Saya ingin berkongsi sebuah cerita lagi hari ini. Sebenarnya saya tidak berapa ingat akan cerita ini sehinggalah saya blog buzzing di tempat blogger APPLE a.k.a Ryuzaki L Kid di BWERKhttp://bwerking.blogspot.com/
Tulisnya di entri "Aku NAK buka Cyber Cafe 2"....."daerah kecil pun ada salun"...AHA! ayat ini yang menjana terus minda saya untuk membuka entri baru.
Begini ceritanya. Semasa saya berada di sebuah tempat(bukan di Sabah) adik lelaki saya telah menghantar saya ke salun kecantikan di sebuah pekan kecil berhampiran dengan rumahnya. "Kak..salun Ai-Ling buka hari ni..tapi di tingkat atas la" kata adik saya yang gempal itu. "kalau akak dah siap 'torture' rambut, call adik nanti" tambahnya lagi.
Saya menganggukkan kepala tanda faham dan terus naik ke tingkat satu bangunan rumah kedai lama itu. Sesampainya saya disana, saya telah disambut ramah oleh seorang wanita muda lingkungan awal 40an.
Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke salun itu, saya merasakan seolah-olah telah memasuki ke era zaman yang lama. Salun lama yang sederhana itu menempatkan beberapa sofa lama, peti sejuk dan juga gas dapur untuk memasak. Pelik saya rasa tetapi kerana ini salun di pekan, maka saya pun mendiamkan diri. Kata orang "masuk kandang kambing, mengembek.." "masuk kandang harimau....." .
Cermin-cermin lama juga kelihatan disangkut berbaris. Ada beberapa poster lama artis-artis cina menghiasi dinding salun itu. Saya benar-benar kurang selesa dan terus terang saya katakan disini, saya berasa agak takut hari itu. Dan ketakutan itu bertambah-tambah apabila hanya saya sahaja pelanggannya.
Sepanjang saya disana, mulut saya tidak berhenti berbual-bual dengannya mungkin kerana saya ingin melupakan perasaan takut itu. Saya bertanya kepadanya 'lama sudah ka ini salun?"
"lama.. 25 tahun pun ada.." katanya dengan senyuman yang menunjukkan giginya.
"ALAMAKKK..." perempuan ini bertaring dua...kiri dan kanan pula tu...alala..bisik saya dalam hati. "Matilah saya kali ini....mungkin ini drakula perempuan..cuma tunggu masa ja menjamah sama...mati di tempat ini pun tiada yang tahu! Saya benar-benar takut! Serius! Selama ini saya pernah nampak orang memiliki gigi yang bertaring, cuma satu sahaja. Tetapi perempuan ini mempunyai dua taring....aduiiiiiiii....
"cuba kau teka, brapa umur saya" katanya lagi. Dengan mukanya yang masih lawa, rambut hitam yang tidak menunjukkan uban, saya pun berseloroh dengannya lagi lalu berkata " saya nampak masih muda aaa....mungkin 40 tahun la.." kata saya sambil ketawa kecil yang dibuat-buat.
"Hahaha...saya sudah 60tahun.." katanya sambil tergelak. Jawapannya itu membuatkan saya semakin berasa takut. Meskipun begitu, saya tetap 'cool'. Nampak jelas gigi taringnya semasa perempuan itu ketawa. Masa itulah saya teringatkan semua orang yang saya sayangi, apalah yang akan terjadi sekarang....matilah saya...tidak dapatlah saya menyelamatkan diri.
" Sahlah perempuan ini hantu! kata saya dalam hati yang sudah sekian takut dari tadi.
Saya terus mencapai talipon lalu menalifon adik saya supaya segera kesini. "Aikkk...kakak nak adik temankan ker...?" ketawanya.
Tidak lama selepas itu adik pun sampai ke salun itu. Barulah terasa lega hati saya. Didalam keretanya saya pun menceritakan kepadanya betapa takutnya saya disalun itu. "Perempuan itu bertaring tau ...kedainya pun lama..macam zaman kita belum lahir..." kata saya dengan adik. Adik saya hanya ketawa sahaja sepanjang penjelasan saya yang tidak masuk akal itu. Selepas kejadian itu, saya berjanji kepada diri saya bahawa saya tidak akan lagi masuk ke mana-mana salun pekan terutama di tingkat atas! Cukuplah sekali itu sahaja pengalaman saya.
Penakut betul saya ini...haizzzzzzzzzz........
Huh! (lap peluh)
16 comments:
hahaha...dasar penakut, lap peluhnya sampai satu ember penuh. jangan-jangan pemiliknya memang keturunan drakula....hehehe
ahahahahaha.......
aduh serem amat. tapi apakah benar wanita itu sejenis vampire? oh, it's really scary.
Honey to Fanny - Hahaha..no, of course she's not a vampire but I find it rather strange, probably because I had never been to an old saloon. Those teeth really freaks me out. I felt so unease and had goosebumps all the time in that saloon.
I guessed I would never go to a place like that in future. Scary!
Oh, Saya pernah tgk satu episode di Tyra Show tentang vampire. Mereka claim yang mereka betul2 vampire. taring tu sbenarnya xd tp dorng suka2 buat mcm lbh classic. and dorng betul2 minum darah, kulit mereka pun putih pucat. tapi mereka tak attack orang, sapa yang rela or nak bagi darah kt dorng, baru dorng minum darah. dan mereka pun ada cara tersendiri untuk minum darah. ada juga yang ada psychic power. So, honey, maybe yang kamu jumpa tu ialah salah satu jenis vampire and she is local!! Wow! Honey ur one of the lucky ones..
tgk la di link ni:
http://www.youtube.com/watch?v=qKjSnmJd2Q8
or type Tyra Investigates The Vampire Culture. Part 1 @ youtube
also visit me @ http://kinanakku.blogspot.com/
Honey to anonymous - Hi chap! I really don't know what to say after watching Tyra Investigates, but it scares me k. Well, what I can say here is the teeth were not as long as that but those teeth I saw were originals....
I'm freaking out now... okay bye!
Buzz out!
jangan gitu ah ..
masa wanita dikatakan vampire..hehe
hahahaha...lucu juga imaginasi ko ni...hahahaha
Honey to Herman - hahaha...memang sah wanita..tetapi wanita yang punya gigi taring. Errkk...
Honey to Belle - ya bha....macam-macam sia pikir itu ari...punyalh takut bila nampk gigi taring..
That was the first time I saw both sides dracula teeth..serious! Scares the hell out of me. Secondly, she looked so young for a 60years old...gosh!
Lol! Honey,hahaha.. part dracula tu yang lawak, bukan seram dah. Haha..
Mmg susah nak sngka ada salon kat kawasan pedalaman, lagi2 kat kawasan yang hanya ada beberapa deret bangunan kedai.
Tp part yg masuk salon mcm zmn dahulu tu, mengingatkan sy masa kecik2 pegi gunting rmbt kedai cina. Skrg pun masih buka lg kedai tu tp dah moden da.
p/s baik awak update ke threaded post honey, sng nk reply2. Hehe..
Honey to Apple - hahaha....klu masuk salun lama tidk apa juga Apple, tapi yang menakutkan gigi taring tu...
aduiiii....first time sia jumpa...
Will write new entry very soon.
Thanks for reading ya!
Take the good side; you should've asked her for tips to look so young at 60, hehe. Wonder where's that place...Sarawak?
kenapa istilahnya torture rambut?
Honey to Fanny - I don't know about other people, but my bro used to speak like that. He felt it's cool..(He gave me a lot of problm when we were young..hik!)
"torture" meaning u do all sort of treatment to your hair. Wash/massage ur scalp/conditioning/blow/set etc.etc.
He also sometimes used this word 'deusche bag' instead of stupid/ idiotic/immature.
haha...it's just being him. He and his slang.
Honey to de engineur - Haha..I wouldn't dare ask her age...it's frightening..no joke.
Post a Comment