Wednesday, February 23, 2011

Sanggupkah hati ini......

Terasa lama saya tidak berblogging..tapi hari ini saya membuka lembaran baru dengan menceritakan kisah seorang sahabat yang begitu bersifat mulia. Semoga kita semua mendapat iktibar dari cerita ini. Salam Sejahtera.

...................................

"Saya terpaksa pulang.." jelas Dina kepada saya.

"Apa yang berlaku?" tanya saya kehairanan kerana setahu saya Dina mempunyai kerjaya yang baik di Singapura. Gajinya juga cukup lumayan.

" Mama diserang stroke sekali lagi...dan mama lumpuh.....tiada yang menjaga mama.." katanya lagi.

Dan dari situlah bermulanya satu marathon hidup bagi Dina. Dia terpaksa melepaskan jawatan tinggi yang disandangnya semata-mata pulang ke Sabah untuk menjaga ibu yang sakit. Dina menceritakan kepada saya bahawa segala titik hasil peluhnya dipertaruhkan dalam sebuah perniagaan kecil tetapi ia tidak membuahkan hasil yang baik dan seterusnya gagal begitu sahaja.

Saya hanya memandangnya ketika diberitahu. Terasa begitu payah untuk berkata apa-apa saat itu.

Kemudian, dia memberitahu saya lagi akan betapa sukarnya menjalani kehidupan selepas itu..tanpa wang, terpaksa pula menyara seorang adik yang menganggur dan ibu yang lumpuh.
Bukan adiknya tidak mahu bekerja, tetapi segala apa yang dibuatnya tidak pernah membuahkan hasil.

"...kadang-kadang saya berfikir, apa guna juga saya hidup, tapi saya ingat mama...tiada yang jaga mama..." kata Dina yang berbadan gempal itu.

Saya memegang tangannya sambil memberitahu.."jangan sekali-kali kamu berfikiran begitu...bukan semua orang mempunyai kekuatan seperti kamu.."

Semasa inilah saya nampak airmata Dina berlinangan. Memang payah kehidupan yang dilaluinya. Dia menceritakan lagi kepada saya betapa payahnya ketika itu kerana dia mempunyai phobia memandu kereta. Adik lelakinya itu juga menghadapi kemurungan dan tidak melayan kehendaknya apabila diminta membawanya kesini sana.

"Saya faham perasaannya....dia tentu berasa sangat kecewa.." kata Dina kepada saya.

"Saya belajar memandu semula pada sebelah malamnya...saya menunggu masa diantara jam 2-3 pagi untuk memandu disekitar KK untuk menghilangkan perasaan phobia ini..." katanya lagi.

Saya hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Terasa hiba pula hati saya. Ini adalah sebahagian kisah hidupnya yang diceritakan kepada saya.

Dina sekarang bekerja sebagai guru tuisyen di rumah. Baginya itulah yang terbaik kerana dia dapat menjaga ibunya dirumah dan adiknya pula sudah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan menampakkan hasil.

Saya selalu terkenangkan kisah ini kerana kisah ini yang selalu menaikkan semangat saya. Saya berpendapat bahawa seseorang yang berjaya tidak semestinya bersandarkan pada nilai harta benda...

Banyak perkara didalam kehidupan ini yang lebih berharga...dan mungkin sekali sekala kita lupa akannya.

Anda tentu faham maksud saya.......

10 comments:

Erik said...

"Saya berpendapat bahawa seseorang yang berjaya tidak semestinya bersandarkan pada nilai harta benda..."

Saya sepakat dengan kalimat ini. banyak hal/nilai2 lain yg perlu kita perhatikan.

Apa kabar honey?

yati said...

kadang2 apa yang kita korbankan itulah sebenarnya permulaan kepada kejayaan kita yang seterusnya...sedih kisah dina..tapi andai dia masih di Singapura..belum tentu kehidupannya disana menjamin kepada kejayaan hidupnya...

hanya yang terpilih sahaja mampu mengecap kejayaan yang sebenar..

HoneyBUZZin said...

Honey to Bro Erik - Hi Bro! lama tidak bersua di blog. Terimakasih kerana sudi singgah disini, Honey sihat di sini..honey mengharapkan Bro Erik sihat juga di seberang sana. TakeCare

HoneyBUZZin said...

Honey to Yati - Hi dear, honey juga berpendapat, hidupnya lebih bermakna disisi orang yang tersayang dan amat memerlukan pertolongannya.
Honey kagum betul sikap Dina itu...baik hati, sangat prihatin dan tidak mementingkan diri sendiri..
Dia berusaha sekali walaupun pernah gagal....semua ini selalu buat Honey teringat sekiranya melalui situasi yang mencabar...apa yang paling penting, didahulukan....
Waaa...first time yati komen...honey happy ooo...

PRofijo said...

Salut untuk pengorbanan (pekerjaan mapan) demi menjaga sang ibu.....

*lama tak bersua sobat...:)

Mrs HoneyBee® said...

hi.. we got almost the same blog name.. hehee..

come & stop by at my newbie blog :

http://sheilakamal.blogspot.com/

support & follow me! dun forget to leave ur comments too.. thanks! :)

Uncle Greg said...

setiap orang akan diuji, samada dia suka atau tidak, tiada satupun boleh terlepas, cuma mungkin ada yang diuji agak lama, dan pelbagai, ada pula yang bernasib baik ujiannya hanya sekejap saja, ...

mungkin ada benarnya pada ayat ini "pada setiap kepayahan/kecelakaan, pasti ada hikmah di sebaliknya"

bukan mudah rupanya untuk berjaya ...

HoneyBUZZin said...

Honey to Profijo - Benartu Bro..saya juga salut akan pengorbanannya itu..

HoneyBUZZin said...

Honey to Sheila - Hi..welcome to my blog..I'll dropby later... thanks :)

HoneyBUZZin said...

Honey to Uncle Greg - betultu uncle...manada yang sinang di dunia ni..? uhuk uhuk