Wednesday, November 4, 2009

Main buyuk...

Pernahkah kamu di anggap seperti 'tidak tau apa-apa' dan cuba diperbodohkan sewaktu di tempat kerja? Hah..inilah yang berlaku..sebenarnya banyak cerita yang ingin saya tulis perihal ini tetapi sekiranya saya menulis tentang kerjaya saya yang sebenar maka tidak dapatlah saya berselindung di belakang perkataan 'anonymous' ini. Uhuk uhuk...

Baru baru ini ada seseorang cuba menipu saya...atau ungkapan Uncle Greg dalam tajuk blognya, 'main buyuk' http://mainbuyuk.blogspot.com/
Lama sudah saya bersabar dengan orang yang cuba mengenakan saya dan team saya. Selalu sahaja dia berdolak dalih dan cuba menegakkan benang yang basah selepas melakukan kesalahan yang disengajakan dan tidak patut sama sekali.

Tapi hari ini saya telah berjaya mendapatkan hak yang sepatutnya kami miliki. Adakah selepas membuat perjanjian sesuatu kontrak dan dimeterai pula boleh dibatalkan sesuka hati?
Kertas perjanjian itu dianggap seperti sampah! Meradang betul saya!

Nasib baik ada bos memihak kepada saya dan kerana kebenaran sudah ternyata di depan mata...musuh saya terpaksa tunduk dan membayar gantirugi!

Bah! kalau bekerja di dunia luar sana tu, beginilah....kadang kala kita tidak boleh menyerah kalah..kalau benar tetap benar...yang salah tetap salah! Yang penting..usaha. Berbuat sesuatu dengan cara menipu hanya akan mengundang masalah dan malapetaka. Kita tentu ada cerita yang berbeza!

Moral - Janganlah sesekali kita melakukan kejahatan ataupun membuat sesuatu keuntungan dengan cara yang licik dan kurang berhemah ataupun merasa megah kerana kita sangka dapat memperbodohkan-bodohkan seseorang..kerana jerat yang kita pasang mungkin akan membawa padah kepada diri kita sendiri.

12 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Hahaha,

Ada masanya aku tok memang akan bertekak dgn org main buyuk (bahasa melayu brunei & limbang, i was there) hehehe

FATAMORGANA said...

Semakin banyak saja cara orang menipu...

HoneyBUZZin said...

Brader Willie - hehehe...kita serupa...kita serupa..

HoneyBUZZin said...

Cikgu Setiawan - Begitulah adanya....hidup tidak selalunya indah. Jangan saja kita menipu...

A j u E said...

buyuk...lama x dgr those word.

jgn ba main buyuk...x bgus
nnt buruk siku...

tiba tiba...hehehe

Belle Edwin said...

Ah! buyuk jak kau ni...hahaha...nda bah..men2 jak..rindu pula sy ni perkataan (kunun)...well life..ada jak urg mau menipu org untuk kesenangan sendiri..but i do believe in karma..as u said..kalau pasang perangkap..kita sendiri bleh terjerat! so each and everyone of us mestilah jaga maruah sendiri and be intergriti..

HoneyBUZZin said...

Ajue - Sihat cik Ajue?

HoneyBUZZin said...

My sis Belle - Bah! like dat la...macam macam penipuan..berbagai bagai cara. Sakit hati sia ooo....but everything is the past la..suda sia kasi setel.

Uncle Greg said...

mimang kin panas bah urang-urang yang suka men buyuk ... apa buli buat durang yang suka men buyuk ni spesis pemalas bah ... sumua mau ambik jalan pintas untuk dapat kejayaan walaupun durang tau tu cara inda bermoral ... kita kena pandai jaga diri jan sampai tebuyuk.

A j u E said...

sehat...sehat... :p

HoneyBUZZin said...

Uncle Greg - Sakit oo hati sia itu tyme...
Tsik tsik tsik

HoneyBUZZin said...

AJue - :) and CYBER HUGS