Friday, January 29, 2010

MENTARI - Bah.2

..............................bersambung (dari MENTARI-Bah 1)

Sebaik sahaja pintu dibuka, perempuan itu terus menyergah makcik. Ditariknya rambut makcik..ditolaknya sehingga jatuh kemudian ditendangnya bertalu-talu sehingga makcik meraung-raung meminta belas kasihan dari perempuan yang dihinanya beberapa jam lalu...dan TAKE FIVE! Ish...cerita drama beginilah..tapi yang sebenarnya terjadi bukanlah begini..hehehe.....


MENTARI - Bah.2
Makcik Maria tidak menjangka pelawat malam itu adalah perempuan yang dihinanya beberapa jam yang lalu. Perasaannya bercampur baur, mahu dielak sahaja perempuan yang datang itu tetapi..................AAAAhhhhhh......kacau benar fikiran makcik!

"Makcik...saya tahu badan saya 'kotor', jijik......saya tidak bermaruah" katanya.

Makcik Maria nampak ada airmata kesedihan bergelinangan di wajah perempuan yang muda usianya itu.

"Ini bukan kehendak saya.., saya juga ingin berumahtangga dan bahagia seperti orang lain..." katanya. Selepas itu, dia pun menceritakan nasib malang yang menimpanya beberapa tahun yang lalu.

Saya mendengar penuh teliti kisah sedih perempuan itu yang diceritakan oleh makcik. Rupa-rupanya, perempuan itu telah dijual oleh ayah kandungnya sendiri akibat tidak dapat membayar hutang piutung si peminjam wang - "ALONG".

(UIKKKK....Femes jugak ko yer 'ALONG'...!)

Cerita ini tidak tamat sampai disini sahaja. Makcik memberitahu saya bahawa setahun yang lalu, dia telah terserempak dengan perempuan itu. Perempuan malang itu sudahpun mendirikan rumahtangga dengan orang yang baik-baik dan dia kini berpakaian menutup aurat. (berpakaian sopan arr...)

Saya pun teruja apabila mendengar kesudahannya yang begitu baik sekali. Sebelum kami mengakhiri perbualan menarik hari itu, makcik berpesan kepada saya.."JANGANLAH SESEKALI KITA MENGHAKIMI SESEORANG...KERANA KITA MUNGKIN TERSILAP DALAM PENILAIAN KITA!

Dalam semak ada duri
Terpijak pula daun semalu
Apalah nasib menimpa diri
Dicaci, dihina...siapalah mahu...

12 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Pilu nya juak crita tok?

gadis borneo said...

uh'' klu kes dia...sy sgt2 bersimpati....;(

tp klu di lihat zaman skg...ada yg sgup jual bdan sbb pndapatan lumayan...susah mo lari pndangan sinis sy oo klu sy npk girl mcm ni...sy benci ada la....

C.Alv.B said...

Or in other words..never prejudge others.. or you will be judge

Uncle Lee said...

Hi Honeybuzz, if 2 friends ask you to settle their problems? Don't. You'll lose one friend.
If however, two strangers ask you. Yes...as you'll gain one friend.
Best regards, have a nice weekend, Lee.

HoneyBUZZin said...

Honey to Willie a.k.a Reptoz - Yes indeed, it's a sad story but with happy ending..finally..

HoneyBUZZin said...

Honey to gadis borneo - Kes perempuan malang ini patut kita kasihani dan simpati. Kita tidak tahu bagaimana sukarnya dia melalui neraka hidup yang begitu. Tentu susah benar baginya untuk melaluinya apabila mengetahui bapanya sendiri yang sepatutnya melindunginya melangsaikan hutangnya dengan cara sekeji itu..

Zaman sekarang sudah berubah jauh...saya setuju ada sesetengah orang sanggup melakukan apa saja demi kemewahan mudah..begitu juga penyeludupan manusia yang masih berlaku sehingga kini.

salam sejahtera

HoneyBUZZin said...

Honey to C.alv.B - Yea..that's what I'm trying to say here. Thanks for commenting. Have a great weekend alv.

HoneyBUZZin said...

Honey to uncle Lee - Thanks for blogsurfing here.
Sir, I always regard you as a very wise person. I felt blessed to have known you.
Thanks for that good piece of advice.

By the way, since you always told me that your bahasa is "jurassic', so I'm willing to do a bit of translation for you.

Actually, a makcik told me her life experiences. She met this hooker that happens to be her house mate (since all are staying in apartments). Well uncle, to cut the story short, the hooker told makcik her ordeal. She was actually sold by her own father in order to settle gambling debts. She was then force into prostitution until she paid all debts.
A sad story but with happy ending when she married someone that is kind and willing to make her a woman.
You have a great weekend too, Sir!

Erik said...

Saya sepakat untuk tidak mengahakimi seseorang, bisa jadi penilaian kita keliru

HoneyBUZZin said...

Honey to Bro Erik - Bro Erikkkkkk!Pakabar? lama oo bro tidak singgah blog ini. Semoga sihat selalu di seberang sana ya. Thank you for commenting.

belleOFranau said...

saya suka part drama tu...hahahaha
tapi ggod lesson..
as english main said..
never judge a book by its cover kan..

HoneyBUZZin said...

Honey to Belle of Ranau - hehe..gimmick ja baitu..hehe