Saturday, December 31, 2011

Jangan kau lupa akan dia....

Beberapa bulan yang lalu, semasa saya berada di hospital bersamanya, dia menangis. Hampir setiap malam dia menangis dan melihat keadaannya yang begitu, saya juga turut menangis dan sebak. Tetapi setiap kali saya berasa sebak, saya akan mengalihkan pandangan saya dari dia. Saya berjalan ke arah katil yang tidak berpenghuni dan mengalirkan airmata.

"Mengapa kamu menangis?" tanya doktor pakar dari wad kecemasan itu kepada adik yang berusia hampir 20tahun yang terlantar diatas katil. Adik tidak menjawab...dia hanya memandang jauh dan sekali-sekala mengelapkan airmata.

Saya menceritakan kepada doktor akan kejadian sebenar yang menimpa adik. Kawan perempuan adik meninggal di tempat kejadian. Kejadian kemalangan yang menyebabkan kesesakan lalulintas hampir 2 jam di bandar metropolitan itu turut disiarkan di televisyen tempatan.

Adik menceritakan kepada saya, "hari itu kami bergaduh lagi.." 'dia meminta saya mengambilnya...sepatutnya saya keluar dengannya keesokkan harinya..tetapi saya ambil cuti dari bekerja. "..mengapa saya tidak sabar...""mengapa saya tidak sabar" ratapnya.

Keluhan hatinya diceritakan satu persatu kepada saya. Katanya lagi " mengapa saya tidak mati hari itu..mengapa Tuhan ambil dia? ""..mengapa dia...?"

Saya hanya mampu mendengar keluhan hatinya. Jiwanya begitu lara kala itu. Mana mungkin dapat saya gambarkan melalui kata-kata. Adik yang mualaf itu seakan tidak sanggup lagi untuk hidup. Saya hanya mampu memberitahu dia agar bersabar dan janganlah berfikir apa-apa, yang penting dia cepat sembuh dan dapat melawat arwah di pusara.

"Kalau 'ayang' dah tak ada, abang jangan lupa sembahyang" katanya di pesanan ringkas hari itu. Adik menceritakan lagi bahawa dia tidak menyangka itulah kata-kata terakhir darinya. Tidak pernahpun dia berkata begitu..tetapi dia seakan-akan tahu akan perpisahan mereka.

Hari ini adalah hari terakhir tahun 2011. Ramai yang melalui suka duka kehidupan sepanjang tahun ini, begitu juga saya dan adik. Kejadian ini benar-benar telah membuat saya lebih matang.
Adik sangat mengesali akan pergaduhan mereka pada hari yang malang itu.

Mengapa kita harus bergaduh...mengapa begitu sukar untuk kita menghargai sebuah kedamaian?

Hari ini kita mungkin bersama..tetapi kita tidak tahu akan hari esok, lusa dan hari hari yang mendatang. Jadi sayangilah diri kita, keluarga kita dan mereka yang menyayangi kita. Luangkanlah masa demi keluarga dan orang-orang yang kita kasihi. Kerana kita tidak mungkin akan tahu....

Adik juga tidak tahu....

(Selamat Tahun Baru 2012. Kisah benar ini ditulis untuk mengingatkan semua rakan-rakan yang mengenali saya, dan pembaca yang setia..berhati-hatilah di jalanraya, ingatlah orang yang tersayang. Jangan biarkan perkara ini terjadi kepada anda. Salam Sejahtera.)

6 comments:

Apple said...

Hi Honey. Woah.. A sad story it is. I wish you a Merry Xmas 2011 and Hepi New year 2012. God Bless us all.

HoneyBUZZin said...

Hi Apple. Selamat Tahun Baru dan terimakasih kerana sudi memberi komentari di blog ini.
Kisah benar ini terjadi beberapa bulan yang lalu dan amat sedih. Ini baru sedikit sahaja yang saya ceritakan demi menjaga nama pihak tertentu yang terlibat. Apa yang penting ialah mesej yang ingin saya sampaikan disini. Maklumlah kita semakin sibuk setiap hari dan kadang langsung lupa akan orang tersayang disekeliling kita. Pergaduhan juga patut dihindari dari berlarutan kerana sememangnya kita tidak tahu bila kita akan 'pergi'. Dunia ini hanya sementara, so we must make the best out of it.

Salam Sejahtera.

BeesKuwt Marie said...

sayangilah yg tersayang... :)
maaf honey, saya lambat balas komen awak.about religion, its a good thing kalau kita saling faham memahami, yang penting ikhlas. tiada salah nya kalau awak ke majlis2 untuk meraikan hari keagamaan or memperingati sahabat dari agama lain kalau itu tidak bertentangan dgn agama awak.berlainan seperti kami yang mempunyi batasan, namun batasan ini tidak MEMBATASKAN kami untuk bersahabat dengan penganut agama lain..ia penting untuk menjaga kefahaman dan iman kami :)
selamat berkenalan, gembira dapat menambah kawan yang berfikiran sama dengan saya :)

Tikno said...

Mesej yang bagus bagi memulai tahun 2012.

Happy New Year!

buntakdayung said...

sedih, life is so precious....

Apple said...

Hi honey, well shoutmix hv closed the free account so no free shoutmix nymore. Guess we hv to use the old ones, cbox. tis is the link...
http://www.cbox.ws/index.php