Monday, July 5, 2010

Mistik

Hari ini saya berkunjung ke pusat rawatan reflexology lagi. Bukannya sengaja saya ke sana tetapi dua bulan yang lalu saya terjatuh dan menyebabkan urat kaki kanan saya terkehel teruk. Sudah beberapa kali saya mendapatkan rawatan dari 'uncle singseh' dan di pusat rawatan ini, tetapi kaki saya masih terasa sedikit sakit.

Hari ini, di pusat rawatan itu, saya berasa bertuah sekali kerana dapat berkenalan dengan seorang jejaka, pencari bahan 'mistik' untuk rancangan yang diterbitkan oleh sebuah saluran TV di negara kita. Pada mulanya saya tidak mengenali dia, tetapi cerita punya cerita maka terceritalah beberapa cerita 'mistik' yang mungkin tidak pernah kita dengar.

Kata lelaki gempal itu, (maaf, saya lupa namanya) memberitahu, di Kinabatangan, Sabah pernah terjadi buaya membaham beberapa orang.

"ada budak, orang tua...ada sampai empat lima orang yang mati dibaham buaya...." katanya kepada saya yang sedang duduk bersebelahan dengannya.

Lalu dia pun menceritakan kepada saya bagaimana penduduk tempatan yang bermaustatin di kampung pendalaman itu pernah mendengar suara-suara aneh setiap malam di tempat dimana bangkai buaya yang besar itu terdampar. Dia mengatakan kepada saya, suara-suara 'mistik' malam itu merupakan roh-roh mereka yang tidak pergi dengan aman. Perkara ini menyebabkan penduduk kampung disitu berasa seram sejuk dan tidak 'selesa'.

Dikatakan lagi, pernah beberapa orang yang mahir dalam bidang 'mistik' ini cuba memberikan 'kedamaian' kepada roh-roh yang tidak aman ini tetapi gagal. Wah..! cukup aneh!

Percaya atau tidak...hanya anda saja yang tahu.

Salam Sejahtera.

6 comments:

Willie a.k.a Reptoz said...

Seramnyer...sebab tu aku tak suka buaya. Muahahah

Puan Saiman said...

Honey,

ishhh....bikin takut ni. Kalau kakak sudah dengar cerita begitu tu, silap2 indak dapat tidur tu. Bunyi cicak pun bikin jantung berdengup bertambah kencang...takutnya.....

Kris and Nadia said...

hahaa... Willie~ bkn di Swak sana byk buaya ka? :)

Honey~ i really love all your story.. mcm novel pula.. buli ka len kali kasi panjang skit lagi crita ko :) hihii :D

HoneyBUZZin said...

Honey to Willie - Hehehe....bukan di Sungai Rejang banyak buaya ka bos?
(Agree with Cikgu Nadia)

HoneyBUZZin said...

Honey to Puan Saiman @ sisterku yang cantik dan gebu..-Sila percaya. (hehehe)

Selalunya begitula apabila kita mendengar cerita cerita mistik..Honey tulis sendiri pun terasa seram sejuk..hehehe

HoneyBUZZin said...

Honey to KrisNadia - hehehe..bah..len kali Honey tulis panjang2 k.
HUgs..