Monday, August 23, 2010

Dia buat jugak....

Ada beberapa perkara yang saya ingin berkongsi dengan semua. Saya berpendapat anda tentu pernah melaluinya..mungkin bukan semua tetapi mungkin salah satu dari apa yang ingin saya sampaikan disini.

DIA BUAT JUGAK...
Saya paling tidak suka dengan orang yang membuka kasut dengan selamba di dalam pesawat. Bau yang datang dari kasutnya itu boleh sahaja membunuh selera sesiapa sahaja..malang sekali sekiranya ianya dilakukan sebelum makanan dihidang...Aiyaaaaa....kalau protes...tidak berani pula...Siapa sangka yang memberi ketidakselesaan itu adalah seorang lelaki berkemeja kemas, berjam mahal dan berkasut kulit berjenama?

DIA BUAT JUGAK...
Beberapa bulan yang lalu, sewaktu sedang menunggu makanan yang dipesan, saya terperanjat apabila ternampak sebuah keluarga yang duduk beberapa meja dari saya mengepit kuku. Selepas ibunya yang berbadan gempal mengepit kuku, dia memberikan pengepit kuku itu kepada anak-anaknya...lengkap satu pusingan. Ingin juga saya protes.....tidak berpelajarankah mereka itu...? Jangan salah sangka..anak-anaknya berpakaian seragam sekolah menengah..
Bila makanan telah sampai...........hilang terus selera saya. Tauke kedai tidak pula berbuat apa-apa..mungkin terlalu sibuk mengira duit!

DIA BUAT JUGAK...
Kita dilarang membuang sampah. Beberapa hari lalu sewaktu di lampu isyarat, saya nampak lelaki itu. Dengan selambanya, cik abang kita membuka pintu keretanya dan....PTuuiiiii di jalanraya. Jikalau membuang sampah kita didenda.....kalau PTUiiii......ada apa-apa tindakan ka bos?

DIA BUAT JUGAK...
Kita 'parking' kita bayar juga..yang hairannya, tauke yang buka kedai pembikinan kereta aksesori semacam berada di zon tidak berbayar. Kereta lima enam biji di lot letak kereta. Bila di perhati betul-betul..tidak ada pula kertas 'cukai'...berjam-jam pula lamanya.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya juga.."Dia ni ada 'connection' ngan mafia mana-mana ka?..sampai si pemberi notis pun seakan takut dengannya atau......dah bagi 'makan' awal2..

DIA BUAT JUGAK...
Bila masuk kedai kasut, penjual memandang kasut kita...Bila masuk kedai baju, penjual memandang baju kita, Bila masuk kedai barang kemas, mereka mengadili segalanya.....
tapi dikatanya.."welcome'....mengapa ya, kita semacam terasa tidak di 'welcome'...kadang-kadang saya malas pula..Terus pula saya bertanya "Boleh saya melihat barang-barang disini?"
Terpaku terus kawan kita.
Selalu juga saya berperasan, sekiranya saya memakai pakaian mahal, mereka menyambut saya dengan ramah..tetapi jikalau saya memakai seluar jean dan berkemeja T..mereka tidak menyambut pula. Anda jangan salah sangka...dua corak layanan yang berbeza..di satu kedai yang sama. Sakittttt!

Banyak lagi yang saya boleh tulis disini......bermacam-macam ragam...tetapi mereka buat jugak! Dia buat jugak! Haiyaaaaaaaaaaaaaa...................

17 comments:

Jay said...

Memang gitulah ragam manusia. suka buat perkara yang dilarang atau bertentangan dengan sewajarnya. Kdg2 kita kena tolerate juga

Uncle Greg said...

Honey, selagi namanya manusia tidak lari dari buat dan mengulangi kesilapan ... dahulu kala saya juga tidak senang dengan perkara-perkara yang Honey huraikan dalam entry ini, tapi setelah saya bertemu seorang pakar motivasi baru-baru ni, saya cuba menerima yang manusia ni memang unik dan kita semua terpaksa menerima seadanya ... memang sukar tapi itulah realitinya ... saya terpaksa buat :)

mula-mula buka blog Honey terkejut sekejap pasal layout kita sama hehehe saya ingat salah lawat blog sendiri hehehe ...

maaf lama juga saya tidak datang baca entry di sini ... baru mau mula blog hoping, suatu aktiviti yang amat saya gemari suatu ketika dulu ... sekarang macam tidak cukup masa kerana terlalu banyak perkara yang perlu saya lakukan ... memang bad time management bah saya ni :)

Unknown said...

Rileks ko Honey..saya pun selalu juga nampak keadaan macam tu..ahh mau tambah satu lagi..

Ada stu hari tengah tengok2 baju..ada satu awek tanya pada si salesgirl 'boleh pakai kredit kad ka?'..dia jawab 'boleh' terus dilayannya sampai berjam-jam. Orang lain ditinggalkan terus..huh!!

HoneyBUZZin said...

Honey to Jay - betul tu..cuma yang susah mao tolerate ialah bau dari kasut yang berbau! Duiiiii.....

HoneyBUZZin said...

Honey to Uncle Greg - Baguslah cikgu dapat nasihat dari pakar motivasi. Memang banyak ragam manusia ni..dan kadang-kadang begitu pelik pula.
hehehe..memang sama layout kita ni cikgu...nanti saya mau mengubahnya lagi.
Cikgu take care ya...blog hop saja kalau ada kelapangan masa. Saya berblogging pun kerana minbat sahaja...dan memenuhi masa terluang yang ada. Kalau sibuk, saya tidak blogging...
Have a good day Sir!

HoneyBUZZin said...

Honey to Alv - Double Standard ooo dia kan..? :(

Puan Saiman said...

Honey,

hairankan..... mmg begitu sudah barangkali... dan satu lagi...duduk di kedai kopi sambil merokok. Kita makan pun tidak senang. Kita tutup hidung tanda protes. Tapi si kawan..buat2 tidak tau....

Menghairankan.....

take care and hugs..

HoneyBUZZin said...

Honey to Puan saiman - arhahaha..betul tu sis...penah satu kali, sia punyalh jaat, sia sengaja p batuk kuat-kuat..sambil menutup hidung dan pura2 sia sesak nafas....'guilty' trus itu urang...hahahah

Unknown said...

begitulah manusia. sering kali bersikap tidak sopan ya. seenaknya aja bertingkah laku

HoneyBUZZin said...

Honey to Fanny - Bah..begitulah adanya...

BuDakHutaN said...

Ragam manusia ni kadang2 pelik... ada yang nampak sudah macho/lawa/ segak/kiut dan berpelajaran tinggi.. .tapi bab etika dan nilai peribadi serta adab susila... GAGAL ....

HoneyBUZZin said...

Honey to Budakhutan - Betul tu...kebanyakkan yang tipu orang pun memang jenis bijak pandai dan lawa-lawa..kalau tidak..tidak adalah cerita female casanova...dan sebaliknya..
Huhu

AngeL BeaR said...

susah ba..mmg suda ragam manusia...

HoneyBUZZin said...

Honey to Angelbear - Bah..memang susah sis...

cicak said...

Aiyah, selalu sa tutup sebelah mata saja ni sis hehe.

Sa sendiri tia pasti sama ada sa ada tebiat yang buruk kalau di depan urang. Takut sendiri tia teperasan bah. Harap-harap teda la.

Kalau sa, yg paling sa malas tu yang membuang sampah merata-rata dengan selambanya. Tapi bila pigi mana-mana tempat peranginan ka apa ka, dia la pula yg pandai berabis komplen tu tempat kutur. Lawak.

HoneyBUZZin said...

Honey to Cicak - hi Bro...sia paling boring la mao p tempat yg tia bersih...jan sj kita buang sampah sini sana la...
macam2 sia nampak pemandu buang sampah..dan Ptuii...haiyaaaaaa....
mao tangkap gambar derang pun susah..sebab sedang pandu kurita..
Haiyaaaaaaaaa....

Lee said...

Hi Honeybuzz, ha ha, I love your, 'dia buat jugak..'.
Betul tu la.
Tetapi apa la nak buat kan? Orang2 semua different...
Anyway, you have a happy hari merdeka, best regards, Lee.