Semasa saya sedang memandu menuju ke arah Penampang pagi kelmarin, saya telah menyaksikan sebuah motosikal hampir terbabas ke dalam parit di tepi jalan. Saya sungguh terperanjat kerana perkara itu berlaku didepan mata saya. Saya hairan dan tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya sehingga dia tergelincir sedemikian rupa? Mabuk? Kurang tidur? sakit? atau ternampak 'sumandak' cantik melintas? Aiikkks....Saya kurang pasti.
Dulu, apabila saya ternampak pemandu memandu perlahan di lorong yang laju, saya akan &*%@&...begitu juga apabila terserempak dengan 'talingung' atau 'kili-kili' yang tidak mematuhi peraturan jalaraya...terus naik adrenalin darah saya. Urgggh....
Tapi selepas saya mendengar cerita ini dari sahabat baik saya, saya sudah kurang mempraktikkan penggunaan &*%@& dan perkataan perkataan yang tidak pernah disenaraikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka itu. (Hik!)
Sahabat saya pernah menceritakan bagaimana bapanya terkena serangan 'strok' semasa sedang dalam pemanduan dari Pekan Sipitang ke Kota Kinabalu beberapa tahun yang lalu. Separuh dari badannya lumpuh. Saya tidak mungkin akan tahu bagaimana kroniknya situasi bapa sahabat saya itu tetapi yang pasti, pada hari yang 'malang' itu, bapanya sudah pasti telah cuba mengawal diri dari panik dan meneruskan perjalanan yang bahaya itu.
(Sahabat saya juga hairan, bagaimana bapanya dapat meneruskan perjalanan dalam keadaan sebegitu..yang pasti, bapanya sampai akhirnya ke Kota Kinabalu dengan memandu dengan perlahan)
Cerita yang disampaikan oleh sahabat saya itu telah merubah cara saya berfikir sekaligus menyedarkan saya betapa kita perlu menjadi pemandu yang berhemah. Kita tidak mungkin akan tahu.....
JoyFinder -
... apa lagi yang boleh dikata? Kita berhati-hati.. tetapi malang tetap tidak berbau...
CJK -
Some times kita kena ikut rentak juga. Adakala nya kita terlalu berhemah, kita pula yang menjadi ...
D.L.Sumunie -
Khamis lepas saya nampak sebuah motosikal kena langgar di simpang masuk rumah kedai di Indah Permai.....
22 comments:
Hello Honeybuzz, my sincere apologies re mistaking your Nationality.
I guessseeing, reading your very eloquent bahasa gave me that thought.
Once again, I apologise.
Best regards, Lee.
Khamis lepas saya nampak sebuah motosikal kena langgar di simpang masuk rumah kedai di Indah Permai. kasian tengok tapi saya tidak pasti siapa yang berhemah dan tidak berhemah diantara dua yang terlibat dalam kemalangan itu. Pandu berhemah jiwa selamat kadang2 macam tidak betul juga.
Some times kita kena ikut rentak juga. Adakala nya kita terlalu berhemah, kita pula yang menjadi mangsa. Bila pemandu di depan memandu laju, kita kena ikut laju juga. Jangan pula kita memandu kura2 di lorong laju, nanti orang belakang marah. kalau nak memandu perlahan, gunakan lorong kiri.
Sering saya lihat, ada orang memandu sambil menggunakan telefon. Dah la gitu, bawa kereta macam kura kura di lorong laju lagi. Di kasi high light berkali kali pun tak mau faham atau mungkin itu lah tabiat yang dia miliki. Bikin panas betul.
Memang betul..kita kena sentiasa bertoleransi di jalan raya. Walaupun saya ni kdg2 naik juga adrenalin tu ..hehheee... kita kena ambil peduli terutama sekali mereka yg membawa motor atau basikal..
Sepatutnya penunggang motosikal ni banyak kana 'bagi muka' ba ni sebab dia 18 kali lebih menghadapi risiko untuk terlibat dalam eksiden berbanding yang dalam kereta.
Cuma tu lah, akibat ramai 'mat motor' yang 'kili-kili', semua penunggang moto kana 'suspect' ni.
Sa pun pernah mengalami benda mcm tu. Tapi sa sedang duduk2 di pondok la tgk orang main bola. Tiba2 ada motor yang datang hampir merempuh. Mula-mula mo marah berabis (kalau boleh mo kasi dia 'knuckle sandwich') tapi bila tu urang yg naik moto pigang2 kaki dia sambil cakap "aduh gaut saaa" trus kasian pula sa. Suda la tu motor baru, pacah dan rusak lagi, sakit lagi. Kesian pula.
Bayangkan kalau dia di highway pula?
"kita berhati-hati tidak semestinya akan selamat kalau orang lain tidak berhati-hati juga"
Jumaat lepas abang saya terlibat dengan kemalangan semasa pulang dari tempat kerja.. dia membawa motor.. yang melanggar dan dilanggar kereta avanza dan satria...siapa yang salah ?? ini masih dalam kes polis..
Keadaan abang saya agak teruk.. kaki kanan patah dan hancur... sekarang terlantar di SMC ... apa lagi yang boleh dikata? Kita berhati-hati.. tetapi malang tetap tidak berbau...
Uncle Lee - Hey..it's okay...it's okay. Actually Uncle Lee, some of my family members are muslim...so it's not really a big deal actually if people thought that I am of that faith too.
Don't worry..hehee..u have a great day Sir,
Best regards too.
DL Sumunie - Saya rasa patut pandu cermat dan berhemah...hmm jiwa selamat..hik! gitu arr...
I think...
Bro CJK,
- memandu macam kura-kura di lorong laju..
- menggunakan telefon sewaktu memandu..
-kasi highlight berkali-kali pun si pemandu kura-kura dari lorong laju tidak mao pindah jalan...
Ahhh...ini memang jumpa pemandu yang tidak berhemah arr..
Belum lagi yang buat drama swasta dalam kereta arr...
itu pun cukup membosankan..hik!
C.Alv.B - YESSS!that's the word! BERTOLERANSI...adedehhhh...
pandainyerrrrrrrrr....(tabik! Tabik!)
hehehe
Dear Bro Lizard,
Seringkali saja saya terus merasa bimbang apabila nampak penunggang motosikal..macam phobia ooo...
Kalau dia memandu lurus, okay juga..tapi kalau dia pandu Zig-Zag macam mao tunjuk "starring" itu yang saya paling takut. Itu sebabnya statistik kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal agak meruncing.
My bro pun kana suspek dulu bila pakai motor...pa boleh buat..terpaksa p screening la...
You wrote:-
"Sa pun pernah mengalami benda mcm tu. Tapi sa sedang duduk2 di pondok la tgk orang main bola. Tiba2 ada motor yang datang hampir merempuh. Mula-mula mo marah berabis (kalau boleh mo kasi dia 'knuckle sandwich') tapi bila tu urang yg naik moto pigang2 kaki dia sambil cakap "aduh gaut saaa" trus kasian pula sa. Suda la tu motor baru, pacah dan rusak lagi, sakit lagi. Kesian pula"
Hehehe...bro memang baik hati arr...
Sis Joyfinder,
Sorry to hear about your brother... ...
"apa lagi yang boleh dikata? Kita berhati-hati.. tetapi malang tetap tidak berbau..."
Ini benar juga! Honey sokong!
strok ketika memandu?
boley jady eaaa.
huuu
Atok - betul tu....kita tidak mungkin akan tahu....
tulisan yang bagus...
hi Yunna.. Bagaimana shuting kmu? semoga sukses ya..
Ya...sia bila driving pun boleh jadi pobia...bukan apa..teda juga sia langgar kereta or langgar orang, tapi bila sia nampak keadaan ex brother-in law sia kena langgar oleh orang yg driving laju sangat ni di jalan raya....sia jadi takut bila driving.
BIL sia pun sudah teda..he stumbled to his dead on the 6 August 2009. Kena langgar on 5/8. Kepala dia pecah..pinggang patah, tangan patah and 10 ribs dia patah. Dia ni penunggang basikal...I can imagined bila dia kena langgar ni, dia mesti terterbang macm superman...aduh! terus kepala dia terhantam di jalanraya...darah and otak dia enda habis mengalir dari hidung, mata, mulut....aduh! pobia betul ni. Masih dalam polis case la....
alalalaa.. ya kan.. betul juga tu.. but kebanyakan org d jalanraya nda buat keputusan dgn secepat mungkin ba.and suka btul tiba2 ubah fikiran.. bikin marah tul.. huh !! but yg penting kita berhemah la kan spy nyawa kita dlm keadaan selamat .. sya pun baru2 ni dpt berita ttg murid sya accident tu, skrg sya pun takut2 mau laju ..
Stoney Meenuk - Sorry to hear of your BIL.It must be very a very painful ordeal.
Do take good care of yourslf.
With regards.,
Little Honeybuzz
Kris and Nadia - dulu sia pun fast driver la....my friends semua pun complain..
tapi sekarang tidak lagi...takut sikit la...dan mesti berhati2 di jalanraya..
hai..saya singgah kat sini that besh3 blog ni....kekadang kita berhati2 namun orang lain tak berhati2..pernah satu ketika tengah drive laju..tetiba kereta depan break ..pastu..drive balik..hangin ambe dibuatnya..pastu..lagi satu kes tenagh2 drive keta depan berhenti betui2 depan simpang dan jawab telepon...apa ke halla mamat tu..staff mat salleh tempat ambe from crotia penah cakp=ap tengah drive ada orang ludah kena cermin kereta dia..WTH...so ambe sendiri tak faham macam manala kiat rakyat masia nak jadi pemandu berhemah
Nakamura - Teruk! Ludah yang kena cermin tu yang teruk! Ishhh...
Post a Comment