Tuesday, May 11, 2010

Saya dan H1N1...

Minggu ini adalah minggu yang ketiga saya berasa kurang sihat. Musim batuk-batuk dan bersin! Sudah dua kali saya menemui doktor itu.

"hmmm...tekak dalaman kelihatan merah ya..." "Cuba batuk sekejap...hmmm....tarik nafas...hembus nafas...." dan si doktor kita pun mencatat sesuatu di sekeping kertas.
Selepas itu dia pun memeriksa telinga saya, hidung saya yang basah dan ...ahhh...iyalah...tanda-tanda orang sakit. (Kalau tidak sakit buat apa pi jumpa doktor kan?)

"ubat ini...ambil 2 kali sehari selepas makan....yang ini, bila perlu sahaja dan beberapa ayat 'rewind' yang biasa kita dengar dimana-mana klinik.

"Semuanya RM150.00..." kata misi yang tersenyum panjang itu. Teringat pula lagu iklan tu..."Senyum seindah suria..membawa cahaya..."
Saya menjeling-jeling juga kearah ubat-ubatan itu..hmmm...doktor bagi ubat yang mahal! Tidak apalah, bisik hati saya.

Kelmarin, saya terpaksa pergi 'review' lagi. Saya hairan benar, mengapa saya masih tidak sihat.
Ubat pun hampir habis saya makan tetapi saya masih juga tidak sihat.

"Saya dijangkiti H1N1 ka Doktor?" tanya saya sedikit risau.

"Ohh..tidaklah...." lepas itu dia pun memulakan sekali lagi 'rewinding episode' minggu sebelumnya. Diperiksa ini dan itu....dan dia mengatakan ini kepada saya "...kamu demam ya..."
Seperti biasa saya cuma mengangguk-anggukkan kepala seperti seorang pelajar darjah satu yang mendengar dengan teliti penjelasan cikgunya.

Bila saya berada didalam kereta, Hannah bertanyakan kepada saya..." Jadi....?"

"..doktor cakap demam..."

"..Tidak tanya napa tidak baik...?' kata Hannah, rakan sekolej saya dari semenanjung.

"..dia tukar antibiotik lain.." kata saya tidak berpuas hati.

"Kau cuba tengok muka aku betul-betul...." kata saya.

"Napa?....

"Kau tengok jer..." kata saya mendengus macam karabau (kerbau)Tamparuli...

"Nothing arr...." kata Hannah

"Dia 'charge' aku RM170.00 kali ni..".. Pasal batuk-batuk, sakit tekak dan demam...sengsara poket aku tau!" kata saya meradang. "Muka aku ni ada cap Bank Negara ka?"

Hannah cuma tersenyum panjang......

(Napa p klinik mahal betul arrr...? Bukan tidak mao pi klinik/hospital kerajaan..kadang-kadang beratur ambil nombor pun lama betul ooo....kalau ada kecemasan..apa macam itu arr...hmmm..)

12 comments:

Mama Mia said...

how are you, HoneyBuZZ? feeling better? Get well soon ya..

HoneyBUZZin said...

Honey to MamaMia - Hi maam'...ari ni ada baik sikit la....much much better than yesterday.
I sleep very early nowadays...
Thank q for ur concern.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

doa cepa sembuh

Puan Saiman said...

Semoga cepat sembuh. Bagi dulu no telefon. Sila tinggalkan di email katekitty2003@yahoo.com

Kiranya mau makan2 bersama...'wink2'. Bukan sekarang, bila sudah sihat...hehehehhee

BuDakHutaN said...

woah, RM170 ? mahal jua tu sis. Ya bah, menunggu di Klinik/Hospital kerajaan, lama menunggu giliran... lebih dua jam kadang2, time tu, macam sihat2 sudah sikit(sebab tensen ngan emosi), kurang simptom dah..last2 doktor ingat kita mau ambil MC..adedei... hahaha

neway, get well soon sis... mau kaamatan sudah gia ni...

cicak said...

Adada... kalau campur yg 1st time pigi sama 2nd time, mohol btul suda tu...

Cuba minum air banyak2 (jangan sampai kembung la). Pastu jangan begerak p sana sini.

Ada kazen sa mo dua tahun suda batuk-batuk tia pandai sihat. Sa rasa mungkin pasal aircond kereta dia tu. Tapi dia mmg jenis 'tia tahan penyakit' la.

Sa pun malas mo p hospital kerajaan. Tapi p klinik pun malas juga. Makan panadol saja d rumah.
Sama air banyak :)

Get well soon ah my friend.

HoneyBUZZin said...

Honey to Puan Saiman - Thank q sis..sia gurau jak baini..but I'll leave my phone no at the email nanti..
Thanks ya :)

HoneyBUZZin said...

Honey to B.R.U.T.A.L.S.O.L.O - Thank you Bro...sia pun malas uda sakit-sakit nih....poket pun semakin nipis nih!

HoneyBUZZin said...

Honey to BudakHutan - Hehe..betul tu ooo..tu ari sia ambil MC bos pun macam tia picaya ooo..tapi ada MC lagi minggu nih...paning dia trus...
Hahaha...tapi bukan sebab malas tapi memang sakit la....
You take care arr..Selamat Hari Kaamatan. You take Care too bro!

HoneyBUZZin said...

Honey to Cicak - Tengkiu la sigu...sia memang minum air banyak la...tapi time sakit pun sia kerja jugak la...sebab ada kerja mao buat la..
Itulh sebab sia mao apply jadi bos..sekarang masih kuli jak...
hehehe...
Kasian oo kazen ko..kalo dia masih sakit2 batuk..ko kestau dia p try itu sinseh sana la...ada satu di Damai sana, derang p campur ini campur itu herbs..trus bagus.
Sia banyk kali uda try..cuma kali ni ja sia sakit trus...
Today sia feel better la....tapi masih lagi on antibiotics.
Bah..pelan-pelan sigu. Selamat Hari Kaamatan arr...jan moginum dan pandu arr...
chioww...

Unknown said...

sakit itu memang mahal ya sis

HoneyBUZZin said...

Honey to Fanny - ya sis..memang mahal..