Cerita di suratkhabar Harian Metro edisi Sabah hari ini mengenai seorang lelaki (tempatan)yang menolong mengalihkan motosikal yang menghalang jalan keluar kereta kepunyaan seorang pengid telah menarik perhatian saya.
Lelaki yang berbuat baik itu tidak menerima ucapan "terimakasih", sebaliknya dimarahi dan dimaki pula di khayalak ramai oleh minah pengkid yang menyangka motosikal yang menghalangnya itu adalah kepunyaan lelaki itu. Walaupun telah dijelaskan bahawa dia cuma menolongnya untuk mengalihkan motosikal itu tetapi pengkid itu masih juga menghamburkan kata-kata kesat kepadanya malah pakaian adik perempuan lelaki itu ditarik sehingga menampakkan payudara apabila dia cuba meleraikan perbalahan mereka.
Hah! Nampaknya semakin hari semakin gila dunia kita ini. Berbuat baik pun salah, tidak berbuat baik pun salah! Kisah ini mengingatkan saya akan sebuah lagi cerita yang berlaku seminggu sebelum Tahun Baru Cina.
Pada tengahari itu, teman lelaki saya telah pergi ke sebuah bank (Standard Chartered) di Kota Kinabalu untuk membuat pengeluaran wang. Selepas sahaja urusannya selesai dan hendak beredar dari situ, seorang perempuan telah mengetuk cermin pintunya dan berteriak “..tolong! tolong!”
Teman saya hanya menurunkan sedikit cermin keretanya lalu menyuruh perempuan itu supaya segera melaporkan apa-apa kesulitan yang dihadapinya di Balai Polis. Dia kemudian memandu pergi dari situ. Saya diberitahu akan kejadian itu didalam telefon.
Dulu, masalah-masalah penipuan tidak begitu berat seperti hari ini. Zaman telah berubah, bermacam-macam taktik penipuan berlaku dimana-mana sahaja. Kebanyakkan cerita yang kita dengar seringkali berpunca dari sikap 'berbuat baik'. Tidakkah anda rasa 'pelik' dengan fenomena ini? - Bila kebaikan seseorang itu dibalas pula dengan berbagai-bagai penipuan yang tidak sepatutnya.
Bayangkanlah sekiranya ini pula yang berlaku...
Sebaik sahaja pintu kereta teman saya dibuka, beberapa orang lelaki telah masuk kedalam kereta. Seorang darinya telah menghunuskan pisau kearah perutnya dan merampas wang yang baru dikeluarkannya itu........dan.......
Huh!..dan amatlah menyedihkan sekiranya perempuan itu benar-benar seorang mangsa yang mengalami kesulitan. Bukan kerana kita tidak mahu memberikan bantuan, tetapi kita 'takut' menghulurkan sebarang bantuan!
Anda tentu ada cerita sendiri!
22 comments:
zaman sekarang nie dah tahu yang mana satu memerlukan pertolongan yang mana satu tak patut ditolong..huhu
dunia sekarang ni macam2..
-_-'
dunia~~
Niat baik kita untuk menolong seseorang belum tentu menerima perlakuan baik dari orang lain...hehhehe
Honey to Aida -
Zaman ni susah betul bezakan mana yang perlu ditolong dan yang tidak patut ditolong. Macam kes seorang perempuan yang meminta seorang gadis menolongnya menjaga bayi kerana hendak ke tandas...sampai 2 jam tidak nampak kelibat ibunya..
Parah!
Honey to TeenagerHousemaid - susah dunia sekarang! lain cara pemikiran..
Honey to Belle - Iya Bha!
Honey to Made Budi - Benar itu...
Kisah 1: Mmg zmn skrg ramai yg kurang ajar Honey. Bygkan kat tgh2 jem, ada yg hon kereta kuat2, ada yg berteriak. lainlah kita lambat mcm kura2 mgkn kita boleh terima, dia hon2, dia teriak2 bukannya akan mengubah apa2.
Kisah 2:
Hakikatnya, penjenayah2 ni menjadikan kita takut untuk berbuat baik. Sama spt kes budak di China yg dipijak lori, mereka buat2 tak tau sbb takut dipertanggungjawabkan seumur hidup untuk menyara si mangsa. Kat USA, jika kita membantu mangsa kemalangan namun mangsa mati, kita dipertangungjawabkan atas tuduhan menyebabkan kematian.
kalau aku kat tempat tu memang yang nak maki aku kena balik..orang nak tolong dah cukup bagus..dunia dunia..
Honey to Apple - Kisah 1..- waa..itu betul..ada kalanya kita tidak hon drebar depan tu..tapi dia tunjuk muka macam pengganas! (sebenarnya yang hon tu org blakang kita! Ciss)
Pernah hari tu semasa saya sedang driving pi area Lintas, ada si palui ni tia mao kasi gerak dia punya keta, so sia hon la...urg blakang pun hon bha...dia tia mao jln jugk...talingung butul, kin pans...last2 dia jln la lepas few minute..marah semua urg blakang sia ooo..
Haiyaaaaaaaa......macam2 gila!
Honey to YM Bundle - betul! macam-macam gila pun ada zaman skrang ni...
nasiblh brader tu bukan jenis kaki pukul..klu tidak...ngamlah kalau kena terajang 2-3 kali!
geram!
sabar honey ... sabar ...
anyway, selamat tahun baru ;)
Honey to Sis Mira - Heyyyyyyyyyyyyyy.....sis Mira.....lamanya tk dengar berita....I am sooooooooooo hapi to hear from you.
Ingatkan dah lupa kat honey...
Miss u sis....
Kalau macam tu kan, inda lama lagi kita mau jadi sudah macam di China... ehhh bikin takut juga oh kan.... tu lah kita mau tolong pun jadi serba salah bah sekarang ni.....
Erm...nilai sekeping hati telah ditarik.Simulasi diri membawa kejahilan.Macam2
Btl Honey.. Ad yng tak prihatin lgsng dgn pemandu lain. Penah ad sorang pakcik ni parking kat belakang keta orang, yg paking jenis lurus tu. Akibatnya, bila org tu nak keluar, tak dapat sebab tak dapat nak undur pun. dia tnggu pnya tggu, dtg sorang pakcik ni.
pck ni ckp dia pg makan. Dlm 40+ minit la jg org tu tggu. Pck tu siap marah2 lg org tu, nk cover la spy tak kena mara. haih.. dia salah, dia lak yg menyalahkan orang.
zaman sekarang dimana saja kita berada dh tak selamat.mungkin juga sebab tu org sekarang semuanya selfish,bkn tak nak tolong..tp kena pentingkan diri sbb takut perkara2 macam nie la berlaku..
Honey to Ony(bambangan) - Susah....susah...
Honey to AzwanRamli - macam-macam dunia sekarang!
Honey to Apple - Haha...itu kes 'pelik'...
Manusia...manusia..
Honey to Puan Kutu - Cukup setuju! susah zaman ni berbuat baik....takut kita sendiri menjadi mangsa.
Post a Comment