Saturday, April 25, 2009

Disebalik Mimpi ...

Saya terbangun pagi tadi bukan kerana kurang rasa selesa dengan keadaan yang agak panas tetapi kerana saya telah mengalami sebuah mimpi yang agak aneh. Saya tidak tahu bagaimana untuk menceritakan mimpi yang saya alami itu.

Saya tidak mahu menceritakan mimpi yang saya alami kelmarin tetapi saya ingin memberitahu satu mimpi yang pernah saya alami dulu...Saya bermimpikan seekor burung merpati putih (putih sangat) yang ditanam hidup-hidup. Saya tidak tahu siapa yang berbuat demikian, tetapi saya mengambilnya, membuang kekotoran yang ada dibadannya dan melepaskannya terbang jauh. Ada sesiapa tahu maksudnya?

Kata orang tua-tua, mimpi itu kadang-kadang ada maksud-maksud tertentu disebaliknya. Saya kurang pasti akan kesahihan cerita ini. Benarkah begitu?

Jude, rakan sekerja saya memberitahu bahawa dia selalu juga bermimpi. Pernah sekali itu dia bermimpi dikejar hantu. Yang peliknya, hantu yang mengejarnya tidak boleh terbang tetapi dia yang boleh terbang pula. ....Aikkk..."waitaminit"....yang mana satu hantu ne?

Begitu juga cerita mimpi dari Rozi. Katanya, dimalam sebelum hari pertunangan, dia dan kekasihnya mengalami mimpi yang hampir sama ertinya. Dia mengatakan kepada saya, di dalam mimpinya, dia tidak dapat menemui kekasihnya itu di majlis pertunangan mereka.

...dan menurut cerita mimpi tunangnya pula, dia bermimpi semasa berada di sebuah tempat yang sesak dengan orang ramai, dia juga kehilangan Rozi.. tetapi mimpinya itu berakhir dengan baik dengan pertemuan mereka. Rozi tertanya-tanya sehingga hari ini apakah maksud disebalik mimpi mereka? (mereka sudahpun berumahtangga sekarang)

Bagi saya, mimpi mereka memang menarik. Sepasang kekasih, bermimpikan sesuatu yang sama dan di malam yang sama pula? Bukankah pelik kamu rasa?

Saya juga pernah mendengar bahawa mimpi seorang ibu memang lain dari yang lain...terutama bermimpikan akan anaknya.

Adakah semua ini hanya satu kebetulan sahaja? Adakah mimpi sebegini membawa maksud-maksud yang tertentu disebaliknya? Saya pernah mendengar ungkapan orang yang mengatakan mimpi itu cuma mainan tidur sahaja.

Mimpi yang bagaimanakah yang pernah kamu alami? Adakah mimpi kamu menggerunkan, melucukan atau sampai berpeluh? Adakah ia benar-benar terjadi seperti yang dimimpikan?

Benar atau palsu, percaya atau tidak..saya tidak ada jawapan untuk itu.

14 comments:

Lee said...

Hi, Honeybuzz, Dreams are only thoughts you didn't have time to think about during the day.

A dream which is not interpreted is like a letter which is not read.

Have a nice weekend, Lee.

Kris and Nadia said...

alala... sya pun slalu mimpi nda best ni.. slalu mimpi lari dr org yg mau bunuh sya.. huhu.. scary

zener_lie said...

kamu mimpi apa? kok mimpimu tidak diceritakan?

mimpi yag paling menakutkan bagi aku. seseorang yang mengucapkan dahhhh (ungkapan untuk perpisahan). karena pernah kejadian 2 hari setelahnya ia meninggal :(

HoneyBUZZin said...

Uncle Lee - I don't know about dreams..cos some says it's just a dream..but I got some very unusual dreams..some even keep coming at a very regular pace.
Anyway, Thanks for dropping-by. Nice knowing you Uncle Lee.

Nadia - Waaa...very dramatic punya mimpi tu..

Zener - Honey tidak tau bagaimana untuk menceritakan mimpi yang dialami...agak pelik saya rasa...
Nanti saya akan ceritakan lagi...

Thefarmer said...

honey,
Ketika tidur otak kita sepatutnya juga berehat.Ada masanya otak kita masih sedikit bekerja ketika tidur dan memproses pengalaman,percakapan,apa yang kita lihat dan apa yang kita alami yang kita tidak ambil kisah sangat ketika siangnya atau hari hari sebelumnya. So ,jangan risau kio.... selamat berhari minggu.

Apapun,Thefarmer rasa kamu punyai persepsi dan hati yang baik terhadap sesuatu bila otak kamu masih mampu untuk buat keputusan yang baik ketika sedang 1/4 sedar (mimpi)

Ratnariz said...

mimpi ni selalu ada meaning di sebaliknya..well let me tell you something..this is true story and i experience it almost 4 times so far in my life .

The first 2 ..i had a similar dream which is my teeth infront patah or tercabut but no blood.I told my mom about it..and my mom said within a period of time one of our relatives will passed away....i dont know this is coincidence or not but its true..twice.First my own grandmother and one i other relatives...shocking huh...and scary also beb..

And second thing is..every time i prayed for both my grandmother(who'd passed away) i will definetly dreamt about them.Either they smilling at me or giving me a hug ..and will cry in my dream as i woke up..i really cried...hmmm...thats the mystery things that we cant explain kan dear...

Hope you have a good dream tonite and any other nite...take care beb..

cicak said...

Saya dengan mimpi, penuh dengan keajaiban 'deja vu'.
Benda yang saya pernah 'lihat' dalam mimpi, kadang-kadang boleh nampak semula dalam dunia nyata.
Terus terfikir 'Eh! macam pernah nampak saja kejadian macam ni... deja vu!'

Kemudian, ada lagu-lagu yang saya pernah 'mimpikan', ada di dunia nyata! Walaupun saya tidak pernah pun dengar sebelum ni.
Contohnya salah satu lagu dalam soundtrack 'Autumn In My Heart' (KDRAMA).

Ada orang cakap, mimpi ialah mainan tidur. Tapi saya rasa la (secara peribadi) yang manusia mempunyai kebolehan yang belum disedari. Ada kan teori pasal 'penerokaan minda' dan manusia hanya menggunakan lebih kurang 20% sahaja kapasiti otak?

Mungkin kita boleh melihat masa depan melalui mimpi?
Siapa tau :)

atok said...

mimpi mainan tdur.
eheh

Nirmana said...

Dreaming always and always, a sweet dream every night.
But, even it could make my smile bright
Or I got everything there
but...
but...
Only a fact which could make me happy
because, I didn't live at dream.
I lived at realy world.

Come on, woke up!

HoneyBUZZin said...

The Farmer - o i c...

Sis Ratna - Honey juga menangis dalam mimpi...

Cicak - mimpi memang sesuatu yang...I don't know what to say..mungkin juga..mungkin juga

Anonymous said...

Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

amni syauqina said...

askum n hy,aku bermimpi suamiku buat masiat dgn perempuan lain,p aku tak kenal sapa org 2,aku sgt sedih mimpiku 2,tkt jadi benar2.dh 3kali aku bermimpi mcm 2.:(

HoneyBUZZin said...

Amni - Jangan terlalu serius..kadang kadang mimpi itu hanya satu permainan tidur semata-mata.
Berdoa saja..mungkin lain maksudnya.

HoneyBUZZin said...

Rantong - Tq for the link.