Monday, November 9, 2009

..DARI DIARI SEORANG POLIS- Kasihnya Pati (Bah 1)

Saya selalu mempunyai perasaan yang tidak begitu selesa apabila terserempak dengan anggota polis. Mungkin kerana diwaktu kecil, mama terlalu banyak mempraktikkan ayat-ayat sebegini.

."..ada polis...jan ko jaat...nanti polis tangkap!... (Bah..bagitulah kalo terlalu jajal, tia mao dingar sakap..alahai mama......rupanya mama pun pandai main buyuk!! Hehehe..

Tetapi selepas saya menemui Kak Huda, seorang pegawai polis yang berpangkat dari cawangan Bukit Aman(bukan bahagian jenayah)...saya berasa agak senang dan lega..iyalah....mengapa harus takut kepada pihak berkuasa kalau tidak berbuat salah apa-apa? Entri ini saya tulis pun selepas mendapat kebenaran dari Kak Huda.

"Apa yang paling susah sekali sepanjang karier kak Huda sewaktu bertugas?"...tanya saya sambil memandang Kak Huda yang berperwatakan tegas dan tidak lokek berkongsi cerita dengan saya.

Dan dari situlah beliau menceritakan sebuah kisah yang saya ingin berkongsi dengan semua. Sudah beberapa malam saya terkenangkan akan kisah ini yang saya rasa cukup menyentuh perasaan sekali.

Begini kisahnya....

KASIHNYA PATI...

Sewaktu tahun 80an, Kak Huda (masa itu hanya seorang anggota polis berpangkat konstable sahaja) memakai skirt sewaktu menjalankan tugas. Pada suatu hari itu, beliau terpaksa menangkap seorang perempuan berketurunan India yang mempunyai masalah mental (Gila).
Perempuan India yang berusia lingkungan lewat 50an itu berlari semakin jauh ke dalam hutan apabila di kejar oleh Kak Huda.

Kak Huda bingung. Susah betul menangkap perempuan yang tidak mahu berhenti berlari itu. Sudahlah tu...hari semakin malam. Semakin gelap.

Sebagai manusia biasa, Kak Huda juga mempunyai perasaan takut...apalagi...berlari ke dalam hutan yang penuh dengan pokok pokok besar dan tua...hutan yang tidak pernah diterokai..bukankah menakutkan?

Perempuan gila itu berhenti berlari akhirnya apabila buat pertama kalinya dia terdengar............................................................................... (bersambung...)

8 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Alahai, potong ler...nak ler dengar kesudahan cerita tu. Ahaks!

Mama Mia said...

suspen ni..mcm drama tv pula, sampai part yg bikin suspen la juga kena stop...

HoneyBUZZin said...

Bro Willie - hehehe....beri laluan pesanan penaja...rilek...rilek

HoneyBUZZin said...

Mama Mia - hehehe......misti mao ada sikit suspen..

FL Feinier said...

adoi... gini smgt sya mau baca...

Kris and Nadia said...

astaga.. suspen nya.. baru sya concentrate..huhu..

learnenglish said...

Hai Honey...

kak huda baru ada masa membaca diary seorang polis ... terkenang masa dulu-dulu dan kini setelah bertugas 28 tahun dalam pasukan, kak huda rasa betapa indahnya kehidupan yang penuh dengan ragam manusia dalam menempuh liku-liku onak berduri sehingga kita mampu berdiri megah sebagai anak, ibu dan rakyat dalam negara yang aman damai.
dalam kehidupan ini, keikhlasan amat berharga dalam sesuatu ikatan.. kak huda doakan agar Honey sekeluarga selamat dalam apa jua yang dilakukan. jangan lupa bila ke semenanjung hubungi kak huda dan kita boleh bersembang lagi. Love u sis..

HoneyBUZZin said...

LearnEnglish- Hi Kak Uda, Honey tdk tau pula Kak Huda ada blog sendiri.
Honey minta Kak Huda rahsiakan identiti Honey ....sebab Honey mahu terus menulis di belakang tabir tanpa sesiapapun mengenali Honey. Honey rasa elok begitu kerana Honey rasa dapat menulis dengan bebas ...maklumlah ..ramai pula yang kenal.
Take Care Sis...