Tuesday, February 23, 2010

Sepelik manusia...

"...napa abang nih.."? tanya saya dengan geram sekali.

"..Bukankah dia mencuri ditempat kita.? kata saya lagi.

"..Iyala...tapi kesian, bagilah RM100 dua ..supaya dia tidak panjangkan perkara ini.." kata abang cuba berdiplomasi.

Sebenarnya, baru-baru ini kami telah memberhentikan seorang pekerja perempuan kerana membawa barangan keluar dari premis kami. Pada mulanya, kami hanya mengesyaki dia berbuat demikian tetapi selepas beberapa lama memerhatikannya, kami membuat keputusan untuk memberhentikannya kerana selain dari itu, dia suka pula bergaduh dengan pekerja-pekerja yang lain.

Selepas sahaja memecat pekerja itu, pengawal keselamatan yang mengawal di bangunan kami memberitahu kami bahawa mereka mengetahui dia mengambil barangan keluar dari premis kami...aikkk..

"Barang ini sia mao simpan di stor..." kata bekas pekerja kami yang mencuri itu dan yang peliknya lagi, setiap hari dia berbuat begitu, pengawal keselamatan melepaskannya begitu saja. ("Aikk...macamana mao jadi sekuriti ni..." .." kecurian depan mata pun dilepaskan pergi begitu saja..." Susah ooo ini maciem..?)

Petang kelmarin, perempuan itu datang lagi ke premis kami.

"Kalau kamu tunggu sampai pukul 7 malam pun, bos tidak mao jumpa kamu.." kata abang, rakan sekerja saya yang tinggi lampai itu.

Abang pun memberitahu dia bahawa kami telah mengetahui kegiatan buruknya itu. Malah mengetahui juga dia dipecat oleh majikan lama kerana mencuri juga.

"Baiklah..kamu kata apa saja. Kita lupakan ini semua... Saya datang cuma mao ambil gaji sia ja..." kata si pencuri itu tanpa segan silu.

Tercengang-cengang pula saya apabila memikirkan kata-katanya yang disampaikan oleh abang itu. Bah..! Inilah satu-satunya manusia yang paling pelik pernah saya temui....tidakkah anda rasa begitu? Sudahlah kedapatan mencuri..dia berani pula datang meminta gaji?

Saya percaya anda tentu pernah terserempak dengan orang sebegini...Hmmm....

21 comments:

AngeL BeaR said...

mmg ada urang mcm ni...tebal muka...uhuhuhu...

Annie said...

Heran juga ada urang macam gitu kan.. Macamana dia befikir tu ah? Sa pun berminat mau tau juga.. Haha..

Kris and Nadia said...

Astaga.. itu contoh orang yg nda tau malu tu..huhu...

HoneyBUZZin said...

Honey to Angel - mmg tabal muka dia oo..punyalah dia brani datang tampat kami..panas terus sia oo

HoneyBUZZin said...

Honey to AnnieMing - Sia pun heran ooo...apa maciem ini...mangkali sakit jiwa ni urang tau...

Willie a.k.a Reptoz said...

Mau kena terajang lah pencuri tu. ORang sepatutnya rasa bersalah, yg dia tu pulak tembok tebal.

HoneyBUZZin said...

Honey to Uncle Greg - memang pelik oo ini urang tau...Sia pun paning trus

HoneyBUZZin said...

Honey to Kris & Nadia - memang tia tau malu ooo...sia pun heran..apa punya urang ini...
takut pun tidak ooo...

HoneyBUZZin said...

Honey to Willie - Wait for my next entry..susulan dari cerita ini. Dia datang tadi lagi...
Read my next post - JENAYAH-Sesuatu yang perlu anda tahu (3)
U need to know this info too. Penting!

erizabesu said...

ada juga org yang tia tau apa tu "malu"
mesti bikin panaso tu org

HoneyBUZZin said...

Honey to Minsulod - iyabah...bikin panas...

BuDakHutaN said...

uina..macam bikin panas pula tu urang... macamteda apapa lagi tu..siap mau minta gaji lagi

cicak said...

"Kau bayar dulu lah balik tu barang yang kau curi. Kami sudah lapor polis"

Cuba cakap gini. Apa reaksi dia. Kin panas btul.

HoneyBUZZin said...

Honey to Budakhutan - sia pun heran oooo...

HoneyBUZZin said...

Honey to Cicak - Sia memang mao jumpa diatu. Tapi each time, bila sia uda pulang, dia datang pula...
kelmarin dia ada datang..tapi sia teda...
nantila sia tulis entry baru - JENAYAH-sesuatu yang perlu anda tahu (3)

Unknown said...

krn gajinya itu hak dia. jadi dia minta. seharusnya dipotong dg apa yg ia curi

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

8 tahun dulu masa saya tolong jaga kedai member di shah alam .. dapat tangkap pelajar u berhampiran mencuri.. tapi bila tanya dia tinggal satu semester kesian pula .. jadi lepaskan cm tu je la

HoneyBUZZin said...

Honey to Sang Cerpenis Bercerita (Fanny)
Kami bukan tidak mahu memberi dia gaji, tetapi dia telah mencuri banyak barangan kami yang mana mungkin melebihi gajinya itu.
She's crazy...very demanding..benar-benar tidak tahu rasa bersalah atau takut.
I find it very hard to understand such people..

HoneyBUZZin said...

Honey to B.R.U.T.A.L.S.O.L.O -
Aikk..iya ka? Duiiina..sayang seribu sayang..nama saja pelajar U ..sepatutnyalah orang berpendidikan tinggi ni tau pa tu betul atau salah tapi macam biasalah brader..
selalunya yang 'crook' tu pakai smart-smart, bertali leher dan cara percakapan boleh dapat markah penuh...
Kalau bro tak lepaskan dia..as u say, kesian...tapi bila dah lepaskan dia....nak jadi apa ek nanti?
Bah...honey tk heran arr..sebab selalu jumpa urang yang sewel-sewel dan perlu sedikit kajian di bahagian otak tu...
Macam cerita nih...tidak tau pa mao cakap...tia tau mao katawa ka mao nangis...
Aiyaa...soooooooo pelik ooo..

BuDakHutaN said...

bravo ntuk brader yg tak ikut emosi dan tunjukkan pekerti yang mulia

tapi 'kurang sivik' ntuk si muka tak malu... adei!

HoneyBUZZin said...

Honey to Budakhutan - Brader B.R.U.T.A.L.S.O.L.O memang prihatin la. Kalau bukan pasal semester terakhir, dah lama budak tu merengkok dalam sel.
Urggh...