Thursday, July 30, 2009

JENAYAH...sesuatu yang perlu anda tahu!

Saya ingin bertanya, pernahkah anda mendapat emel berkenaan cerita Jenayah yang disampaikan oleh rakan-rakan yang melalui pengalaman jenayah itu sendiri?
Seringkali sahaja saya mendapat emel-emel yang benar-benar membuat saya terdiam sejenak..yang banyak membuat saya terfikir...dan tertanya tanya.. "Betulkah apa yang saya baca ini"...?

Selepas menimbangkan banyak perkara, disini saya gabungkan beberapa nasihat ataupun tips yang saya rasa amat bernas dan tidak rugi pula sekiranya kita mengetahui sesuatu yang mungkin akan membawa faedah kepada kita pada suatu hari nanti. (Ada beberapa kisah benar disini)

Tips 1 - Jangan sesekali menaiki lif awam (kompleks membeli belah)seorang diri, lebih lebih lagi sekiranya anda adalah seorang perempuan. Hindarilah lif yang dinaiki lelaki sahaja dan tunggulah lif yang lain dimana ada orang awam yang berkeluarga dan bukan hanya anda, seorang perempuan sahaja.

Tips 2 - Jangan sesekali bersikap sambil lewa sewaktu berjalan menuju ketempat dimana kereta anda diletakkan. Pastikan diri anda tidak diekori dan kuncilah kereta anda dan memandulah pergi dengan segera. Anda disarankan meletakkan kereta anda secara "reverse'-in. (Kawan perempuan saya dan saya sendiri hampir menjadi mangsa....nasib baik kami cepat sedar....4 orang lelaki mengekori kami..uhuk uhuk..Bukan di Sabah)

Tips 3 - Jangan sesekali meletakkan telefon bimbit anda di atas meja makan di tempat-tempat awam. Anda hanya 'gigit jari' sekiranya telefon anda tiba-tiba disambar oleh seseorang didepan mata anda sendiri. Bila anda sedari apa yang telah berlaku, ia mungkin sudah terlambat kerana orang itu sudah hilang jauh dari pandangan anda.(Pernah berlaku)

Tips 4 - Jangan sesekali meletakkan beg tangan anda (khas buat perempuan) diatas riba anda. Biasalah kan....bila 'time' makan di luar, seringkali sahaja kita meletakkan beg tangan di atas riba..tapi jangan lagi berbuat begitu. Beg tangan anda mungkin disambar...(sama dengan kes 3)(Pernah berlaku - diberitahu oleh seorang sahabat yang menjadi mangsa ragut ini)

Tips 5 - Jangan sesekali mendedahkan maklumat tentang keluarga, majikan ataupun rakan-rakan anda kepada orang yang tidak dikenali. Anda belum tentu tahu, berkemungkinan besar, mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk menipu.

Tips 6 - Jangan sesekali mempercayai panggilan telefon yang mengatakan ahli keluarga anda telah diculik dan wang tebusan dengan jumlah tertentu diperlukan untuk menebus mereka. Telefon ahli keluarga yang terbabit itu dengan seberapa segera...samada di tempat kerja atau sekolah. Jangan sampai anda tertipu! Berkemungkinan besar ia hanyalah panggilan palsu untuk menipu anda.

Saya mengalu-alukan komentari dari anda sekiranya pernah mendapat emel sebegini yang mungkin dapat membantu kita...'eye opener'. Saya hanya dapat memaparkan 6 kes yang berlainan sahaja disini. Pernahkah anda menjadi mangsa jenayah? Pernahkah anda mendengar kes-kes yang lain dari yang disebutkan diatas? Bagus juga kalau kita dapat berkongsi maklumat.
Mari semua...

18 comments:

FL Feinier said...

Wa.. satu article yg penting sgt untuk di baca... sya harap, ramai la yg p baca entry ko ni.. penting gila ni.. sya belum pena lg kena, tp sya harap, kalu sya kena cam ni.. sya boleh pukul tu peragut sampai dia masuk hospital.. keke..tp, takut gak sya ni, nti dia pandai balas dendam.. pena tau sya naik bas, org berebut2 naik, tus ada ni org p ambik kesempatan mencopet/mencuri dompet.. lambat bah tu perempuan teriak, kalu tidak.. sempat jg sya tangkap tu lelaki tu.. bap tu lelaki cepat2 keluar dari bas bah..kmi ingatkan dia silap naik bas.. klu tida tu, mang abis la dia mgampai kmi pukul... geram betul sya..

Yg betul, sya slalu simpan henpon atas meja time makan di restoran.. tp, kwn sya tegur sya...mcm peringatan ko ni, kwn sya pun cakap, tetiba ja ada org p bw lari tu.. baru2 ni, cni tmpt sya di penang, rumate sya nampak perempuan teriak2 bap kena ragut beg dia.. ada tu org kejar pakai motor pun nda sempat kejar tau.. kecian.. (Notes; Sya anti sgt dgn peragut dan perompak dan yg sewaktu dgnnya.. huhu)

Kabasaran Soultan said...

Sebuah sharing yang saling mengingatkan ...intinya selalulah berhati-hati dalam situasi dan keadaan yang bagaimanapun.
nice sharing.

Kris and Nadia said...

thanks for this reminder :) bagus.. ya dlu pun kamu simpan hp atas meja d library UMS, skijap ja kena sambar.. huhu.. tensennya.. sya pun benci oo dgn peragut and pencuri ni.. mcm teda keja lain ja dorg ni.. nanti dorg mati kena putung tangan baru dorg tau..huh.. sya dlu pernah naik lif saturang2 tapi bukan org la yg sya takut.. sya di lif saturang kan trus terasa berat tu lif and tiba2 tu overload pya lampu menyala..tp sya nda kuar, sya buat selamba kodok ja, suda sya hantar asgmt and turun, baru sya bgto kris and baru kris kasi sedar sya mungkin ada "benda" lain naik lif sm sya.. baru sya kembang bulu..huahau...

atok said...

alhamdulilah atok x pnah kne kejadian cmni.
mayb sbb atok laki kot.
eheh

HoneyBUZZin said...

FL Feinier - jangan sesekali menyimpan h/p kat atas meja..INI BETUL! sebab memang pernah terjadi dimana h/p yang diletakkan diatas meja disambar pergi.
Begitu juga dengan cerita dimana beg tangan yang di letakkan diatas riba pun disambar. INI PENTING!
sila beritahu kawan2 perempuan yang anda kenali. Jangan sampai perkara ini terjadi kepada mereka.

HoneyBUZZin said...

Kabasaran Soultan - Do you have any other tips to share with all of us?

HoneyBUZZin said...

Kris and Nadia - Wa...satu pengalaman yang cukup menakutkan. Tapi adalah lebih baik bertembung dengan 'benda'tu dari bertembung dengan orang yang boleh mencederakan kita....huhu...

HoneyBUZZin said...

Atok - Biarpun kita tidk pernah menghadapi situasi sebegitu tidak bermaksud kita harus terus leka...jadi berhati-hatilah sepanjang masa.
Jaga sahabat sahabat perempuan kita yang lemah dan beritahu mereka akan perkara ini.
Cheers!

FL Feinier said...

bukan perempuan bah HoneyBUZZ... perempuan skrg byk yg belajar karate tau.. so, lelaki ni skrg yg perlukan perlindungan.. kekeke..

D.L Sumunie said...

TQ honey kerana berkongsi email ini. Saya lihat ramai kaum perempuan suka letak bag tangan atas riba termasuk saya, tapi sekarang ni bila jalan sendirian saya lebih suka tidak bawa Handbag, saya bawa purse saja dan masuk dalam poket lebih selamat.

Hp pula saya lebih suka pakai yang murah saja tak payah yang mahal2 punya cukup untuk buat call/sms jika perlu tapi kalau ada geng pakailah yang canggih sikit nanti kena kasi ketawa itu hp saya. he he he.

Lebih bahaya jika kaum hawa ini memakai barangan kemas yang banyak sampai macam pokok krismas kerana ini akan menarik perhatian peragut.

Belum ada pengalaman diragut atau nampak orang kena ragut tapi kerbau ragut rumput pernah lar..he he joke arr kasi senang hati bah..

Selamat berhujung minggu! ;)

Tikno said...

Intention + opportunity = crime.

Itu formula yang saya dengar dari criminal expert

Lee said...

Hello Honeybuzz, thats quite a few rules to follow, ha ha.
Have a beautiful Sunday, Lee.

BuDakHutaN said...

wah..bagus ni.. kira pesanan dan peringatan ntuk kita semua.. selain daripada yg si soultan ckp ttg hati2 dalam pelbaga isituasi dan keadaan.. kita kena juga perihatin dan membantu mereka yang dalam kesusahan...

HoneyBUZZin said...

Bro Tikno - Guessed you're right!
Thank you for commenting.

HoneyBUZZin said...

FL Feinier - hehe..bah, belajar karate ja....

HoneyBUZZin said...

DL Sumunie,
I must agree with you that it's better not to bring any handbags...aiyaa....sapa itu urang yang bikin henbeg ni arr...mao kasi katuk kapala dia luk...bikin susah kita urang....

HoneyBUZZin said...

Uncle Leeeeeeeee....
Howdya sir?

HoneyBUZZin said...

Budak Hutan - betul tu! seeloknya kita berhati-hati sahaja....jangan sampai kita menjadi mangsa. c ya.