Thursday, July 2, 2009

Bila pencuri datang lagi....

Tengahari tadi sungguh mencemaskan. Berdebar-debar rasa di hati. Saya berkata dengan diri sendiri..” Tenang…Tenang….bawa bertenang!’
Saya nampak dia dicelah-celah pokok di atas bukit dan ditangannya ada memegang karung plastic berwarna merah. Saya nampak dia menghidunya sekali-kala.

“Miss ______...nah…itu urang yang curi dari kadai kita itu ari….” kata Zie.
Saya nampak muka Zie sedikit pucat…seperti susah mahu bernafas.

“Betul ka?” tanya saya lalu memandang kearah lelaki berusia lingkungan 20an itu.

Saya cemas juga tetapi saya tidak boleh menunjukkan rasa ketakutan. Saya mesti mengawal fikiran saya. Sesuatu perlu dibuat…mana tahu dia akan datang dan mencederakan kami bertiga.

Kebetulan pula hari ini, pengarah berada di Kuala Lumpur dan rakan rakan sekerja saya yang lain-lain itu berada di luar bandar. Memang kecut perut…bayangkanlah…kalau ada dua tiga orang yang sebegitu…bagaimana kami dapat mempertahankan diri?

Saya bukannya ahli gusti, ataupun seorang yang mahir dalam bidang karate atau Judo tetapi sebentar tadi saya cuma berbekalkan sebatang penyapu dan Zie pula dengan sebatang kayu. Kami bimbang juga kalau lelaki itu mencederakan kami ataupun J___.

Selepas itu saya nampak dia menuruni anak bukit berdekatan kedai kami. Saya mengarahkan J__, rakan sekerja lelaki saya untuk berhati-hati. Dia datang dan mereka bercerita. J___ juga amat pintar…dia tahu bagaimana untuk melengah-lengahkan masa perbualannya dengan orang yang pernah mencuri di kedai kami.

Selepas itu saya menyuruh Zie cepat-cepat melaporkan kehadiran lelaki itu kepada pihak berkuasa. Segala episode mencemaskan ini hanya memakan masa selama 25minit sahaja.. dan lelaki yang menghisap gam itu ditangkap oleh pihak polis .

Ini bukan satu lagi episod dari drama bersiri GERAK KHAS arahan Yusof Haslam tetapi kejadian yang benar-benar berlaku di kedai kami tengahari tadi. Tahukah anda sekarang mengapa kita harus bekerjasama dengan pihak berkuasa?

(Thank you "Sarjan ______! Keep up the good work!

BUZZING OUT...lain kali kita cerita lagi! C ya.

19 comments:

Kabasaran Soultan said...

Wow ...berani sekali awak tu ...ceritanya seru dan menegangkan juga.
Untung kejadiannya tak lama.
Hebat deh.

Lee said...

Hi Honeybuzz, just like what I see on TV. Well done.
Do take care and stay out of harm's way.
Best regards, Lee.

FL Feinier said...

wa... bahaya eh.. kalu sya pun, sya takut jg oh dgn org2 macam tu.. huhu.. Tahniah...

Harap kmu sentiasa berhati-hati dan selamat..

HoneyBUZZin said...

Bro.Kabasaran Soultan - Saya bukan seorang yang berani tetapi disaat itu saya terpaksa memberanikan diri membuat apa yang patut dan memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik tanpa sebarang pergelutan ataupun kecederaan yang tidak diingini.
Makasih bro kerana selalu mampir disini dan memberi komen. Thank you.

HoneyBUZZin said...

Dear Uncle Lee, It's was quite tense but yea...thanks to my colleague who acted fast without delaying what I told them to do.
I don't wish to go through another episode like that. Kindda 'scary' u know.

Bro FL Feinier - memang bahaya..tapi kami okay semua. Boss juga bimbangkan kami selepas saya memberitahu dia perihal perkara ini. Satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Salam sejahtera.

cicak said...

Syabas kerana dapat menenangkan diri, membuat plot lalu bertindak dengan segera!

Kalau sa, mungkin panik suda tu.

Unknown said...

Salute to you Honey..hehehe

Belle Edwin said...

ya..cerita ko cam di TV oh..apa tu pencuri ambil di kadai kamu?

HoneyBUZZin said...

Cicak - Saya cuma buat apa yang patut saja.

C.alv.B - I'm proud of the police force. I think they come promptly on time. Can't imagine what would happened if he retaliate or became aggresive. But all ends well. Thanks be to God.

Belle of Ranau - He took something the other day, unfortunately we can't get hold of him. This was his second time..despite CCTV installed, he cares not.
We were quite worried about our safety actually..
One should not fight nor provoke in this situation..but rather to solve it with quick thinking and right action.
Take Care. Regards.

StephenieEzra said...

Wah, hebat o!!klu sa mesti panic. sdangkan sa dengar bunyi2 weird tengah malam pun sa takut~ padahal kadng2 tikus.

sa fobia betul o dgan pencuri

Unknown said...

ntah bile pencuri hati yang datang kat sini....hiks.

HoneyBUZZin said...

patahati - huhu...

Miss G said...

wooow.... hebat sekali.. berani sekali, Honey..saluut!

rahma said...

wah, nasib baik kan. bikin takut jg tuh tau...

Kris and Nadia said...

uiyoo.. kalu sya, trus sya blank tu.. bgs jg kan ada kawan or org yg berani p approach :)

BuDakHutaN said...

wow...macam gerak khas plak tu.. hehehe

HoneyBUZZin said...

Isaiah Ezra - Do not be afraid..we have laws to protect our rights

Sis G - Pihak polis yang patut menerima pujian sebab cepat datang.

Sis Rahma - yabah...takut juga tapi mesti kontrol pikiran arr...

HoneyBUZZin said...

Kris & Nadia - J___ yang terpaksa berdepan dengan dia. Sia ambil penyapu ..jaga2..manatau dia kasi cedera J____.
Kalau itu urang ganas, sia tdk teragak2 pukul diatu.
Huhu..

Budak Hutan - Hehe....cerita pengalaman hidup.

Lee said...

Hi Honeybuzz, just popped by say hello. Hope this finds you well.
Have a great weekend, Lee.