Thursday, January 8, 2009

Apa kata anda?

Pagi itu bukanlah seperti pagi-pagi sebelumnya. Pagi itu, kerana amat
terperanjat, saya telah hampir menekan 'break' kereta. Kamu nak tahu...saya
telah menyaksikan sebuah kereta pancuan empat roda melanggar seekor
anjing yang berjalan menyeberangi lorong itu. ..LORONG PERUMAHAN!!!

Anjing itu tidak mati tapi ia jalan terkial-kial..mungkin mati juga
nanti sebab telah digilis. Saya cukup hairan dengan cara pemanduan pemandu itu...
bukankah itu lorong kawasan perumahan? Bukahkah kita sepatutnya
memandu dengan lebih perlahan bila berada di kawasan yang sebegitu?

Sebagai seorang yang menyayangi binatang, saya memang agak geram
dengan pemandu itu. Kalaulah saya lelaki, berbadan tegap macam HULK..
mahu saja saya ganyang pemandu tu..tapi apa nak buat..saya hanya mampu
menjadi pemerhati sahaja..nak maki pun saya takut..nanti si-pemandu turun
dari kereta..habislah riwayat saya..tak dapatlah saya ber"blogging" lagi.


Saya meneruskan pemanduan saya selepas itu dan berfikir mengenai
kejadian itu. Fikiran saya berbelah bahagi pula. Saya tahu..kebanyakkan
dari kita mungkin akan memberi reaksi sepertimana yang saya sebutkan
diatas tapi
bila fikir-fikir balik... saya rasa orang yang memelihara
anjing itu patut juga dipersalahkan...mengapa tidak? Bukankah dia
(penjaga haiwan) sepatutnya
bersikap lebih bertanggung-jawab
keatas binatang peliharaannya?


Telah banyak kali akhbar-akhbar tempatan menyiarkan
kisah anjing-anjing menyerang pejalan kaki..anjing-anjing berkeliaran dan
sebagainya..selalunya bila seseorang itu diserang, barulah tindakan diambil..
anjing-anjing liar dan anjing yang mencederakan orang lain akan dihapuskan
sebagai balasan penyerangan yang berlaku. Dapatkah ini menyelesaikan apa-apa
masalah? Bolehkah kita jamin perkara sebegitu tidak akan berlaku lagi
dimasa akan datang?

Bagaimana pula dengan penjaga haiwan berkenaan? Bolehkah pihak-pihak
tertentu mengenakan tindakan yang berat serta kompaun yang mahal keatas
mereka yang tidak menjaga haiwan mereka dan menyebabkan kecederaan
keatas orang lain? Kalau boleh..buat sekali "rewind"ing...kasi ulang tayang..biarlah
kali ini yang menjadi mangsa si-pemelihara binatang itu..dikejar dan digigit oleh
anjing orang lain pula..barulah mereka faham bagaimana trauma orang yang
mengalami episod itu!

Ini hanyalah pendapat saya semata-mata. Bagaimana pula dengan pendapat
kamu mengenai hal ini? Komen sikit!


22 comments:

Erik said...

Ha.ha ha untung saja Honey bukan Hulk. Kalo Honey ini Hulk... hiii sereeemm

GregChai said...

pendapat saya memang patut tuan punya anjing dipersalahkan sebab tidak tahu menjaga anjingnya.

ini lah perkara yang paling menyedihkan ramai di luar sana hanya suka-suka bela anjing, apabila sudah bosan mereka membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran. sedih.

dan seperkara yang lebih menyedihkan apabila anjing tersebut menyerang dan mengigit orang.

Kris and Nadia said...

u knw wut sya pena kena gigit anjing urg ni.. pya stress.. adaka patut.. aish.. patut tuan anjing tu pandai la ba tgk2 n ajar ckit anjing dia tu.. nanti anjing mkn tuan padan muka...

ya ba.. ada tu tuan rumah sebelah2 ( nama dirahsiakan ) buang gitu ja anjing dia yg sda sakit n bkurap.. kesian jg tu anjing padahal dlu tym ada pencuri pg perumahan tu anjing la yg penyelamat.. skrg sda bkurap, kena buang ja.. huhu..

ntah la siapa yg harus dipersalahkan..huhu...

C.Alv.B said...

Tuan punya anjing mesti mau 'spend' masa dengan anjing dia bah..tapi pemandu pun mesti mau ada perasaan bah..sa ni animal lover..klu mcm di Western sa blh p sue tu urang tu...

Erik said...

Yang punya anjing semestinya menjaganya. Kalau menurut saya, anjingnya dirantai di rumah pemiliknya saja. Jadi tidak berkeliaran kemana-mana

FATAMORGANA said...

seharusnya si pemilik anjing memelihara dg baik tuh. gak boleh sembarangan aja.

kiszty said...

haiya.mmg bikin geram owh.kcian that anjing.my opinion is.. we cannot blame anyone,not the dog nor tuan punya.it's up to us, it's ourselves who need to act to this kind of matter. show the responsibility to God's creations :)

D.L Sumunie said...

Saya pernah terlanggar anjing sewaktu sdg memandu sebab anjing itu muncul tiba2 dari kawasan semak.bumper kereta saya pecah dan anjing mati. saya menangis dan tak menyalahkan sesiapa kecuali tuan empunya yang saya tak kenal tapi bagaimana pula jika anjing itu tidak bertuan?

Ryuzaki "L" The KiD said...

Hmm.. jika ni kat bandar, mmg tuan punya anjing salah. patut anjing dijaga sebaiknya. kat kampung.. hoho.. cincai je, anjing ble lari2 sana sini tanpa dilanggar pun.. hoho..
pemandu tu pun salah gak sb mmg xble memandu laju dihdpn kwsan perumahan. agaknya dia dah insaf kot pasni sb terlanggar anjing tu..
hmhm

SHALOM said...

Saya tidak pernah langgar anjing... hanya langgar ayam... itu pun itu ayam yang pigi langar tu kereta saya..bukan saya yang langgar... bagus2 tu ayam di siring jalan, tiba2 dia masuk di bawa kereta...mangkali dia mau bunuh diri..

HoneyBUZZin said...

Ya Erik..kalau saya HULK..memang saya pukul itu urang...saya geram betul ni...

HoneyBUZZin said...

Cikgu Greg..betul tu..ramai pandai ja mao bela itu 'pet' tapi kalo suda bosan..dibuang gitu ja..adoooiii...terrible!

HoneyBUZZin said...

Kris dan Nadia...klu urg tu buat gitu sama binatang ciptaan Tuhan..orang itu memeng teda guna..jgn kawan dgn org yg begitu..nampak sangat hatinya busuk!

HoneyBUZZin said...

C.alv.B..
I got pretty shock myself that morning..I couldn't believed my eyes..It was such an inhumane act!

HoneyBUZZin said...

Erik dan Fata...benar juga kata-kata kamu. Honey setuju banget!

HoneyBUZZin said...

kiszty...I fully agree with you.

DL Sumunie..I can understand dat..Pernah saya ternampak jiran terlanggar anak kucing dua ekor..saya menangis ooooo

Ryu - betul tu..drebar tu main antam jer bila memandu..dia ingat bapak dia punya jalan kot!

Shalom - kalo di kampung..terlanggar ayam..mao kana bayar tu...hahaha mangkali mao bunuh dirila itu manuk..iyabahkan..harga naik..itu feeding pun naik..penjaga pun malas mao kasi makan uda ne..hik hik

Clarence said...

terus saya teringat anjing kesayangan saya di rumah..hehehe..

BuDakHutaN said...

erm... Dakutan rasa sedih bila tengok haiwan2 yang mati di Jalanraya neh... kesian , sedih dan rasa mcm x sanggup jak mau lalu tu jalan...

bab yg menggigit ut, adei, durang kena jaga bagus bagus wooo...klau anak urang kena gigit... bulih kena sogit owh.. tia pun..tuan punya anjing bulih kena kajar pakai parang... ngehehe

HoneyBUZZin said...

Clarence - Ba..pandai-pandai sayang itu anjing arr...kasi mandi2 dia ka..kasi manicure kuku ka...kasi sikat bulu dia ka..gitu arr..
hahaha....just kidding! Just for laugh! takecare of it-Dogs are man best friend!

HoneyBUZZin said...

Sia suka juga kalu penjaga anjing yg teda guna itu kana kajar parang..baru tau!
Sia pun sedih bila tinguk itu bangkai anjing/kucing di jalan..sia rasa lain terus..
Kalu sia jumpa itu "kelab"..sia kestau ko arr..Don't worry.
Tia sangka hobi kita sama pulak ne..hik hik

belleOFranau said...

hahaha...katawa sy kejap baca paragraph 1 & 2...kalau sy jadi kamu..tutup cermin kereta then baru maki...so kesian the dog...ya..same as greg chai...i do blame the dog master...

†bandaged-knee† †Broken-Medusa† said...

hmmm.. some pple they never care.. n for those owner.. sometimes.. they think its not neccessary mangkali mo jaga their pet.. :P hmm... lol.. kasi denda baa.. baru tau! :) n yup.. care bout others yg pernah mo kena gigit tu pets.. lol.. :) xoxox honey! :)