Tuesday, July 14, 2009

Fanatik

Saya suka membaca. Saya tidak ingat berapa banyak jenis buku yang telah saya baca. Yang ada dalam koleksi saya ialah kisah-kisah romantik, kesusasteraan, biografi dan buku-buku yang bertemakan motivasi. Saya pernah membaca sebuah buku berjenis 'perniagaan' dimana si penulis dari barat itu menekankan kepada para pembaca bahawa kekuasaan wang adalah agama kita. Wow..! hebat!
Saya tertanya-tanya juga, sejauh mana kebenaran itu?

Ada juga saya terbaca kisah orang-orang yang berfahaman songsang. Seperti di satu kisah ia menceritakan dimana seorang perempuan terpaksa berdoa dahulu untuk mengetahui kaki mana dahulu dipakaikan sepatu..kaki kiri atau kanan? Pelik sungguh! Perlukah berfikir bagaimana memakai sepatu?

Saya juga pernah berhadapan dengan orang-orang yang berfahaman fanatik. Mereka hanya hidup didalam pemikiran 'syurgawi' mereka sahaja. Apabila persepsi mereka mengenai sesuatu perkara itu bercanggah dengan pemahaman mereka..mereka akan mudah mengatakan.."ini terlalu duniawi dan sebagainya.

Saya cukup hairan dengan orang yang berfahaman sebegitu. Salahkah saya bercuti di tempat-tempat yang menarik atau berjalan menyusuri pantai dan melihat cantiknya matahari yang terbenam? Adakah saya dikatakan duniawi kerana saya tahu menikmati indahnya alam ciptaan Tuhan?
Perlukah saya bersedia menghadapi hari terakhir dunia ini dengan bertapa di gua?

Saya percaya tentu ramai diantara kita pernah terbaca, terdengar atau mungkin pernah mengenali orang-orang yang berfahaman fanatik ini. Mari kita berkongsi cerita.

Cicak -"... hidup di dunia tia payah lah mau taksub kepada sesuatu. amalkan prinsip kesederhanaan kepada semua perkara..fanatik buli bawa kepada malapetaka"

25 comments:

Anonymous said...

saya tidak pernah pula membaca tentang fahaman fanatik.pernah dengar ya,but read no..maybe saya bukan pembaca yang kerap :)

FL Feinier said...

Hehe.. sya bukan ja pernah baca, tapi juga pernah nampak dan jumpa org2 yg fanatik ni... bg sya, org2 yg terlalu fanatik ni adalah org2 yg tidak pernah tanya diri mereka atau pikir, Soalan "what", "Why" n "how"... hehe...

So, sgalanya dalam kesamaran... i'm not sure either u r christian or islam, but, if u r christian.. I'm sure that u know the story about "sikap org Farisi" masa zaman Yesus dulu...menurut crita bible.. sya rasa, org farisi dlm bible ada contoh terbaik camana org yg fanatik ni...

TIMADANG said...

hi honeybuzzin..apa khabar?

harap kamu senentiasa ada hari2 yang baik.

okey "Fanatik" bermaksud orang2 yang terlalu menilai sesuatu yang tidak dia ketahui bermula dari ajaran dan amalanya.

banyak makna FANATIK ini:
fanatik kepada bangsanya
fanatik kepada agamanya
fanatik kepada negaranya
secara keseluruhanya fanatik kepada Dunia. so bermula daripada itu orang2 yang sesat ini akan jadi fanatik.(barjihad~!)

klo menurut history~ harus penggal kepala manusia sebagai pengeras atau penguat. itu cerita dulu la..kafir.dulu2 punya semua fanatik.sekarang pun ada..klo yang berperang agama antara chatolic adn protestend la~ orang fanatik itu la sendiri bodoh.pelik kan..

klo muslim bom berani mati jadi dia fikir Tuhn dia suda kasi recomend dia di syurga.pelik kan..

ok ~saya tia mau cakap banyak la..

''sesat dulu baru fanatik''

cicak said...

bagus juga ada perkataan 'fanatik' ni, sebab kita buli suda kasi kelas benda-benda yang 'fanatik' dan tidak. kan?

bagi saya, hidup di dunia tia payah lah mau taksub kepada sesuatu. amalkan prinsip kesederhanaan kepada semua perkara.
fanatik buli bawa kepada malapetaka, lihat saja tempat-tempat di mana manusia menggunakan 'kefanatikan agama' sebagai LESEN untuk berperang.

sedangkan kita cakap manusia berperang adalah aktiviti orang zaman-zaman batu!

kita sederhana saja bah, jangan saja membelakangi apa yang kita prinsipkan saja lah. itu pendapat dua sen saya. hehe.

all the best Honeybuzz ^___^

Tikno said...

Saya punya teman sangat fanatik dengan agama dia sendiri. Sukar ajak dia untuk bersahabat kepada agama lain. Dia pikir agama dia saja yang benar.

Oh..ya... perlukah fanatik kepada istri? ha.. ha...

atok said...

x ke best tu menghirup udara yang dikurniakan tuhan?
dan x menyalahgunakan nikmat tuhan?
x ckup lagy?
eheh

Kris and Nadia said...

emmm... saya pun nda pernah baca ooo.. huhu.. but good to know kan.. :)

Nirmana said...

melakukan apapun tugas jika diniati iabadah agama, mendapat pahala dan hasil sempurna. semoga, amin

HoneyBUZZin said...

Mummy Zuan - Memang terdapat buku-buku di luar sana, kalau di teliti dan difahami mempunyai idealogi yang salah. Ia amatlah memeranjatkan saya.
Terimakasih kerana sudi memberikan respon.

HoneyBUZZin said...

FL Feinier - Memang benar terdapat contoh yang terbaik orang-orang yang berfahaman fanatik ini di injil. Tetapi apa yang mengecewakan, di zaman IT yang berkembang dengan maju dan pesat, masih ada mereka yang berfahaman sebegini.
Kelakuan mereka yang fanatik ini amat pelik. Seringkali mereka ini melihat sesuatu perkara melalui pandangan yang salah dan tidak benar sama sekali.

Seperti contoh, apa salahnya mengumpul harta pencarian, apabila harta itu dapat dipergunakan dengan sebaik mungkin?

Haruskah saya bersikap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang hanya kerana diberikan pandangan..."dunia ini tidak kekal...hanya sementara saja..."

Jadi adakah kerana hanya sementara sahaja, saya perlu berpeluk tubuh dengan tidak melakukan apa-apa yang terbaik dalam hidup saya? bukankah salah pemahaman ini?

Walauapa-apapun segala sesuatu yang kita buat perlu ada perbatasan. Ini yang pasti!

HoneyBUZZin said...

Timadang - Saya percaya semua bangsa tidak kira apa pegangan agama mereka tidak menyetujui pemahaman yang sebegini. Tidak ada seorang pun yang menyetujui peperangan.
Peperangan itu adalah salah satu contoh keangkuhan manusia yang paling maha.
This is so sad!

HoneyBUZZin said...

Cicak - Setiap apa yang kita lakukan harus ada perbatasan.

Kata kamu,

...." hidup di dunia tia payah lah mau taksub kepada sesuatu. amalkan prinsip kesederhanaan kepada semua perkara.fanatik buli bawa kepada malapetaka.."

Saya bersetuju dengan pandangan kamu.

HoneyBUZZin said...

Tikno - Saya tidak ada solusi untuk soalan perihal fanatik kepada istri.
Cubalah fanatik satu hari sahaja kepadanya? hehe....dan beritahu saya kesudahannya.

HoneyBUZZin said...

atok - betul tu tok!

HoneyBUZZin said...

Kris and Nadia - Banyak buku di luar sana yang mempunyai pemahaman yang salah. Jangan baca 'cover'nya saja...tetapi keseluruhan isinya. Regards.

Trimatra - Betul kenyataan ini. Saya sokong.

t.e.3.k.4 said...

saya suka baca...

tapi saya bukan seorang yang fanatik akan sesuatu :D

Tikno said...

kesudahannya...? dia jadi fanatik kepada saya ha.. ha...

HoneyBUZZin said...

t.e.3.k.4 - Begitulah yang terbaik. Biar sederhana sahaja.

Bro Tikno - Hahaha...

FL Feinier said...

Yeps.. stuju dgn HoneyBUZZ.. sya pun tida suka org yg terlalu fanatik.. tapi, dari cerita kau ni, macam sya tau dan boleh agak saja oh, golongan fanatik mana yg ko terjumpa... huhu.. apapun, harap2, ko tida cop smua org yg ada sama ciri macam org tu sbg sama semuanya ar... hehe.. k... kdg2, pengetahuan, sikap dan persepsi boleh membezakan orang...

HoneyBUZZin said...

FL Feinier - Susahla mao cerita jenis orang ini. Dia saja yang betul....aiyaaa...very square!

Kabasaran Soultan said...

Fanatik nih ....
Fanas-fanas tetapi menggelitik..
he-he-he.

Very Nice sharing ...

Willie a.k.a Reptoz said...

I suka baca buku Mistik. Macam best jer cerita pelik pelik. We are not alone....

HoneyBUZZin said...

Kabasaran Soultan - Makasih ya kerna selalu melawat saya

Willie - yea, we are not alone...

StephenieEzra said...

mmm... thanx for the sharing. baru saya sedar, menikmati alam ciptaan TUHAN itu memang indah.

betul cakap c cicak. tapi sebenarnya dia tu play safe kan cicak???

interesting topic ni. tlampau fanatik juga sebenarnya akan menyeksakan bila sesuatu terjadi dan tidak seperti yang kita harapkan..

tapi x fanatik pula menjadikan kita seperti x tetap pendirian.

apa2 pun terpulang pada diri sendiri. tepuk dada tanya selera.

have a nice day everyone. ;)

HoneyBUZZin said...

IsaiahEzra - sepatutnya apa-apa sahaja yang kita lakukan janganlah terlampau fanatik...ada perkara yang sesuai, ada yang tidak.
Setiap pertumpahan darah, setiap nyawa yang hilang atau setiap airmata anak-anak dan orang awam yang tidak bersalah bukanlah satu permainan. Peperangan adalah satu kesilapan dan keangkuhan mereka yang tidak mengenal erti kedamaian sebenar. Sungguh mengecewakan!