Baru-baru ini saya terserempak dengan pengacara dan krew TV3, rancangan penyiasatan 3.60(Three Sixty)di bandar Kota Kinabalu. Saya hanya berkesempatan berbual bual seketika dengan abang gempal yang berkulit hitam manis dan cukup peramah itu. Mahu juga saya bertanyakan lebih lanjut lagi tentang 'misi' nya kali ini ke tempat kita tetapi kerana masa tidak begitu mengizinkan hari itu, saya hanya sempat bertanyakan khabarnya sahaja sebab saya sedang mengejar masa. (Maaf...aiyaa...saya lupa lagi nama dia)
Sebenarnya jauh disudut hati, saya tertanya tanya juga, apakah yang ingin dibongkarkan oleh 'mereka' ini. ...atau sebenarnya mereka cuma datang bersiar-siar dan mencuci mata di tempat kita. Hmmm...maklumlah, makanan laut kita semuanya sedap-sedap belaka, dan harganya pun berpatutan berbanding Kuala Lumpur.
Alangkah bagusnya sekiranya mereka menyelongkar hal-hal ini :-
KELAB MALAM
-Aha! Saya bukan pengunjung kelab kelab ini tetapi saya ada seorang rakan sekerja yang tinggal betul-betul diatas sebuah kelab malam. Saya pernah bertanyakan kepadanya.."Bukankah kelab-kelab malam ini dibuka sehingga 1 pagi ataupun paling lewat pukul dua?"
"Tidaklah...Mereka buka kelab itu sampai pukul 5 pagi setiap hari" kata rakan saya itu yang semakin hari semakin menyerupai wajah zombie. Maklumlah...kurang tidur!
RUMAH MERPATI
- Anda tidak tahu betapa terperanjatnya saya apabila memasuki sebuah kawasan perumahan murah di bahagian Penampang.
"Ini bilik...sewa berapa?" tanya saya kepada 'tuan rumah'.
"RM300! Tidak boleh kurang!" kata perempuan yang tidak begitu peramah itu.
Saya ada memandang sekilas dua dibahagian dapur...rupanya bahagian dapur pun derang kasi 'modify'....bukan itu sahaja, bahagian ruang tamu pun dijadikan ruangan bilik, dengan langsir sebagai pemisah.
Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah rumah tiga bilik itu disewakan dengan harga RM500. Selepas pengubahsuaian dalaman dibuat oleh penyewa ini, mereka menyewa pula kepada penyewa lain. Taukah tuan rumah ini bahawa rumahnya telah diubahsuai?..mustahil jugakkan kalau tidak tahu? Aikk...aikk...aikkk...
Huh! Ini baru dua cerita....banyak lagi tu.......tapi cukuplah setakat dua sahaja. Aikk...anda tentu tertanya-tanya...mengapa 'kunang-kunang'?
Bukankah 'kunang-kunang' hanya berkelip terang diwaktu malam?
Arhhh......Anda tentu faham maksud saya.
(Kunang-kunang - fireflies)
24 comments:
aaa...slow la..xpaham huhu~
Hi Misz_zana85...pakabar? tak p mana@ ker New Year nih?
Tak paham takpe....lain kali Honey bagi petunjuk lagi k.
hehehe.....
duduk rumah jew mcm u la..hehe
ooo...tak pe2, tggu hint lain kali aje.. sabar nih ;)
Honey to Misz_zana85...
pelan-pelan...hehe
Selamat Tahun Baru, semoga tahun depan lebih baik
Selamat Tahun Baru kak HoneY :)
Semoga lebih cemerlang kita di tahun ni...all the best ;)
Hello Honeybuzz, Happy New Year and the very best of 2010.
You stay beautiful, stay young and have fun and have a great new year, Lee.
thanks 4visit my home,,,,
selamat taon baru ya sob!
Honey to Bro Tikno - Terimakasih. Selamat Tahun Baru buat bro juga. Semangat!
Honey to BudakHutan - tengkiu tengkiu...Selamat Tahun Baru juga buat kamu. 3 cheers!
Honey to Uncle Lee - Hahaha...Uncle Lee, i couldn't believe being first to greet u HAPPY NEW YEAR! You stay charming and handsome too Sir. Keep well, hopeful someday we'll get to dance samba!
Honey to Patahati - Janganlah lagi ber - patahati di Tahun Baru...
Tetap semangat ya!
Kakve_santi - Selamat Tahun Baru juga sobatku! Semoga apa yang dibuat membawa kejayaan.
Thank you for being my friend! Salam.
kalau kurang tidur, bisa spt zombie ya? ha ha ha..happy new year.
Honey to Fanny (Sang Cerpenis Bercerita) - hahaha....lebih kurang gitula....tidakpun matanya seperti mata panda. hahaha
Tetap semangat fan!
mak aih mahal nye sewa bilik...siot gile
Byk tempat2 yg perlu 'dibongkarkan' ni Honey..cuma kita ni tutup mata dan jaga hal sendiri. Itulah benda ni semakin menjadi-jadi hehee
Honey to ~0~,
Selamat datang ke blog honey. Rumah sewa disini sebenarnya tidaklah sampai begitu mahal tetapi ada pihak-pihak tertentu yang sebenarnya menyewa tempat itu dan mencari duit mudah dengan mengubahsuai interior dalaman dan menyewa bilik-bilik yang dibuat dengan harga yang tidak munasabah langsung..dan juga tidak selamat diduduki.
Hmmm....
Honey to C.Alv.B - hehe..betul! betul!
kunang2..?hehe...sbb malam sj durg active kali...bercahaya2 lg....siang mcm zombie.....mlm sgt active.....
ha..ha..
rumah sewa atas rumah sewa atau dalam rumah sewa tu... memang perkara biasa d bandar.
Lebih-lebih lagi yang dekat kelab malam... wakakakak...
Honey to gadis Borneo...hehe..betul tu! Selalunya malam baru derang buat kerja yang inda bole buat...siang-siang manada derang brani buat...
pandainyeeeeerrrr.....
Honey to Bro MS - hahaha....iya bah! macam macam ada di KK...
Post a Comment