Lis.

Saya tidak tahu mengapa saya menulis entri yang begini kerana saya rasa begitu sukar untuk menyelami masalah mereka. Sebenarnya Lis yang berhempas pulas bekerja mencari nafkah siang malam untuk menyara anak-anaknya yang masih kecil. Suaminya pula tidak suka bekerja dan saban malam berjudi dan lebih gemar menghabiskan waktu di warung warung kopi bersama rakan sekamcingnya. (Aiishhh...susahlah kalau ini maciem...)

Hidup manusia ini memang penuh dengan berbagai ragam dan cabaran. Ada kalanya kita berasa sedikit cemburu atau irihati melihat orang lain bahagia dan seolah begitu sempurna hidup mereka. Kita selalu mengandaikan..."alangkah bahagianya mereka itu.."

Iyalah...macam kata pepatah Inggeris..."the other side of the field is greener"....tapi pabila meninjau dengan lebih dekat...aahhh...rupa-rupanya kehijauan yang kelihatan subur dan cantik di tanah seberang rupanya penuh dengan lalang pula. Begitulah silapnya penilaian kita!

Hmmmm....

Thursday, April 8, 2010

Anak seorang penoreh getah...

Sebelum abang berangkat ke luar negeri, dia pernah menceritakan kepada saya zaman-zamannya yang lalu sewaktu dia masih seorang guru sekolah rendah.
Saya masih ingat suatu petang di bulan June itu, abang berkongsi cerita dengan saya dimana kelas yang diterajuinya mengadakan hari perpisahan untuknya. Anak-anak kecil (saya tidak ingat darjah berapa..) memberikan hadiah untuknya.

Kata abang tersenyum, "Kadang-kadang abang rasa lucu bila teringatkan ragam anak-anak ini.."
Abang pernah dapat pensel yang dibalut dengan suratkhabar..."

"hahaha.." saya tergelak. "Tidak apalah...hadiah yang ikhlas...walaupun sebatang pensel.." kata saya tersenyum lagi.

Cerita abang ini telah mengingatkan saya akan sebuah lagi kisah pengalaman yang pernah diceritakan oleh guru besar sekolah rendah saya.

Katanya, semasa Hari Guru, beliau telah diberikan hadiah oleh hampir setiap murid-muridnya. Bermacam-macam hadiah telah dibuka olehnya di depan anak-anak muridnya. Reaksi mereka penuh dengan teriakan ...Huuuu.....wowww....dan tepukan tangan gembira. Tapi ada satu kesilapan yang dilakukannya secara tidak sengaja.

Saya masih ingat pagi itu, kami telah mendengar dengan penuh minat akan cerita guru kesayangan kami itu.

Katanya lagi...

" Saya telah membuka hadiah yang diberikan oleh gadis berketurunan India ini.." Hadiahnya yang berupa sekeping cikolet yang berharga RM1 (mahal di zaman itu..) membuatkan seluruh kelas mengetawakannya.

"Saya berasa cukup menyesal...anak itu hanya tunduk memandang lantai sahaja" kata guru besar sambil memandang jauh. Saat itu kami ternampak ada sedikit airmata bergelinang dimatanya.

Selepas sesi sekolah tamat, beliau telah menyuruh anak kecil itu ke pejabatnya. Katanya kepada murid yang bertocang itu.

"Dimana kamu dapat wang membeli cikolet ini untuk cikgu?"

"Saya kumpul duit...mama bagi saya duit belanja sekolah setiap hari.."

Guru Besar yang berbangsa Inggeris itu terus memeluk anak kecil itu. Anak seorang pekerja ladang getah. Dia tidak tahu anak kecil yang miskin itu telah mengumpul wang belanja sekolahnya setiap hari hanya untuk membelikan sebuah hadiah untuknya.

Dia memberitahu kami, selepas kejadian itu, dan pada setiap kali menjelangnya Hari Guru, beliau pasti akan meminta izin terlebih dahulu sebelum membuka hadiah agar tidak mengulangi kesilapan itu.

Kata guru besar, hadiah sekeping cikolet pemberian anak kecil itu adalah hadiah terbaik dikalangan hadiah hadiah yang lain yang pernah diterimanya.

Dulu, saya tidak begitu memahami maksudnya tetapi sekarang apabila sudah dewasa, saya telah memahami segalanya. Inilah pemberian yang terbaik buatnya..mengapa tidak? Mana mungkin ada penghargaan yang lebih baik selain penghargaan sebegini?

Hmmm...

Monday, March 29, 2010

Tidak serikkah kita....

Saya benar-benar terperanjat pagi itu. Saya tidak percaya bahawa budak lelaki itu akan berbuat begitu.

Perkara ini terjadi awal pagi minggu lalu apabila saya pergi ke kawasan Api-Api untuk membeli sarapan pagi. Budak yang berusia dalam lingkungan 8-9 tahun itu mungkin tidak pernah diberitahu oleh ibubapanya betapa bahayanya bercakap dengan orang yang tidak dikenali .

Apa yang memeranjatkan saya lagi ialah budak itu yang mungkin diarah oleh mamanya supaya 'duduk diam' dan 'tunggu' , keluar dari kereta dan menyuruh saya, seorang yang tidak dikenali memandu kereta kepunyaan ibunya hanya kerana ia menghalang kereta saya dari keluar dari lot letak kereta.

Masih waraskah kita dengan menyuruh anak hingusan tahun menjaga kereta dengan injinnya yang masih hidup? Mengapa tidak dijaganya dengan cara yang betul? Saya tidak mungkin akan marah sekiranya kenderaan yang menghalang kereta saya meletakkan nombor telefonnya yang ditulis diatas sekeping kertas agar mudah untuk saya menghubunginya sekiranya saya sudah habis berurusan dan ingin keluar dari tempat itu.

Saya cukup hairan...tidakkah mereka membaca suratkhabar? Sudah terdapat banyak laporan berkenaan perkara-perkara yang tidak diingini melibatkan soal kanak-kanak. Bukan satu dua kes yang pernah dipaparkan di dada akhbar tetapi banyak yang menggugat minda dan merobek hati kita. Mungkinkah kita telah lupa betapa 'kejamnya' dunia sekarang!

Mungkinkah kita masih tidak serik dengan kejadian-kejadian jenayah yang menimpa anak-anak kecil ini. Mampukah kita menghadapi kekejaman yang tidak diingini itu sekali lagi? Fikir-fikirlah..

Salah siapa? Anda tentu ada cerita sendiri!

Sunday, March 28, 2010

Penumpang pagi itu...

"..Walaupun saya tinggal disini, saya tidak pernah pergi ke Pulau Mantanani.." kata saya secara ringkas dengan Elezabeth yang berasal dari San Francisco itu. Elezebeth yang bekerja dengan syarikat gergasi Yahoo itu hanya ketawa kecil sahaja dan sekali-sekala membelek risalah pelancongan dalam Negeri kita.

Dia berkata lagi dengan ketawa kecil. ..."ahahaha.." saya tinggal di San Francisco selama 20 tahun, saya juga tidak pernah pergi ke Pulau Alcatraz..."...sebenarnya pulau itu amat berdekatan dengan tempat tinggal saya..."

Saya berfikir sejenak lalu berkata "Pulau Alcatraz.."..
"..maksud kamu...penjara terpencil berhantu dan pernah difilemkan dalam filem 'THE ROCK' .." tanya saya penuh minat.
"Uhuh..." kata Elezebeth yang bermata biru dan berambut perang keemasan itu.

Perbualan dengan Elezebeth itu mengingatkan saya akan perkara misteri yang berlaku awal pagi itu sewaktu saya memandu ketempat kerja. (Sebenarnya, perjalanan ke tempat kerja dari rumah saya hanya mengambil masa 10-12minit sahaja)

Setibanya saya di lokasi tempat kerja, seorang pemandu teksi yang sedia ada di sana dan mengenali saya menujukan soalan ini.

"..kau saturang ka?...mana yang lain-lain.." katanya sambil melihat-lihat kearah kereta saya.

"Huh..lain-lain....sapa? tanya saya terkebil-kebil.

"Aikkk..tadi sia nampak banyak orang ooo dalam kereta kau..." katanya dengan nada serius.

"Errrhh....sia saturang ja ni....kata saya yang mula berpeluh dingin.

Saya tidak tahupun bahawa pagi itu saya ditemani penumpang misteri dari alam lain. Mungkin inilah cerita X-files saya yang tersendiri. Mengapa ia berlaku, saya tidak ada jawapan untuk itu. Bagi saya,cukuplah satu kali sahaja pengalaman sebegini..cukuplah satu kali ini sahaja.

BUzzzzzzzzzzzzzzzzzing Out.

Tuesday, March 23, 2010

DEBAT

Baru-baru ini saya telah mendapat kiriman emel dari seorang rakan forumer berkenaan beberapa produk jualan langsung yang agak mencurigakan.

Dia telah memberikan beberapa senarai nama produk jualan langsung kepada saya dan menasihatkan saya agar berhati-hati tentangnya. Selepas saya membacanya, hati saya terus berasa gusar. Memang betullah tebakan saya selama ini dan memang benarlah kata hati naluri saya.

Seringkali sahaja saya dipertemukan dengan orang yang menjual berbagai-bagai produk jualan langsung. Kebanyakkannya adalah produk kesihatan yang dikatakan boleh menyembuhkan sesuatu penyakit itu.

Apa yang saya tahu, penyampaian setiap barangan itu berbeza dari satu sama lain. Ada juga mempamerkan produk mereka ala gaya seorang ahli sains yang bijak dengan mencampurkan bahan ini ke bahan itu dan bah! maka terhasillah satu pembentukan cecair yang dikatakan memberikan penyembuhan kepada masalah kesihatan kita. Benar-benar tidak berasas sama sekali.

(Bukahkah pembentukan molekul sesuatu cecair itu berlaku sekiranya terjadinya sesuatu campuran? )

Saya hanya dapat menjawab setiap hujah mereka dengan jawapan.."iyaka"? "Ummp"..."ya..ya'...'gitu arr'...
Saya malas bertanyakan ini itu kepada penjual-penjual yang berpakaian segak dan boleh berkomunikasi bagaikan seorang pensyarah ataupun seorang ahli dewan rakyat yang hebat.

Terlalu banyak persoalan yang bermain di minda saya. Kalau benarlah produk sebegitu boleh menyembuhkan berbagai-bagai penyakit, mengapa Jabatan kesihatan tidak tahu akan kewujudan produk itu? Tentulah kementerian itu akan membeli produk itu kalau ternyata ianya adalah jalan penyelesaian kepada berbagai-bagai penyakit yang tidak boleh diubati.

Yang menyedihkan, mungkin ramai orang-orang kita secara tidak langsung tertipu dengan dakyah penjual-penjual langsung ini yang kebanyakkannya bukan dari tempat kita.

Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh terlepas dari pemantauan penguatkuasa? Lesen syarikat ada.....hmmmm...

Tuesday, March 16, 2010

X-Files (4)

" si Michael punyalah takut..trus dia p delete itu gambar.." kata Roy.

"Aiseyman....napa kasi delete ...nah kan...susah sia mao kasi proof sama urang...." kata saya sedikit menyesal.

Sebenarnya sebentar tadi saya terserempak dengan Roy di kedai kopi berdekatan rumah saya. Saya pun tidak tahu kenapa dia membuka cerita ini.

Kata Roy, bulan lalu, (Tahun Baru Cina)sewaktu bermain mercun di taman perumahan berdekatan penampang, mereka tidak tahu bahawa malam itu mereka ditemani oleh makhluk halus.

Mereka hanya sedar apabila gambar yang diambil dari telefon bimbit Michael mempunyai gambar yang agak menakutkan mereka.

"Ehh....macamana itu gambar?..Clear ka? tanya saya tidak sabar.

"Clear bah...! satu budak kecil (5-6 tahun) ..satu lagi berpakaian serba putih..inda nampak muka..cuma dia macam ikut sama mao ambil gambar ... kata Roy .

Beberapa ketika dahulu, saya pernah mendapat emel yang menunjukkan image makhluk halus ini tetapi saya tidak ingat dimana emel itu kerana terlalu banyak yang saya terima. Dulu saya sangkakan, mungkin gambar itu tidak asli..maklumlah pengeditan gambar sekarang agak canggih tetapi selepas mendengar cerita Roy, maka terpaksalah saya percaya kewujudan makhluk halus ini yang image-nya dapat dilihat melalui telefon bimbit. Itupun bergantung pada waktu waktu tertentu.

Aaahh..kita terlepas kali ini....

Thursday, March 11, 2010

Cerita seorang tukang masak...

Hola Bos...waa..long time no see arr.." kata saya berseloroh dengan abang yang pernah bekerja sebagai deejay itu. Dulu rambutnya panjang sampai ke pinggang..tapi sebab sudah bertukar arah 'angin'...terpaksalah memotong ciri-ciri 'kesenian' nya itu...huhu!

Bagaikan 360 darjah paksi...seorang deejay yang cukup 'cool' bertukar bidang menjadi Tukang Masak pula...hehehe

"Kalau saya ambil kau kerja...kau sanggup potong itu rambut ka..? kata tauke restoran itu. Inilah diantara permintaan yang membuat abang tersenyum senyum kambing semasa temuduga beberapa tahun yang lalu.

Saya hanya tersenyum senyum sahaja dan sesekali ketawa mendengar kisah abang Mat yang lucu itu.

"Mula-mula dulu, abang hanya jadi "kitchen helper"...pernah sekali itu, chef minta abang ambilkan "pan", abang ambil "pen' untuknya...Nah., apalagi, diketuknya kepala abang.

"bodoh!" katanya..."pan" untuk menggoreng ...bukan 'pen' untuk menulis...kata chef.

Hahaha...abang langsung ketawa sampai berairmata.

Kata abang lagi, penggunaan Bahasa Inggeris itu juga amat penting dalam bidang ini. Saya bertanyakan kepadanya..."mengapa abang berpendapat begitu?"

Abang terus menceritakan kepada saya bagaimana sukarnya bekerja jika tidak tahu nama-nama sayuran seperti 'brokoli'.. dan nama-nama sayuran yang lebih senang dipanggil dalam bahasa Inggeris seperti capsicum, celery dan lain-lain lagi.

Cerita abang lagi, melalui pengalamannya sendiri..(beliau sekarang seorang chef-de parte) pengurus F&B (Food & Beverage) dan seorang chef tidak 'ngam' katanya.

"Aikkk....mengapa begitu pula?" tanya saya selaku seorang wartawan...hehehe

Abang pun tidak lokek menceritakan kepada saya akan cerita ini.
Pernah suatu ketika, restoran di hotel 5 bintang ditempat abang bekerja itu sibuk dengan pelanggan. Seperti biasa, pelanggan yang datang tidak begitu sabar menunggu makanan masing-masing.

Teriak pengurus F & B kepada chef ..."Chef...Nasi Lemak Special satu...dua minit....boleh buat ka?

Jawab chef meradang....."kau ingat goring kerupuk..terjun terus kembang..?

hahaha......bah! begitulah adanya. Setiap pekerjaan ada kisah lucunya..apa bukan?

Friday, March 5, 2010

ANAI-ANAI

Saya tidak tahu bagaimana ingin memulakan entri kali ini. Saya tidak dapat berkata apa-apa. Selepas sahaja saya mendengar ceritanya, saya terus berasa…..hanya satu perkataan..BINGUNG!

Banyak yang bermain di kotak fikiran saya sekarang. Perasaan yang bercampur baur. Bila kita membaca berita kekejaman di dada akhbar..secara tidak langsung kita akan mengatakan “..aaahhh memang jahat orang yang begitu…”. Memang patutlah si polan ini dan itu dihukum dan lain lain kesimpulan lagi. Bukankah begitu?

Bagi saya, mereka yang sangat berbahaya adalah mereka-mereka yang ‘tikam belakang’…’..yang menjual kawan sendiri..’..’yang suka menghina dan membuat apa sahaja untuk kepentingan sendiri dan menyusahkan pula hidup orang lain.

Inilah entri yang saya rasa paling susah untuk di ketengahkan ..susah betul untuk saya mencari perkataan yang sesuai untuk dipadankan dengan jenis manusia yang bukan manusia ini.

Saya masih ingat kata-kata Jinar berkenaan bekas majikannya itu. Saya tidak tahu pula apakah salah faham yang terjadi diantara mereka.

“…sedih hati saya…mengapa dia benci saya sampai begitu….” kata Jinar dengan nada yang tersekat-sekat. Saya dapat merasakan betapa tersinggungnya dia.

Jinar menceritakan kepada saya bagaimana pagi itu (beberapa bulan yang lalu) sewaktu berjalan kaki ke perhentian bas, kereta pancuan empat roda yang dipandu oleh bekas majikannya itu memandu kearahnya dan kemudian seperti sengaja memecut laju dan menyebabkan lopak air yang banyak di jalanraya memercik basah ke baju dan rambutnya.

Terkebil-kebil terus saya pabila mendengar ceritanya. Dihati saya berkata “ ..manusia jenis apakah bekas majikannya itu? Perlukah berbuat begitu walaupun tidak berasa senang akan seseorang?

Secara terus terang, saya amat menyampah dengan orang yang suka menghina orang lain. Hidup di dunia ini tidak perlulah terlalu taksub, angkuh dan menyangka kita lebih mulia dan berharga dari orang lain. Kadang-kadang hidup dalam keserderhanaan itu adalah jauh lebih bermakna. Apalah guna kalau wang bertimbun tetapi tidak bahagia, tidak gembira..dan malang lagi kalau tidak punya seorang kawan yang berniat baik dan ikhlas?

Pernah juga beberapa ketika yang lalu, dua usahawan muda(sahabat saya), terpaksa bergulung tikar gara-gara di’tikam’oleh rakan kongsi mereka sendiri. Sudahlah modal perniagaan lenyap, rakan kongsi pun hilang entah kemana, yang tinggal hanyalah bebanan hutang bank dan lain-lain sehingga mereka hampir mencari jalan mudah yang bukan mudah - MATI

Inilah kejahatan manusia yang melampau. Yang hadir secara diam-diam dikalangan kita. Mereka ini ibarat anai-anai, yang membuat sarang di pokok. Kita hanya akan tahu betapa rapuhnya pokok itu bila ia tumbang musnah ke bumi. Begitulah mereka ini…..hmmm…begitulah mereka ini.

Tuesday, March 2, 2010

Sepuluh-3

Lama saya tidak menemuinya. Cuma malam itu, terasa lapar pula, jadi saya singgahlah
di tempat gerai kecil si Lucy. Saya sebenarnya jarang makan lewat malam, tetapi mungkin
bahang kepanasan di Kota Kinabalu begitu terasa, maka saya pun 'terlandinglah' di tempatnya.

Banyaklah kami bercerita...saya ada juga menanyakan kepadanya, mengapa menjalankan perniagaan sehingga begitu jauh malam, dan kadang-kadang sampai subuh? Tidak takutkah?
(...maklumlah..tempat kita nie banyak benar 'si-uikkk..' ' si - erkkk' ...dan 'si - huh!'...
(pembaca Sabah yang paham arr..)


Lucy cuma tersenyum senyum. Katanya kepada saya....

" ..susah betul oo mao mintak bayaran..sudah makan..sudah minum, derang inda mao bayar!

"Aikkk....mana boleh oo ini macam...mesti jugak mao bayar mah, kalu sudah makan minum" kata saya dengan penuh perasaan.

"hahaha..." macamana juga mao minta bayaran...kalu uda mabuk semua..." katanya sambil ketawa terbahak-bahak.

"Jadikkkk?"....tanya saya dengan mata terkebil-kebil.

"Ada abang minta bayaran...mati-mati derang bilang uda bayar..." kata Lucy.

Apa yang melucukan lagi ialah si-pemabuk yang makan minum tidak berbayar itu mengajak pula suaminya ber'gusti'. Kata si pemabuk .."
"..Sini ko..mari kita bertumbuk" katanya sambil jalan terhuyung hayang.

"hahaha.." ketawa lagi si Lucy. "Macamana pula mao bertumbuk..satu mabuk dan satu lagi tidak...?"

Seterusnya, Lucy juga menceritakan kepada saya tentang sepasang kekasih yang pernah singgah di gerainya juga. Pada mulanya, semuanya baik-baik sahaja..kemudian itu, terjadilah episod gelas terbang dan macam-macam lagi.

Lucy dan keluarganya hanya mampu berdiam diri sahaja memerhatikan tingkah laku pengunjung-pengunjung kedainya yang penuh dengan seribu satu ragam.

Saya sangkakan orang yang buka gerai ni yang paling senang cari duit....apa-apapun 'simple-simple' sahaja...bukan juga bermodalkan banyak. Tetapi disebalik kehidupan seorang peniaga gerai makan yang mencari nafkah pencarian di waktu-waktu sebegitu, ada juga cerita-cerita yang tidak berapa pula kita ketahui.

Walauapa-apapun..ini lah kehidupan. Mana mungkin kita tahu kalau tidak diberitahu? Hmmm...
Anda tentu ada cerita sendiri.

Thursday, February 25, 2010

JENAYAH-Sesuatu yang perlu anda tahu (3)

"Tuan, minta maaf kalau saya ganggu nih.." kata saya menerusi perbualan telefon tempohari dengan pegawai polis berpangkat ASP yang saya kenali tahun lalu.

"Ya..ya...*honeybuzz*..ada apa-apa..? tanyanya kepada saya.

Saya lantas menceritakan kepadanya akan peristiwa yang berlaku baru-baru ini berkenaan pekerja perempuan kami yang mencuri itu. (sila rujuk entri - Sepelik Manusia) Dua malam yang lalu, si pencuri itu telah datang ke premis kami dan meminta wang. Majikan saya (saya ada dua majikan), Encik *Sham* telah memberikan sedikit wang kepada perempuan itu.

Pada mulanya, saya dan majikan perempuan saya agak berang. Sakit hati kami dibuatnya. Mengapa tidak? Kami rasa pencuri itu tidak patut diberi gaji walau satu sen pun. Lagi satu, dia yang patut takut dengan kami..tapi ini, kita semacam takut akan dia. Pemburu pula diburu! (Apa maciem ini...aiyaa..mao p snorkelling laini..stress trus oo ..)

"Saya tidak mahu dia menganggu kamu semua.." kata majikan lelaki saya.

Saya pula tidak begitu yakin bahawa perempuan itu puas hati dengan pembayaran yang sedikit itu, maka saya menalipon ASP H_ kerana saya ingin tahu apa yang patut kami buat sekiranya dia datang lagi dan menganggu kami semua. Maklumlah...inilah kali pertama saya mengenali orang yang pelik sebegitu.
..

YANG HARUS ANDA TAHU....
Katanya - "Saya akan ganggu kamu..!" (kalau gaji tidak dibayar) kata perempuan itu.

Ganggu yang bagaimana? Jelas ASP H_ dalam perbualan telefon dengannya, kalau setakat tunjuk-tunjuk muka dan kelibat..kita tidak boleh buat apa-apa. Sekiranya 'Ganggu' yang dimaksudkan adalah gangguan dari segi fizikal seperti mencederakan, merosakkan harta benda dan lain-lain yang tidak patut...di dalam kategori ini, kita disarankan membuat laporan polis.

YANG HARUS ANDA TAHU
(Aha..yang ini, sia pun tidak tahu ooo...tapi sebab suda kestau, jadi sia bagitaula...)

Laporan polis adalah amat penting dalam kes sebegini kerana ia boleh dikategorikan sebagai peras-ugut! Dan sekiranya si pencuri itu datang lagi dan memeras ugut (minta gajinya lagi), polis boleh menangkapnya berdasarkan LAPORAN PERTAMA yang telah dibuat.

YANG HARUS ANDA TAHU
"Kalau kamu tidak bagi saya balik 2 buku 'library' tu, saya akan repot pada polis.." kata rakan sekerja saya kepada pencuri itu yang pernah meminjam bukunya. (Aikk...dia ini pun boleh dikategorikan dalam spesies yang pelikla...ada machine boleh screen orang ka..? Kestau klu ada jual arr..)

Jangan menyusahkan pegawai berseragam kita dengan laporan-laporan yang pelik-pelik yang mana boleh diselesaikan dengan sekeping roti canai dan secawan kopi o ping atau pembayaran nilai. Terdapat banyak lagi kes-kes berat yang lain dan memusingkan kepala pegawai kita.

Anda tidak dapat membayangkan bagaimana agaknya situasi balai polis itu sekiranya anda melaporkan perkara remeh temeh sebegitu.

Cuba berimaginasi perbualan ini..
(dibalai polis)"..Tuan, saya ingin membuat laporan.." kata anda dengan wajah yang serius.

"..Encik mao buat laporan apa.?" kata pegawai itu sambil mengambil pena untuk menulis.

"Laporan kecurian buku 'lebari' ...Ada urang inda mao kasi balik buku sia, jadi dia macam curi buku sia..."kata anda.

I really need a break!

Tuesday, February 23, 2010

Sepelik manusia...

"...napa abang nih.."? tanya saya dengan geram sekali.

"..Bukankah dia mencuri ditempat kita.? kata saya lagi.

"..Iyala...tapi kesian, bagilah RM100 dua ..supaya dia tidak panjangkan perkara ini.." kata abang cuba berdiplomasi.

Sebenarnya, baru-baru ini kami telah memberhentikan seorang pekerja perempuan kerana membawa barangan keluar dari premis kami. Pada mulanya, kami hanya mengesyaki dia berbuat demikian tetapi selepas beberapa lama memerhatikannya, kami membuat keputusan untuk memberhentikannya kerana selain dari itu, dia suka pula bergaduh dengan pekerja-pekerja yang lain.

Selepas sahaja memecat pekerja itu, pengawal keselamatan yang mengawal di bangunan kami memberitahu kami bahawa mereka mengetahui dia mengambil barangan keluar dari premis kami...aikkk..

"Barang ini sia mao simpan di stor..." kata bekas pekerja kami yang mencuri itu dan yang peliknya lagi, setiap hari dia berbuat begitu, pengawal keselamatan melepaskannya begitu saja. ("Aikk...macamana mao jadi sekuriti ni..." .." kecurian depan mata pun dilepaskan pergi begitu saja..." Susah ooo ini maciem..?)

Petang kelmarin, perempuan itu datang lagi ke premis kami.

"Kalau kamu tunggu sampai pukul 7 malam pun, bos tidak mao jumpa kamu.." kata abang, rakan sekerja saya yang tinggi lampai itu.

Abang pun memberitahu dia bahawa kami telah mengetahui kegiatan buruknya itu. Malah mengetahui juga dia dipecat oleh majikan lama kerana mencuri juga.

"Baiklah..kamu kata apa saja. Kita lupakan ini semua... Saya datang cuma mao ambil gaji sia ja..." kata si pencuri itu tanpa segan silu.

Tercengang-cengang pula saya apabila memikirkan kata-katanya yang disampaikan oleh abang itu. Bah..! Inilah satu-satunya manusia yang paling pelik pernah saya temui....tidakkah anda rasa begitu? Sudahlah kedapatan mencuri..dia berani pula datang meminta gaji?

Saya percaya anda tentu pernah terserempak dengan orang sebegini...Hmmm....

Wednesday, February 3, 2010

Bila makcik bercerita lagi - PUTIH MATANYA..Bah.2

........bersambung

"Saya akan membayar untuk semua ini..jangan khuatir"..."kalau kamu tidak percaya, ini kad perbankan saya..telefonlah pihak bank.." katanya.

Pengurus Hotel dan pengurus restoran itu menyangka masalah mereka selesai selepas memenuhi hasrat perempuan Inggeris yang berambut panjang itu. Rupa-rupanya, mimpi ngeri itu berterusan apabila dia meminta pula kamar tidurnya dicat putih keseluruhannya termasuk cadarnya, permaidani biliknya dan segala kelengkapan dalaman mestilah berwarna putih juga.

Saya langsung ketawa secara tidak sengaja.

"Ini benar-benar lucu.." kata saya kepada makcik. ".....Pelik benar orang ini.." kata saya lagi.

"Apalagi....terpaksalah pihak pengurusan hotel memenuhi kehendak perempuan yang kaya itu..." kata makcik sambil mengeleng-gelengkan kepala.

Kemudian makcik pun menceritakan kepada saya akan sejarah lampau yang dialami oleh perempuan Inggeris itu. Sebenarnya perempuan itu pernah bertunang dengan seorang askar. Tunangnya meninggal dunia di medan peperangan. Mungkin kerana terlalu cintakan arwah tunangannya itu, dia berjanji tidak akan mengahwini sesiapapun dan hanya memakai baju putih dan lain-lain untuk memperingati cintanya terhadap lelaki itu. Baginya, putih adalah lambang cinta sejati mereka berdua.

Sedih pula saya mendengar penjelasan makcik itu. Dalam hati saya berkata....

"..Perlukah menyintai seseorang sehingga sedemikian rupa dan mengorbankan peluang kebahagiaan yang mungkin pernah datang dalam hidupnya selepas dia..? ..."Berbaloikah hidup dengan cinta yang tidak mungkin akan kembali...?" Mengenangkan seseorang yang kita cintai, tidak ada salahnya tetapi sehingga begitu sekali...?

Saya rasa dia patut menonton filem "Titanic" dimana Jack, pada saat nafasnya yang terakhir memesan kepada kekasihnya Rose, agar meneruskan hidupnya.

YA! perempuan Inggeris itu patut meneruskan hidupnya!

Apakah maksud cinta yang sebenarnya? Tahukah anda maksud cinta yang sebenar? Saya belum ada jawapan yang pasti untuk itu...Hmmm..