Saturday, January 24, 2009

Seandainya mereka tahu...

Saya ingin berkongsi sebuah cerita dengan rakan-rakan blogger yang melawat blog saya. Cerita ini mungkin lain sedikit dari postingan-postingan saya sebelum ini. Cerita ini saya dengar dari saudara perempuan saya yang bekerja di kedai barang-barang kemas.

Lisa (bukan nama sebenar) memberitahu saya, sepanjang dia bekerja di kedai itu, ada dua peristiwa yang dia tidak dapat lupakan sehingga ke hari ini.

Dia meneruskan ceritanya itu dengan memberitahu saya bahawa ada sekeluarga ini, ibu, ayah dan dua orang anaknya yang berusia diantara 5-7 tahun datang ke kedai emasnya hanya untuk menggadai seutas rantai yang nipis.

"oh...itu perkara biasalah..kalau sudah terdesak..." kata saya. "Bukan semua orang hidup senang-lenang!"

"Saya geram dengan budak-budak itu...." kata Lisa sambil merenung jauh.

Lisa menceritakan lagi bahawa apa yang membuat dia terkilan dan agak geram ialah dimana anak kecil itu menangis meminta ibubapa mereka membawanya untuk makan makanan segera.
Wang gadaian yang diterima hanyalah RM50 ringgit sahaja.

"huh.."..teruk tu...RM50 ringgit sahaja? Makanan segera franchise barat tu bukanlah murah...kalau satu keluarga macam tu...sekejap jer habis" .. kata saya

Lisa cuma mengangguk-anggukkan kepalanya tanda bersetuju.

Kemudian Lisa menceritakan lagi sebuah kisah yang lain pula. Keluarga ini juga datang menggadai emas mereka yang sedikit. Lisa bertanyakan kepada orang itu " mengapa kamu mahu menggadai rantai ini...."
(Iyalah...barang kemas gadaian itu cuma bernilai RM100 sahaja..bukanlah banyak mana pun..oleh itu Lisa bertanyakan orang itu)

Orang itu menjawab.."Saya mau buat parti harijadi untuk anak saya"

Huh..???? terkeluar kata-kata itu dari saya.

Lisa menggeleng-gelengkan kepalanya tanda cukup hairan dan memberitahu saya pendapatnya..katanya lagi, ada sesetengah ibubapa sanggup membuat apa sahaja demi kegembiraan anak-anak mereka. Walaupun terpaksa menggadai emas.

"tidak bolehkah kalau tidak mengadakan jamuan harijadi.." kata Lisa

"..perlukah diadakan majlis sebegitu kalau tidak mampu..? tambahnya lagi.

Saya tak tahu pula nak menjawab soalan Lisa itu. Saya juga memberitahu Lisa bahawa gaji purata kami tidaklah setinggi mana..masih ada lagi yang bergajian RM300 ringgit. Percaya atau tidak..terpulanglah..kata saya. Kalau duit setakat Rm50-RM100 boleh terus kebulur tu kalau tak betul2 jimat dan ikat perut. Harga makanan pula tidak ada tarif yang berpatutan. Mahal benar kalau makan diluar.

Harga makanan yang keterlaluan, kos sara diri yang tinggi membuat kebanyakkan penduduk seperti kami merasa amat payah. Tidak tahu pula bagaimana dengan yang punya keluarga..anak 5, 6 orang..aduhai...

Saya masih ingat semasa berforum dengan seorang forumer dari Semenanjung, dia memberitahu saya kalau RM1..masih boleh dapat 3 ketul kuih...
Saya terus ketawa....hahaha ...saya memberitahunya..kalau di KK...jangan harap dapat sebanyak itu...harga seketul kuih antara 60-80sen seketul..
"Wuissh..mahalnya.." kata forumer itu...'kalau begitu....loaded arr orang KK nie..."

Huhuhuhu....seandainya mereka tahu.....

(..saya masih belum dapat membalas kunjungan kawan-kawan....sibuk "tung-'tung' chang" arr...
jangan lupa bagi komentar...jangan lupa tulis pesanan di shoutbox..salam syg buat semua)

16 comments:

belleOFranau said...

kids...harap2 bila besar dorg paham pengorbanan parents dorg...parents sanggup tidak makan demi mau kasi makan anak tau..kan....

-Beck; the Bandagedknee- said...

yeah.. its insane to know that parents alway tries to make their kids happy.. but hopefully they'll hav a worthy repay when their kids getting to have a better life.. :P at least they know that.. their parents do that for em.. xoxox honey.. me oso bz baa this recent.. :P how r u btw..? :) xoxoxo honey!

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

kuih 60sen - 80sen seketul?waaa...mahalnye..tringin jugak nk g KK, mybe hjug taun ni kl ade rezki..tp org kata tiket flight ke KK lg mahal dr tiket ke Swak.btul ke?

mcmne kos sara hidup kt sana blh tggi sgt ek?bukan ke kl kos sara hidup mningkat, pndapatan pun spatutnya kene balance jugak.pening la pasal inflasi2 sume ni.adeh..ptut la smpai bergolok bergadai orang tua tu just nk bg ank mkn fast food ngn wat bufday party..so sad..

C.Alv.B said...

Parents will do whatever to make their kids happy. A mother can take care 10 children in one time!! but can the 10 children take care for only one mother? huhuuuu..feel sad abt this..

Bambangan @ Ony said...

emm sedih juga oh kan bila ingat balik pengorbanan orang tua kepada kita... kalau sia kan, emmm sia macam inda tau oh mau balas jasa ibu sia, emm bukan inda balas, cuma macam inda pandai cukup (memang pun idna pandai cukup begiakan) tapi yang pasti sia sentiasa beri yang termampu dan terbest for my mother...

I Love You Mom.

Ryuzaki "L" The KiD said...

Hmm.. sedih gak dengar crita ni. Mmg x dinafikan wujud benda macam ni. Sy masih ingat tentang keluarga yg asyik mengadai, ambik balik, gadai balik n ambik balik emas semata2 untuk pendidikan anak2nya. Wah! agak pelik tapi pengorbanan Ibu bapa kat kita adalah sangat2 tak terkira hebatnya.

ReNo said...

Cerita berkisar hubungan org tua dan anak..huhu telampau juga kan? ibu bapa mmg akan melakukan yg terbaik utk anak2nya jika ada peluang yg sebesar kuman pun tetapi bagaimana dgn si anak? berbalik juga pada kita, sudahkah kita membalas jasa mereka? pikir2kan la...

Dulu di KB especially di Batu 10, arwah Konnie (isteri si Asang) jual kuih dia seringgit sampai sy nda buli kc abis. punya la banyak...lg 1, sedap dia kan smpi hari ini sy masih teringat2...sekarang? RM1? haha lupakan saja la...tapi di Sjung ni pun mau tgk tempat juga...bukan semua murah..sama di Sabah...bukan semua mahal ba...

Ops happy belated CNY Honey...

Lare Angon said...

Jadi ikutan sedih nieehh... hiii..
Sampai mau nangis..

HoneyBUZZin said...

Belle - Ya..betul tu!

Beck - I agree with u too cos sometimes parents can go into a very ridiculous extend to please
their kids..I hope they'll know how to repay in future..
M fine Beck...xoxoxo Beck!

HoneyBUZZin said...

x-tionkamen...betul tu! memang mahal sedikit berbanding dengan Semenanjung Malaysia.
Saya rasa harga tiket dari Sarawak via KL memang murah sedikit dari Sabah. Harga makanan di Sarawak pun jauh lebih rendah dari Sabah. Di Sarawak masih ada mee berharga RM2.50..Kalau di KK...tak ada harga macam ne yer..huhu
Anyway..welcome to Sabah! Makanan seafood kat sini sedap-sedap tau!

HoneyBUZZin said...

C.Alv.B - You are sooo correct!

Bambangan - memang gaji kita tidak seberapa arr berbanding dengan tempat lain..ini memang fakta my brader! Kita sebagai anak..bagi mengikut kemampuan kita. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk meringankan beban mereka apabila sudah dewasa dan bekerja. Salam

HoneyBUZZin said...

Ryuzaki - memang betul tu...pengorbanan mereka tak terkira hebatnya.

Brader Reno - Kalau di tempat jauh dari KK, saya percaya memang murah sedikit tapi makanan di KK memang mahal! I felt the pinch! memang mahal makanan di KK ne.

rahma said...

hhhmmmm... ada jgk yg begitu kan...

Johnny J. said...

Ermm..biasalah tu kanak selalunya belum mampu menilai akan nilai wang. Bukan sahaja disebabkan oleh pemikiran yang masih belum dewasa tetapi terdorong oleh keseronokan dam kepuasan diri.

Dan....
Tiada ibubapa yang begitu kasih, akan sanggup membiarkan anak kesayangan mereka. Mungkin apa sahaja sanggup dikorbankan demi untuk memenuhi permintaan si anak. Adakah mereka mengharapkan balasan? Rasanya sekiranya bicara kita adalah manusia yang normal, maka tiada parents yg akan meminta balasan selain daripada si anak akan terus menyayangi mereka dan mengingati jasa mereka...

So...
Kita sebagai anak, yang sekiranya pernah melihat pengorbanan parents kita, maka dari AKAL BUDI kitalah sama ada ingin membalasnya atau pun tidak... REALITINYA KITA PERLU MEMBALASNYA....

I LOVE MY PARENT!!!!! :D

san said...

Kesian kana gadai... but keterlaluan sudah tu kalau menggadai...... kerana benda-benda kecil, yg boleh di atasi dengan tidak menggadai....

HoneyBUZZin said...

Rahma - memang ada kisah camtu...

Lare-Angon - memang sedih...tetapi inilah pengorbanan..

Johnny dan San - benar juga. Fikir2