Thursday, March 12, 2009

Cantik Bunga Sahara..silapnya dimana?

Semasa berkunjung ke Negara Thailand dua tahun yang lalu, saya berkesempatan
menonton persembahan 'Tiffany' yang diadakan di Pattaya, sebuah daerah kecil di
Negara Siam itu.

Apa yang menakjubkan disini ialah persembahan tarian dan sketsa pendek yang dipersembahkan diatas pentas auditorium itu sebenarnya dimainkan oleh lelaki yang berperwatakan lembut - Pondan (Maaf, demi penulisan yang berhemah, saya
ingin menamakan mereka 'bunga' sahaja)
Saya agak terpesona melihat mereka ini ...kerana mereka mempunyai
perwatakan seakan-akan perempuan dan memiliki kulit dan tubuh badan
yang agak 'ahem-ahem'.

Selepas sahaja selesai persembahan Tiffany itu dan sewaktu menunggu
pelancong-pelancong lain yang turut mengikuti rombongan bas yang sama,
saya mengajukan beberapa soalan kepada pemandu pelancong kami yang
berbangsa Cina-Thai itu.

Saya bertanyakan tentang penjagaan badan mereka kerana saya agak
mushkil..bukankah mereka itu sebenarnya dilahirkan lelaki? (selain dari
pembedahan plastik..ada juga yang cuma makan pil hormon sahaja..tiada
penukaran jantina yang berlaku)

Cik Dauntip, pegawai pelancong itu memberitahu saya bhawa
'bunga-bunga' ini mengambil suntikan hormon sekurang-kurangnya
seminggu sekali untuk mengekalkan bentuk badan mereka.

Sebenarnya, saya pernah juga terbaca sebuah artikel berkenaan perkara ini
tetapi kerana sifat ingin tahu saya begitu mendalam..saya mengajukan soalan
lagi kepadanya..

"tidakkah dengan mengambil suntikan hormon ini sedikit sebanyak akan
menggugat kesihatan? (iyalah...kan ada pengubahan hukum alam...mereka
bukanlah perempuan tulin tetapi sebenarnya lelaki)

Jawapan yang saya terima dari Cik Dauntip itu sungguh memeranjatkan.
"Kalau bernasib baik..mereka hanya dapat 'bertahan' sehingga 60tahun.
Selalunya, mereka-mereka ini 'bertahan' sampai 40tahun sahaja" katanya
kepada saya.

Banyak yang saya fikir selepas itu. Benarkah mereka dilahirkan begitu?
Benarkah mereka berjiwa perempuan tetapi terperangkap di dalam tubuh
badan seorang lelaki?

Ada yang mengatakan bahawa mungkin ada kaitan dengan hormon...pembawaan
dari kecil lagi...dan macam macam lagi.
Ada juga faktor faktor lain yang dikatakan telah menyumbang kepada

identiti yang agak 'taboo' dikalangan masyarakat timur kita.

Saya juga pernah berkawan dengan dua orang 'bunga' sewaktu di sekolah
menengah. Mereka betul-betul berperwatakan seperti perempuan. Lembut..
tapi bukan yang lembut...dan kasar..bukan pula yang kasar. Mereka ini
berjiwa lembut...mereka juga mengalirkan airmata seperti kita. Mereka juga
mempunyai perasaan. Hati mereka cepat tersentuh dan mereka juga agak cekal.

Mereka tahu masyarakat timur seperti kita sukar benar untuk menerima
keunikan mereka dikalangan kita. Saya rasa serba salah pula semasa menulis
artikel ini kerana saya tidak faham mengapa adanya 'lelaki' seperti ini dan sebaliknya.

Masyarakat selalunya memberikan 'lirikan' yang tidak selesa apabila terjumpa
mereka ini..tetapi tidak ada yang meminta dilahirkan sebegitu atau......memang ada
sebab lain disebaliknya?

Mereka tentu rasa terpinggir..seperti bunga di padang sahara..cantik tetapi terpinggir.
Salah siapa? Silapnya dimana?

7 comments:

Unknown said...

yah, saya juga pernah melihat 'bunga' spt ini di Thailand.

mereka bener2 cantik dan mulus. bentuk tubuhnya sangat sexy. sampai2 saya berpikir mereka perempuan asli.

sebenarnya kasihan juga melihat mereka spt itu. tubuh laki2 tapi jiwa perempuan dan akhirnya memaksakan diri jadi perempuan dg suntikan hormon. tapi..itulah hidup....kdg kita gak mengerti mengapa harus ada 'bunga' spt itu.

Nika said...

wah semakin hari semakin jatuh hati pula sia baca blog ko Honey. Pandai betul ba ko mengolah sesuatu cerita. Kalau di Jepun ni ramai 'bunga' yang menjadi popular sebagai hos dalam TV. Mereka kebanyakkannya terlibat dalam industri hiburan, juru mekap, image consultant dan pelawak.

Sharon Rodriguez Charles @ Xang said...

waaa.
misti mengalahkn perempuan btl ne durg!~
hehe.
fake la bah kiranya ne.
alalal.
nice topic honey!

HoneyBUZZin said...

Fanny - Betul tu..kadang kadang saya terfikir betulkah mereka ini dilahirkan sebegitu? apa yang terjadi sebenarnya? Sependapat...saya juga merasa kasihan melihat mereka...saya rasa lain...tapi mereka memang ada dikalangan kita.

Nika - Terimakasih kerana selalu support Honey dan membaca entry entry disini. setahu saya di Thailand bunga-bunga ini masuk MISS Tiffany... cantik cantik semua tu..cuma suara saja yang 'slack' sikit.

Xang - Betul tu!

D.L Sumunie said...

Saya tidak nafikan ada yang memang dilahirkan macam itu. saya juga pernah berkawan dengan mereka ini dan mmg dari kecil mcm itu. kasian sebenarnya kalau kita tahu mereka ini dah mcm itu.Mrk tercari2 identiti mrk bila dah dewasa dan mampu mrk inginkan suatu identiti sebab itu ada diantara mereka yang sanggup suntik tubuh untuk identiti yg mereka sudah pilih.

Tapi untuk kes macam di Thailand tu saya yakin ramai yang melakukan suntikan hormon untuk cari makan. sebab mrk ini tahu kalau jadi perempuan senang cari makan tapi durang lupa kebanyakan org lelaki ni kalau tahu mrk ni 'bunga' mrk kurang berminat. Lelaki tulin yg normal kalau diberi pilihan "bunga" atau perempuan tulin pasti mrk pilih perempuan tulin walaupun 'bunga' itu lebih cantik dan seksi.

Tapi saya tidak nafikan 'bunga-bunga' diTiffany tu mmg cantik terlalu perfect untuk perempuan cuma suara lah tak boleh diubah :)...ini menyedarkan saya bahawa apa yang tuhan anugerahkan jauh lebih cantik....bebanding suntik2 ni...

Apple said...

Mmg agak kesian gak bl tngk mrk. Ada yg mmg bersifat P dari lahir tp ada gak yg kerana wang sanggup jadi camtu.
Penah kawan sy tunjuk satu gmb miss Tiffany n salah sorng dr dorng mmg cam P yang real. Hoho.. sngt menakutkan!

Medusa said...

:) mmm.. :) many factors :)

its like one's character.. u cant change em.. except that they wanted to change. can u change a person who doesnt really wanna change for sure (perhaps; who know)? if u say yes u can; how does it so? can u swear that they'll 100% back to normal? will u gurantee em not to lost again (even for a while)? ...u cant changed em.. :) they're unique at both sides.. the positive sides and negative sides.. lol

either to guide em back to normal or ignoring /blackmailed em with intentions:- is a total waste.. unless they're willing to change..

but the theing is.. how long can pple accept em back if they change? how long can they stand to deal wif pple who doesnt seems like giving em any opportunity to back to normal nature?

:) interesting honey. =)