Wednesday, June 17, 2009

Persidangan Apec pagi itu...

Persidangan Apec pagi itu bukan berlangsung di dewan serba mewah yang dihiasi dengan bunga-bunga hidup yang cantik, ataupun dengan permaidani merah. Tidak ada kereta kereta mewah yang melayarkan bendera bendera negara tersendiri...tetapi pagi itu persidangan itu dilangsungkan di bawah sepohon pokok sena yang tua.

'Jangan lupa...kami mahu nasi lemak' kata Chong pada Ayu, rakan sekolah kami, yang menjual nasi lemak secara diam-diam tanpa diketahui sesiapapun kecuali murid murid sekolah tahun lima waktu itu. Saya pun tidak melepaskan peluang untuk menempah sebungkus nasi lemak darinya.
'Tapi..... Guru Besar cakap tak boleh jual nasi lemak lagi..'
'Takpe..takpe...kami simpan rahsialah' jawab Wee, Silvia, Chua, Siti dan beberapa rakan sekolah yang ber'mesyuarat' pagi itu.

Sebenarnya, Ayu adalah rakan sekolah kelas kami. Ayu kehilangan bapanya sewaktu masih kecil dan ibunya mencari nafkah dengan menjual nasi lemak. Setiap kali saya nampak bungkusan nasi lemak yang berdaunkan pisang, ingatan saya terus kepada kenangan manis ini. Bagi saya, nasi lemak yang dijual Ayu, adalah nasi lemak yang terpaling sedap.

Sebenarnya, Ayu tidak mahu lagi menjual nasi lemak kepada kami. Dia takut diketahui oleh guru besar kami yang berbangsa British itu. Ini adalah kerana seminggu yang lalu, pihak kantin sekolah mendapat tahu Ayu menjual nasi lemak lalu mengheretnya ke bilik guru besar.

Apabila kami mendapat tahu tentang nasib malang yang menimpa Ayu, kami cukup anti dengan pengendali kantin sekolah itu. Kami geram apabila mendengar cerita Ayu dibawa pergi dalam keadaan menangis. Kami juga berasa bersalah kerana tidak berhati-hati dan membawa nasi lemak jualan Ayu ke kantin sekolah. Ini tentu sedikit sebanyak merugikan perniagaan pihak kantin sekolah.

Tersenyum-senyum saya semasa menulis artikel ini...saya terfikir juga, budak budak sekolah pun boleh mempertahankan kawan-kawan sendiri tanpa mengambil kira perbezaan agama dan kulit....mengapa payah sangat orang dewasa berbuat demikian?

Hmmmm.......

10 comments:

Kabasaran Soultan said...

Nice sharing dengan balutan nasi lemak.
Meskinya para orang-orang dewasa belajar banyak dari anak-anak yang memang bijak dan jarang mempersoalkan perbedaan remeh temeh antar sesama.

gadis borneo said...

huhu'' t'ingat jg time sy skola rendah...sy pernah jg jual2 mcm ni...trus tu org kantin bwa kami jmpa guru besar =(

Lee said...

Hi Honeybuzz, how you doin'? Have a great weekend, best regards, Lee.

rahma said...

hi honey dear.... heheeee tekejut sy, persidangan apec??? anw, sy suka ni post... very cute and so sweet...
keep it up ya!!

Anonymous said...

Nice flashback.. Macam sya pun terkenang pula zaman budak2 sekolah dulu2.. :D

HoneyBUZZin said...

Kabasaran Soultan - Ya..saya juga sokong kata-kata kamu. Mengapa kita tidak boleh bersikap seperti mereka?

Bibi - Ohh Bibi.....macam sama ja itu cerita dengan kamu. TakeC ya

Uncle Lee - u too have a great weekend Sir. Don't forget to put a song in your heart!..hehe..and dat's your line.

HoneyBUZZin said...

Sis Rahma - Glad to hear that u enjoyed this blog. Hmmm...I like it too...personally yes...banyak kenangan masa budak budak dulu..


Big Bro Oiga - Kita serupa la...huhu

Unknown said...

Hati org dewasa tidak sebersih hati kanak2..hmmm..nice entry, dear.. :)

D.L Sumunie said...

Entri yang cukup menarik, saya suka baca..saya suka mengingat kembali zaman kanak2 yang saya lalui cukup manis sama dengan cerita ini...yang bezanya penjual nasi lemak dalam kenangan saya tak pernah diketahui oleh pihak guru dan kantin sekolah kawan punya pasal...siok lah honey ini cerita..

HoneyBUZZin said...

Misz Zana85.. - Betul tu!

Sumunie - huhu...my friend kana tangkap...uhuk uhuk :(