Apakah yang terjadi sebenarnya sebelum mangsa mangsa ini histeria? Apabila ditanyakan kepada mereka apa yang telah berlaku, mereka tidak dapat memberikan sebarang jawapan. Sudah lama saya tertanya-tanya akan misteri disebalik kejadian rasuk ini.
Apabila saya membaca cerita-cerita ini di dada akhbar, seringkali sahaja terdapat banyak persoalan yang bermain di fikiran saya. Mengapa hanya sesetengah orang sahaja yang dirasuk? dan yang lain-lain tidak pula.....Yang pasti ada banyak cerita di luar sana. Benarkah mangsa mangsa ini dirasuk oleh roh hitam atau....?
Saya pernah mendengar cerita dimana pernah adanya seorang pelajar yang tinggal di asrama jatuh sakit dan di rasuk. Malam itu, semasa pelajar pelajar lain sedang mengulangkaji pelajaran di dewan, pelajar yang sakit ini dijagai pula oleh sahabatnya.
Tiba-tiba yang sakit ini bangun, dan melompat dari satu katil ke satu katil yang lain (jarak satu katil dengan satu katil adalah amat rapat)
"Kali ini saya sudah dapat kamu..!" kata pelajar yang sakit ini kepada kawannya. Apalagi, menjerit-jeritlah sahabat kita yang baik hati itu. Kerana ketakutan yang amat, dia tidak lagi tinggal di asrama.
Pernah juga saya dengar yang dirasuk bertukar suara dan meminta telur mentah. Selepas telur mentah diberikan kepadanya, ( 'dia' makan) roh itu pun meninggalkan mangsa. Terpinga-pinga pula si mangsa apabila tersedar dan bila ditanya tidak mengetahui pula apakah yang telah terjadi kepada dirinya.
Cukup misteri....apakah yang telah terjadi sebenarnya? Ada sesiapa yang dapat merungkai segala persoalan ini? Pernahkah perkara ini berlaku di tempat anda?.... dan adakah cerita kita sama?
Malaikat Sesat - Dalam kepercayaan kuno.. dikaitkan dengan kuasa supernatural... yang melebihi kuasa manusia biasa. Boleh jadi menyerupai macam-macam... penunggu, roh sesat, toyol dan pelbagai makhluk halus.
Ninie Jane -
....." saya suruh tentera tentera saya serang awak! "
22 comments:
seram pula entry ko ni kali Honeybuzz. eeeeee...
mmg susah mau diterima dengan segala kemodenan yang ada skrg, ditambah lagi dengan kewujudan agama, benda-benda halus suda semakin dilupakan. cuma baru-baru ini saja macam-macam wayang hantu keluar di pawagam. kan? haha.
ada satu kes dulu, budak perempuan berbangsa Murut dirasuk, lepas tu dia cakap bahasa Cina, suara pun jadi suara lelaki. siapa la yang berani mau halau?
nasip baik ada juga orang yang pandai halau.
sa sendiri pun mau pengsan kalau nampak kes begini. (x kuat semangat)
P.S:
kuarters yang saya tinggal sekarang, 'berpenghuni'
Bagi kaum cina, bulan 7-8ini adalah bulan hantu lapar. Itulah kamu nampak ada 'barang' di bakar ditepi-tepi jalan. Kadang-kadang berderet-deret sepanjang jalan.
Memang menyeramkan bila ingat..tapi selalunya saya kuatkan semangat dan mengawal cara pemikiran saya supaya tidak berasa takut. Di pawagam pula seolah2 tahu pula musim 'ini'...setiap tahun pun gitu oooo...aiyaa...
Anyway, lari tajuk sikit arr...
Menakutkan juga cerita kamu tentang perempuan murut yang kana rasuk tu....adedeh....kalau suara jadi lelaki, tiapa lagi..kalau kuat sampai mao lawan urang..itu yang bahaya lagi ooo.
Saya lari terus kalu nampak kes rasuk ni...
Aiyaa....sendiri tulis..sendiri pun naik takut. Apa maciem ini? adesssssssss..(headbanging- mode on)
orang yang dirasuk itu sebenarnya dirasuki jenis Jin. Umumnya karena jiwa dan pikirannya lagi kosong/lemah.
Jin yang merasuk bisa jeni laki atau perempuan, bisa dari suatu suku atau bangsa lain.
Bagi yang imannya kokoh dan jiwanya kuat, sangat sulit terjadi peristiwa rasuk
Saya tidak berapa pasti sejauh mana kebenaran 'rasuk' ini.. tapi kajian sains cuma dapat mengungkap 70% kejadian seperti ini. Tapi kewujudan 'makhluk perasuk' ni.. memang ada..
Bro Erik - Oh gitu....Thank you for sharing.
C.Alv.B - ya, saya percaya memang wujudnya makhluk jin ini...
nak cari tau sesiapa yang mahu bantu saye, korang kasih tau ke kawan kawan ye...
Patahati - Duiiiiii...napa namanya patahati?...
Hinggah kehari ini saya juga masih tertanya-tanya mengapa kejadian rasuk sering berlaku terhadap pelajar yang tinggal di asrama. Yang pelik nya kejadian rasuk boleh berulang ulang dan berjangkit pada pelajar lain.
Mengikut sumber dari mereka yang pernah menyaksikan kejadian ini, mereka yang sering dipanggil untuk meredahkan mangsa rasuk adalah orang tertentu sahaja seperti Imam dan Ustaz bagi pelajar muslim dan Padri, Sister bagi pelajar kristian. Para doktor pula tidak dapat memberi tahu apa punca sebenar kejadian ini.
He he... i have no idea la kenapa benda boleh berlaku.
Ya..saya pun berpendapat begitu kerana saya rasa cukup misteri apa yang berlaku..bila baca suratkhabar akan perkara ini, seringkali sahaja saya tertanya-tanya...apa yang terjadi sebenarnya?
Saya juga tak pernah alami situasi ini di depan mata saya..cuma terdengar cerita mengenainya.
Sampai terjangkit ke orang lain juga...itu memang agak membingungkan..hmm..(fikir fikir..)
boleh ka kalau kita cakap budak-budak asrama tidak kuat iman dan kuat berhalusinasi?
tapi macamana dengan orang-orang yang dirasuk, ada yang cakap nampak benda yang sama, lembaga putih berambut panjang dan bermacam-macam lagi.
Honeybuzz ko pernah ka nampak video perempuan yang dirasuk jin tu? yang Jin nya dibawa masuk agama lepas tu baru lah dia reda.
Cicak - tidak pernah tonton video itu. Ada link?
Rasuk???
Dalam Islam.. dikaitkan dengan perbuatan JIN.. macam-macam punya jin. Macam Erik kata tu...
Dalam Kristian.. dikaitkan dengan evil (roh jahat), macam yang pernah dihalau oleh Jesus ke sekumpulan babi... yang kemudiannya terjun ke dalam gaung... ada ditulis dalam bible.
Dalam kepercayaan kuno.. dikaitkan dengan kuasa supernatural... yang melebihi kuasa manusia biasa. Boleh jadi menyerupai macam-macam... penunggu, roh sesat, toyol dan pelbagai makhluk halus.
Dalam masyarakat moden.. dikaitkan dengan masalah "stress" yang tidak terkawal. Contohnya kerisauan melampau, tekanan tugasan dan kerja, masalah cinta, masalah wang, masalah keluarga dan macam-macam lagi.
Dalam dunia perubatan tradisional... ada kaitan dengan penggunaan bahan-bahan perubatan yang diambil individu berkenaan. Seperti daun kokaina, daun ganja dan lain-lain tumbuhan bertoksik yang bertindakbalas terhadap cara otak manusia menafsir setiap yang disentuh, didengar dan dilihatnya.
Kadangkala Dalam perubatan moden.. dikaitkan dengan kewujudan/perkembangan tisu-tisu ganjil pada tubuh badan manusia seperti kenser yang mengganggu fungsi organ lain seperti pelbagai saraf, sehingga wujudnya tindakan luar kawal dan halusinasi.
Jadi Mana yang benar? Entahlah...
Tapi wajar juga dipertimbangkan semua perkara... barulah dapat penjelasan tuntas.
Hi Honeybuzz, just dropped by say hello.
You have a great week and keep well, Lee.
oh honey, ive been in that situation, lagi teruk when more than 20 people kena rasuk. They yelling and crying. The situation was soo weird
Honey, yang masa kejadian, ada dua orang yang lama kena masuk roh, dari jam 8 sampai dekat 5 pagi. it's hard to explain how, but we did communicate with the soul. Pandai cakap cina, jepun, melayu sama english. Melayu dia macam orang putih cakap melayu.
believe or not, she even tricked us once.. and ada satu kali, dia minta 1 gelas air.. itu lecturer kami bagi la ni prumpuan yang kena rasuk air, then ini prumpuan minum tapi suddenly dia sembur air dalam mulut dia sama satu lagi prumpuan yang kena rasuk. Tiba2 ini prumpuan yang ke-2 teriak2 macam kepanasan. and then ini dua2 perempuan teriak2. i remember the first girl yelling to the 2nd girl
" saya suruh tentera tentera saya serang awak! "
memang ganjil sa rasa ni masa huhu
ia sesuatu yang mistik...
sukar di kupas....
biasa merlaku jika seseorang itu lemah semangat...
dan sering memikirkan perkara yang berkaitan hantu/seram...
dengan ini mudah lah "bendealah"
mununjulkan wajah dan merasuk...
Bro Malaikat Sesat - Komentar yang cukup mantap! saya cukup setuju! Saya masih tertanya-tanya, mengapa kejadian rasuk ini seringkali melibatkan golongan pelajar ..lebih lebih lagi yang tinggal di asrama?
Hmmm...
Uncle Lee - Thank you for visiting me. I hope you keep well too.
Presently, I'm engaged with something..quite taxing on me actually.
I will visit u very soon again sir...
Do take Care of yourself and do convey my regards to your lovely half.
Cyber Hugs - little Honeybuzz
Dear Ninie Jane,
Baru pertama kali saya membaca cerita yang sebegini. Benar-benar luar biasa.
Kalau sehingga boleh berkomunikasi dalam pelbagai bahasa..ini satu fenomena yang sangat ganjil sekali.
Secara kesimpulannya kita tahu kita memang tidak sendirian.
Thank you for your sharing. Take Care!
Setiasahabat - Saya juga seringkali terdengar kata-kata orang bahawa selalunya yang lemah semangat itu yang dirasuk. Mungkin ada juga kebenarannya.
hmm...(fikir2)
Post a Comment