Thursday, August 27, 2009

JENAYAH - Sesuatu yang perlu anda tahu! (2)

Ada sesuatu yang menarik perhatian saya ketika membaca suratkhabar 'Daily Express' sebentar tadi. Berita menarik yang dipaparkan disitu memberitahu kita bahawa adanya modus operandi mencuri kad ATM secara licik yang dijalankan terhadap orang awam seperti anda dan saya apabila membuat pengeluaran atau transaksi wang di mesin pengeluaran wang ATM di bank.

Bagaimana?

Mula sekali, kita di TARGET....huhu....(mestilah...) Mereka berdiri agak rapat dengan si-pengeluar wang

Kemudian.....apabila pengeluaran wang berjaya.......(belum sempat mengambil kad ATM) bahu si-pengeluar wang akan ditepuk..dan diberitahu ada wang yang jatuh di lantai. Inilah masanya mereka bertindak apabila mangsa menunduk dan mencari wang yang dikatakan telah jatuh itu.

Gengnya yang lain akan cepat-cepat mencuri kad ATM yang belum sempat diambil oleh si mangsa ataupun dengan sekilas mata membuat pertukaran dengan kad ATM dengan kad yang kelihatan hampir sama dengannya.

Mangsa akhirnya mendapati adanya transaksi wang dijalankan apabila sedar akan kadnya telah dibuat pertukaran dengan kad yang lain.

Beginilah zaman 'auta' yang kita huni sekarang. Jadi berhati-hatilah.....
(Apasal derang tidak curi kad ATM "ALONG" yang berbelas-belas tu?.....hik!)

***Kejadian seumpama itu dilaporkan berlaku di Brickfields, Kuala Lumpur.

14 comments:

Anonymous said...

makasih informasi yg sangat berguna ini, terkadang kita tak sedar sewaktu itu, jadi musti kena jagalah.

Don MS said...

Jenayah ini memang real... macam-macam teknik sudah dicuba dan diexperimenkan oleh mereka ni. Yang hairannya, dalam kebanyakan kes... penyangak ni selalu berjaya. Kalau kata dorang expert... tidak juga. Cuma, orang ramai yang membantu mereka sebenarnya.
1. sifat mudah tertawan dengan kebaikan hati orang lain (walaupun palsu selalunya...)akan memberi kelebihan kepada penyangak ini. Mungkin ini lah yang mereka sudah kaji sebenarnya....

2. Selalu tidak ambil kisah dengan amaran dan "bad sign" di sekeliling sebelum membuat transaksi. Biasanya di depan mesin ATM tu ada tertulis... "jangan kira duit di depan ATM"... tapi biasanya dorang kira juga.Kalau duit kurangpun... nak buat apa depan ATM tu? Bukannya bboleh suruh mesin tu keluarkan yang selebihnya...he..he.. paling-paling pun, mesti urus dalam bank juga! Keadaan ini yang memberi ruang kepada penyangak bertindak juga...
3. Sifat baik hati orang ramai lagi satu. Kadang-kadang ada individu yang minta tolong keluarkan wang untuknya.. konon-konon dia tidak tau tekan. Ini mustahil jika berlaku di bandar... sebab orang ada kad ATM ni, biasanya atas pilihan mereka sendiri. Bukan Bank paksapun. Kalau mereka minta bermakna mereka sepatutnya tahu menggunakannya. Lainlah kalau di kawasan luar bandar... ada juga si aki dan si odu yang ada kad ATM tapi inda tau pakai.. he..he.. Jadi, ini memberi ruang juga kepada si penyangak melakukan sesuatu yang menguntungkan mereka... cth: tukar kad....

atok said...

tp dorg sure x ley bwat kalo ade ramai org kan?
huhu

HoneyBUZZin said...

Patahati - My friend, baguslah kita saling mengingatkan...kita tidak akan tahu...dan tidak sedar waktu itu...

HoneyBUZZin said...

Bro malaikatSesat -

1) "sifat mudah tertawan dengan kebaikan hati orang lain (walaupun palsu selalunya...)"

- INI BENAR! SAYA SOKONG 100%. mungkin juga kita kurang pendedahan akan adanya kes kes sebegini.

2) Selalu tidak ambil kisah dengan amaran dan "bad sign" di sekeliling..

- INI BENAR JUGA! Kita lupa, dunia tidak begitu selamat lagi untuk dihuni...sebab terlalulah banyak sangat penyangak tidak kira lelaki atau perempuan yang sanggup membuat apa saja untuk menipu. Janganlah dibiarkan diri kita ini ditipu dan tertipu...dan jangan sekali kita menipu la....

3) Sifat baik hati orang ramai lagi satu.

- Betul juga! huhu...bukankah kita ini masyarakat yang penyayang? (hik)
Janganlah bersikap baik tidak bertempat...belum tentu sikap baik kita dihargai oleh orang lain..
dan sikap yang kita sangka baik itu, mungkin akan membawa padah pada diri kita sendiri!

HoneyBUZZin said...

atok - selalunya penyangak penyangak ini membuat sesuatu dengan strategi....mereka ini pintar pintar belaka...tapi pintar yang 'jahat' la...
Mereka tau...kalau 'masuk lokap' tu sakittt!

Mira said...

justeru itu, elakkan daripada mengeluarkan wang di tempat2 yang sunyi ...

HoneyBUZZin said...

Sis Mira - Betul tu! kalau mahu mbuat pengeluaran wang, bawa teman bersama. Jangan pergi satu orang terutama di tempat-tempat pengeluaran wang yang kelihatan lengang dan sunyi!
(Lamanya tak dengar berita dari sis..sihatker?...selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri)

Lee said...

Hi Honeybuzz, just dropped by say hello and have a happy hari Merdeka. Best regards, Lee.

BuDakHutaN said...

ya bah , tu along kalau berbaris lagi byk kad diorang...
hehehe

HoneyBUZZin said...

Uncle Lee - hi...nice to see you dropping by here every now and then. Have a great day Sir!

HoneyBUZZin said...

Budak Hutan - hehehe...tau pun.

GC said...

sia stuju tu kanapa la durang inda ambik jak kad along-along tu, bukan durang inda tau setiap ujung bulan babaris bah ... hati-hati la kita

HoneyBUZZin said...

Uncle Greg Chai - Uncleeeeee..long time no see....