Sebenarnya, saya sudah lupa akan cerita ini. Apabila saya membaca sekilas dua akan entri-entri terdahulu, baru saya teringat akan cerita ini apabila saya membaca semula kisah "Airmata seorang perempuan" http://honeybuzzin.blogspot.com/2008/10/airmata-seorang-perempuan_09.html
Kisah lama ini telah disampaikan oleh rakan sekolah saya Cyndi. Saya sebenarnya tidak tahu sejak bila Cyndi mempunyai teman. Cyndi yang berkacukan Inggeris dan Sikh itu sememangnya agak cantik dan begitu ramah orangnya. Dia menceritakan kepada saya akan kisahnya tanpa menunjukkan rasa sebak.
"Saya sebenarnya kecewa jugaklah kerana perkara itu terjadi...tetapi saya benar-benar tidak tahu Jay telah ada teman wanita. Masa itu kami baru keluar bersama dari kompleks beli-belah....tiba tiba ada seorang perempuan menghampiri kami. Dia maki hamun Jay, kemudian perempuan itu menyentap rambut yang saya sanggul dan kemudian menolak saya jatuh..."
".. saya cukup malu, sudahlah saya jatuh, rambut pula kusut masai.. terselak skirt pendek saya...pada waktu itu ramai pula orang menyaksikan pergaduhan kami bertiga"
Saya hanya memandangnya penuh 'tension' apabila dia menceritakan babak itu. Mata saya terus membulat dengan besar. Cyndi sebenarnya hanya memiliki ketinggian 4 kaki 9 inci sahaja, dan ketika kejadian itu dia memakai kasut bertumit tinggi yang tingginya 3inci. Aishhhh....sadis!
Anak seorang doktor, dia memberitahu,.........." Saya geram betul, tapi sebab terlalu ramai orang melihat kami, "I have to keep my cool" tambahnya lagi.
Dia menceritakan betapa geram hatinya dikala itu, mahu saja dia ganyang perempuan itu tetapi dia tidak berbuat demikian. Dia bangun, memperbetulkan skirt pendek yang tersingkap naik, mengemaskan rambut yang kusut masai dan kemudian menghampiri perempuan yang menyakitinya sebentar tadi.
Tanpa sebarang amaran, Cyndi lantas memberikan satu tamparan kuat dan tepat ke muka perempuan itu dan selepas itu dengan penuh selamba berjalan pergi dari situ. Cyndi menceritakan kepada saya bahawa perempuan itu menangis sebaik sahaja menerima tamparannya.
Jay, jantan yang tidak berguna itu hanya terdiam tidak dapat berbuat apa-apa. Cyndi langsung tidak memandangnya. Sakit benar hatinya.
Saya melopong apabila diberitahu reaksinya itu.
"Tidak bolehkah dia (perempuan) itu bersikap lebih baik ..ini tidak, terus sahaja memukul orang. Kurang Ajar betul!" kata Cyndi yang kemudiannya tergelak pula apabila teringatkan dirinya yang jatuh di khayalak ramai. "Malu...saya jatuh di hadapan ramai orang...aishhhh..."
"Lelaki itu masih call you.." tanya saya.
"Ada..masih terus menerus menalifon saya..tapi saya tidak mahu ada apa-apa perhubungan pun dengan dia. Lagipun saya cuma anggap dia seperti rakan biasa sahaja" jelas rakan saya yang memiliki rambut yang melepasi bahu.
Nah! Inilah susahnya kalau kita tidak mengenali peribadi sebenar orang yang kita dampingi. Saya cukup tidak setuju perempuan bergaduh kerana berebutkan seorang lelaki. Ada yang saya tontoni di youtue berkenaan dengan pergaduhan yang melibatkan perasaan cemburu dan iri. Apa juga gunanya kita (perempuan) berkelahi sesama sendiri..bukankah rugi? Alangkah bagusnya kalau perempuan lebih banyak mempelajari seni mempertahankan diri dan disepaknya itu adalah ........
Hmmm....anda tentu tahu maksud saya, apa bukan?
(..sepak sahaja yang jahat..yang baik kita sayang k! Auww....)
No comments:
Post a Comment