Saturday, November 21, 2009

Cerita seorang Pinoy - Hierarchy!

Hari itu saya menceritakan tentang kisah majikan dan pekerja dalam entri CERITA SEORANG PINOY tetapi hari ini saya ingin menyentuh akan subjek masalah pekerja rakyat tempatan dengan pekerja rakyat asing. Bah! inilah yang berlaku sekarang.

Inilah kali pertama saya bekerja bergandingan dengan pekerja bukan tempatan. Bagus atau tidak? Jawapan saya - CUKUP MEMENINGKAN KEPALA!

Hari ini saya membuka entri begini kerana saya percaya ramai rakyat tempatan yang bekerja bersama-sama dengan orang asing menghadapi permasalahan sebegini. Dilema ini sukar sangat dirungkai kerana mungkin ada beberapa faktor yang seringkali kita abaikan. Kalau dari pandangan majikan, ..mungkin soal remeh temeh sahaja..tetapi dari segi pandangan seorang pekerja...kalau tidak dicegah 'serangan emosi' ini....mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Saya sebenarnya cukup bersimpati dengan majikan perempuan saya yang baik hati itu. Majikan saya telah banyak menolong 'mereka' dari segi kewangan..seperti kata saya dalam entri CERITA SEORANG PINOY, kebajikan 'mereka' bukan sahaja dijaga dengan begitu baik sekali malah termasuk "hutang kampung"..

Saya terkilan sangat kerana kebaikan budi majikan saya tidak dibalas dengan sepatutnya malah menyebabkan dia hampir jatuh sakit atas gara-gara mereka yang tidak mengenang budi!
Bukan itu sahaja malah saya juga turut menjadi mangsa 'ketaksuban' dan 'keangkuhan' mereka yang tidak sedar diri!..saya tidak dihormati sepatutnya. Bayangkanlah seorang pekerja bawahan berlagak dan menyamakan status mereka sama dengan orang yang lebih berkuasa dari mereka?

Bukan itu sahaja, seorang pekerja rakyat tempatan lelaki yang saya ambil bekerja dibawah arahan kami juga dibuli... saya cukup sakit hati! Berani sungguh mereka! Kurang ajar betul mereka ini!

Saya pernah menanyakan majikan perempuan saya mengapa dia tidak mahu memberhentikan pekerja pekerjanya yang tidak berguna itu?


"Mereka banyak hutang dengan saya...saya rasa mereka sengaja buat hal..menuduh
pekerja tempatan seperti kamu melayan(buli) mereka dengan buruk...mereka
berkomplot akan semua yang terjadi...supaya mereka dapat pulang tanpa membayar satu sen pun kepada saya.." kata majikan perempuan saya itu dengan nada yang penuh dengan penyesalan.

Apa yang perlu saya buat?

Saya mengharapkan nasihat-nasihat rakan blogger berkenaan masalah yang saya hadapi ini. Biarpun begitu, bukan bermakna saya membenci orang bukan tempatan..saya hanya membencikan orang yang tidak mengenal budi..yang tidak tahu tinggi rendahnya langit..yang kuat temberang...ini yang dikatakan..mengharapkan pagar, pagar makan padi pula..dan...hmmm....saya yakin anda lebih arif menamakan jenis manusia seperti ini!

11 comments:

Misz_zana85 said...

Huh, sakitnya hati perangai buruk macam tu..
kat ofis saya plak, terbalik, pekerja tempatan lebih menyedihkan perangainya..
huh

trimatra said...

keraskanlah sikapmu pada orang2 yang sombong dan tak sadar diri, sebab hal itu bisa menjadi obat penyembuh keangkuhannya.

HoneyBUZZin said...

Misz_zana85,
Saya rasa dimana-mana pun ada manusia jenis macam tu..tidak kira tempatan atau orang asing. Saya paling geram dengan orang yang tak pandai mengenang budi...sudahlah tu, pandai pula buat cerita..pandai pula buat-buat cerita yang bukan2..macam budak2..
penat betul sy tau!

HoneyBUZZin said...

Trimatra - Terimakasih sobatku...

cicak said...

Hi HoneyBUZZ,

Betul, mana2 pun ada orang yang mcm tu. Tidak kira orang tempatan atau asing.

Bagi saya, mesti kita elakkan supaya orang lain pun tidak terkena perkara yang terjadi kepada kita. Oleh itu, mesti disebarkan supaya mereka tidak akan menjadikan orang lain menjadi mangsa. Biar diorang tau, cari rezeki biar lah cara yang halal. Kalau dgn cara yang salah, lebih baik pulang ke tempat asal.

Utk kita yang sudah terkena, lain kali kena ambil langkah-langkah seperti perjanjian, ada saksi dan kalau boleh, siap ada polis yang menjadi penjamin. Baru la diorang fikir dua tiga kali kalau mo menipu.

Asnan Rifai said...

nice to see you.

Uncle Lee said...

Hi Honeybuzz, just drop by say hello. Keep well, Lee.

BuDakHutaN said...

ades... bikin panas juga kalau gitu tu kan...
kadang2 kita kena tegas dan berani mengambil tindakan yang mungkin agak drastik...

HoneyBUZZin said...

Cicak - Huhu....susah oo hati sia...ada time sia mengadu pada bos pasal derang...bos pun minta sia sabar ja...
Aiyaa...susah oo ini macam...

HoneyBUZZin said...

Asnan Rifai - Hi too :)

HoneyBUZZin said...

BudakHutan - Bukan saja bikin panas tapi sudah sampai tahap mao didih uda ini darah...
Urggggghhhhh...