Sunday, April 15, 2012

...yang pelik dan tiga suku...

Lama benar tidak bercerita ..sebenarnya saya bukannya tidak sibuk lagi tapi tersangatlah sibuk tetapi ada sesuatu yang teringin sangat saya kongsikan bersama. Cerita kali ini adalah berkenaan dengan hal temuduga.

Kebanyakkan kerjaya saya yang pernah saya sandang melibatkan saya menjalankan sesi temuduga. Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua apakah kesilapan-kesilapan yang seringkali berlaku semasa dan sebelum temuduga yang jarang-jarang diambil kira. Saya berharap dengan menulis perihal ini, kawan kawan dan rakan pembaca mendapat tips melalui cerita ini.

TIPS 1
Data Peribadi dan Kelayakan (RESUME)
Anda disarankan menulis secara ringkas mengenai data peribadi seringkas mungkin dan disertakan sekeping gambar. Yang penting untuk si penemuduga adalah pengalaman bersertakan tahap pencapaian akademik. Elakkan karangan yang berjela-jela.

'Resume' yang baik dan lengkap disarankan tidak melebihi 3 mukasurat. Saya pernah mendapat resume melalui email sebanyak 13 mukasurat tetapi tanpa nombor telefon.
Dia GAGAL!

TIPS 2
Masa dan Hari Temuduga
Sekiranya anda telah dipanggil untuk sesi temuduga, jangan sekali-kali memberi alasan bahawa anda tidak dapat hadir pada hari tersebut dan alasan-alasan lain. Orang yang menemuduga anda itu bukanlah sahabat anda. Mereka adalah orang yang menentukan nasib anda samada dipilih untuk bekerja di syarikat atau tidak.

Sikap anda yang memberi alasan ini dan itu menjadi penentu kegagalan anda secara langsung. Anda tidak sedar, sikap sebegitu membuatkan para penemuduga membuat kesimpulan bahawa anda adalah seorang yang tidak bertanggungjawab, berdisiplin dan kurang minat.

TIPS 3
Kelayakan
Saya pernah bertanyakan kepada seorang pemohon melalui telefon, mengapa dia ingin bekerja di kawasan itu? Dia memberitahu saya secara ringkas "Bini (isteri) saya ada disana" .
Jawapannya itu sangat membingungkan saya! Alasan seperti itu tidak boleh melayakkan anda untuk diambil kerja. Harap Maklum!

TIPS 4
Cara Pemakaian
Majoriti pemohon yang pernah datang dalam sesi temuduga yang pernah dikendalikan saya itu ternyata tidak begitu mengambil kira dari segi pemakaian. Anda haruslah ingat, sekiranya anda ingin diambil kerja, anda harus memberikan keyakinan kepada para penemuduga, dan perkara ini tidak hanya melibatkan kerjaya professional sahaja, pemakaian adalah lambang siapa diri anda secara mata kasar.

Pemohon lelaki disarankan memotong rambut sekiranya rambut anda panjang dan tidak teratur.
Pemohon perempuan pula ditegah memakai 'skinny jeans' ataupun memakai 'aksesori' yang keterlampauan. Badan yang berbau dan mengunyah gula-gula getah juga tidak akan melayakkan anda untuk diterima bekerja. It's not cool!

TIPS 5
Mengutuk 'boss' lama
Hah! Jangan sekali-kali mengutuk majikan lama anda. Beritahu sahaja secara terus terang bahawa anda tidak gembira bekerja di sana. Sekiranya didesak untuk memberitahu keadaan sebenar..katakan sahaja kepada penemuduga anda bahawa anda tidak begitu selesa untuk menceritakan perihal syarikat/majikan dulu dan anda tidak mahu dia (penemuduga) memberi gambaran yang salah dengan membuka keburukan orang lain.

Saya pernah dengar bermacam-macam cerita kutukan mengenai majikan lama oleh si pemohon.
Kalau boleh..jangan dikutuk. Jawapan seperti "saya kira..kerja itu tidak begitu sesuai dengan saya" mungkin dapat diterima dengan baik.

TIPS 6
Gaji
Kebanyakkan pemohon memohon gaji yang terlalu tinggi, kelayakan dan pengalaman kurang pula. Huh!! Bayangkan anda diminta membayar sekeping roti canai dengan harga RM7? Faham maksud saya?

TIPS 7
Tempat Tinggal
Pohonlah pekerjaan yang tidak begitu jauh dari tempat anda tinggal dan mempunyai kemudahan awam untuk berulang-alik dari tempat kerja. Tempat tinggal anda yang jauhnya "hujung dunia' akan menggagalkan sesi temuduga anda meskipun anda layak menyandangnya kecuali anda mempunyai kenderaan sendiri dan bersungguh-sungguh dalam permohonan anda.

TIPS 8
Alamat Email.
Elakkan dari memberikan alamat email yang kreatif seperti sugarbabe, honeybuzzin, matrempit123, dan lain-lain. Sekiranya kerja yang anda sandang memerlukan anda memberikan alamat emel, ciptalah satu khas untuk hal-hal bersangkut paut dengan kerja. Alamat emel dengan nama-nama kreatif adalah tidak sesuai dipakai. Saya pernah mendapat alamat emel ini..
jamesbond@.... Wahhh! hebat!

Saya rasa ini saja yang dapat saya huraikan buat masa ini. Saya berharap para blogger dan pembaca-pembaca sekalian sudi memberikan komentar supaya kita dapat belajar dari satu sama lain.

Jumpa lagi di entri baru nanti. Salam sejahtera.

8 comments:

Puan Kutu said...

setuju dengan semua nie.sy dulu waktu nak temuduga mmg ambil tahu tentang semua nie.mmg google supaya ada pengetahuan sedikit sebanyak tentang temuduga...

Alv0808 said...

Honey..saya sangat setuju..!! bila saya menemuduga saya selalu pakai tips2 tu hehee

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong said...

sia suka tips no 3 tu,,,
hahahahaha

HoneyBUZZin said...

Honey to Puan Kutu,
Hi Puan Kutu..selamat datang ke blog Honey. Ini adalah serba sedikit tips yang dapat saya sertakan disini. Ini adalah antara tips-tips yang perlu diambil perhatian.

Saya percaya sekiranya diberi perhatian tentang perkara-perkara ini, kita pasti berjaya.

:)

HoneyBUZZin said...

Honey to Alv0808,
hehehe...terbaik! tapi sekiranya seseorang itu tidak begitu berkelayakkan tetapi mempunyai pengalaman, berilah peluang kepadanya.

:)

HoneyBUZZin said...

Honey to Misai Tanglooong..
hahaha...kisah no 3 itu adalah cerita yang benar2 berlaku...pening2 saya dibuatnya.
hahaha...

Apple said...

Wau, long tym no see honey. memang betul. Itulah sebabnya digalakkan alamat email tu adalah nama sebenar spt AliKarim98@... dsb.

Bagus entri kali ni.

HoneyBUZZin said...

Honey to Apple - Thank you for commenting. I wish you well always.