Semasa membalas kunjungan ke beberapa penulis blog baru-baru ini saya telah terbaca tentang artikel mereka mengenai OKU-Orang Kurang Upaya ini. Semalam saya terbaca lagi di blog sahabat saya 'Budiawan' dan ini membuat saya teringatkan kembali email-email yang saya terima mengenai keistimewaan OKU ini.
Pernah saya terbaca mengenai seorang gadis yang dilahirkan tanpa kedua belah tangannya namun dia berjaya mendapatkan ijazah di sebuah pengajian tinggi dan menjalani rutin hidup seperti biasa...seorang lelaki yang bermain alat muzik dengan hanya menggunakan kakinya sahaja dan seorang budak perempuan berusia 9 tahun yang dilahirkan buta tetapi pandai pula mengubah lagu dan bermain muzik dengan begitu baik sekali serta olahragawan OKU yang menyertai pra-olimpik di arena antarabangsa. Bukankah ini adalah antara perkara-perkara yang seringkali kita dengar mengenai mereka?
Kadang-kadang bila saya terkenangkan mereka ini, banyak yang bermain di minda saya..mereka yang kurang upaya ini boleh hidup lebih "sempurna". Mengapa mereka boleh hidup dengan penuh kedamaian di hati, kecekalan yang sekuat besi dan penuh rasa kesyukuran? Mengapa mereka lebih tahu menghargai kehidupan?
Kita yang sempurna ni lain pula ceritanya. Bukankah kita yang lebih sempurna sepatutnya lebih kuat..lebih cekal..dan mampu melindungi mereka yang lemah? Mengapa pula kita menjadi semakin kejam?
Seringkali kita mendengar tentang ketamakan manusia, kezaliman dan kes-kes yang mencabar rasional minda kita seperti pembunuhan kanak-kanak, pembuangan bayi dan lain-lain perilaku yang bersifat kebinatangan. Bukankah semua ketidakwarasan ini dilakukan oleh mereka yang dilahirkan sempurna, tiada cacat celanya? Sakitkah kita ini?
Yang pasti, semua ini telah membuat saya insaf..semua ini telah membuka mata dan hati saya yang "buta". Kini saya tahu..didalam kelemahan seseorang disitulah terletaknya kekuatan sebenarnya..dan didalam kekuatan seseorang disitulah letaknya kelemahannya yang maha...
9 comments:
Setiap manusia itu unik ada ego masing2 perangai pun masing2..saya percaya pada circle of life dan takdir...cuma terus terang saya katakan saya tidak tahu apakah jawaban untuk kekejaman yang manusia lakukan.
Good topik honey I hope I can get something from the comments of other bloggers.
yay.. agree wif you... tu hari sya tgk tu dokumentari, tu lelaki ada satu tangan n satu kaki ja dia pandai n brani drive and pandai berenang lg tu.. huh.. yg sya ni..blum lg brani2 ... sya pun mau blajar jg dr dorg ni.. we must learn to live our lives to the fullest ma kan.. :)
Penulisan yang sangat bagus. Ini lah manusia. Nobody perfect.
Walaupun OKU ini kekurangan dari segi kesempurnaan hidup, tetapi semangat dan kecekalan mereka untuk meneruskan kehidupan adalah sangat luar biasa. Im proud of them.
Yes.. Good topic..!
Setiap manusia dilahirkan dengan anugerah2 istimewa dari Tuhan. tapi selalunya kita tidak pernah sedar akan keistimewaan itu, malah dengan seribu satu penolakan terhadap diri sendiri.. tiak cantik lah, tiak hensem lah, gumuk lah..macam2 lah..
penolakan sedemikianlah yg selalunya membuat kita kadangkala tidak bersyukur dengan apa yang ada..
Mererka yang dikategorikan OKU, adalah insan yang bersyukr dengan apa yang diberi Tuhan, mungkin tidak pernah mempersoalkan kenapa Tuhan memberi mereka "kekurangan" anggota.. Tuhan itu adil, tidak pernah berat sebelah..maka kekurangan itu diganti dengan kelebihan lain..
BERSYUKUR DAN SELAMI DIRI, MAKA AKAN DITEMUI APA YANG ISTIMEWA TENTANG DIRI KITA!
agaknya kekurangan yg jelas menjadikan mereka lebih rendah diri. kita yg menganggap diri kita sempurna mempunyai kekurangan yg kurang jelas. hati kita, nafsu kita, semuanya xkelihatan. mereka mungkin kurang dari segi fizikal tapi lebih dari mental dan semangat. kita sempurna dari segi fizikal tapi rohani dan mental masih ditahap yang agak lemah.
one of the best post honey! 5 stars!
Kita yang sempurna ni lain pula ceritanya. Bukankah kita yang lebih sempurna sepatutnya lebih kuat..lebih cekal..dan mampu melindungi mereka yang lemah? Mengapa pula kita menjadi semakin kejam?
Benar, kadang kita gak menyadari betapa beruntungnya kita memiliki anggota tubuh yg lengkap.
nice post, sis!
lupa untuk mengucapkan syukur seringkali dilakukan oleh kita-kita yang sudah diberikan kelengkapan anggota tubuh.
malah seringkali tetap merasa kurang, dengan katakanlah melakukan operasi plastik. hidung kurang mancung, di operasi. bibir kurang bagus, dioperasi.
padahal apa yang sudah Tuhan berikan saya rasa itu sudah sempurna.
mengucap syukur-lah dalam keadaan apapun...
aiseh.... biasa lah tu mandak...ada yang kureng dan kurang masing masing...
tapi semua keunikan bah tu
they're into surviving... n complete pple into destructions... hmm.. good for u to concern.. :) one life isnt that simple.. its depends on the beholder.. :) xoxox honey.. lmaa tia p sini.. ;))
Post a Comment