Banyak cerita yang telah saya tulis. Ramai juga yang selalu tertanya-tanya, "betulkah cerita ini...?" dan sebagainya. Sebenarnya, kebanyakkan cerita yang disampaikan disini adalah kisah benar, samada melalui pengalaman saya sendiri ataupun kisah-kisah yang diceritakan oleh rakan-rakan lain. Saya pernah menulis cerita ...Bila makcik bercerita lagi - Putih matanya, Dari Diari Seorang Polis - Kasihnya Pati, Disebalik kata-katanya dan lain lain lagi yang saya kira amat menyentuh perasaan.
Tetapi ada sebuah lagi kisah yang ingin saya sampaikan disini hari ini. Cerita yang diceritakan oleh rakan baik saya dari laman fesbuk. Sebuah kisah yang paling menyentuh perasaan...
Saya juga bersembang dan bertanyakan banyak perkara kepada sahabat saya itu.
Katanya.."Perempuan itu doktor sebenarnya.." "kesilapan menggunakan ubatan yang salah telah menyebabkan matanya buta seketika (buta seketika..?)
Pada mulanya saya tidak berapa faham..."betul-betul tidak nampak..?"
"Iya...." kata Lia.
"Berapa lama?" tanya saya lagi.
"Mungkin ada beberapa bulan.." " Tidak berapa pasti...." katanya lagi.
Apa yang paling menyentuh perasaan ialah bila Lia menceritakan kepada saya bahawa setiap malam, doktor perempuan itu akan memanggil anaknya yang berusia lingkungan 12tahun ke arahnya.
Si ibu yang hilang penglihatan sementara itu hanya mampu menyentuh seluruh raut wajah anaknya itu dengan linangan airmata. Kemudian dia memeluknya lama. Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan suasana ketika itu. Mungkin baginya dengan berbuat begitu dia dapat mengekalkan imej wajah anak kesayangannya dari semakin pudar.
Katanya selalu " Adalah mukjizat bagiku, kalau aku dapat melihat semula..,Bagiku, dapat melihatnya semula adalah syurga.."
Sedih pula saya rasa. Kadang-kadang saya berpendapat kita ini seakan tidak begitu menghargai apa yang ada di depan kita. Kalau doktor dapat merasakan syurga apabila dia dapat menggunakan deria penglihatannya semula..betapa pula kita melihat "syurga' setiap hari.
Kata sahabat saya lagi, ".... kita dikurniakan sepasang mata yang membolehkan kita melihat birunya langit, putihnya awan, serinya bunga dan cantiknya anak-anak kecil..mengapa kita masih tidak gembira? " Beringatlah selalu betapa kita bertuah mempunyai mata yang dapat melihat segala keindahan kehidupan ini..."
Hmmmm....saya cukup setuju sekali.
(Dari cerita yang disampaikan oleh sahabat saya itu, selepas menjalani beberapa ujian perubatan, doktor malang itu kini dapat melihat semula...)
14 comments:
Thanks for sharing the story.
Saya tidak dapat imagine kalau saya buta sebab saya amat minat dengan fotografi dan appresiasi mata.
Hargai apa yang kita ada sebaiknya.
People see the unseen good things sometimes when they're in their hard times.
Honey to Cicak - Ya..kita patut menghargai diri kita terutama sekali apabila kita sihat dan sempurna. Good for you if u like photography. I can see that u got the talent.
Honey to Rungitom - It's always like that....bcos we are human...
its only when we lose something then we realized how much its worth it kn..
lets take good car of ourslves.
good for the doctor to see again.
thats what we call as second chance. :)
Honey to Dreamchaser - She is so lucky to be able to see again. Maybe she'll treasure life more after a bad ordeal. I guessed we all do after something happened.
tul, kadang kita tidak menghargai apa yg kita miliki
Hi Honeybuzz, you just write from your heart. And for fun. And what comes to mind, be it memories or experiences....
and even though my sebelum Merdeka University of Pasar Malam bahasa is rusty, boleh la fahan sedikit your posting.
But ta'berani comment as saya takut kena silap get mistaken for marriage proposal, itu la lecheh kan? Ha ha ha.
You have a nice day, a pleasant buka puasa and simpan satu lagu dalam hati, Lee.
mata adalah kurniaan yang paling penting dan perlu kita hargai...
sama penting dengan mata hati...
jangan hilang keduanya...
Adedehh...Doktor pun boleh salah ubat sendiri?...sia rasa dia ne terlalu tension dengan kerjayanya melayan pesakit hingga buat kesilapan sendiri. Kesian...
Sia takut nanti doktor ini salah beri ubat pada pesakitnya pula dan mengakibatkan kes yang sama berlaku kepada orang lain...hehehe
Sayang itu mata...tanpa mata gelap seluruh pandangan, umpama malam menanti siang yang tak kunjung tiba...maksudnya gelap terussss...Thanks Honeybuzz.
Honey to Fanny - Betul tu Fan....
Honey to Uncle Lee - Good..good...hahaha...boleh belajar semula bahasa....bukan susah juga..
You keep well too Sir! Have a blessed day
Honey to Budakhutan - betul tu...kalau hilang juga mata hati...tiada apa yang berguna lagi..
Honey to Williborn - Ya benar tu...sia pun heran..macamana itu doktor boleh ambil salah ubat?
Post a Comment