‘Ita, tengok tu….wah! ada dua pelangila” kata saya sambil menuding jari kearah pelangi kembar yang cantik itu.
Atuk dan Ita memandang kearah pelangi di awan biru petang itu.
“Tak boleh tuding jari kat pelangilah.” kata Ita pada saya.
“Napa arr?”
“Nanti jari tu kudung tau”…kata Ita bersungguh-sungguh.
Atuk cuma tersenyum sahaja.
Saya tidak tahu mahu percaya atau tidak saat itu..tapi saya masih ingat saya terus menjatuhkan tangan saya dan lihat semula bahagian jari tunjuk…takut juga kalau jari saya benar-benar kudung. Hik! Hik!
Tapi petang itu ‘Atuk’, Ita dan saya duduk sambil bercerita. Saat itulah yang terbaik kerana saya tahu akan adanya sesi belajar, bermanja dan makan-makan dengan atuk.
nun kap….mim alif kap nun ….alif pa
(Nak) (makan) (apa?)
Saya dan Ita tersenyum lebar. Belum sempat pun menjawab pertanyaan ‘atuk’, diminda saya masa itu ligat terbayang, aiskrim berperisa coklat dan strawberi…Ita pula suka aiskrim jagung ataupun yang berperisa durian.
‘Aiskrim….tuk! ba wau lam ya hah (boleh????) jawab saya penuh ceria.
Ita pun memang ‘terer’ jawi juga…saya pandai sikit-sikit je. Jawi saya setakat ‘pass’ saja sebab tak mau kalah arr.
Atuk hanya tersengih-sengih. Begitulah sikap atuk yang saya sayangi. Dia tak banyak cakap..tapi bila atuk mula bercakap…kalah calon wakil rakyat wehh!
Setiap kali apabila saya terkenangkan atuk, jiwa saya pasti tersentuh dan saya akan mengalirkan airmata. “ATUK” ..seseorang yang cukup hebat pernah hadir dalam hidup saya. Atuk bukan sahaja baik orangnya tetapi dia memang sayang saya..seorang yang tidak sebangsa dengannya.
Saya masih ingat kata-kata ‘atuk’ petang itu. “Kalau belajar…biarlah sampai ke Negeri China..’ ‘..belajar rajin-rajin’…
Ita dan saya mengangguk-anggukkan kepala sahaja.
Atuk menambah lagi…”Bila hidup..biar berdamai..” Toksah jahat ngan orang (jangan berbuat jahat dengan orang). “macam pelangi….kalau warnanya cuma satu, mana ada serinya? Cuba kalau semua hidup berbaik…barulah cantik macam pelangi” kata atuk.
Hah! Kata-kata atuk yang sebeginilah yang begitu banyak menyentuh perasaan saya.
Sekarang apabila saya sudah dewasa, seringkali saya teringat kata-kata ‘Atuk’. Bagi saya, ‘atuk’lah wira kedamaian. Alangkah baiknya kalau ‘atuk’ masih hidup….alangkah baiknya kalau ‘atuk’ dapat mendengar suara hati saya…
Atuk….tapi bukan datuk saya tapi ATUK selamanya dihati saya.
11 comments:
atok yg ney xnk?
haha
suddenly i missed both of my late grandpas. so much.
love ur writing, honey. (feel like im talking to myself diz :P)
hhhmmmm... i wish i had a chance to manja2 with my atuk... sblh my mom tia sempat coz dia meninggal awal lagi.. but my brother said he was the best!! then my dad's side tia berapa rapat.... :(
kata2 pnuh bijaksana. kenapala wujudnya manusia yang membeza2kan bangsa, agama, budaya dan sebagainya, kan baik jika semuanya berbaik, agar menjadi indah seperti pelangi. hmhm..
(John Lennon - Imagine)
aku suka pelangi. melambangkan janji Tuhan pada Nabi Nuh. tidak akan mendatangkan air bah lagi ke dunia.
omg!
sy rindu pla kung2 sy oo.
ama lulu sy d phils.
huuuu.
nice post honey! *thumb up*
I think your blog also worth to visit often, can we make link ex-change?
atok - BUKAN oooooo.....Atok muda tak sama ngan atok tua.Uhuk uhuk
Madu Beracun - I don't have much recollection of my granparents.. Anyway, Let's continue to remember them in our prayers.
Rahma - Honey pun tk brapa ingat tentang grandparents Honey sebab semasa Honey masih kecil mereka sudahpun tiada.
Ryu - Atuk memang seorang yang baik dan bijak..kata-katanya penuh nasihat yang baik.
Fanny - Betul tu...Honey suka memandang pelangi. Cantik!
Xang - Thanks for supporting this blog. Thanks for the feedback.
Trimatra - Thank you for dropping by here. It's ok with me..let's exchange link. Regards
sa pun tersentuh bila baca post ni. "Bapak" sama "Aki" pun sudah tiada.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Post a Comment