Friday, July 8, 2011

Pasrahnya hati ini.............

Sudah lama saya tidak bercerita.......kadang-kadang saya bertanyakan kepada diri saya...adakah saya masih mahu ber'blog'ging...ternyata hati saya masih sangat ingin menulis tetapi cuma masa sahaja yang kadang-kadang tidak begitu mengizinkan. Pernah juga rakan-rakan se'blog' menanyakan kepada saya..."masih sibuk..?" dan saya hanya mampu memberikan jawapan yang yang membuat saya mengeluh sendiri. "Ya"......'saya memang agak sibuk'...

Tetapi saya ingin sungguh bercerita malam ini.........hati saya pasrah..................
Hari ini sewaktu saya menunggu makanan tiba di meja, saya terpandang kesatu arah. Saya ternampak mereka lagi. Ingin sangat saya mengambil gambar mereka, tetapi adalah agak janggal sekiranya saya berbuat begitu dikhayalak ramai. Meja-meja disekeliling saya penuh dengan pelanggan -pelanggan yang datang makan nasi ayam dan char sau. Mungkin ada diantara anda yang pernah terserempak dengan mereka.

Satu pasangan tua berbangsa cina, mereka menjaja akar-akar kayu di kawasan Foh Sang. Orang yang lalu lalang begitu sibuk mengejar urusan masing-masing dan seakan tidak perasan akan kehadiran mereka. Dunia dalam keduniaannya sendiri. Saya memerhatikan mereka dari tempat duduk saya.

Si lelaki tua mengambil kain sambil mengelap keringat..dia duduk di tangga berhampiran. Dan kemudian itu, pasangannya, meminta dihulurkan botol air...saya nampak ditangannya ada tempelan 'koyok' dan airmuka mereka...kepenatan...tapi tidak mudah putus asa.

Pernah suatu ketika saya didatangi mereka " ..cik, belilah dari kami.." katanya merayu. Serba salah terus saya rasa kerana dihati saya ingin sangat membantu mereka.

"..saya tidak tahu akar-akar kayu ini untuk apa..." kata saya kepada mereka.
Memang sejujurnya, saya tidak tahu untuk apa akar-akar kayu itu. Mungkin juga ubatan tradisional...

Akar-akar kayu yang dibungkus dalam plastik, dan disimpan dalam raga rosak yang hanya diikat sambung dengan tali rafia, dan...wajah tua mereka mengingatkan saya kepada mama dan papa yang tua di kampung. Sebak terus saya rasa.

Dunia semakin tua...begitu juga kita...........dan hati saya semakin pasrah....

Friday, May 20, 2011

BILA MAKCIK BERCERITA LAGI - Dendam Kekasih-Bah2

........bersambung...

Tidak sabar saya menunggu cerita selanjutnya. Saya hanya memandang makcik dengan seribu tanda tanya...

"...perempuan tu datang ke hotel berkaki ayam dan berkemban batik sahaja.." kata makcik.

"Huh...?" saya berkata dengan begitu terperanjat dan terpinga-pinga.

"..dia hanya datang ke hotel itu bila bulan mengambang penuh sahaja..." kata makcik yang berumur hampir lewat 50an itu.

"..Pelik...sungguh pelik!...kata saya sambil mengerut dahi.

Makcik menjelaskan lagi betapa penyambut tetamu di hotel itu berasa 'tidak selesa' setiap kali bulan mengambang...kerana perempuan jelita itu akan muncul lagi di hadapan kaunter dan bertanyakan soalan yang sama setiap kali.

"Dia suruh saya datang....dia ada disini..." kata perempuan jelita itu. Dia langsung tidak memperlihatkan sikapnya yang ganjil ataupun rasa malu berkemban dan tidak bersepatu.

Dan setiap kali itulah penyambut tetamu di hotel 3 bintang itu terpaksa memujuknya pulang kerana sikapnya yang "aneh' itu cukup menganggu perasaan.

"Jadi....tiada yang datang mencari dia..?" tanya saya yang mula berpeluh dingin.

"Ada.." kata makcik sambil memandang tepat ke arah saya. Dan makcik pun menceritakan kepada saya bagaimana kedua ibubapa gadis itu berjaya menemuinya dan menceritakan kisahnya itu.

Anak perempuan mereka mula 'sakit' selepas menolak 'cinta' seseorang. Tidak tahu apakah puncanya dan dimanakah kesilapannya sehingga dia menjadi mangsa perbuatan orang. Pada waktu-waktu lain, perempuan jelita itu bersikap normal seperti orang kebanyakkan..tetapi hanya akan menjadi 'aneh' pada bulan mengambang penuh.

Makcik sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi kepada gadis itu sekarang, dan saya pula tidak berhasrat untuk mengetahuinya.

Biar apa-apapun....tidak kira mana yang salah..mana yang benar.............saya hanya ingin mengatakan ini sahaja...

Buat baik berpada-pada...buat jahat...janganlah sekali...

JANGANLAH SEKALI.....

(mendedikasikan cerita benar ini kepada member2 LOVE IS NOT ENOUGH - fb - ....think twice before you hate someone..it is better to forgive and forget....than to hate and live a miserable life..salam sejahtera - your friend - Honeybuzzin)

Thursday, May 19, 2011

BILA MAKCIK BERCERITA LAGI - Dendam kekasih-Bah1

Saya ingin sangat bercerita malam ini. Sebenarnya makcik pernah menceritakan cerita ini kepada saya..tetapi saya telah lupa akannya. Tetapi pagi ini apabila saya ternampak akan bulan purnama penuh di langit, saya terus teringat akan cerita yang disampaikan oleh makcik itu. (Dulu saya pernah menceritakan tentang perempuan berbangsa Inggeris yang pelik dalam cerita BILA MAKCIK BERCERITA ...- Putih Matanya..Bah1 & 2...)

Cerita ini berlaku di tahun yang sama dan di tempat yang sama seperti yang telah saya sampaikan dalam cerita perempuan Inggeris itu. Saya tidak tahu samada rakan-rakan pernah mendengar cerita ini atau tidak tetapi cerita ini adalah kisah benar dan memang pernah berlaku di tempat kita. Mereka yang pernah bekerja di hotel 3 bintang itu sahaja yang banyak mengetahui dan menyimpan cerita misteri ini. Kata makcik lagi, mungkin ramai yang tidak mahu membangkitkan cerita ini....sebab kisahnya sedih, kesian pun ada..seram...dan penuh seribu satu tandatanya.

"Ya ka makcik..? " tanya saya kepadanya.

"Iya....takut ko ja inda tahan mendingar..." tambahnya lagi. ("Iya...takut kau jer yang tak tahan mendengar..")

Maka makcik pun memberitahu kepada saya bahawa tahun itu memang terjadi banyak perkara yang pelik-pelik dan cerita mengenai gadis inilah yang menjadi buah mulut seluruh pekerja perhotelan itu.

"Perempuan itu memang cantik orangnya, kulitnya putih, matanya...bibirnya...dan rambutnya yang lembut cukup membuat sesiapapun jatuh hati kepadanya.." cerita makcik.

"..tapi peliknya cuma satu sahaja...." tambah makcik lagi.

BERSAMBUNG.....

Friday, May 6, 2011

Yang mana satu ni ooo...1234 atau 1334...

Saya masih ingat akan jamuan makan malam beberapa bulan yang lalu di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Memang seronok sekali-sekala makan bersama-sama rakan-rakan kerja yang bermaustautin di Bandaraya Metropolitan itu.

Kami telah dihiburkan oleh seorang penyanyi juga selaku seorang pelawak pada malam itu. Dia menceritakan kepada kami akan seorang tukang tilik yang kerjanya memberi ramalan nombor ekor. Katanya kepada si polan yang datang menilik...

"...Kamu betul betul mau empat nombor ka?"

"..ya....bagi saya satu nombor....misti mao 'ong" punya... " kata si polan tidak sabar menunggu ramalan nombor yang akan ditilik.

"..Nah...kamu dengar betul-betul..." kata si penilik.

"1234" katanya sambil bermain-main dengan bola kristal.

Maka si polan pun mengingati nombor itu dan membeli nombor ekor yang ditilik si penilik. Dalam mindanya sudah terbayang wang yang berlimpah-limpah..kerana kata orang, tilikan si penilik itu memang tepat.

Keesokan harinya...dengan perasaan amarah, si polan pun pergilah ke rumah tukang tilik.

"Mana ada keluar kau punya nombor..?' '...kau tipu punya orang...' katanya si polan begitu berang dan kecewa. Hampa benar rasanya kerana 'pengeras' semalam pun bukannya sedikit.

"Itulah kau tidak dengar betul-betul...." "Saya cakap satu, dua "tiga", empat (1334)..."jelasnya.

Si polan pun terus tepuk dahi..dan itulah nombor yang keluar pagi itu.

Bukankah kita juga begitu kadang-kadang? Tersilap "mendengar"...tersilap "terdengar..."

Betulkan?

Sunday, May 1, 2011

Wujudkah "casper" the friendly ghost? BAH 2

(Gambar diambil dari Google)


....bersambung...


Kekejaman abang "membedah' ikan-ikan yang bunting itu membuatkan dia tidak begitu "popular' dikalangan kami. Jadi, saya dan kakak-kakak yang lain hanya bermain sesama kami sahaja. Abang pula semakin ghairah melihat hasil dari kajiannya itu....dia juga tidak mahu diganggu...


Oleh sebab itu, saya amat rapat dengan kakak dan kakak selalu membawa kami bermain masak-masak, bermain lumba lari atau bermain di celah-celah tabir kain halus berwarna putih yang sedia tergantung.


Kami hanya bermain pusing-pusing sahaja..maklumlah...bukan macam zaman sekarang...ada Iphone, ada Ipad...macam-macam gadgets..itu sahajalah kegiatan masa lapang kami selain dari melihat ikan-ikan didalam 'bath tub' kepunyaan pakar ahli sains yang tidak bertauliah dalam keluarga kami. (hehehe)


Tetapi pada suatu hari itu, sewaktu papa masuk ke bengkelnya, papa berdiri kaku seakan terpandang sesuatu. Kemudian papa memberitahu kami semua supaya berhenti bermain. Kami terpinga-pinga.


"ko nampak tu...? ..sapa tu...anak sapa tu...." kata papa sambil menuding jari ke satu arah.


"mana...?" kami menjawab dengan terkejut...


"..tuuuuuuuu....." kata papa lagi.


Kami tidak nampak apa-apa..tetapi papa nampak seorang budak lelaki berusia lingkungan 5-6 tahun berdiri di satu arah.


Wuiiiiiiiiishh.....naik terus bulu roma saya ni tau! (Haiyaa...sindili tulis ..sindili takut...)


"Dia " tidak pernah menganggu kami...siapa dia dan apa terjadi kepadanya masih menjadi tandatanya kepada kami semua sehingga ke hari ini. Mungkin juga "dia" ada bermain bersama-sama kami. Cuma kami tidak tahu akan kehadirannya.


Wujudkah Casper the friendly ghost? Hmmmmmmmm..................

(Haiyaaaa..suda habis tulis..tapi sikalang, mao pigi kincing pun takut...apa punya penulis ni...Fail!)

Saturday, April 30, 2011

Wujudkah "casper" the friendly ghost? BAH 1

Malam ini memang saya ingin bercerita. Saya teringatkan cerita ini kerana setiap hari apabila saya menonton televisyen, kekadang tu terus keluar slot-slot 'berambut panjang'..'bermata merah saga'...'berbaju putih yang melompat-lompat dari satu atap rumah ke rumah yang lain selaku aksi stunt.. aiseymannnnn...patah terus semangat saya.....

Jika anda juga berperasaan begitu, jangan gentar, pesanan saya, setiap kali anda menonton televisyen pastikan "remote control' berada ditangan anda...bila ada episod-episod begitu, bha cepat-cepatlah tukar ke channel 612 - Spongebob Squarepants....gerenti aman hati anda..
(nasihat untuk mereka yang penakut seperti saya..hehe)

Ini cerita dululah..waktu masih budak-budak. Saya tidak berapa ingat akan umur saya ketika itu, tetapi saya masih ingat, saya disuap oleh kakak setiap kali makan..hmmm..paham-pahamlah..mungkin masih berhingus-hingus itu musim aa..

Waktu itu kakak-kakak saya seringkali membawa saya bermain-main di ruang bengkel kepunyaan papa di belakang rumah. Di tempat yang agak luas itu, terdapat sebuah tempat takungan air yang sebesar 'bath tub' dan sebuah akuarium ikan emas kepunyaan mama.

Di "bath tub' itu terdapat banyak ikan-ikan 'longkang'..dan disitu jugalah abang saya menjalankan pembedahan sainsnya terhadap ikan-ikan bunting sahaja. Mama pernah bertanyakan kepadanya "Ko buat pa tu.." dan abang memberitahu mama bahawa dia 'operate' perut ikan bunting dan mengeluarkan telur-telur ikan.

"..lagi cepat akuarium ni penuh dengan anak-anak ikan ma.." jawabnya dengan penuh perasaan.

Alala.............................................

Saya tidak tahu berapa banyak ikan bunting yang 'terkorban' gara-gara genius abang saya yang ketika itu mungkin berusia -10 atau 11 tahun. (He's crazy mannn...)

................bersambung...

Saturday, April 23, 2011

Bila Laut Bergelora....

Saya masih ingat beberapa bulan yang lalu, rakan lelaki saya yang berasal dari Korea itu telah menceritakan kepada saya akan kisah selamannya ketika di laut.

"waa...tentu seronok menyelam ya.." kata saya kepadanya.

Lelaki kacak berkulit cerah dan seorang penyelam amatur itu menceritakan kepada saya akan pengalamannya ketika menyelam di laut yang tidak bersempadan itu ketika kami makan tengahari di sebuah restoran Jepun yang memang terkenal dengan sushinya.

"Dulu..., kami pernah naik bot laju, ada satu "spot' dimana kami buat selaman.." katanya. "Didasarnya yang tidak begitu dalam, saya telah menangkap seekor udang galah.." tambahnya pula.

"aikk...seekor saja..? napa tidak tangkap banyak sikit..boleh juga berkongsi dengan krew-krew lain.." kata saya kepadanya.

"Tidak....saya menangkap untuk diri saya sendiri sahaja....mereka terpaksa menangkapnya sendiri jika mahu ..." jelasnya kepada saya. "Di alam ini, kita tidak tahu akan sempadannya.....kita perlu menghormati alam mereka" ..Bukan saya sahaja yang berkata begini mengenainya..malah rakan-rakan selaman saya yang lain juga turut berkata demikian.." tambahnya lagi.

Saya cuma mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Banyak persoalan yang bermain di minda saya. Mungkin benar juga kata-katanya. Saya bukanlah seorang penyelam. Saya memang biasa bersnokel. Kadang-kadang bila berada di laut dan diatas perairan terumbu karang, perasaan itu begitu lain sekali. Ia adalah satu perasaan yang begitu menakjubkan, anda benar-benar berasa seperti berada di satu alam yang berbeza, bukan di bumi...terasa pula diri saya seolah-olah menceroboh dunia mereka!

Begitu juga cerita yang disampaikan oleh seorang lagi rakan saya yang pernah membuat selaman di sebuah pulau yang terkenal di tempat kita.

"Saya hampir mati kerana tidak dapat mencari jalan keluar dari tempat itu.." kata Leo. Dia menceritakan kepada saya akan pengalaman buruk yang menimpanya pada tahun 2000 itu.

"Saya terperangkap didalam sebuah tempat 50m dari tempat spot terjunan kami.."..bukan kepalang takut saya rasa, dengan suluhan lampu, saya hanya nampak bangkai-bangkai tulang penyu yang begitu banyak tersadai disitu..." katanya sambil memejamkan mata seolah-olah cuba membuang mimpi dahsyat itu dari mindanya.

Saya hanya mampu mendengar dengan teliti.

"...saya hampir kehabisan oksigen....tapi nasib sangat menyebelahi saya..."..rakan-rakan saya yang juga berada di sana terjumpa jalan keluar .... katanya lagi.

".Apalagi..kami keluar dari tapak "perkuburan" itu dengan segera.." "Saya terpaksa naik kedarat, menukar tong gas oksigen dan turun semula kelaut untuk "membuang" nitrogen yang terkumpul dalam badan.
(haiyaa....saya tia tahu apa definasi bahasa yang betul untuk decompressed....sigu-sigu mintak ajar...)

Waaaaaaa......begitu pula. Patutlah ada seorang sahabat saya yang juga merupakan seorang penyelam yang beriktiraf tidak lagi mahu menyelam dilaut! Mungkin inilah sebabnya. Kisah 'mati' hidup semula! Alam yang begitu misteri, cerita-cerita yang 'terkubur' bersama kedalamannya.

Bila laut bergelora....mana mungkin kita tahu maksudnya...