Semasa memandu melintasi kawasan Donggongon, Penampang,
saya ternampak sebuah motosikal terdampar di tengah-tengah jalan.
Ada sebuah lori yang agak besar dihadapan saya..jadi agak sukarlah
untuk saya mengetahui apakah yang telah terjadi. Saya pun membuat
sedikit belokan untuk memotong lori itu.
"Mungkin ada kemalangan.." kata saya dalam hati. Saya memandu
secara perlahan (..takut terlanggar orang yang berkumpul disitu..) dan
ternampak ada seorang lelaki dalam usia 40an itu sedang cuba menaikkan
motornya yang telah rosak. Mungkin juga dia cedera..saya kurang pasti.
Aaaaa....ini baru mao sorita arr..
Saya cukup menyampah...selalunya bila ada kejadian sebegitu..
maka banyaklah penonton dan kereta pula akan dipandu dengan
TERLALU PERLAHAN untuk 'menyibuk' sehingga menjadi masalah
kepada kelancaran lalu-lintas. ( Tinguk-tinguk misti mao..tapi itu kurita
misti kasi jalan mah....haiya..susah oo ini maciem)
Saya juga hairan dan terkilan sebab dalam ramai-ramai yang menyaksikan
kejadian itu sebentar tadi..hanya satu orang sahaja yang tampil memberikan
bantuan.. Apa sudah jadi dengan masyarakat penyayang dan prihatin kita?
Saya teringat pula cerita yang disampaikan oleh seorang pastor di gereja
beberapa tahun yang lalu. Semasa perjalanannya kesebuah tempat yang
agak jauh dari bandar, keretanya rosak dan tersadai di tepi jalan.
Dia melambai-lambaikan tangan ke arah kereta-kereta yang melalui
jalan itu malangnya tidak ada seorangpun yang berhenti menghulurkan
bantuan. Beliau berasa agak pasrah dan kecewa kerana bukan tidak ada
orang melalui kawasan itu tetapi orang tidak mahu menghulurkan bantuan.
Syukurlah, beberapa jam kemudian datang seorang penduduk kampung
yang secara kebetulan berbasikal ke jalan yang sama. Hanya dialah yang
menolongnya. Dalam cerita ini, secara kesimpulannya, dia memberitahu kami
....seseorang yang baik itu bukan dinilai dari wang ringgit, kekayaan ataupun
warna kulit..tetapi di hati kitalah terletaknya kekayaan itu. Harta..wang
dan tanah akan lupus ditelan zaman..tetapi hati yang baik, iklas, suka menolong
dan tiada hasad dengki..adalah harta kita yang kekal. Harta yang tak
mungkin dapat di curi dan diambil dari kita..sebab ia kekal selamanya.
Saya cukup bersetuju...sebab saya tahu ..sesiapa yang memiliki "harta hati"
ini maka tidak akan timbulnya persengketaan..tiadalah jurang "kau..kau.."
dan "aku..aku"...Dihatinya ada keamanan..dihatinya ada kedamaian..dihatinya
penuh kemaafan..
(..teringat pada 'Atuk'....sobsobsob...)
21 comments:
Memang dasar sikap kita ingin tahu tapi tidak mau terlibat dengan benda2 yg boleh menyusahkan kita...hisss napa mesti gitu kan? Mungkin kita sdh jd manusia materialistik yang terlalu terikat dengan masa dan hal masing2 tanpa menghiraukn lg perkara lain di sekeliling.... Sy pernah rusak motor suatu ketika masa belajar dulu di Bongol dari Ranau balik ke KK. Nasib baik ada org kg di Gaya Ratau yg tolong sy semasa malam buta tu...sy paksa bg duit pada anak kecil dia sebab menunjukkan terima kasih padahal si penolong mmg terang2 mengatakan dia bantu sy dgn ikhlas...Bukti masih ada insan yang sanggup membantu kita...Suatu ketika dahulu, sekarang?
Saya amat kagum dengan orang kampung yang tinggal dipedalaman maksud saya masih ramai yang ingin membantu kalau mengalami kesusahan di jalanraya atau apa2 kesusahan lain...tapi keadaan seperti ini sukar untuk saya lihat bagi orang2 dibandar... minta maaf ah orang bandar sebab saya pun biasa hidup dibandar dan kampung dan mengalami suasana kedua2 tempat cuma saya membesar dipinggir bandar.
Dikampung orang2nya masih tinggi tahap keperihatin sungguh pun tidak punya wang yang banyak ish siapa bilang org kg tiada wang??? kalau yang tanam getah dan durian wow pakai 4WD oh pigi kebun...
Di bandar pula entah lah susah mau cakap... no komen lah mungkin juga masa eksiden tu berlaku orang kelam kabut pigi karaja dan hantar anak pigi sekolah??..ada banyak sebabnya...
Waww...so nice post!honey..so touchingggg ...saya bagi 5 Bintang untuk post ni! ..betul! Saya sangat suka honey buzz punya post2!Huu
Kekadang orang sekarang ni mudah hanyut dengan kebendaan,kemewahan dan kesenangan semata sedangkan ianya hanya sementara saja. Apa yang jelas saya lihat orang sekarang suka akan budaya " masing2 ba", dan "Kau,..kau . Saya,..saya" .
Ini semua kerana orang sekarang jauh sekali ingin memiliki "harta hati", lebih kepada harta benda!
Apa2 pun,langkah menggapai " harta hati " salah satunya adalah selalu bersyukur padaNya! Kesempatan masih ada...rebutlah!
Makasih untuk post ni honeybz!God Bless you! ( GBU) !
Hmm. camna nak kata eh? rasanya sy sebahagian dr orng yg akan lalu perlahan2 tu kot.. Isk3.. diri ini snggh mengkeciwakan.
Kawasan pedalaman mmg agak baik berbanding kat bandar. seandainya kita tertinggal beg kat pedalaman, petang2 pasti ada org kg hantarkn beg tu ke rumah. jk kat bandar, hoho.. susah nak kata. apapun, baik itu baik n jahat itu jahat.
sungguh tidak bertanggung jawab org2 itu... sa pun selalu tekena jgk begitu tu...
manusia semakin egois saat ini. jadi susah bener mau cari orang yg sudi membantu sesama.
Semoga kita menjadi orang yg selalu peduli pada sesama ya.
Brader Reno...saya dapat memahamikepayahan kmu melalui situasi itu...tapi saya juga berasa bangga sebab punya seorg rakan siber yang baik budi pekerti seperti brader Reno...
Sepatutnya begitulah..kalau orang tolong kita..sedikit sebanyak kita hulurkan balik sedikit wang tanda terimakasih walaupun orang itu iklas. Disini..wang bukan lagi menjadi ukurannya..tetapi lebih kepada 'budi yang baik..dikenang juga"
Salam buat brader Reno...I would love to be ur sis..
Lagi satu..jgn panggil saya kakak..saya lebih muda dari kamu..adik tiapa arr..kakak?jatuh saham ooo...aikss
Hi Sumunie..betul tu.Honey sokong..
Tahun lalu kereta saya pancit di tempat letak kereta berdekatan pasar Lido, Penampang..I went to the hardware shop..minta bantuan...tapi teda urg mao tolong oo..bagi duit pun derang bilang teda urang mao tulung sia bikin..
Saya hampir mao nangis...tapi nasib baik saya punya ramai kawan..saya call Michael, kawan saya...dia rush terus dari tempat karaja(half day-Saturday) dan tolong sia.
Nasib baik ada kawan ooo...dia bukan boypren sia arr..tapi kawan satu gerejala..
(Thanks Micheal...)
Hi Sogoh...benar tu...sebenarnya saya sendiri juga kekadang mempraktikkan sikap KAU..kau dan AKU..aku..
Terpulang pada situasi dan orang yang kita mao tolonglah.
Sila baca artikel saya yang bertajuk 'KHIANAT' ...untuk situasi sebegitu, saya lebih mahu menyendirilah dan tia mao tahu hal urg lain...
Cerita saya cerita masyarakat biasa ja Sogoh...baru belajar mao berblogging..dan sedang belajar dari bloggers lain.
Ryu...betul tu...kalau baik tu baik..kalau jahat tetap jahat..
Masyarakat sekarang lebih banyak menyendiri...rumah sebelah dirompak pun..derang tia tahu...huhu
Rahma - tak boleh buat apa-apapun kalau terkena..cuma kita mesti lebih berhati-hatilah..
Fata - Benar juga tu Fata...biarlah orang lain tidak mempedulikan sesama mereka..tapi kita mesti terus peduli akan keadaan sekeliling kita. Hari ini hari orang lain...esok lusa mungkin hari kita pula.
I remember one parable at the Bible..the samaritan man..
Sepakat Honey, kekayaan hati sangatlah penting. Hatinya penuh cinta kasih terhadap sesama, cinta damai...
Setuju... memang seperti itu yang harus diperhatikan saat sekarang...
honey sememangnya orang kampung itu baik2 sangat.. ;)
tapi klo bagi yg memandu mungkin mereka terlalu mengejar waktu atau
buat tak tahu ja.
saya masi ingat blog si bossing yg
dahulu mengenai tentang 2 ekor anjing d mana seekor itu d langar sampai mati,kamudian anjing yg satu masih hidup menghampiri anjing yg mati,sehingga menyalak nyalak seolah olah menangis.
semua pemandu terkejut melihat adegen itu.seperti sesak jalan.ada juga orang yg turun menyaksikan keanehan itu.
jadi saya kira klo mengenai kemalangan tadi tidakla seteruk binatang.jdi renung renungkan...sama2 ta saling bantu membantu tak mengira bangsa dan agama juga keturunan apabila dalam kemalangan.
mengapa binatang mampu melakukan ? hehe.. :)
sedangkan manusia suda d kurniakan akhal kan. ;)
Honey, mimang sekarang ni dah jadi lumrah dunia semakin menjurus kepada kepentingan sendiri.. Bukan ingin merendahkan orang di kawasan bandar, tetapi kenyataan jelas perkara sedemikian memang terjadi.
Sy pun pernah mgalami kerosakan semasa dlam perjalan dari kg karagasan ranau ke kota kinabalu dimana tangki minyak hitam enjin sy telah bocor dan masyarakat kampung begitu prihatin, walaupun masa itu hujan tetapi beberapa orang pemuda yg bermotosikal, sanggup meredah semata2 mencari bengkel yg boleh memperbaiki kerosakan kereta sy.. sebagai mengganti minyak motor dan terima kasih sy menghulurkan sedikit wang..
sy tahu mereka iklhas , dan sya LAGI IKHLAS kerana ada orang yg membantu sy..
huhuhuhu...mengharapkan INSAN seperti ini terus ADA selamanya...
God bless all..
Erik..takeC. Semoga sihat selalu ya.
Brigaspad...terimakasih kerana sudi memberi komentar..salam
Bulukun - Hi brader..betul tu...sia pun heran ba..
Johnny - Itu yang terbaik. Kamu juga baik seperti brader Reno. Regards
begitu laa tu mandak.. mcm tiada lagi baaa tolong menolong ni kan.. ada pun kurang laa.. sikap individualistic.. nowadays smakin tebal... hmm..
this my new house.
Betul tu Beck....susah mao mintak tolong sama urg sekarang ne..semua ngan hal derang masing2...
Bukan lagi seperti dulu....sekarang sudah lain.
Post a Comment