Tuesday, January 26, 2010

MENTARI - Bah.1

"..Dulu, mulut saya celupar..." kata makcik Maria menceritakan pengalaman hidupnya kepada saya petang itu. Saya hanya mendengar sahaja, dan sekali-sekala menjamah kuih cucur ikan bilis hidangan yang dibuat olehnya.

"..macamana tu makcik...apa cerita? tanya saya penuh minat.

Perempuan yang berusia lewat 40an itupun menceritakan kepada saya perihal kisah pelacur yang pernah tinggal serumah dengannya sewaktu beliau masih bekerja di Kuala Lumpur.

Saya pun kurang pasti bagaimana perbualan kami boleh sampai ke isu pelacuran tetapi..bah! begitulah...kekadang cerita punya cerita, boleh ter'salah' landing di Jupiter...hiks! Tapi sebab ceritanya bagus, saya ingin berkongsi dengan semualah dan semoga kita mendapat ikhtibar dari kisah ini.

Makcik masih ingat, petang itu kata-katanya benar-benar menusuk perasaan perempuan yang memperdagangkan tubuhnya itu.

"... Kau sudah kahwin..perempuan ini sundal ..jangan lagi kamu bersama dia.." kata makcik memberi nasihat kepada rakan sekerja lelakinya. Kata-katanya tersembur keluar bagaikan paip pecah, dan kata-katanya itu didengari oleh perempuan itu.

Malam itu juga, perempuan itu menemui makcik.

.............................bersambung

Saturday, January 16, 2010

Polis Trafik hari itu......

Dua hari yang lalu saya telah terlibat didalam sebuah kemalangan jalanraya yang cukup mengejutkan saya. Petang itu, saya dalam perjalanan pulang ketempat kerja dan secara tiba-tiba sebuah kereta yang berada di lot 'parking' keluar dan merempuh kereta saya. Dia mungkin tidak nampak kedatangan kereta saya kerana pemandangannya terhalang oleh kereta-kereta lain yang meletakkan kereta mereka secara 'double parking' di kawasan yang sedia kenal dengan kesesakan lalu lintas itu.

Saya bersyukur kerana memandu kereta yang agak 'solid'...kalau tidak, kemungkinan besar saya akan mengalami kecederaan yang teruk dan ..alkisah selanjutnya, maka tidak dapatlah saya berblogging lagi ..uhuk uhuk...

Ada sesetengah orang mengatakan kepada saya..tahun ini tahun yang mengganas. Ganas? Kawan-kawan saya yang berbangsa tionghua ada mengatakan kepada saya bahawa tahun ini adalah Tahun Harimau. Binatang yang cukup digeruni oleh kita.

Saya tidaklah begitu mempercayai perkara sebegini kerana saya berpendapat, setiap kali berlakunya kemalangan atau perkara-perkara yang tidak diingini selalunya ada sebab musababnya. Bukankah begitu? (Aiyaaa...budak darjah satu pun tau aaa...)

"Tuan, berapa banyak saman dikeluarkan di tempat kita semalam?..tanya saya kepada pegawai trafik yang berpangkat sarjan itu.

Pegawai itu tidaklah banyak berkata-kata tetapi dia lantas menunjukkan sejumlah besar kertas kertas saman yang telah dikeluarkan.

"Wah...banyak tu Tuan...!" (kertas saman yang saya nampak itu mungkin ada dalam sejumlah 30 lebih)

"Semalam saya mengeluarkan banyak saman.." kata lelaki kacak yang berasal dari Negeri Kenyalang itu.

Saya telah pergi ke balai polis bahagian Trafik pagi tadi untuk mengambil keputusan penyiasatan diatas kemalangan hari itu. Bah! beginilah....kadang-kadang kita berhati-hati tapi orang lain pula yang tidak. Jadi...berhati-hatilah selalu bila anda memandu dan lebih berhati-hati lagi bila memandu ketika hujan.

Salam Sejahtera....menutup tirai penulisan hari ini. BUzzzzzzzzzzzing Out!

Monday, January 11, 2010

Mengertikah kita...?

Sudah sebanyak 110 cerita dan pengalaman yang saya tulis di blog ini. Secara terus terang, sebelum membuat sesuatu postingan, seringkali sahaja saya menanyakan diri sendiri soalan-soalan begini...
"..Apakah reaksi pembaca akan cerita saya kali ini?"....."Adakah mereka sebenarnya memahami mesej yang ingin saya sampaikan?" (Pernahkan anda tertanya-tanya begitu?)

Saya takut juga kalau penulisan saya ada menyinggung perasaan orang lain kerana saya tidak pernah bertujuan begitu..bukan maksud saya begitu...tetapi secara jujurnya, saya hanya menulis cerita-cerita yang ada disini berdasarkan pengalaman dan kisah-kisah yang disampaikan oleh sahabat-sahabat saya. Blog ini ...adalah dunia yang saya lihat di luar siber.

Tetapi hari ini saya benar-benar ingin berkongsi satu youtube yang saya jumpa secara tidak sengaja. Cerita pendek yang cukup membawa keinsafan dan membuat kita berfikir dua tiga kali tentang kehidupan dan erti kehidupan. Saksikanlah....

Friday, January 1, 2010

Kunang-Kunang

Baru-baru ini saya terserempak dengan pengacara dan krew TV3, rancangan penyiasatan 3.60(Three Sixty)di bandar Kota Kinabalu. Saya hanya berkesempatan berbual bual seketika dengan abang gempal yang berkulit hitam manis dan cukup peramah itu. Mahu juga saya bertanyakan lebih lanjut lagi tentang 'misi' nya kali ini ke tempat kita tetapi kerana masa tidak begitu mengizinkan hari itu, saya hanya sempat bertanyakan khabarnya sahaja sebab saya sedang mengejar masa. (Maaf...aiyaa...saya lupa lagi nama dia)

Sebenarnya jauh disudut hati, saya tertanya tanya juga, apakah yang ingin dibongkarkan oleh 'mereka' ini. ...atau sebenarnya mereka cuma datang bersiar-siar dan mencuci mata di tempat kita. Hmmm...maklumlah, makanan laut kita semuanya sedap-sedap belaka, dan harganya pun berpatutan berbanding Kuala Lumpur.

Alangkah bagusnya sekiranya mereka menyelongkar hal-hal ini :-

KELAB MALAM
-Aha! Saya bukan pengunjung kelab kelab ini tetapi saya ada seorang rakan sekerja yang tinggal betul-betul diatas sebuah kelab malam. Saya pernah bertanyakan kepadanya.."Bukankah kelab-kelab malam ini dibuka sehingga 1 pagi ataupun paling lewat pukul dua?"
"Tidaklah...Mereka buka kelab itu sampai pukul 5 pagi setiap hari" kata rakan saya itu yang semakin hari semakin menyerupai wajah zombie. Maklumlah...kurang tidur!

RUMAH MERPATI
- Anda tidak tahu betapa terperanjatnya saya apabila memasuki sebuah kawasan perumahan murah di bahagian Penampang.

"Ini bilik...sewa berapa?" tanya saya kepada 'tuan rumah'.
"RM300! Tidak boleh kurang!" kata perempuan yang tidak begitu peramah itu.

Saya ada memandang sekilas dua dibahagian dapur...rupanya bahagian dapur pun derang kasi 'modify'....bukan itu sahaja, bahagian ruang tamu pun dijadikan ruangan bilik, dengan langsir sebagai pemisah.

Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah rumah tiga bilik itu disewakan dengan harga RM500. Selepas pengubahsuaian dalaman dibuat oleh penyewa ini, mereka menyewa pula kepada penyewa lain. Taukah tuan rumah ini bahawa rumahnya telah diubahsuai?..mustahil jugakkan kalau tidak tahu? Aikk...aikk...aikkk...

Huh! Ini baru dua cerita....banyak lagi tu.......tapi cukuplah setakat dua sahaja. Aikk...anda tentu tertanya-tanya...mengapa 'kunang-kunang'?

Bukankah 'kunang-kunang' hanya berkelip terang diwaktu malam?

Arhhh......Anda tentu faham maksud saya.

(Kunang-kunang - fireflies)

Sahabatku....

Untuk kesemua para bloggers, forumers dan pembaca setia blog ini, saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010.
Saya masih belum lagi berkesempatan untuk melawat kawan-kawan..maafkan saya...saya berharap tahun 2010 akan membawa kejayaan buat semua.

Salam Sejahtera.

Thank you for being my friends!

Friday, December 18, 2009

Muslihat

Sudah lama saya tidak menemui dia. Sebenarnya 'dia' yang saya maksudkan adalah 'amoi' yang bekerja mencuci rambut di salun kecantikan berdekatan rumah saya.
"..moi...ko pamacam...sihatka?"...tanya saya sambil melabuhkan punggung di atas kerusi 'jurassic' awal pagi itu. (kerusi jurassic = kerusi lama...yang teda style punya..uhuk uhuk....)

"Kalau tidak pasal anak...mungkin sudah lama saya mati...." katanya dengan penuh kesedihan.

Saya mengambil masa hampir satu jam hanya mendengar kisahnya dan sekali sekala dia mengelapkan airmata. Sedih pula saya rasa tapi mana mungkin saya dapat menolong dia.

Dia menceritakan kepada saya bagaimana kawannya yang selama ini dianggap seperti saudara sendiri sanggup memperalatkannya.

"Orang lain pinjam wang...ko jadi gurantor ka moi...? tanya saya dengan mata terkebil-kebil.

" Ya..mana sia tau, sia mao ambil persen(faedah) saja...tapi dia kawan saya mah..dia suruh sia jadi gurantor orang pinjam wang...." katanya lagi. (aiya.....dia suruh p mati..ko p mati la....)

Bah! ini bukan kesudahannya..yang paling malang sekali adalah dia meminjam wang itu dari 'along' yang tidak berlesen.

Sebenarnya, dia tidak mengenali 'along' yang tidak berperikemanusiaan itu tetapi kawannya itu yang memperkenalkannya kepadanya. Anda tentu dapat "mencium" sesuatu disini..apa bukan?
Sebelum itu, dia dibawa bersiar-siar ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan kawannya dan si 'along' sekali (perempuan)..."free" lagitu! (mana ada barang free..?)

Selepas itu diceritakan lagi, segala data orang yang meminjam wang dari amoi ini yang ditulis dalam buku juga telah hilang tiba-tiba sewaktu mereka kelam kabut 'check-in' untuk berangkat pulang ke KK.

Maka alkisah seterusnya..kawan kita yang 'ditipu' hidup-hidup ini terpaksa membayar segala hutang piutang si peminjam yang telah hilang datanya..jika tidak, mereka 'kacau' keluarganya! (data hilang...jadi tidak dapat dikesan si peminjam..sebagai gurantor, terpaksa bayarla..)

Adakah anda sangka si 'Along' zaman sekarang masih tulis dalam buku 555 ka? Adedehhhh....

Dia hampir pengsan waktu itu apabila diberitahu begitu. Rupanya kawan kita tidak tahu apa maksud 'gurantor'!...(Aduiiiiiiiiiiii.....)

Bah! jadi anda diluar sana berhati-hatilah bila berkawan. Jangan mudah mempercayai seseorang terutama sekali apabila melibatkan soal 'wang'...dan lagi satu..tidak ada yang 'percuma' di zaman ini. Anda tentu faham maksud saya!

(Amoi ini terpaksa membayar hampir RM10-30 setiap hari kepada 'along' yang tidak berperikemanusiaan ini)

Thursday, December 3, 2009

Bukankah kita 'sepatutnya' tahu......

Baru-baru ini saya telah pergi berehat di sebuah pulau yang terletak lebih kurang 1jam perjalanan bot dari Pekan Semporna.

Anda tidak tahu betapa terujanya perasaan saya apabila kedatangan saya disambut bagaikan seorang diplomat penting dari luar negeri, siap dengan nyanyian bersertakan mainan alat musikal seperti gitar dan tambourine.
(Aiseyman...alangkah bagusnya kalau tiap-tiap hari bila ke tempat kerja kita disambut dengan suasana 'gemilang' begitu? Hehehe....)

Tapi ini bukanlah sebabnya mengapa saya membuka entri ini. Sebenarnya saya agak tertarik dengan suatu isu yang dibincangkan oleh seorang pencinta haiwan. Malam itu selepas jamuan makan malam, kami diberi sedikit taklimat mengenai kitaran hidup spesies haiwan yang dipanggil Penyu.

Apa yang menarik disini, seorang pelancong asing berbangsa Inggeris telah berdiri dan menceritakan kisahnya dimana semasa beliau berkunjung di sebuah tempat di utara Semenanjung negara kita, penduduk-penduduk di sebuah perkampungan, mengambil, menjual dan makan telur penyu secara terbuka.

Dia berasa agak hairan kerana katanya, disini, kita bersungguh-sungguh benar cuba melindungi haiwan ini tetapi pada waktu yang sama, disini juga, telur-telur yang sepatutnya dibiarkan sehingga menetas telah diambil sebagai sajian sarapan pagi. Terpinga-pinga juga saya rasa...

"Kalau sudah bertahun-tahun, turun temurun, makanan(telur penyu) yang dikatakan punyai banyak khasiat itu tiba-tiba dimansuhkan....bukan mudah bagi mereka menerimanya. Bah..kan sudah jadi semacam 'staple diet'..." kata John, rakan saya.

"Bukankah penjualan telur-telur tersebut satu pencarian turun-temurun mereka..? ..Susah tu kalau minta mereka tutup perniagaan....' kata Danial pula.

Bagi saya, mungkin kita kurang pendedahan mengenai spesies ini dan betapa kita perlu melindunginya dari pupus. Saya teringat pula cerita 'GORILLA IN THE MISTS' dan isu yang dibentangkan di filem itu. (Maaf, saya tidak ingat nama pelakon wanita yang memegang watak utama di filem itu)

Saya teringin tahu apa respon pembaca mengenai isu ini. Rakan-rakan saya telah memberikan pendapat mereka masing-masing. Apa pula kata anda? Silakan semua.....