Friday, March 20, 2009

Tajamnya duri...



Baru-baru ini saya telah pergi ke sebuah daerah yang agak jauh dari bandar Kota Kinabalu atas urusan kerja. Seronok juga kalau dapat bekerja dan mencuci mata...kurang juga rasa 'stress'. Itulah sebabnya blog ini terasa sunyi sepi sahaja..uhuk-uhuk.

Majikan saya yang memandu pada hari itu dan semasa melewati sebuah perkampungan di bahagian Ranau, kami nampak beberapa pondok kecil yang menjual buah durian.
Wah...teruja benar majikan saya. Kami bertiga (majikan, isterinya dan saya) terus 'lepak' sebentar di pondok itu sambil menikmati hidangan yang lazat itu.

Inilah pengalaman pertama saya makan terus dari tapak penjualan...
Aikkk...sedap juga makan terus di situ...saya duduk bersantai sahaja dan tersenyum memandang perempuan yang menjual buah durian itu.

Pada mulanya saya sangka perempuan itu belum berumahtangga kerana orangnya agak cantik dan menarik. Biarpun berpakaian kampung, kecantikan perempuan itu memang terserlah. Oleh kerana dia cantik, pernah juga dia didatangi pelanggan yang cuba mengodanya serta memberikan cadangan 'sampah' sebegini kepadanya.

Bikin apa kamu kerja begini..bagus ikut saja saya'

"Saya hanya tersenyum saja" katanya kepada saya. Banyak lagi karenah karenah pelanggan yang membuatkan dirinya tersenyum. Kadang-kadang dia membalas juga..

"memang beginilah hidup kami..orang kampung.." katanya kepada saya sambil memandang jauh.

Saya cuma mengangguk-anggukkan kepala sahaja pabila mendengar ceritanya itu. Saya rasa memang benarlah...memang ada orang yang hanya 'hidup' kalau ada wang dan harta benda...Tetapi mereka silap..bukan semua orang berpendapat begitu.
Saya rasa kesihatan yang baik adalah harta kita yang penting. Apa guna wang bertimbun..tetapi sakit!

Kadang-kadang saya berfikir pula...untuk mencari nafkah hidup..berapa banyak yang kita perlu untuk hidup...berapa banyak yang kita perlu untuk mencapai matlamat 'SUDAH CUKUP"?

Pendapat sayalah, pengalaman hidup yang susahlah yang akan membentuk sikap dan jati diri seseorang itu. Seperti buah durian..disebalik tajamnya duri ...didalamnya lemak manis rasa isinya. Hmmm...sedapnyerrrr...Nyum nyum..

20 comments:

Haris said...

Saya setuju Honey, kesulitan hidup menjadikan kita lebih matang, dan timbul semangat berjuang dan bertahan hidup. Banyak pelajaran yang diperoleh dari kesulitan yang kita hadapi

rahma said...

another interesting story from you ^-^

Apple said...

Kehidupan sememangnya seperti itu. Jika kita xpernah melakukan kesilapan, kita xkan pernah belajar. jika kita xhadapi rintangan, kita xkan pernah menjadi matang. Rintangan itula duri durian dan pengalaman itulah rasa manisnya durian.

Unknown said...

kamu suka durian ya?
wah, saya malah gak suka. soalnya kalo sudah makan, baunya susah hilang.

ღ NinieJane ღ said...

:)
it'll worth in d end, susah2 itu lady, nanti dia will get something special dat she deserve :)

--- said...

nyum! nyum! buah durian! diluarnya duri, didalamnya manis, nyum! nyum! nyum! Bagus ni history!

ya, biasa orang yang berharta akan mendapat banyak semuanya, segala2nya dia akan dapat, cuma satu.. dia tidak dapat membeli nyawa manusia..sebab walaupun bertimbun-timbun harga seseorang itu tetapi hidupnya tidaklah tergantung daripada hartanya...

Tapi kesian ni wanita kena cakap mcm tu.... mereka sepatutnya tidak cakap yg bukan-bukan, tidak tahu kalau mereka hanya bermain saja, dan wanita itu tidak ambil hati...

Kejadian mcm ni bukan satu dua kali saya dengar. Ada juga yang tergoda dan ada yg buat tidak tahu saja....hem...

Duuuulu (Duuulu lah), (Beberapa tahun yang lalu, kekasih saya dirampas oleh orang lain kerana orang itu menggoda kekasih saya dengan kereta mewah buatan Jerman. Ternyata melekat bah sama sekali, saya menangis tanpa air mata) ...mungkin saya diam-diam saja tapi saja jenis yg tidak suka bergaduh.... cuma berharap kepada Tuhan untuk melakukan sesuatu... itu saja iman yg ada pada saya..

Walaupun saya membuat teguran dan mulai memarahi dia tetapi apakan daya.... Kebebasan itu juga ada padanya.. so, lepaskan saja..

Mulai dari saat itu, saya mulai faham bahawa kekayaan seseorang boleh dijadikan kejahatan untuk memperbodoh-bodohkan seseorang.

HoneyBUZZin said...

Erik my friend...wah..tukar lagi avatarnya deh..
Didalam kesusahan dan kepayahan hidup...baru kita akan menjadi dewasa. Banyak lagi yang perlu Honey belajar....

Rahmaaaa....tengkiu sebab selalu mengikuti blog honey. HUGSSSS

Ryu...."Rintangan itula duri durian dan pengalaman itulah rasa manisnya durian"....BETUL TUUUU!

HoneyBUZZin said...

Fanny... - Hmmm...honey suka makan durian..sedapnyerrr....baunya memang susah hilang..tapi rugi jika tidak makan.

Ninie - yea..it's true. I hope the best for her and her family. Biarlah bersusah-susah dahulu..bersenang-senang kemudian.

HoneyBUZZin said...

San,
Saya faham perasaan kamu dan saya harap kamu dapat melupakan perkara yang sudah.
Bukan semua oranga kaya itu tidak berhemah..ada juga orang kaya itu pada mulanya orang susah..tetapi atas sikap positif yang dimiliki...ketekunan bekerja..mereka menjadi orang senang.
Memang perempuan itu tidak mengambil hati...kalau adapun..terpaksa diam-diam saya rasa kerana...dia sedang berurus niaga dengan pelanggan.
Tapi kalau suami perempuan itu ada..tidak mustahil kalau kepala pelanggan itu dilontar dengan kulit durian. OUCHHHH...

Unknown said...

Nice sharing Honey!! Ya.. pengalaman akan mendewasakan kita.. memang benar kerana 'kekuatan dan semangat' yg ada dlm hidup saya ini berpunca daripada pengalaman hidup yang susah dan banyak terluka..

TashadeNatasha said...

saya xsuka durian.
walau tak suka saya masih boleh telan

HoneyBUZZin said...

Alv - Pengalaman hidup..suka duka adalah guru kita yang terbaik. I wish u well Alv..TakeCare

HoneyBUZZin said...

Tasheda.... - It's ok kalau tidak suka durian. bukan semua orang mempunyai citarasa yang sama. Saya suka makan durian..tetapi telah berkurangan sekarang..kalau ada ..makan..kalau tidak ada..tidak makan pun ok.
Terimakasih kerana melawat blog ini. 3 cheers!

D.L Sumunie said...

Dunia materialisik asyik dengan duit dan harta...hilang jati diri pun ada;D....he he..tapi kan sia nokobihis nampak itu durian nyum nyum...buah kegemaran si sumunie tu..

GC said...

Saya memang peminat buah durian, untuk menikmati buah yang enak di sebalik duri yang tajam rasanya semua tau kita kena pandai menakluki duri-duri yang menjaga buah enak tu.

satu lagi artikel menarik dari Honey.

Duit tidak pernah menjanjikan kebahagian tetapi jika ada duit hidup kita senang, mari kita renung bersama ...

my ½ sen hehehe

Tikno said...

Duri tajam tapi saya suka durian.
Salam.

Sharon Rodriguez Charles @ Xang said...

alalala..
durian gtu..
fyi, sy tia mamam durian.
ntah la. kanapa.
1 jak yg tia makan tu d rmh.
pdhal suma urg d rmh gila makan tu taw.
haha^^

Mama Mia said...

Good sharing...:)

Ratnariz said...

siuk oh...the story...teringin mau makan buah durian trus tau....

HoneyBUZZin said...

Sumunie, Cikgu Greg and Tikno....
waa..now I know who likes durian..
hehe...

Xang - u don't know what u miss oooo.....it's ok kalo tia suka durian...try durian cake ka? mungkn nda gitu strong bau dia.

Mama Mia - Thank you for visitg me.
regards