Monday, October 5, 2009

Bila Badut Berjenaka....

Baru baru ini, penduduk-penduduk di negeri ini telah digemparkan dengan kisah sekujur mayat yang telah ditemui didalam sebuah rumah. Yang peliknya tentang kes ini, pihak berkuasa mendapati terdapat dua wanita yang tinggal bersama mayat lelaki ini yang dikatakan telah disimpan dirumah itu selama 13 bulan.

13 Bulan? (mode – gosok-gosok mata..aikk..betulka?) Bukan seminggu atau dua….dan wanita-wanita itu dikatakan telah diamanahkan oleh si mati untuk tidak menguburkan mayatnya nanti dan tunggu sehingga mayatnya hidup semula. (kes ajaran sesat)

Selepas membaca cerita menggemparkan ini, ada sesuatu yang terlintas di benak fikiran saya. Saya tertanya-tanya dan berasa cukup hairan akan sikap kedua dua wanita itu..apakah yang terjadi, mengapa begitu sekali kepercayaan mereka terhadap sesuatu yang tidak mungkin dan dapat pula dimanipulasikan sehingga sedemikian rupa?
Saya rasa yang ditunggu (mayat) tidak akan hidup...tetapi yang hidup adalah bakteria…dan sel-sel otak yang memerlukan sedikit kajian!

Kes-kes sebegini mungkin tidak sebegitu dahsyat kalau berbanding dengan kisah-kisah barat yang menakutkan seperti kisah pembunuhan bersiri dan bermacam-macam lagi.
Saya juga pernah diberitahu oleh seseorang akan kisah penipuan seorang wanita yang suka sangat menipu…dari cerita A ke Z dan cerita dari Z ke A, semuanya penuh tipu helah dan plot cerita menarik dan penuh dramatik yang mana mungkin kalau dibukukan boleh mencecah sehingga 300 mukasurat.

Bah begitulah….. Jangan sahaja kita berhati-hati di jalanraya…..di zaman sebegini, kita perlu juga berhati-hati dengan badut badut yang terlalu suka berjenaka. Anda tentu faham maksud saya, apa bukan?

Hmmmmmmmm…..

16 comments:

cicak said...

Nampak betul kan apa pengaruh 'agama' bulih buat sama manusia. Bayangkan kes Ayah Oltromen Pin dulu tu sampai kaki dia kana cuci pakai susu pastu tu susu kana minum lagi ulih penganut dia. Punya palui.

'Agama' juga la yang dijadikan 'alasan' untuk kebanyakan perang di dunia ni sekarang. Jadi sa tia berapa heran.

Cuma itu lah, sebegini moden kita, rupanya masih ada lagi manusia yang telampau 'buduh' begini. Kan?

(Bayangkan tu 'pengasas' yang suda mati tu suru tu penganut dia makan tai sampai dia akan 'idup' kembali????)

Nirmana said...

akh...selalu berisi curhat ya..

hehe, tidak apa...teruslah menulis kawan

HoneyBUZZin said...

Cicak - hahaha....penuh perasaan brader..
Bah begitulah selalunya...kalo terlampau picaya....otak pun macam ada 'sot' sikit la...
Cerita ini mengingatkan kita betapa kadang-kala..ada perkara yang tidak logik pun kita boleh anggap benar...

HoneyBUZZin said...

Trimatra - hehehe...curhat biasa biasa aja....

Uncle Greg said...

Honey,

berita tu mimang mengemparkan ... dan pada masa yg sama menghairankan ... nah, sia ada klip dari youtube mau dikongsi.

Kris and Nadia said...

ya ada sya tbaca di daily ekspress kemarin2 nda silap.. tkejut pula sya.. adaka patut.. bgung2..

HoneyBUZZin said...

Uncle Greg,
Thank you for the link. Watch it last night.
Makes me ponder...makes me ponder...

HoneyBUZZin said...

Kris & Nadia - BINGUNG tooo!

Unknown said...

iya, kita harus hati2. lagipula orang yg sudah meninggal tak mungkin mendatangi kita. dia sudah berada di dunia lain. kalo toh ada hantunya itu bukan dia tapi iblis yg menyamar jadi dirinya.

Williborn said...

Hehehe...Buduhhhh...Tidakkah wanita-wanita itu terhidu bau busuk mayat tersebut? Kalau ada bau busuk maknanya sudah kojol...tidak bernyawa lagi. Macammana mau hidup semula kalau sudah buruk....atau sudah jadi bangkai?

Bukan pelik tapi itulah yang dinamakan "tidak Waras"...kalau waras pun mungkin ia adalah kes jenayah (kes bunuh)...disebabkan ada sesuatu yang mahu disembunyikan dari siasatan pihak berkuasa (Polis) maka mayat tersebut dikatakan telah menurunkan wasiat walhal sebaliknya. Mungkin mereka sengaja melambat-lambatkan mayat tersebut dikubur supaya nampak seperti benar mengenai cerita mereka tentang wasiat simati.

...kalau berjaya dibuat sedemikian, mungkin orang disekeliling pun tidak suspek sesuatu yang mencurigakan dan tiadalah Polis Report...manalah tau kann....tapi itu cuma andaian sia saja bah...apa-apa pun kes ini harus disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa.

FATAMORGANA said...

kayaknya emang lain aliran niih....

HoneyBUZZin said...

Sang cerpenis Bercerita,
Thank q sis kerna sudi singgah blog Honey. I hope we can chat more often in YM.
Take Care and have a wonderful weekend.

HoneyBUZZin said...

Bro setiawan - iya...memang lain aliran..sesat!

HoneyBUZZin said...

Bro Williborn - iyakan...mungkin juga ...

Unknown said...

siang, honey..how are u?

HoneyBUZZin said...

Sang cerpenis Bercerita - saya bagus aja Fan. Agak sibuk ..ada kerja mao buat nih!
Thanks for dropping by. Regards