Tuesday, January 17, 2012

Kerja kuli seperti kita.......

Semasa saya 'blog buzzing', seringkali juga saya terbaca penulisan blogger yang meluahkan perasaan akan keresahan mereka tentang kerjaya yang dipilih. Saya juga turut berasa simpati kerana saya memahami keadaan mereka.

Saya juga pernah bekerja dan berhenti kerja. Saya juga tahu betapa payahnya untuk seseorang itu mencari kerja jikalau tiada sijil kelayakan ataupun kehilangan sijil kelayakan seperti saya. (Cisss...gara-gara pindah rumah...saya tidak tahu bagaimana melalui sesi temuduga!) Kuli atau tidak...kedua-dua kelayakan ini pun pernah saya sandang!

Jadi hari ini, saya menulis entri ini khas untuk semua yang bergelar bos..tidak kiralah bos besar ka? bos kecil ka?...ataupun yang berpangkat! Mungkin anda juga pernah melaluinya atau sedang mengalaminya...

1) KERJA KULI SEPERTI KITA...."kelayakan"
Kita memohon kerja "A" tetapi lama-kelamaan kerja itu bertambah kepada "B" , "C", "D" dan "E" Situasi beginilah yang sangat membingungkan sesetengah pekerja. Kerja-kerja sampingan lain yang tidak ada kena mengena dengan kerja yang kita pilih! Selalunya begitu! Pelik tapi benar..apa bukan?

2) KERJA KULI SEPERTI KITA...." gaji"
Sikap positif yang ada dalam diri seseorang memungkinkan seseorang itu tidak begitu berkira dengan majikan mereka, slogan-slogan yang memberikan motivasi seringkali dilihat tertampal didinding...tetapi yang kurang diberikan tumpuan oleh majikan diatas dedikasi terhadap kerja ialah kenaikan gaji, kenaikan pangkat atupun kedua-duanya sekali. HUH!

3) KERJA KULI SEPERTI KITA...."pilih kasih"
Ni lah yang sukar untuk dihuraikan. Kita pun tidak tahu mengapa sesetengah pekerja itu diberikan kelonggaran..ada yang ketara tidak membuat kerja tetapi majikan kita tidak mahu berbuat apa-apa! Sungguh tidak adil, apa bukan! Saya bukanlah ingin mengatakan bahawa semua majikan itu begitu adanya, tetapi kebanyakkannya begitu. Mungkin ingin memberi peluang kedua kali..tetapi kalau sampai berkali-kali, perlu diingat... motivasi pekerja bawahan lain akan turun ke tahap beku!

4) KERJA KULI SEPERTI KITA .." kedekut"
Ada sesetengah majikan itu teramatlah kedekut. Susah benar bekerja dengan majikan seperti itu.
Segala perbelanjaan pejabat dikira dengan penuh teliti. Mesin faks yang hampir nyawa-nyawa ikan itu jugalah yang masih " dipertahankan" ... Apabila dokumen penting yang dihantar atau tidak dapat diterima dengan baik, kita pula yang susah!

5) KERJA KULI SEPERTI KITA.." kurang penghargaan"
Bayangkanlah jika anda adalah pekerja yang melalui situasi A dan B tetapi tidak diberikan penghargaan sebaiknya...bagaimana perasaan anda?

6) KERJA KULI SEPERTI KITA.."terlalu sempurna"
Majikan didalam kategori inilah yang dilihat paling tidak popular dikalangan pekerja. Secara terus terang, sikap beginilah yang selalunya menghancurkan motivasi seorang pekerja yang bersungguh-sungguh bekerja dengan tekun. Apa tidaknya..? segala-galanya yang dibuat oleh pekerja itu tidak akan pernah sempurna dimata majikan yang mempunyai minda yang cetek seperti ini

7) KERJA KULI SEPERTI KITA.."bersikap biadap dan kasar"
Saya pernah mendengar sebuah cerita yang disampaikan oleh teman saya berkenaan dengan pekerja perempuan ini. Hanya dengan perkataan " F_ _ K" sahaja yang dikatakan kepadanya oleh majikan yang berang atas sesuatu perkara, dia memberikan notis 24jam. Katanya "saya berasa cukup terhina!" Majikan yang bukan calang-calang orangnya ini terpaksa mencari dua orang pekerja lain untuk menggantikannya. Bukan semua pekerja itu 'multi tasking'! Rugi Besar!

Ini hanyalah 7 perkara yang sempat saya sampaikan....inilah keluhan yang seringkali tidak dapat difahami oleh majikan diluar sana. Kalau saya berkesempatan lagi, dilain masa pula, saya akan menulis dari sudut pandangan seorang majikan pula. Apa kata anda? Mari kita berkongsi cerita!

Selamat Bercuti. Gong Xi Fa Cai!

12 comments:

Unknown said...

ya susah kalo udah pilih kasih ya. biar udah kerja rajin tetap gak dianggap sama majikan

Budiawan Hutasoit said...

mungkin kalau di Bahasa Indonesia kedekut ini artinya pelit (stingy) ya?
kalau saya bertemu dengan bos yang "bersikap biadap dan kasar", saya akan pukul dan sepak...hehehe

HoneyBUZZin said...

Honey to Fanny - Iya..benar itu!

HoneyBUZZin said...

Honey to Bro Budiawan - Yes! stingy (pelit). Brutal juga bro! Hahahaha..tetapi seorang pekerja perempuan hanya mampu berbuat begitu sahaja, jauh sekali ingin memukul majikan yang biadap!

Mad Buddy said...

Jadilah Bos.....hehehe, jangan jadi pekerja. Pekerja seperti kita ini memang serba salah, maju kena-mundur kena

Apple said...

Wuu.. PArt yang no.1 tu no komen. Skrg ni, ramai majikan yng salahgunakan pekerja. Dari orang gaji, terpaksa jadi tukang kebun, tukang cat sekaligus.
Ada kawan kakak sy, kerja tukang kebun sekolah (perempuan), masa majlis guru2, dia tukang masak n tukang cuci. Malam2 dia jd sekuriti. Gaji sebulan RM500. kesian? Terpaksa jg, sbb dia ibu tunggal. huhu..

Skrg mmg agak susah nk cari keja Honey. Bukan nak memilih, tp jika gaji rendah sngt, susah nak byr bil2, nk byr sewa etc.

HoneyBUZZin said...

Honey to Made Budi - Salam sejahtera. Terimakasih kerna sudi singgah sini dan memberi komentar.

Apa yang paling mengecewakan seseorang pekerja yang bekerja bersungguh2 ialah tiada penghargaan. Kebajikannya tidak dijaga dengan baik.

HoneyBUZZin said...

Honey to Apple - I feel really sorry for that woman.

Majikan sepatutnya prihatin..tidak patutlah..gaji cuma RM500, tapi mengambil kesempatan diatas kesempitan hidup orang lain! Kasihan dia ditindas begitu.

Aleen Aiden said...

maksudnya certificates hilang masa proses pindah rumah? aaaa mohon dijauhkan kejadian seperti itu.hu3

HoneyBUZZin said...

HB to Aleen - i found it oredy..sooo hapi....haiyaaaaaaaaa...kin saspen. Luckily jumpa balik..if not I can see that my future work will contain this vocabulary "coffee or Tea?" adedei..

lukisan bunga said...

lebih baik jd bos yg kepemimpinannya baik....hehehe...
namanya jg kerja di t4 orng jadi mau tak mau mesti mau...positif thinking n semangaaattt

salam kenal n sukses selalu :)

HoneyBUZZin said...

Honey to Lukisan Bunga - Terimakasih kerana sudi memberikan komentari.
Salam kenal.