Tuesday, January 31, 2012

Misteri disebalik bunyi itu...

Kalau anda bertanyakan kepada saya bagaimana bunyi itu? Saya tidak dapat memberitahu...aneh dan begitu menakutkan! Sepanjang beberapa bulan tahun lalu, itulah kali ketiga saya mendengarnya. Bunyinya amat kuat, 'sesuatu' yang 'besar' bertenggek di atap zink pejabat tahun lalu. Sehingga ke hari ini, suara itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga saya. Saya masih ingat dengan jelas, ketiga-tiga kali itu juga ia datang bertenggek di waktu senja. Saya cukup yakin kerana saya memandang kearah jam dikala ia tiba. Keadaan diluar sudahpun gelap.

Saya memberitahu rakan sekerja beberapa hari kemudian mengenai perkara ini. Agak sukar bagi saya untuk memberitahunya kerana saya tidak mahu ditertawakannya.

"Hari Khamis.. saya telah mendengar sesuatu yang amat nyaring, membingitkan telinga..dan suaranya amat menakutkan, bos pula di dalam bilik kala itu..dan saya dapat mendengarnya dengan begitu jelas"..bunyi itu cukup menakutkan...membingitkan."

"Mungkin bunyi eksos motor.. tidakpun televisyen...mungkin juga bunyi burung..maklumlah, tempat kita inikan berdekatan dengan tasik dan tempat penghijrahan burung-burung.." katanya cuba untuk menenangkan saya.

"BURUNG" perkataan ini terjah masuk kedalam minda saya, dan selepas hari itu, saya telah membuat sedikit penyelidikan 'online' di youtube dan mencari bunyi burung yang menyamai bunyi/suara yang saya dengar tetapi gagal. Saya juga mengetahui terdapat hampir 500 spesies burung di tempat kita dan....saya bingung! Apakah jenis burung yang berbunyi sekuat trumpet..ataupun senyaring hilaian..dan dapat didengari pula arah terbangannya yang begitu gagah!

Yang peliknya...sekiranya terdapat burung yang begitu besar...mustahil tiada seorang pun yang nampak akannya..kemanakah ia pergi dan bersembunyi? Mana mungkin kita tidak ketahui akan kehadirannya...kecuali ia bersembunyi di gua....dan saya masih terus mencari misteri ini sehingga ke hari ini.

Burungkah yang saya cari atau 'makhluk' lain?

Saya tidak berani bertanyakan bos perihal bunyi yang menakutkan ini..mungkin juga dia pernah mendengarnya dan tidak mahu bercerita akannya. Saya berasa gerun setiap kali mengingatkannya. Pernahkah anda mendengar bunyi sepelik yang saya dengar ini? Pernahkah anda mengalami sesuatu yang seperti itu?

Saya benar-benar ingin tahu....

4 comments:

Apple said...

Ermm.. camne bunyinya? Cam bunyi burung ke atau hilaian hantu yang cam kat tv??
Macam beberapa bulan lalu heboh psl bunyi kat langit. Rupanya tu aorora, bunyi yang dtg daripada matahari. Kecoh je bnyi dajal, mklmlah, ramalan puak mayan tntg kiamat 21 Dis 2012, tahun ni.
Apa2 pun, jika tkt, mungkin berdoa kot lbh sesuai, nk bg semangat. Tak pernah alami seumpama ni, tp jika sekadar cahaya yg terang terbang kat bwh pokok gth tu, dah berulang kali jmp. Lol!

HoneyBUZZin said...

Hi Apple..
Saya pun tidak tahu itu bunyi burung atau hantu. Tapi amat dahsyat sekali bunyinya sehingga saya takut hendak berbuat apa-apa.
Banyak yang bermain di fikiran saya selepas itu dan saya banyk buat research tentang burung dan bunyi2 aneh di youtube dan tdak ada satupun yang menyamainya atau hampir-hampir menyamainya.
Pelik benar....

(Ryu - I can't comment at your blog. There's error somehow at YOUR BLOG..) Please do fix it k. Thanks so much for commenting) If you find any weird noise at youtube, pls kindly give me the link. Many thanks - Honey)

Apple said...

Owh.. sy slalu gak tgk vid animal planet (lost tapes). Kdg2 ada binatang lagenda atau makhluk misteri yg sains tak boleh terima tapi bukti video ada. Ni link dorg:

http://animal.discovery.com/tv/lost-tapes/mothman/

http://animal.discovery.com/videos/lost-tapes-mothman.html

Saya membayangkan mothman. Konon2, mothman motif dia nk bg amaran tntg sumthin yg malang bkl jadi. hrp2 xde pape la..

(woah! thanx Honey.Probs during verification it is. No more verification, welcome spam. Lol. Thanx again. Fixed.)

HoneyBUZZin said...

Hi Apple - Terimaksih diatas linknya...menakutkan tetapi saya masih kurang yakin..saya ingin mendengar suara/bunyinya..ternyata tidak terdapat di youtube itu.
Lama saya mencari....apakah bunyi itu??