Saya ingin sangat bercerita malam ini. Sebenarnya makcik pernah menceritakan cerita ini kepada saya..tetapi saya telah lupa akannya. Tetapi pagi ini apabila saya ternampak akan bulan purnama penuh di langit, saya terus teringat akan cerita yang disampaikan oleh makcik itu. (Dulu saya pernah menceritakan tentang perempuan berbangsa Inggeris yang pelik dalam cerita BILA MAKCIK BERCERITA ...- Putih Matanya..Bah1 & 2...)
Cerita ini berlaku di tahun yang sama dan di tempat yang sama seperti yang telah saya sampaikan dalam cerita perempuan Inggeris itu. Saya tidak tahu samada rakan-rakan pernah mendengar cerita ini atau tidak tetapi cerita ini adalah kisah benar dan memang pernah berlaku di tempat kita. Mereka yang pernah bekerja di hotel 3 bintang itu sahaja yang banyak mengetahui dan menyimpan cerita misteri ini. Kata makcik lagi, mungkin ramai yang tidak mahu membangkitkan cerita ini....sebab kisahnya sedih, kesian pun ada..seram...dan penuh seribu satu tandatanya.
"Ya ka makcik..? " tanya saya kepadanya.
"Iya....takut ko ja inda tahan mendingar..." tambahnya lagi. ("Iya...takut kau jer yang tak tahan mendengar..")
Maka makcik pun memberitahu kepada saya bahawa tahun itu memang terjadi banyak perkara yang pelik-pelik dan cerita mengenai gadis inilah yang menjadi buah mulut seluruh pekerja perhotelan itu.
"Perempuan itu memang cantik orangnya, kulitnya putih, matanya...bibirnya...dan rambutnya yang lembut cukup membuat sesiapapun jatuh hati kepadanya.." cerita makcik.
"..tapi peliknya cuma satu sahaja...." tambah makcik lagi.
BERSAMBUNG.....
No comments:
Post a Comment