"..saya bingung...cukup bingung memikirkan ini...dan saya ingin bertanyakan kepada kamu, pernahkah kamu merasakan susah benar untuk membuat sesuatu keputusan terutama melibatkan soal kerja..?
Diatas adalah soalan yang dikemukan oleh Megan semasa kami berhubungan melalui telefon petang kelmarin. Apa tidaknya...fikir saya. Ada ramai rakan-rakan blogger yang saya kunjungi mengalami situasi yang sebegitu. Dilema untuk berhenti kerja.
"kenapa ni..?" tanya saya kepadanya.
Megan menceritakan kepada saya betapa susah hatinya apabila dia ingin mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Katanya, "....Penat saya memikirkannya...saya 'malas' dengan situasi kerja disini..tapi saya teringat pula, kalau saya berhenti kerja, banyak pula bil-bil yang terpaksa saya bayar dan tanggungjawab lain yang masih perlu saya pikul..
"ya' kata saya kepadanya. Saya juga pernah mengalami situasi begitu. Saya masih ingat pagi itu sewaktu tiba di perkarangan letak kereta di tempat kerja dulu, saya tidak keluar dari kereta.
Lama saya duduk didalamnya.
Kaki saya terasa begitu berat sekali untuk melangkah keluar dari kereta. Ingin sahaja saya pulang..tetapi saya memikirkan akan tanggungjawab di pejabat dan betapa perlunya menyelesaikan beberapa perkara penting yang memerlukan pemerhatian saya.
Tetapi nasib menyebelahi saya pagi itu kerana seorang sahabat menawarkan pekerjaan kepada saya dengan insentif yang menarik lagi. Apalagi, pagi itu juga saya telah memberikan surat notis sebulan berhenti kerja.
Saya tidak pernah menyesal dengan mengambil keputusan sedemikian. Kadang-kala bukan kerana kerja mencabar yang melemahkan semangat kita, sikap majikan yang kurang prihatin, terlalu sempurna, dan mempunyai sikap "SAYA BETUL" mungkin menjadi punca masalah seseorang pekerja patah semangat untuk bekerja dibawah pengurusannya.
Hmmm......anda tentu pernah mengalami ini semua!
10 comments:
Honey- sia faham situasi tu. Sebab sebelum kerja di tempat sekrg, tempat dulu bulih dikatakan 'teruk'. Saya bersama seorang kakak diminta untuk periksa 'draf' buku tahunan..DAN hanya kami ter'miss' satu noktah...SATU NOKTAH...kami berdua dipanggil 'BODOH' oleh orang berpangkat. Sampai mati pun saya tidak akan melupakan orang itu.
p/s : wah...macam meluahkan perasaan pulak kan..hehehehe
Saya bertahan ditempat kerja sekarang hanya satu sebab sahaja, bos saya. Huhuh.
Honey to pn Saiman - Cerita puan mengingatkan saya akan sikap majikan dulu...bah...lebih kurang gitulah gayanya.
Kadang-kaadang perkataan yang terkeluar dari majikan boleh melumpuhkan semangat seseorang...lain kali kaalaau Honey jadi bos, namau lah buat gitu..itupun kalau jadi bos...sekarang masih tahap kuli jak..hehehe
(P/s..honey pun meluahkan perasaan jugak nih..aikkk..)
Honey to Misz_zana'85 - tentu sukar bagi Cik Zana melalui ini semua.. walauapapun sekali, honey mengucapkan selamat berjaya didalam bidang yang diceburi.
steady k Cik Zana..
btul tu honey..
sy pun pernah mcm tu...sy trus ponteng keja...klu hati sy sgt berat mo p keja...hehe...ni pasal org2 d sekeliling kita yg bikin hilg mud keja kn...klu keja tu ok sj tu...berpun stress klu tambah stress lg sma org2 d tmpt keja lama2 mo gila pun ada.
Hi Honeybuzz, you just take it easy....don't tension or stress.
Have a nice day, Lee.
Honey to gadis Borneo - ya..honey setuju. I don't mind to work hard tapi the people around u yg bikin sakit...
Like u say...stress ooo
Bila la kita ini mao jadi bos? Aikksss
Honey to Uncle Lee - Ya..I will. Thank you. You have a nice day too Sir!
selamat hari jadi... yg ke berapa
kak Honey~ Kerja yang mencabar dan sukar atau pun banyak tidak menjadi halangan untuk terus berkhidmat dan berbakti... kerana kerja adalah kerja
tetapi sikap dan cara pengurusan yang naif dan tidak menghargai serta lebih banyak dipergunakan untuk kepentingan seseorang... amat menyakitkan hati... lebih2 lagi jika kita diperlekeh...
Cabaran...
Post a Comment