Thursday, December 3, 2009

Bukankah kita 'sepatutnya' tahu......

Baru-baru ini saya telah pergi berehat di sebuah pulau yang terletak lebih kurang 1jam perjalanan bot dari Pekan Semporna.

Anda tidak tahu betapa terujanya perasaan saya apabila kedatangan saya disambut bagaikan seorang diplomat penting dari luar negeri, siap dengan nyanyian bersertakan mainan alat musikal seperti gitar dan tambourine.
(Aiseyman...alangkah bagusnya kalau tiap-tiap hari bila ke tempat kerja kita disambut dengan suasana 'gemilang' begitu? Hehehe....)

Tapi ini bukanlah sebabnya mengapa saya membuka entri ini. Sebenarnya saya agak tertarik dengan suatu isu yang dibincangkan oleh seorang pencinta haiwan. Malam itu selepas jamuan makan malam, kami diberi sedikit taklimat mengenai kitaran hidup spesies haiwan yang dipanggil Penyu.

Apa yang menarik disini, seorang pelancong asing berbangsa Inggeris telah berdiri dan menceritakan kisahnya dimana semasa beliau berkunjung di sebuah tempat di utara Semenanjung negara kita, penduduk-penduduk di sebuah perkampungan, mengambil, menjual dan makan telur penyu secara terbuka.

Dia berasa agak hairan kerana katanya, disini, kita bersungguh-sungguh benar cuba melindungi haiwan ini tetapi pada waktu yang sama, disini juga, telur-telur yang sepatutnya dibiarkan sehingga menetas telah diambil sebagai sajian sarapan pagi. Terpinga-pinga juga saya rasa...

"Kalau sudah bertahun-tahun, turun temurun, makanan(telur penyu) yang dikatakan punyai banyak khasiat itu tiba-tiba dimansuhkan....bukan mudah bagi mereka menerimanya. Bah..kan sudah jadi semacam 'staple diet'..." kata John, rakan saya.

"Bukankah penjualan telur-telur tersebut satu pencarian turun-temurun mereka..? ..Susah tu kalau minta mereka tutup perniagaan....' kata Danial pula.

Bagi saya, mungkin kita kurang pendedahan mengenai spesies ini dan betapa kita perlu melindunginya dari pupus. Saya teringat pula cerita 'GORILLA IN THE MISTS' dan isu yang dibentangkan di filem itu. (Maaf, saya tidak ingat nama pelakon wanita yang memegang watak utama di filem itu)

Saya teringin tahu apa respon pembaca mengenai isu ini. Rakan-rakan saya telah memberikan pendapat mereka masing-masing. Apa pula kata anda? Silakan semua.....

10 comments:

Mizz Coki said...

nama pelakon itu ialah Sigourney Weaver.

HoneyBUZZin said...

Honey to CoKelaT-RaWkZ - ya ya....hehe....

Nirmana said...

ketika manusia berlaku tidak adil terhadap sesama mahlukNYA, manusia sendirilah yang merugi dan akan menanggung dari akibat perbuatannya

Belle Edwin said...

emm..buli juga kita cakap ni macam rantai makanan ba....

cicak said...

Sebenarnya saya sendiri pun pernah makan telur penyu. Sebiji dan x habis pun sudah muntah.

Bukannya sedap. Cuma siapa punya idea yang mengatakan 'benda yang tidak sedap itu lah yang berkhasiat'.

Saya rasa baik kalau ada kempen kesedaran tentang bahaya kepupusan penyu ini disebabkan kegiatan seperti itu yang berleluasa. Dulu memang lah, penyu banyak. Tapi sekarang bila sudah sedikit, kita kena lindungi. Dulu mungkin 'kurang' jenis makanan yang boleh dimakan. Tapi sekarang kita ada banyak lagi 'telur' alternatif untuk dimakan.

Cuba pass-passkan cerita, semoga generasi kita yang seterusnya adalah generasi yang faham dengan kejadian kepupusan ni.

Atau cakap saja, nanti PERHILITAN tangkap. Hehe

HoneyBUZZin said...

Trimatra - saya hairan...mengapa perlu makan 'makanan' sebegitu bila terdapatnya makanan-makanan lain....
Perlukah kita berbuat begitu...

HoneyBUZZin said...

Belle - ;) *wink*

HoneyBUZZin said...

Bro Cicak -

".....Tapi sekarang kita ada banyak lagi 'telur' alternatif untuk dimakan."

Honeybuzz to bro Cicak - 'telur cicak' bos...penah try ka? hehe
(gurau senda arr bos..jan marah..)

Unknown said...

kita harus ikut melindungi mereka. jangan sampai menjadi punah.

HoneyBUZZin said...

Honey to Sang Cerpenis Bercerita - Seharusnya kita melindungi haiwan haiwan yang semakin pupus.Salam buat kamu Fan!