Semalam, "Bau" itu datang lagi. Bau semarak yang membuat saya rasa tidak selesa sama sekali. Saya memeluk bantal besar di ruang tamu dan berpura-pura tidak mengendahkan bau yang datang dari tingkat bawah apartmen saya. Susah betul 'melenyapkan' perasaan yang satu macam saya rasa.
Teringat saya segera akan suatu senja pada malam Jumaat dua bulan yang lalu, bau kemenyan itu seakan-akan berligar-ligar di ruang tamu.
"Benda tu datang melawat kau..!" jelas abang Lias. "Lawat..? apasal?" tanya saya kurang mengerti.
"Iyalah...kau kan baru berpindah ke sana?"..Jadi benda tu datang melawat..." katanya lagi.
Ini bukanlah masalah besar sebenarnya..."tutup hidung" sahaja..habis cerita.
Tetapi yang ini lebih memeningkan....di telefon bimbit saya tertera pesanan ringkas sebegini:-
"ms...saya tidak sihat..nanti saya bagi MC.." kata pekerja yang bekerja di bawah arahan saya. (Medical Cert = Minta Cuti)
Dia tidak datang keesokkan harinya. Saya tunggu....dua hari, tiga hari...dan masuk hari keempat dia belum lagi hadir bekerja. Bagai menunggu bonus di hujung tahun....saya tidak dapat bersabar lagi.
Minta "S" segera datang kerja. Sy terpaksa cari orang lain ganti kamu kalau kamu tidak hadir esok. Harap Maklum. Saya memberikan pesanan ringkas yang cukup bermakna untuknya. Apalagi, maka dipendekkan cerita, si dia pun hadir bekerja hari ini.
Menurut cerita rakan sekerjanya yang lain, dia dikatakan telah 'dibuat' orang. Dia sakit-sakit akibat perbuatan orang.
"aikkk....." Pening-pening lalat saya dibuatnya. Bolehkah begitu? Kalau semua orang tidak hadir bekerja atas alasan di'buat' orang.....haiyaa........kompeni jual tikar pun boleh tutup kedai!
Bukankah begitu?
Saya berpendapat, dalam hidup ini, bukan perkara-perkara "hantu puaka" yang menakutkan tetapi hantu-hantu yang pandai curi tulang sewaktu bekerja, hantu-hantu yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan, hantu yang berkepala besar dan hantu-hantu yang mempunyai tabiat "kompeni bapak aku" yang menakutkan!
Hantu-hantu jenis inilah yang banyak menyumbang kepada kenaikkan darah tinggi yang melampau.
Haiyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
6 comments:
Hantu begini memang banyak di merata tempat :)
ini hantu kaaa,,,
susah mau crita ler,,,
kalau penyakit malas sudah datang,,,
apa mau kira,,, janji sendiri senang,,,
sikap dan mentality sebegini yg menghalang kemajuan,,,
Honey to relevan - yes bro! memang ramai sangat hantu2 yang begini. Sikap pemalas itu yang membuat saya panas baran.
kadang2 saya tertanya2 juga..derang ni mao kerja ka tidak? Susah betul oo...
paning! paning! paning!
Honey to 9W2OCC - Honey sokonglah...sikap dan mentaliti begini memang menghalang kemajuan..
Susah!
haha hantu jenis lain pula tuu
Honey to Cicak - Hahaha..betul betul
Post a Comment