Saturday, January 16, 2010

Polis Trafik hari itu......

Dua hari yang lalu saya telah terlibat didalam sebuah kemalangan jalanraya yang cukup mengejutkan saya. Petang itu, saya dalam perjalanan pulang ketempat kerja dan secara tiba-tiba sebuah kereta yang berada di lot 'parking' keluar dan merempuh kereta saya. Dia mungkin tidak nampak kedatangan kereta saya kerana pemandangannya terhalang oleh kereta-kereta lain yang meletakkan kereta mereka secara 'double parking' di kawasan yang sedia kenal dengan kesesakan lalu lintas itu.

Saya bersyukur kerana memandu kereta yang agak 'solid'...kalau tidak, kemungkinan besar saya akan mengalami kecederaan yang teruk dan ..alkisah selanjutnya, maka tidak dapatlah saya berblogging lagi ..uhuk uhuk...

Ada sesetengah orang mengatakan kepada saya..tahun ini tahun yang mengganas. Ganas? Kawan-kawan saya yang berbangsa tionghua ada mengatakan kepada saya bahawa tahun ini adalah Tahun Harimau. Binatang yang cukup digeruni oleh kita.

Saya tidaklah begitu mempercayai perkara sebegini kerana saya berpendapat, setiap kali berlakunya kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini selalunya ada sebab musababnya. Bukankah begitu? (Aiyaaa...budak darjah satu pun tau aaa...)

"Tuan, berapa banyak saman dikeluarkan di tempat kita semalam?..tanya saya kepada pegawai trafik yang berpangkat sarjan itu.

Pegawai itu tidaklah banyak berkata-kata tetapi dia lantas menunjukkan sejumlah besar kertas kertas saman yang telah dikeluarkan.

"Wah...banyak tu Tuan...!" (kertas saman yang saya nampak itu mungkin ada dalam sejumlah 30 lebih)

"Semalam saya mengeluarkan banyak saman.." kata lelaki kacak yang berasal dari Negeri Kenyalang itu.

Saya telah pergi ke balai polis bahagian Trafik pagi tadi untuk mengambil keputusan penyiasatan diatas kemalangan hari itu. Bah! beginilah....kadang-kadang kita berhati-hati tapi orang lain pula yang tidak. Jadi...berhati-hatilah selalu bila anda memandu dan lebih berhati-hati lagi bila memandu ketika hujan.

Salam Sejahtera....menutup tirai penulisan hari ini. BUzzzzzzzzzzzing Out!

14 comments:

cicak said...

Aduh... Malang x berbau. Harap2 ok la

gadis borneo said...

nsib baik ou teda apa2...memg byk yg suka double parking ni...hehe

HoneyBUZZin said...

Honey to Cicak - memang ok jugalah...a bit shock la...bila mao keluar, pintu pun inda bole buka...so terpaksa merangkak p sebelah passenger seat to get out.
huhu...malang tidak berbau la....

HoneyBUZZin said...

Honey to gadis Borneo - ya...memang ramai yg suka double parking..tapi bila polis trafik datang...semua pun lari...aiyaaaa...and then..they come again. Susah ooo...taapi Kk macam kekurangan parking pulak ni tau..

AngeL BeaR said...

adui...lucky ur ok...that's all that matters. *hugs*

Lee said...

Hi, you got out of that, huh? Ha ha.
Bet must be your lovely smile. It works sometimes.
Her our cops don't take prisoners...and the fines here can make one bang the forehead, ha ha.
Have a nice day, Lee.

Halijah (Uda) said...

Hai Honey,
Selamat Tahun Baru, walaupun sudah 18 hari berlalu.. Kak Uda disini sibuk sgt2 dengan kerja dan exam. Bila sudah sibuk nak buka emel pun tak sempat. Alhamdulillah Honey tidak cedera. So, siapa yang kena saman?
Baru-baru ini rakan-rakan sepejabat kak uda ada buat ekspedisi memanjat Gunung KK, memandangkan cuaca tidak mengizinkan mereka tidak dapat sampai ke puncaknya.

rahma said...

aduiii.. lucky u r ok kan... lm tia 'jumpa' ko... rindu oooo :)

HoneyBUZZin said...

Honey to Angel Bear - Thank you AngelBear..I am alright..only a bit shaken...macam ada sikit phobia uda ni...but ok..Now, m back on the road..

HoneyBUZZin said...

Honey to Uncle Lee - Hi Uncle Lee..I got it out alright, but my driver's door was badly damage. I can't open my car door from my seat..
Ahhh..it's one of those days...hehehe..
Come over here..I smile for you!

HoneyBUZZin said...

Honey to Kak Uda - Hi kak Uda...Honey teruja sebab Kak Uda masih ingatkan saya. Mahu juga Honey telefon kakak tetapi takut pula mengganggu..maklumlah, kakak memang sibuk.
Yang kena saman tu, orang yang langgar kereta Honey. Honey claim insurance jer.
Tapi okla...saya sihat ..tidak apa-apa. Bila lagi kak Uda turun KK? bah singgah2 lah tempat Honey k.
Sayang kak Uda.

HoneyBUZZin said...

Honey to Sis Rahma - Honey memang bernasib baik petang tu...kalau kereta tu jenis yang kecil, sudah tentu Honey terlantar di hospital sekarang.
Bah Sis Rahma..singgah-singgahlah sini selalu..dapat kita ber'jumpa'.
*WINK*

Mama Mia said...

Nasib baik ko teda apa2, Honey.. :)

HoneyBUZZin said...

Honey to MamaMia - i am okay sis..don't worry.