Sekiranya saya bertanyakan kepada anda hari ini, "apakah yang paling penting dalam hidup?" Apakah jawapan anda?
Hari ini seseorang mengemukakan soalan begini di fesbuk "mengapa sesetengah orang mengambil keputusan untuk membunuh diri?".."amatlah kasihan" tulisnya lagi. Soalan yang amat menarik, saya kira, kerana secara kebetulan, saya membaca dari suratkhabar Metro hari ini berkenaan seorang wanita berusia 42tahun mengambil keputusan drastik itu.
Saya amat bersimpati kepada anak si-mangsa yang masih kecil. Tentu amat sukar bagi anak itu untuk melalui saat sebegini..mungkin dia masih tertanya-tanya sehingga kini...mungkin juga airmatanya tidak pernah kering..
Saya hanya mampu mengeluh apabila membaca kisah-kisah benar ini. Itulah sebabnya di HONEYBUZZHIVE- blog Inggeris saya, saya telah memblog mengenai lagu "If I die Young" nyanyian yang disampaikan oleh The Band Perry. Lirik lagunya ada menyentuh perihal kesukaran yang dilaluinya...dan ini dapat dilihat dari liriknya yang mengatakan:-
"A penny for my thoughts"
Oh No..I'll sell em' for a dollar
They're worth so much more..after I'm a goner
And maybe then you'll hear the words I been singing
Funny..when you're dead how people start listening.."
Saya rasa ada kebenarannya pada barisan ayat ini.."..when you're dead how people start listening.."(apabila kamu sudah tiada(didunia ini) barulah mereka mahu mendengar?
Benar apa bukan? Selalunya bila seseorang itu meluahkan perasaan tertekannya, kita tidak mahu serius, kita hanya membiarkan mereka sahaja. Betapa silapnya kita dengan menganggap ia cuma satu luahan perasaan sahaja.
Bila nasi menjadi bubur, menangis airmata darah sekalipun tidak bermakna lagi.
Williborn -
"Bunuh diri sering dipilih sebagai jln terakhir sebab mereka ini sudah menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah atau biasa dipanggil sebagai jalan senang untuk menutup segala macam derita dan penderitaan...kerana hanya memikirkan diri sendiri dan menganggap tidak berguna kepada sesiapa pun, maka terjadilah tragedi sedemikian rupa... "
De engineur -
"tapi dgn membunuh diri, bukan kah itu sangat mementingkan diri namanya?"
10 comments:
yang jelas, bunuh diri itu dosa.
Sokong!
mungkin mereka mengganggap masalah selesai ketika hidup berakhir. orang2 Korea juga banyak yg bunuh diri. karena tekanan dari berbagai pihak jg bisa..
Honey to Meutia,
Amatlah menyedihkan sekiranya perkara itu berlaku...mengapa harus pilih 'jalan' itu?
Join my 2nd giveaway..
http://www.sjb-myphotopage.com/2011/11/2nd-giveaway-by-sjb.html
Thanks.
Bunuh diri sering dipilih sebagai jln terakhir sebab mereka ini sudah menemui jalan buntu untuk menyelesaikan masalah atau biasa dipanggil sebagai jalan senang untuk menutup segala macam derita dan penderitaan...kerana hanya memikirkan diri sendiri dan menganggap tidak berguna kepada sesiapa pun, maka terjadilah tragedi sedemikian rupa... tekanan emosi kronik yg sudah tidak dapat dikawallah mangkali tu..cian
tapi dgn membunuh diri, bukan kah itu sangat mementingkan diri namanya? Anak2, suami,isteri, ibubapa yg ditinggalkan macamana. Bukankah semua itu bermakna kepada si pelaku suatu masa dahulu?
Mana perginya didikan dan tunjukajar yg dipelajarinya selama ini?
Honey to SJB AKA SUE J-B..Thanks for the invite. I sure missed out a lot from your blog.
Honey to Williborn - Tekanan emosi yang amat berat. Setuju sekali dengan komen bro.
Honey to de engineur - Terimakasih kerana sudi memberi komentari di blog ini.
kata saudara,
"...tapi dgn membunuh diri, bukan kah itu sangat mementingkan diri namanya? Anak2, suami,isteri, ibubapa yg ditinggalkan macamana. Bukankah semua itu bermakna kepada si pelaku suatu masa dahulu?"
Apabila keadaan emosi tidak lagi stabil, mereka ini tidak dapat berfikir lagi dengan lurus. Dunia mereka dilihat begitu kecil sekali..
This is sad. That's why we have all sorts of NGO's lines to help the depressed, the alcoholics, the single parent and so forth.
Thank you for reading.
Post a Comment